Вы находитесь на странице: 1из 18

950315-10-5034

5.0 DAPATAN KAJIAN

Dalam dapatan kajian yang dijalankan, bahagian ini membincangkan analisa data dan
memaparkan hasil penemuan kajian yang telah dilakukan daripada soal selidik yang telah
diisi oleh responden. Data yang telah dimasukkan diproses bagi mendapatkan statistik seperti
nilai peratusan, min purata dan taburan kekerapan.

5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN

5.1.1 Jantina

Untuk mengkaji persepsi masyarakat, seramai 30 orang yang terdiri daripada penduduk
tempatan. Huraian analisis latar belakang responden melibatkan aspek jantina, umur, bangsa,
taraf pendidikan, dan pendapatan yang di persembahkan dalam bentuk jadual dan rajah.

JANTINA NILAI PERATUS


LELAKI 13 43%
PEREMPUAN 17 57%
Jadual 1: Jantina

(Sumber: Kajian Lapangan, 2014)

JANTINA

43% Lelaki
57% Perempuan

Rajah 1- Jantina

( Sumber : Kajian Lapangan, 2014 )

10
950315-10-5034

Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 orang responden, seramai 13 orang (43
%) adalah terdiri daripada responden lelaki, manakala bakinya sebanyak 17 orang ( 57 % )
adalah responden perempuan. Tidak dapat perbezaan jurang yang besar dalam pemilihan
jantina responden. Maklumat yang lebih jelas boleh dilihat pada Jadual 1 dan Rajah 1 di atas.
Kajian ini adalah melihat persepsi penduduk Desa Putra terhadap amalan Kempen Plastik
Sifar di Pasaraya Billion, Bandar Baru Bangi. Oleh yang demikian jantina yang dipilih
perlulah seimbang agar jawapan yang diperoleh tidak memihak kepada satu gender sahaja.

5.1.2 Umur

UMUR (tahun) NILAI PERATUS


15-25 14 47%
26-35 3 10%
36-45 6 20%
46-55 7 23%
55 > 0 0%
Jadual 2: Umur

(Sumber: Kajian Lapangan, 2014)

UMUR

7%
15-25 tahun
26-35 tahun
20%
36-45 tahun
47%
46-55 tahun
10% 55 tahun ke atas

Rajah 2 - Umur

( Sumber : Kajian Lapangan , 2014)

11
950315-10-5034

Berdasarkan hasil kajian, daripada 30 orang responden yang disoal selidik, seramai 14
orang ( 47 % ) adalah terdiri daripada responden yang mempunyai golongan umur antara 15
hingga 25 tahun. Manakala responden yang berumur 26 hingga 35 adalah terdiri daripada 3
orang (10 % ). Diikuti dengan yang berumur 36 hingga 45 tahun adalah 6 orang ( 20 % ) dan
selebihnya berumur 46 hingga 55 tahun iaitu 7 orang ( 23 % ) manakala tiada responden dari
peringkat umur 55 tahun ke atas seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1 dan Rajah 1 di atas.
Responden yang berbeza usia ini adalah responden yang mempunyai pandangan dan cara
yang berbeza.

5.1.3 Bangsa

Dalam melakukan kajian ini, dapatan hasil menunjukkan kesemua 30 orang responden
(100%) adalah terdiri daripada bangsa Melayu. Hal ini demikian kerana, penduduk di Desa Putra
adalah terdiri daripada penduduk yang berbangsa Melayu.

5.1.4 Taraf Pendidikan

TARAF PENDIDIKAN NILAI PERATUS


PMR 5 17%
SPM 7 23%
STPM/DIPLOMA 11 37%
IJAZAH 4 13%
LAIN-LAIN 3 10%
Jadual 3: Taraf Pendidikan
(Sumber: Kajian Lapangan, 2014)

12
950315-10-5034

TARAF PENDIDIKAN

10%
17% PMR
13%
SPM
STPM/DIPLOMA
23%
IJAZAH

37% Lain-lain

Rajah 3 Taraf Pendidikan

( Sumber : Kajian Lapangan, 2014 )

Berdasarkan hasil kajian, daripada 30 orang responden yang disoal selidik, seramai 5
orang ( 17 % ) adalah terdiri daripada responden yang mempunyai taraf pendidikan lepasan
PMR. Manakala responden yang lepasan SPM adalah terdiri daripada 7 orang (23 % ).
Diikuti dengan yang responden lepasan STPM atau Diploma iaitu seramai 4 orang ( 13 % )
dan lepasan Ijazah seramai 11 orang ( 37 % ) manakala lain-lain 2 orang ( 7 % ) seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 3 dan Rajah 3 di atas. Kebanyakan responden adalah dalam
kalangan belia dan juga remaja di mana mereka ini sering mengunjungi Pasaraya Billion.

5.1.5 Pendapatan

PENDAPATAN NILAI PERATUS


< RM1000 6 20%
RM1000 hingga RM3000 4 13%
RM 3000 hingga RM5000 9 30%
RM5000 > 7 23%
Tiada Pendapatan 4 13%
Jadual 4: Pendapatan

(Sumber: Kajian Lapangan, 2014)

13
950315-10-5034

PENDAPATAN

13%
20% Bawah RM1000
RM1000-RM3000
23% RM3000-RM5000
13%
RM5000 dan ke atas
Tiada Pendapatan
30%

Rajah 4 Pendapatan

( Sumber : Kajian Lapangan ,2014 )

Berdasarkan hasil kajian, daripada 30 orang responden yang disoal selidik, seramai 6
orang ( 20 % ) adalah terdiri daripada responden yang mempunyai pendapatan bulanan
bawah RM1000. Manakala responden yang mempunyai pendapatan bulanan antara RM1000
hingga RM3000 adalah terdiri daripada 4 orang (13 % ) . Diikuti dengan yang responden
yang mempunyai pendapatan bulanan antara RM 3000 hingga RM5000 iaitu seramai 9 orang
( 30 % ) . Selebihnya adalah responden yang mempunyai pendapatan bulanan RM5000 ke
atas iaitu 7 orang ( 23 % ) dan responden yang tiada pendapatan bulanan di mana mereka itu
adalah dari kalangan suri rumah dan juga pelajar iaitu seramai 4 orang ( 13 % ) seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 4 dan Rajah 4 di atas.

14
950315-10-5034

5.2 ANALISA TERHADAP KEKERAPAN PENGGUNAAN BEG PLASTIK DALAM


KALANGAN PENGUNJUNG PASARAYA BILLION.

Pada bahagian ini responden telah diutarakan 2 soalan utama dimana bagi setiap soalan
utama terdapat 5 soalan kecil yang telah dikhususkan kepada pengunjung Pasaraya Billion iaitu
penduduk Desa Putra sahaja. Dua soalan tersebut ialah kekerapan penggunaan beg plastik oleh
pengguna dan perkhidmatan dari Pasaraya Billion, Bandar Baru Bangi terhadap Kempen Plastik
Sifar.

5.2.1 KEKERAPAN PENGGUNAAN BEG PLASTIK OLEH PENGGUNA.

Bagi kekerapan penggunaan plastik oleh pengguna, soalan 1 yang disoal kepada
responden ialah sama ada pengguna iaitu responden sendiri menyokong Kempen Plastik Sifar
yang diadakan pada hari Sabtu. Bagi soalan ini 7 orang sangat setuju bersamaan 23% , 17 orang
setuju bersamaan 57% , 4 orang tidak setuju bersamaan 13% dan 2 orang sangat tidak setuju
bersamaan 7% . Min purata bagi penyataan ini adalah sebanyak 2.03 dimana kebanyakan
responden setuju bahawa mereka menyokong Kempen Plastik Sifar ini. Hal ini disokong oleh
kenyataan dalam laman Blog Rasmi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung
Malaysia dimana dalam kenyatan mereka bagi tajuk KITAR SEMULA SAY NO TO
PLASTIC BAGS yang mengatakan umum semua mengetahui bahawa pada setiap hari Sabtu
adalah merupakan Hari Tanpa Beg Plastik. (http://smp.townplan.gov.my/blog/?p=4533)

Soalan 2 yang disoal kepada responden ialah sama ada pengguna sudah terbiasa
menggunakan beg plastik ketika membeli-belah. Bagi soalan ini 21 orang sangat setuju
bersamaan 70% , 8 orang setuju bersamaan 27% , dan seorang tidak setuju bersamaan 3%. Min
purata bagi penyataan ini adalah sebanyak 1.33 dimana kebanyakan responden sangat setuju
dengan penyataan ini bahawa mereka sudah terbiasa menggunakan beg plastik ketika membeli-
belah. Hal ini kerana, Kempen Plastik Sifar baru sahaja dijalankan dalam beberapa tahun. Jadi
mengambil masa bagi orang ramai membiasakan diri untuk tidak menggunakan beg plastik pada
hari Sabtu. Selain itu, pendedahan terhadap Kempen Plastik Sifar ini juga masih kurang meluas
sama ada melalui akhbar mahupun media massa. Seterusnya, permintaan terhadap beg plastik
pula adalah tinggi disebabkan materialnya yang ringan dan fleksibel. Hal ini disokong dalam
kenyataan akhbar Kosmo bagi tajuk beg hijau ganti plastik iaitu beg plastik mempunyai rupa

15
950315-10-5034

bentuk yang fleksibel, ringan, versatil, nipis, boleh dijadikan beg pakai buang, lut sinar, mudah
dibentuk dan saiz yang pelbagai. Penggunaannya menjadi permintaan tinggi oleh orang ramai.
(http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0619&pub=Kosmo&sec=Rencana_
Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2xGpMx6x9)

Soalan 3 yang disoal kepada responden ialah sama ada pengguna membawa sendiri beg
kitar semula setiap kali membeli belah. Bagi soalan ini 1 orang sangat setuju bersamaan 3% , 14
orang setuju bersamaan 47% , 12 orang tidak setuju bersamaan 40% dan 3 orang sangat tidak
setuju bersamaan 10% . Min purata bagi penyataan ini adalah sebanyak 2.57 dimana kebanyakan
responden tidak setuju dengan penyataan bahawa perlu membawa beg kitar semula ketika
membeli-belah. Bagi mereka beg kitar semula sukar untuk dibawa kerana materialnya yang
lemah dan hanya boleh memuatkan beberapa jenis barang sahaja.

Soalan 4 yang disoal kepada responden ialah sama ada pengguna menganggap bahawa
beg plastik lebih mudah dibawa berbanding beg kitar semula. Bagi soalan ini 5 orang sangat
setuju bersamaan 17% , 17 orang setuju bersamaan 57% , 3 orang tidak setuju bersamaan 10%
dan 4 orang sangat tidak setuju bersamaan 13% . Min purata bagi penyataan ini adalah sebanyak
2.13 di mana kebanyakan responden setuju dengan penyataan ini bahawa mereka menganggap
bahawa beg plastik mudah untuk dibawa berbanding beg kitar semula. Bagi mereka membawa
beg kitar semula menyusahkan. Beg plastik adalah lebih mudah untuk dijinjing selain ringan
berbanding beg kitar semula yang mudah terkoyak. Hal ini disokong oleh bekas Presiden
Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor dalam kenyataan beliau
di akhbar Sinar Harian bertarikh 8 Januari 2013 di mana kebanyakan pengguna lebih selesa
menggunakan beg plastik dan mudah dibawa jika membeli belah dengan banyak. Beg kertas atau
beg kitar semula lebih mudah terkoyak. (http://www.sinarharian.com.my/nasional/kempen-
hari-tanpa-beg-plastik-cuba-dulu-baru-tahu-1.119177)

Soalan 5 yang disoal kepada responden ialah sama ada pengguna menganggap bahawa
Kempen Plastik Sifar penting untuk diamalkan pada hari selain hari Sabtu. Bagi soalan ini 5
orang sangat setuju bersamaan 17% , 20 orang setuju bersamaan 67% , 15 orang tidak setuju
bersamaan 50%. Min purata bagi penyataan ini adalah sebanyak 3.00 dimana kebanyakan
responden tidak setuju dengan penyataan ini. Hal ini mungkin disebabkan kurangnya kesedaran
mereka terhadap kesan penggunaan beg plastik kepada alam sekitar. Selain itu, kebanyakan

16
950315-10-5034

pengguna lebih mengambil sikap keterbiasaan berbanding mencuba terlebih dahulu sesuatu
perkara yang baru iaitu mengurangkan penggunaan beg plastik bukan setakat pada hari Sabtu
tetapi pada hari-hari yang lain juga.

Secara keseluruhan, responden bersetuju bahawa mereka kerap menggunakan beg plastik
pada hari Sabtu berbanding membawa sendiri beg kitar semula.

SANGAT
SANGAT TIDAK MIN
BIL PENYATAAN SETUJU TIDAK
SETUJU SETUJU PURATA
SETUJU
1 Soalan 1 7 23% 17 57% 4 13% 2 7% 2.03
2 Soalan 2 21 70% 8 27% 1 3% 0 0% 1.33
3 Soalan 3 1 3% 14 47% 12 40% 3 10% 2.57
4 Soalan 4 5 17% 17 57% 3 10% 4 13% 2.13
5 Soalan 5 5 17% 20 60% 15 15% 0 0% 3.00
Jadual 5: Kekerapan Penggunaan Beg Plastik oleh Pengguna

(Sumber: Kajian Lapangan, 2014)

Kekerapan Penggunaan Beg Plastik oleh Pengguna


80%

70%

60%

50% Sangat Setuju

40% Setuju
Tidak setuju
30%
Sangat Tidak Setuju
20%

10%

0%
Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5

Rajah 5 Kekerapan Penggunaan Beg Plastik oleh Pengguna

(Sumber: Kajian Lapangan, 2014)

17
950315-10-5034

5.2.2 PERKHIDMATAN PASARAYA BILLION, BANDAR BARU BANGI TERHADAP


KEMPEN PLASTIK SIFAR.

Bagi perkhidmatan dari Pasaraya Billion, Bandar Baru Bangi terhadap Kempen Plastik
Sifar, soalan 6 yang disoal kepada responden ialah sama ada pengunjung iaitu responden sendiri
setuju bahawa Pasaraya Billion menyokong Kempen Plastik Sifar. Bagi soalan ini 8 orang sangat
setuju bersamaan 27% , 14 orang setuju bersamaan 47% , 7 orang tidak setuju bersamaan 23%
dan 1 orang sangat tidak setuju bersamaan 3% . Min purata bagi penyataan ini adalah sebanyak
2.03 dimana kebanyakan responden setuju bahawa Pasaraya Billion menyokong Kempen Plastik
Sifar. Hasil pemerhatian juga dapat diselarikan dengan penyataan ini di mana pengkaji melihat
pihak Pasaraya Billion sememangnya menyokong Kempen Plastik Sifar di mana pihak Pasaraya
Billion tidak menyediakan kemudahan beg plastik pada hari Sabtu.

Soalan 7 yang disoal kepada responden ialah sama ada pengunjung setuju bahawa
Pasaraya Billion prihatin dengan Kempen Plastik Sifar. Bagi soalan ini 7 orang sangat setuju
bersamaan 23% , 17 orang setuju bersamaan 57% , 4 orang tidak setuju bersamaan 13% dan 2
orang sangat tidak setuju bersamaan 7% . Min purata bagi penyataan ini adalah sebanyak 2.03
dimana kebanyakan responden setuju bahawa Pasaraya Billion prihatin dengan Kempen Plastik
Sifar. Jika dari segi makna ada sedikit perbezaan antara menyokong dengan prihatin. Oleh itu,
pengkaji mempunyai pendapat yang berbeza dengan responden. Hal ini kerana, pengkaji
memerhatikan bahawa pihak Pasaraya Billion agak kurang prihatin terhadap Kempen Plastik
Sifar di mana masih ada kompromi dari pihak Pasaraya Billion dalam memberikan kemudahan
beg plastik pada perayaan-perayaan tertentu. Hal ini juga dialami sendiri oleh pengkaji di mana
pengkaji membeli sedikit barang pada hari Sabtu yang kebetulannya jatuh pada hari perayaan
Tahun Baru Cina. Pengkaji diberikan beg plastik hanya untuk roti dan sebotol mineral. Namun
pengkaji telah menolak untuk menggunakan beg plastik tersebut.

Soalan 8 yang disoal kepada responden ialah sama ada pengunjung setuju bahawa
Pasaraya Billion menyediakan kemudahan beg plastik untuk mengisi barang pada hari Sabtu.
Bagi soalan ini 9 orang sangat setuju bersamaan 30% , 19 orang setuju bersamaan 63% , 2 orang
tidak setuju bersamaan 7%. Min purata bagi penyataan ini adalah sebanyak 1.77 dimana
kebanyakan responden setuju bahawa Pasaraya Billion menyediakan kemudahan beg plastik
untuk mengisi barang pada hari Sabtu. Sememangnya benar bahawa pihak Pasaraya Billion

18
950315-10-5034

menyediakan kemudahan beg plastik. Kemudahan beg plastik hanya disediakan bagi yang
memerlukan sahaja. Namun begitu, denda akan dikenakan bagi kemudahan beg plastik yang
diberikan iaitu dengan membayar denda sebanyak RM0.20 selain terdapat kompromi dari pihak
Pasaraya Billion untuk menyediakan beg plastik pada musim perayaan-perayaan tertentu.

Soalan 9 yang disoal kepada responden ialah sama ada pengunjung setuju bahawa
Pasaraya Billion harus menyediakan beg kitar semula pada hari Sabtu. Bagi soalan ini 20 orang
sangat setuju bersamaan 67% , 8 orang setuju bersamaan 27% , 1 orang tidak setuju bersamaan
3% dan 1 orang sangat tidak setuju bersamaan 3% . Min purata bagi penyataan ini adalah
sebanyak 1.43 dimana kebanyakan responden sangat setuju bahawa Pasaraya Billion harus
menyediakan beg kitar semula pada hari Sabtu. Hal ini, dapat memupuk disiplin dalam
penggunaan beg plastik selain dapat menunjukkan bahawa Pasaraya Billion menyokong Kempen
Plastik Sifar.

Soalan 10 yang disoal kepada responden ialah sama ada pengunjung setuju bahawa
Pasaraya Billion harus menetapkan undang-undang demi menyahut objektif Kempen Plastik
Sifar. Bagi soalan ini 14 orang sangat setuju bersamaan 47% , 12 orang setuju bersamaan 40% ,
2 orang tidak setuju bersamaan 7% dan 2 orang sangat tidak setuju bersamaan 7% . Min purata
bagi penyataan ini adalah sebanyak 1.73 dimana kebanyakan responden setuju bahawa Pasaraya
Billion harus menetapkan undang-undang demi menyahut objektif Kempen Plastik Sifar. Dari
pemerhatian pengkaji pula Pasaraya Billion telah pun menetapkan undang-undang demi
menyahut objektif Kempen Plastik Sifar iaitu dengan bayaran denda sebanyak RM0.20 untuk
kemudahan beg plastik.

Secara keseluruhannya, responden bersetuju dengan penyataan bahawa pihak Pasaraya


Billion menyediakan perkhidmatan demi menyahut objektif Kempen Plastik Sifar. Walau
bagaimanapun, melalui pemerhatian pengkaji masih terdapat kompromi dalam perkhidmatan
mereka terhadap Kempen Plastik Sifar terutama sekali pada musim perayaan.

19
950315-10-5034

SANGAT
SANGAT TIDAK MIN
BIL PENYATAAN SETUJU TIDAK
SETUJU SETUJU PURATA
SETUJU
1 Soalan 6 8 27% 14 47% 7 23% 1 3% 2.03
2 Soalan 7 7 23% 17 57% 4 13% 2 7% 2.03
3 Soalan 8 9 30% 19 63% 2 7% 0 0% 1.77
4 Soalan 9 20 67% 8 27% 1 3% 1 3% 1.43
5 Soalan 10 14 47% 12 40% 2 7% 2 7% 1.73
Jadual 6 - Perkhidmatan dari Pasaraya Billion, Bandar Baru Bangi terhadap Kempen Plastik
Sifar

(Sumber: Kajian Lapangan, 2014)

Perkhidmatan Pasaraya Billion terhadap Kempen Plastik Sifar


80%

70%

60%

50% Sangat Setuju

40% Setuju
Tidak Setuju
30%
Sangat Tidak Setuju
20%

10%

0%
Soalan 6 Soalan 7 Soalan 8 Soalan 9 Soalan 10

Rajah 6 - Perkhidmatan dari Pasaraya Billion, Bandar Baru Bangi terhadap Kempen Plastik Sifar

(Sumber: Kajian Lapangan, 2014)

20
950315-10-5034

5.3 ANALISA KESAN PENGGUNAAN BEG PLASTIK TERHADAP ALAM


SEKITAR.

Pada bahagian ini telah diutarakan 2 soalan utama dimana bagi setiap soalan utama
terdapat 5 soalan kecil yang telah dikhususkankan kepada penduduk Desa Putra sahaja. Dua
soalan tersebut ialah kesan penggunaan beg plastik terhadap alam sekitar dan kesan penggunaan
beg plastik kepada manusia.

5.3.1 KESAN PENGGUNAAN PLASTIK TERHADAP ALAM SEKITAR.

Bagi kesan penggunaan plastik terhadap alam sekitar, soalan 11 yang disoal kepada
responden ialah sama ada pengguna iaitu responden sendiri setuju Kempen Plastik Sifar
mengurangkan penghasilan bahan kimia semasa pelupusan sampah. Bagi soalan ini 22 orang
sangat setuju bersamaan 73% , 3 orang setuju bersamaan 10% , 2 orang tidak setuju bersamaan
7% dan 3 orang sangat tidak setuju bersamaan 10% . Min purata bagi penyataan ini adalah
sebanyak 1.53 dimana kebanyakan responden sangat setuju bahawa Kempen Plastik Sifar
mengurangkan penghasilan bahan kimia semasa pelupusan sampah. Hal ini disokong juga oleh
kenyataan dalam laman web Blog Rasmi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung
Malaysia dimana dalam kenyatan mereka bagi tajuk KITAR SEMULA SAY NO TO
PLASTIC BAGS yang menyatakan bahawa apabila polyethylene iaitu kandungan dalam beg
plastik diuraikan, bahan toksik akan larut dan resap ke dalam tanah dan seterusnya ke rantai
makanan kita serta menganggu rantai makanan menyebabkan kita sukar untuk menjamin
keselamatan rantai makanan kita. (http://smp.townplan.gov.my/blog/?p=4533)

Soalan 12 yang disoal kepada responden ialah sama ada pengguna sedar bahawa plastik
yang dibuang ke dalam sungai merosakkan ekosistem sungai. Bagi soalan ini 16 orang sangat
setuju bersamaan 53% , 6 orang setuju bersamaan 20% , 6 orang tidak setuju bersamaan 20% dan
2 orang sangat tidak setuju bersamaan 7% . Min purata bagi penyataan ini adalah sebanyak 1.80
dimana kebanyakan responden sangat setuju bahawa plastik yang dibuang ke dalam sungai
merosakkan ekosistem sungai. Kita dapat lihat bahawa responden mempunyai kesedaran tinggi
terhadap ekosistem sungai. Hal ini kerana, terdapat sungai di kawasan Desa Putra dan responden
merasakan bahawa adalah menjadi tanggungjwab untuk mereka memelihara ekosistem sungai.
Selain itu, kenyataan yang didapati dari laman web Blog Alam Sekitar juga menyokong

21
950315-10-5034

penyataan ini di mana dalam kenyatan mereka bagi tajuk Kempen-kempen Alam Sekitar
Kempen Anti Beg Plastik yang menyatakan bahawa bahan campuran kimia boleh merosakkan
keseimbangan ekosistem dan memberi kesan buruk kepada bumi iaitu pemanasan global.
(http://blm1053alamsekitar.blogspot.com/)

Soalan 13 yang disoal kepada responden ialah sama ada pengguna sedar bahawa plastik
yang dibuang dibuang merata-rata akan merosakkan kesuburan tanah. Bagi soalan ini 15 orang
sangat setuju bersamaan 50% , 13 orang setuju bersamaan 43% , 1 orang tidak setuju bersamaan
3% dan 1 orang sangat tidak setuju bersamaan 3% . Min purata bagi penyataan ini adalah
sebanyak 1.60 dimana kebanyakan responden sangat setuju bahawa plastik yang dibuang merata-
rata merosakkan kesuburan tanah. Kita dapat lihat bahawa pengguna mempunyai kesedaran
tinggi terhadap kesuburan tanah kerana kebanyakan penduduk Desa Putra adalah warga yang
gemar bercucuk tanam. Hal melibatkan penyataan ini pula disokong oleh kenyataan yang
didapati dari laman web Blog Rasmi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung
Malaysia dimana dalam kenyatan mereka bagi tajuk KITAR SEMULA SAY NO TO
PLASTIC BAGS yang menyatakan bahawa beg plastik adalah penyumbat tanah timbunan kita
dimana beg-beg ini menyekat jalanan pengairan, merosakkan landskap dan akan sentiasa
mencemarkan tanah dan air kita. (http://smp.townplan.gov.my/blog/?p=4533)

Soalan 14 yang disoal kepada responden ialah sama ada pengguna sedar bahawa kempen
Plastik Sifar dapat membantu mengelakkan pembaziran plastik daripada berlaku. Bagi soalan ini
15 orang sangat setuju bersamaan 50% , 12 orang setuju bersamaan 40% , 0 orang tidak setuju
bersamaan 0% dan 3 orang sangat tidak setuju bersamaan 10% . Min purata bagi penyataan ini
adalah sebanyak 1.70 dimana kebanyakan responden sangat setuju bahawa Kempen Plastik Sifar
dapat membantu mengelakkan pembaziran plastik daripada berlaku. Hal ini kerana, seiring
dengan objektif Kempen Plastik Sifar itu sendiri di mana mereka mahu kurangkan penggunaan
plastik yang menyebabkan kepada pencemaran alam sekitar.

Soalan 15 yang disoal kepada responden ialah sama ada pengguna sedar bahawa
kurangnya penggunaan plastik bermakna kurangnya pencemaran alam. Bagi soalan ini 16 orang
sangat setuju bersamaan 53% , 5 orang setuju bersamaan 17% , 7 orang tidak setuju bersamaan
23% dan 2 orang sangat tidak setuju bersamaan 7% . Min purata bagi penyataan ini adalah

22
950315-10-5034

sebanyak 1.60 dimana kebanyakan responden sangat setuju bahawa kurangnya penggunaan
plastik bermakna kurangnya pencemaran alam. Hal ini pula disokong oleh kenyataan yang
didapati dari laman web Blog Rasmi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung
Malaysia dimana dalam kenyatan mereka bagi tajuk KITAR SEMULA SAY NO TO
PLASTIC BAGS yang menyatakan bahawa penghasilan dan pengeluaran beg plastik
menyumbang kepada pencemaran udara dan kadar penggunaan tenaga. Pengeluar beg plastik
menambahkan lagi pengeluaran karbon yang bertan-tan diudara setiap tahun.
(http://smp.townplan.gov.my/blog/?p=4533)

Secara keseluruhannya, responden sangat bersetuju bahawa penggunaan beg plastik


banyak membawa kesan kepada alam sekitar. Responden juga sedar bahawa Kempen Plastik
Sifar dapat membantu dalam mengurangkan pencemaran alam.

23
950315-10-5034

SANGAT
SANGAT TIDAK MIN
BIL PENYATAAN SETUJU TIDAK
SETUJU SETUJU PURATA
SETUJU
1 Soalan 11 23 73% 3 10% 2 7% 3 10% 1.03
2 Soalan 12 16 53% 6 20% 6 20% 2 7% 1.80
3 Soalan 13 15 50% 13 43% 1 3% 1 3% 1.60
4 Soalan 14 15 50% 12 40% 0 0% 3 10% 1.70
5 Soalan 15 16 53% 5 17% 7 23% 2 7% 1.60
Jadual 3 Kesan Penggunaan Beg Plastik terhadap Alam Sekitar

(Sumber: Kajian Lapangan, 2014)

Kesan Penggunaan Beg Plastik terhadap Alam Sekitar


80%

70%

60%

50% Sangat Setuju

40% Setuju
Tidak Setuju
30%
Sangat Tidak Setuju
20%

10%

0%
Soalan 11 Soalan 12 Soalan 13 Soalan 14 Soalan 15

Rajah 3 Kesan Penggunaan Beg Plastik terhadap Alam Sekitar

(Sumber: Kajian Lapangan, 2014)

24
950315-10-5034

5.3.2 KESAN PENGGUNAAN PLASTIK KEPADA MANUSIA.

Bagi kesan penggunaan plastik kepada manusia, soalan 16 yang disoal kepada responden
ialah sama ada pengguna iaitu responden sendiri setuju bahawa Kempen Plastik Sifar dapat
mengelakkan penyakit akibat daripada pencemaran alam. Bagi soalan ini 18 orang sangat setuju
bersamaan 60% , 9 orang setuju bersamaan 30% , 2 orang tidak setuju bersamaan 7% dan 1
orang sangat tidak setuju bersamaan 3% . Min purata bagi penyataan ini adalah sebanyak 1.53
dimana kebanyakan responden sangat setuju bahawa Kempen Plastik Sifar dapat mengelakkan
penyakit akibat daripada pencemaran alam. Jika dilihat dari objektif Kempen Plastik Sifar itu
sendiri bahawa kempen ini dijalankan bagi mengurangkan penggunaan plastik yang boleh
menyebabkan kepada pencemaran alam sekitar. Penggunaan plastik secara berleluasa
menyukarkan lagi proses pelupusan dan memaksa pihak yang melupuskan sampah terpaksa
menggunakan bahan kimia untuk melupuskan sampah terutamanya adalah plastik. Bahan kimia
ini akan mengalir ke dalam sungai seterusnya ke rantai makanan kita. Apabila rantai makanan
kita terganggu dengan bahan kimia yang terbabit semakin mudah untuk kita mendapat serangan
penyakit.

Soalan 17 yang disoal kepada responden ialah sama ada pengguna setuju Kempen Plastik
Sifar dapat menjadikan pengguna lebih bijak dalam menggunakan plastik. Bagi soalan ini 14
orang sangat setuju bersamaan 47% , 11 orang setuju bersamaan 37% , 4 orang tidak setuju
bersamaan 13% dan 1 orang sangat tidak setuju bersamaan 3% . Min purata bagi penyataan ini
adalah sebanyak 1.73 dimana kebanyakan responden sangat setuju bahawa Kempen Plastik Sifar
dapat menjadikan pengguna lebih bijak dalam menggunakan plastik. Hal ini kerana, dengan
denda yang dikenakan iaitu sebanyak RM0.20 akan menganggu bajet bulanan bagi sesetengah
individu yang berpendapatan sederhana dan juga dalam kalangan pelajar. Oleh itu, Kempen
Plastik Sifar ini sangat membantu mereka supaya lebih bijak dalam menggunakan plastik atau
perbelanjaan serta bajet bulanan mereka akan terganggu.

Soalan 18 yang disoal kepada responden ialah sama ada pengguna setuju Kempen Plastik
Sifar dapat menjadikan pengguna lebih berdisiplin. Bagi soalan ini 12 orang sangat setuju
bersamaan 40% , 9 orang setuju bersamaan 30% , 8 orang tidak setuju bersamaan 27% dan 1
orang sangat tidak setuju bersamaan 3% . Min purata bagi penyataan ini adalah sebanyak 1.93
dimana kebanyakan responden sangat setuju bahawa Kempen Plastik Sifar dapat menjadikan

25
950315-10-5034

pengguna lebih berdisiplin. Hal ini kerana, penggunaan plastik banyak memberi kesan kepada
alam sekitar. Oleh itu, pengguna harus lebih berdisiplin dalam menggunakan plastik. Maksud
disiplin di sini adalah pengguna hanya menggunakan beg plastik hanya untuk perkara-perkara
tertentu sahaja seperti membuang sisa-sisa makanan.

Soalan 19 yang disoal kepada responden ialah sama ada pengguna setuju Kempen Plastik
Sifar dapat menjadikan pengguna lebih berjimat cermat dalam perbelanjaan. Bagi soalan ini 6
orang sangat setuju bersamaan 20% , 18 orang setuju bersamaan 60% , 4 orang tidak setuju
bersamaan 13% dan 2 orang sangat tidak setuju bersamaan 7% . Min purata bagi penyataan ini
adalah sebanyak 2.06 dimana kebanyakan responden setuju bahawa Kempen Plastik Sifar dapat
menjadikan pengguna lebih berjimat cermat dalam perbelanjaan. Pembelian beg plastik pada hari
Sabtu sebanyak RM0.20 sebenarnya membawa kepada gangguan dalam bajet bulanan bagi
sesetengah individu. Selain itu, memandangkan harga barang juga semakin meningkat pada hari
ini. Oleh itu, dengan adanya Kempen Plastik Sifar dapat menjadikan pengguna lebih berjimat
cermat dalam perbelanjaan.

Soalan 20 yang disoal kepada responden ialah sama ada pengguna setuju Kempen Plastik
Sifar dapat memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam kalangan pengguna. Bagi soalan ini
18 orang sangat setuju bersamaan 60% , 7 orang setuju bersamaan 23% , 3 orang tidak setuju
bersamaan 10% dan 2 orang sangat tidak setuju bersamaan 7% . Min purata bagi penyataan ini
adalah sebanyak 1.63 dimana kebanyakan responden sangat setuju bahawa Kempen Plastik Sifar
dapat memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam kalangan pengguna. Penggunaan beg
plastik secara minimum dapat membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar seterusnya
dapat memberi kesedaran kepada pengguna betapa pentingnya untuk memelihara alam sekitar
supaya alam sekitar ini masih lagi dapat dinikmati oleh generasi pada masa akan datang.

Secara keseluruhannya, responden sangat bersetuju dengan penyataan bahawa Kempen


Plastik Sifar dapat membantu manusia lebih berdisiplin, berjimat cermat dalam perbelanjaan
serta memupuk semangat cintakan alam sekitar.

26
950315-10-5034

SANGAT
SANGAT TIDAK MIN
BIL PENYATAAN SETUJU TIDAK
SETUJU SETUJU PURATA
SETUJU
1 Soalan 16 18 60% 9 30% 2 7% 1 3% 1.53
2 Soalan 17 14 47% 11 37% 4 13% 1 3% 1.73
3 Soalan 18 12 40% 9 30% 8 27% 1 3% 1.93
4 Soalan 19 6 20% 18 60% 0 0% 2 7% 2.06
5 Soalan 20 18 60% 7 23% 3 10% 2 7% 1.63
Jadual 4 Kesan Penggunaan Beg Plastik kepada Manusia

(Sumber: Kajian Lapangan, 2014)

Kesan Penggunaan Beg Plastik kepada Manusia


70%

60%

50%

Sangat Setuju
40%
Setuju
30% Tidak Setuju
Sangat Tidak Setuju
20%

10%

0%
Soalan 16 Soalan 17 Soalan 18 Soalan 19 Soalan 20

Rajah 4 Kesan Penggunaan Beg Plastik kepada Manusia

(Sumber: Kajian Lapangan, 2014)

27

Вам также может понравиться