Вы находитесь на странице: 1из 41

MANUAL KUALITI PROGRAM PERUBATAN

PROGRAM PERUBATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

MS ISO 9001:2008
KKM/PRP/MK 01

MANUAL KUALITI

Manual Kualiti Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM/PRP/MK-01 1 / 37


MANUAL KUALITI PROGRAM PERUBATAN

NO DOKUMEN KKM/PRP/MK 01
TAJUK DOKUMEN MANUAL KUALITI
BIL. KELUARAN 04 BIL . PINDAAN 04
TARIKH KELUARAN 18/06/2012 TARIKH PINDAAN 05/03/2015
TARIKH KUATKUASA 05/03/2015

DISEDIAKAN OLEH: DISOKONG OLEH: DILULUSKAN OLEH:

Dr. Hj. Wan Mazlan B. Datuk Dr. Jeyaindran Datuk Dr. Jeyaindran
Hj. Mohamed Woojdy Tan Sri Sinnadurai Tan Sri Sinnadurai

Wakil Pengurusan MS ISO Timbalan Ketua Pengarah Timbalan Ketua Pengarah


Program Perubatan Kesihatan (Perubatan) Kesihatan (Perubatan)
Kementerian Kesihatan Malaysia Program Perubatan Program Perubatan
Kementerian Kesihatan Malaysia Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK
PEMEGANG DOKUMEN BERDAFTAR PROGRAM PERUBATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SALINAN TERKAWAL

Manual Kualiti Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM/PRP/MK-01 2 / 37


MANUAL KUALITI PROGRAM PERUBATAN

REKOD PINDAAN

Rekod Nombor Tarikh Nombor Tarikh


Catatan
Pindaan Keluaran Keluaran Pindaan Pindaan

1 02 03/08/2008 00 03/08/2008 Pindaan di buat secara


menyeluruh keatas manual
kualiti keluaran 20/06/07
berikutan dengan teguran
juruaudit dalam proses Audit
Pematuhan pada 25/07/07

2 03 15/4/2009 00 15/4/2009 Lebih dari 50% perincian dari


Manual Kualiti
KKM/PRP/MK-01 keluaran
02 bertarikh 03/08/2008 telah
diubah menyebabkan Manual
Kualiti Program Perubatan
dikeluarkan sebagai keluaran
3

3 03 15/04/2009 01 13/07/2009 Objektif terdahulu tidak jelas


arahan dan jumlah hari tidak
mencukupi untuk mencapai
peratus yang ditetapkan.

4 03 15/04/2009 02 16/10/2009 Pindaan dibuat bagi


meningkatkan kualiti
perkhidmatan

5 03 15/04/2009 03 26/11/2009 Pindaan dibuat hasil dari


teguran Audit sirim pada
17/8/2009 Ruj: Fail Sirim
QM/6-1195 keatas beberapa
klausa Manual Kualiti seperti
di keterangan Lampiran F.

6 03 15/04/2009 04 06/01/2010 Penambahbaikan Standard


Objektif Kualiti Cawangan

7 03 15/04/2009 05 29/03/2010 Terdapat fasa-fasa yang


bercanggah diantara satu
sama lain dan tidak selaras
di dalam Manual Kualiti
Sistem Pengurusan Kualiti
MS ISO 9001:2008

Manual Kualiti Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM/PRP/MK-01 3 / 37


MANUAL KUALITI PROGRAM PERUBATAN

8 03 15/04/2009 06 18/06/2010 Pindaan di buat hasil dari


teguran Audit Dalaman Pada
28/4/2010

9 03 15/04/2009 07 18/06/2010 Penambahbaikan kepada


Objektif Kualiti Cawangan.

10 03 15/04/2009 08 02/07/2010 Penambahbaikan Para 6.3


dan 6.4

11 03 15/04/2009 09 26/01/2011 Penambahbaikan Objektif


Kualiti Cawangan

12 03 15/04/2009 10 20/07/2011 Penambahbaikan Objektif


Kualiti Cawangan

13 04 18/06/2012 00 18/06/2012 Penambahbaikan Prosedur


Manual Kualiti hasil dari
teguran Audit Dalaman dan
Mesyuarat Penambahbaikan
Prosedur.

14 04 18/06/2012 01 20/03/2013 Pindaan di buat pada Pemilik


Dokumen,Dasar
Kualiti,Objektif Kualiti, Carta
Organisasi, Senarai
Induk ,Matrik Dokumen,
Senarai Dokumen
Sokongan,Senarai Induk
Rekod Kualiti dan menambah
Carta Fungsi dan Prosedur
Pengurusan kes-kes Ex
Gratia(KKM/PRP/BAP/CML/
PK-01)
15 04 18/06/2012 02 21/03/2014 Penambahbaikan kepada
Objektif Kualiti Cawangan
atau Unit, terminologi,
penambahan prosidur kerja
baru Cawangan
Pembangunan Profesion
Perubatan dan Unit
Pentadbiaran dan Kewangan
serta pindaan kepada
Lampiran Manual Kualiti
16 04 18/06/2012 03 23/05/2014 Penambaikan kepada
Objektif Kualiti Majlis Optik
Malaysia
17 04 18/06/2012 04 05/03/2015 Pindaan di buat kepada
Pemilik Dokumen

Manual Kualiti Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM/PRP/MK-01 4 / 37


MANUAL KUALITI PROGRAM PERUBATAN

Seksyen Kandungan Muka Surat

1. Pengenalan 9-10
1.1 Umum 9
1.2 Objektif Manual Kualiti 9
1.3 Kandungan 9
1.4 Kelulusan Manual Kualiti 9
1.5 Dokumen Terkawal 9
1.6 Rujukan 9-10
2. Maklumat Mengenai Program Perubatan 11-15
2.1 Sejarah dan Latar Belakang 11
2.2 Objektif Program Perubatan 12
2.3 Tanggungjawab 12-13
2.4 Carta Organisasi 13
2.5 Visi 13
2.6 Misi 14
2.7 Piagam Pelanggan Program Perubatan 14-15
2.7.1 Stakeholder dan Pelanggan 15
3. Skop Pendaftaran Sistem Pengurusan Kualiti Program 15-16
Perubatan
3.1 Skop Pendaftaran Pelaksanaan 15
3.2 Pengecualian Skop Pendaftaran 16
4. Sistem Pengurusan Kualiti 17-19
4.1 Keperluan Am 17
4.2 Keperluan Dokumentasi 17
4.2.1 Am 17-18
4.2.2 Manual Kualiti 19
4.2.3 Kawalan Dokumen 19
4.2.4 Kawalan Rekod 19
5. Tanggungjawab Pengurusan Program Perubatan 20-24
5.1 Komitmen Pengurusan Atasan 20
5.2 Keutamaan Pelanggan 20
5.3 Dasar Kualiti 20-21
5.4 Perancangan 21

Manual Kualiti Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM/PRP/MK-01 5 / 37


MANUAL KUALITI PROGRAM PERUBATAN

Seksyen Kandungan Muka Surat

5.4.1 Objektif Kualiti 21-22


5.4.2 Perancangan Sistem Pengurusan Kualiti 22
5.5 Tanggungjawab, Kuasa dan Komunikasi 23
5.5.1 Tanggungjawab dan Kuasa 23
5.5.2 Wakil Pengurusan 23
5.5.3 Komunikasi Dalaman 23
5.6 Kajian Semula Pengurusan 24
5.6.1 Umum 24
5.6.2 Input Kajian Semula Pengurusan 24
5.6.3 Output Kajian Semula Pengurusan 24
6. Pengurusan sumber 25-27
6.1 Penyediaan Sumber 25
6.2 Sumber Manusia 25
6.2.1 Umum 25
6.2.2 Kecekapan (Kompetensi), Kesedaran dan Latihan 24-25
6.3 Infrastruktur 26
6.3.1 Kemudahan Fizikal 26
6.3.2 Peralatan 26
6.3.3 Perkhidmatan Sokongan 26-27
6.4 Persekitaran Kerja 27
7. Penyediaan perkhidmatan 27-35
7.1 Perancangan Penyediaan Perkhidmatan 27-28
7.2 Proses Berkaitan Dengan Pelanggan 28
7.2.1 Penentuan Keperluan Berkaitan Dengan 28
Perkhidmatan
7.2.2 Kajian Semula Yang Berkaitan Dengan 28
Perkhidmatan
7.2.3 Komunikasi Pelanggan 29
7.3 Rekabentuk dan Pembangunan Perkhidmatan/ Projek 29-30
7.4 Perolehan 30
7.4.1 Proses Perolehan 30-31
7.4.2 Maklumat Perolehan 31
7.4.3 Verifikasi (verification) Perkhidmatan Yang Telah 31
Diperolehi

Manual Kualiti Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM/PRP/MK-01 6 / 37


MANUAL KUALITI PROGRAM PERUBATAN

Seksyen Kandungan Muka Surat

7.5 Penyediaan Pemberian Perkhidmatan 32


7.5.1 Kawalan Ke atas Pemberian Perkhidmatan 32-33
7.5.2 Validasi Proses Penyediaan & Penyampaian 33-34
Perkhidmatan
7.5.3 Identifikasi Dan Kemudahkesanan 34
7.5.4 Harta Pelanggan 35
7.5.5 Pemeliharaan Produk 35
7.6 Kawalan Ke atas Peralatan Untuk Pemeriksaan Dan 35
Pengukuran
8. Pengukuran, analisa dan penambahbaikan 36-41
8.1 Umum 36
8.2 Pemantauan dan Pengukuran 36
8.2.1 Kepuasan Pelanggan 36
8.2.2 Audit Dalaman 36
8.2.3 Pemantauan dan Pengukuran Proses 37-38
8.2.4 Pemantauan dan Pengukuran Perkhidmatan 38
8.3 Kawalan ke atas produk atau Perkhidmatan yang tidak 38-39
memenuhi keperluan
8.4 Analisa Data 39-40
8.5 Penambahbaikan 40
8.5.1 Penambahbaikan Berterusan 40
8.5.2 Tindakan Pembetulan 40
8.5.3 Tindakan Pencegahan 41

Lampiran

Lampiran 1 Carta Organisasi Program Perubatan


Lampiran 1(a) Carta Fungsi Cawangan Perkembangan Perkhidmatan Perubatan
Lampiran 1(b) Carta Fungsi Cawangan Pembangunan Profesion
Perubatan
Lampiran 1(c) Carta Fungsi Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan
Lampiran 1(d) Carta Fungsi Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan
Lampiran 1(e) Carta Fungsi Unit Teknikal Bantuan Perubatan

Manual Kualiti Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM/PRP/MK-01 7 / 37


MANUAL KUALITI PROGRAM PERUBATAN

Lampiran 1(f) Carta Fungsi Cawangan Kawalan Amalan Perubatan


Swasta
Lampiran 1(g) Carta Fungsi Cawangan Penggubalan Akta
Lampiran 1(h) Carta Fungsi Cawangan Mediko Legal
Lampiran 1(i) Carta Fungsi Lembaga Pembantu Perubatan
Lampiran 1(j) Carta Fungsi Majlis Optik Malaysia
Lampiran 1(k) Carta Fungsi Unit Pentadbiran Dan Kewangan
Lampiran 2 Senarai Induk Dokumen Kualiti
Lampiran 3 Matrik Dokumen
Lampiran 4 Senarai dokumen sokongan
Lampiran 5 Senarai Induk Rekod Kualiti
Lampiran 6 Pemetaan Proses.

Manual Kualiti Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM/PRP/MK-01 8 / 37


MANUAL KUALITI PROGRAM PERUBATAN

1 PENGENALAN

1.1 Umum
Manual kualiti disediakan berasaskan keperluan MS ISO 9001:2008. Ianya
merupakan dokumen utama yang menerangkan skop Sistem Pengurusan Kualiti,
prosedur yang didokumenkan serta gambaran interaksi antara proses Sistem
Pengurusan Kualiti bagi Program Perubatan

1.2 Objektif Manual Kualiti


1.2.1 Menggariskan proses utama yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan
berkualiti kepada pelanggan dan hasil perkhidmatan yang berkaitan
dengannya. Proses utama terdiri daripada proses am dan proses
khusus yang disokong oleh prosedur sokongan dan prosedur
penambahbaikan kualiti.
1.2.2 Menjelaskan pertalian atau hubungkait antara pelbagai aktiviti yang
membentukkan proses utama.
1.2.3 Menjelaskan perkaitan proses utama Program Perubatan dengan
keperluan MS ISO 9001:2008.
1.2.4 Memaklumkan dengan jelas komitmen Program Perubatan terhadap
penambahbaikan berterusan bagi perkhidmatan teras secara bertulis
dan menggunakan pendekatan yang boleh difahami oleh semua
anggota Program Perubatan.

1.3 Kandungan
Manual ini terbahagi kepada 8 Seksyen seperti tercatat dalam muka surat 5-7.

1.4 Kelulusan Manual Kualiti


Manual Kualiti ini disediakan oleh Jawatankuasa Dokumentasi MS ISO
9001:2008 Program Perubatan diketuai oleh Wakil Pengurusan dan
diluluskan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), TKPK(P).

1.5 Dokumen Terkawal


KKM/PRP/ISO-03 - Kawalan Dokumen

1.6 Rujukan
Rujukan yang digunakan dalam penyediaan manual kualiti ini adalah mengikut:
a Standard MS ISO 9001:2008
b Akta-Akta, Peraturan-Peraturan dan garispanduan berkaitan dengan
perkhidmatan yang diberi
c Perintah Am Kerajaan

Manual Kualiti Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM/PRP/MK-01 9 / 37


MANUAL KUALITI PROGRAM PERUBATAN

d Arahan Perkhidmatan
e Pekeliling Perkhidmatan - http//www.jpa.gov.my.
f Surat pekeliling perkhidmatan - http//www.jpa.gov.my.
g Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA) -
http://www.mampu.gov.my/
h Arahan Perbendaharaan
i Pekeliling Perbendaharaan - http//www.treasury.gov.my.
j Surat Pekeliling Perbendaharaan - http//www.treasury.gov.my.

Manual Kualiti Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM/PRP/MK-01 10 / 37


MANUAL KUALITI PROGRAM PERUBATAN

2 MAKLUMAT MENGENAI PROGRAM PERUBATAN

2.1 Sejarah dan latarbelakang


Program Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini
dikenali sebagai Program Rawatan Pesakit, ditubuhkan pada tahun 1995 di
bawah fasa I manakala cawangan dan unit-unit di bawahnya ditubuhkan pada 1
Januari 1996 di bawah fasa II. Program Rawatan Pesakit pada masa itu
dikendalikan oleh Bahagian Perkhidmatan Perubatan dan sekarang dikenali
dengan Program Perubatan. Program Perubatan terdiri daripada empat
bahagian dan satu unit iaitu:-
a. Bahagian Perkembangan Perubatan
b. Bahagian Amalan Perubatan
c. Bahagian Telekesihatan
d. Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu
e. Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari
f. Unit Pentadbiran dan Kewangan

2.1.1 Bahagian Perkembangan Perubatan

Bahagian ini berfungsi merancang dan membangunkan perkhidmatan


perubatan serta kepakaran perubatan.
Cawangan-Cawangan di bawah Bahagian Perkembangan
Perubatan:
i Cawangan Perkembangan Perkhidmatan Perubatan
ii Cawangan Pembangunan Profesion Perubatan
iii Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan
iv Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan
v Unit Teknikal Bantuan Perubatan.

2.1.2 Bahagian Amalan Perubatan

Bahagian ini berfungsi mengawalselia amalan perubatan dan


kemudahan serta perkhidmatan jagaan kesihatan melalui badan
profesional mengikut Akta, peraturan-peraturan dan perkara-perkara
yang berkaitan dengannya.
Cawangan-cawangan di bawah Bahagian Amalan Perubatan:
i Majlis Perubatan Malaysia.
Ii Majlis Optik Malaysia
iii Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia
iv Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta

Manual Kualiti Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM/PRP/MK-01 11 / 37


MANUAL KUALITI PROGRAM PERUBATAN

v Cawangan Penggubalan Akta


vi Cawangan Mediko-Legal
vii Cawangan Pelancongan Kesihatan
vii Unit Amalan Kosmatik

2.1.3 Unit Pentadbiran dan Kewangan di bawah Program Perubatan


menguruskan hal-hal pentadbiran dan pengurusan kewangan.

Program Perubatan beralamat di ibu pejabat KKM seperti berikut:

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan)


Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 7, Blok E1, Parcel E, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590, Putrajaya
MALAYSIA
Tel: 03 88831034
Faksimili: 03 88831045

2.2 Objektif Program Perubatan

Untuk menyediakan perkhidmatan perubatan yang komprehensif, berkesan,


mudah diperolehi, selesa, berteknologi sesuai serta meningkatkan piawaian
kualiti ke arah kecemerlangan kepada pelanggan yang memerlukan
perkhidmatannya.
Untuk memastikan Pengamal Perubatan dan Anggota Perubatan yang terlatih,
berkebolehan, kompeten, mahir dan berpengetahuan tinggi dalam usaha untuk
memberi perkhidmatan perubatan yang selamat dan menyeluruh merangkumi
perkhidmatan promotif, pencegahan, pemulihan dan rehabilitasi selaras dengan
Akta-Akta dan Peraturan- Peraturan yang berkaitan

2.3 Tanggungjawab

Program Perubatan dipertanggungjawabkan ke atas perancangan perkhidmatan


perubatan seperti berikut:
2.3.1 Membantu dalam penggubalan dasar kesihatan
2.3.2 Mengendalikan Penilaian Teknologi Kesihatan
2.3.3 Penyediaan Clinical Practice Guidelines
2.3.4 Menjalankan Kajian Teknologi Kesihatan

Manual Kualiti Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM/PRP/MK-01 12 / 37


MANUAL KUALITI PROGRAM PERUBATAN

2.3.5 Mengendalikan Aktiviti Survelan Petunjuk Prestasi (National Indicator


Approach (NIA) / Key Performance Indicator (KPI) / Performance
Indicator (PI)
2.3.6 Menyelaras Aktiviti Penilaian Akreditasi Hospital
2.3.7 Mengendalikan Aktiviti Kawalan Infeksi
2.3.8 Mengendalikan dan memantau Maklumbalas Pelanggan
2.3.9 Mengendalikan penilaian permohonan bantuan kewangan untuk
rawatan perubatan
2.3.10 Mengendalikan permohonan bayaran balik rawatan perubatan
2.3.11 Penggubalan / Pindaan Akta
2.3.12 Pewartaan dan Pentauliahan Pakar-Pakar Perubatan di KKM
2.3.13 Penilaian Kelayakan Kepakaran Bagi Pelantikan Pegawai Perubatan
Pakar Samada Secara Kontrak Atau Lateral Entry Di Kementerian
Kesihatan Malaysia
2.3.14 Pengurusan kes-kes berpotensi Mediko-legal
2.3.15 Pengurusan Kes-Kes Ex Gratia
2.3.16 Membantu dalam pembangunan standard dan kriteria bagi program
pendidikan dalam Bidang Amalan Perubatan Tradisional dan
Komplimentari (PTK)
2.3.17 Merancang aktiviti pemantauan ke atas pengamal dan juga premis
PTK
2.3.18 Pendaftaran dan Pelesenan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan
Kesihatan Swasta.
2.3.19 Mengendalikan peperiksaan Pembantu Hospital Estet.
2.3.20 Mengendalikan perakuan pengamalan tahunan Optometris, Juruoptik,
dan Pembantu Perubatan.
2.3.21 Mengendalikan pendaftaran Optometris, Juruoptik, Pembantu
Perubatan dan Pembantu Hospital Estet
2.3.22 Mengendalikan penempatan, pertukaran, penanggungan kerja dan
permohonan Kursus Induksi anggota Program Perubatan
2.3.23 Mengendalikan Urusan Pembelian Barangan Dan Perkhidmatan
Menggunakan Sistem e-Perolehan dan e-Bidding di Program
Perubatan
2.3.24 Mengendalikan Urusan Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri, Berkursus
Dan Permohonan Tiket Penerbangan Menggunakan Sistem e-SPKB
Program Perubatan

Tanggungjawab ini dijalankan berdasarkan dasar kerajaan, arahan


daripada pihak kementerian atau mengikut keperluan masyarakat.

Manual Kualiti Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM/PRP/MK-01 13 / 37


MANUAL KUALITI PROGRAM PERUBATAN

2.4 Carta Organisasi

Program Perubatan diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan


(Perubatan), KKM. Setiap Bahagian mempunyai beberapa cawangan dan unit.
Manakala di bawah cawangan ada beberapa unit untuk melaksanakan
perkhidmatan-perkhidmatan yang telah dikenalpasti.
Rujuk carta organisasi seperti di Lampiran 1 (Carta Organisasi Program
Perubatan : Bahagian / Cawangan / Unit yang terlibat di dalam persijilan MS ISO
9001:2008 sahaja akan ditandakan). Carta Organisasi Fungsi setiap Cawangan/
Unit yang terlibat di dalam persijilan MS ISO 9001:2008 adalah seperti di
Lampiran 1(a) hingga 1(k).

2.5 Visi Program Perubatan, KKM

Visi Program Perubatan adalah ke arah menghasilkan satu sistem kesihatan


yang adil dan saksama, mampu dibiayai, efisyen, berteknologi sesuai, serasi
dengan persekitaran dan mesra pelanggan dengan penekanan terhadap kualiti,
inovasi, peningkatan taraf kesihatan serta menghormati sesama insan,
disamping menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan pelanggan ke
arah peningkatan kualiti hidup.

2.6 Misi Program Perubatan, KKM

Program Perubatan akan berusaha bersama-sama memastikan perkhidmatan


perubatan berkualiti tinggi dengan mengutamakan pelanggan, saksama, cekap,
berkesan, inovatif, dan menggunakan teknologi yang sesuai melalui
perancangan, penyelarasan, pengawalan dan penilaian selaras dengan
keperluan dan perkembangan bidang perubatan. Program Perubatan akan
memastikan pemberian perkhidmatan oleh personel yang komited, bersifat
penyayang dan menghormati insan, kerja berpasukan dan professional dengan
pembangunan professional berterusan.

2.7 Piagam Pelanggan Program Perubatan

Program ini bertekad, komited dan sentiasa berusaha untuk memberi


perkhidmatan yang cemerlang kepada setiap pelanggan dengan:
Sentiasa memberi layanan dengan sopan dan mesra;
Menyediakan perkhidmatan profesional yang berkualiti dengan
mengambilkira keperluan pelanggan;
Semua aduan terhadap program perubatan akan diberi maklumbalas
bertulis dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan.
80% aktiviti tahunan Cawangan/ Unit yang dirancang akan dilaksanakan
setiap tahun.

Manual Kualiti Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM/PRP/MK-01 14 / 37


MANUAL KUALITI PROGRAM PERUBATAN

Akan menyediakan atau menyiapkan dokumen/ maklumbalas/ laporan/


polisi/ garispanduan/ sijil/ lesen/ bayaran/ penilaian pemohonan/ tawaran
dalam masa yang ditetapkan kepada pelanggan-pelanggan luaran.
Keperluan 7 hari latihan untuk semua kakitangan dalam cawangan akan
dipenuhi setiap tahun

Setiap pelanggan yang mempunyai kemusykilan hendaklah berhubung


dengan Pengarah-Pengarah Bahagian, Program Perubatan di talian seperti
berikut:
Pengarah Bahagian Perkembangan 03-88831046
Perubatan
Pengarah Bahagian Amalan Perubatan 03-88831036
Kaunter Khidmat Pelanggan 03-88831424

2.7.1 Stakeholder dan Pelanggan Program Perubatan


Stakeholder dan pelanggan Program Perubatan adalah terdiri daripada
pelanggan dalaman dan pelanggan luaran.
a Pelanggan dalaman
Kesemua Bahagian, cawangan, unit dan anggota dalam Program
Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia .
b Pelanggan luaran
Agensi-agensi bukan kerajaan
Badan-badan berkanun
Agensi swasta
Orang awam
Institusi di KKM yang diluar jagaan Program Perubatan

3 SKOP PENDAFTARAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI PROGRAM PERUBATAN

3.1 Skop Sistem Pengurusan Kualiti Program Perubatan merangkumi


a Penggubalan dasar, pemantauan dan penilaian pembangunan dan
perkembangan perkhidmatan perubatan, profesion perubatan, kualiti
penjagaan perubatan, penilaian teknologi kesihatan, serta
pengurusan teknikal bantuan perubatan.
b Penggubalan atau pindaan akta, pendaftaran klinik perubatan
swasta dan pengurusan kes-kes berpotensi mediko-legal.
c Pendaftaran Optometris, Pembantu Perubatan, Juruoptik dan
Pembantu Hospital Estet; pelantikan pengubal soalan, pemeriksa
kertas jawapan dan pengendalian peperiksaan Pembantu Hospital
Estet; mengeluarkan perakuan pengamalan tahunan Juruoptik dan
Optometris berdaftar serta pembaharuan perakuan pendaftaran
tahunan Pembantu Perubatan.

Manual Kualiti Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM/PRP/MK-01 15 / 37


MANUAL KUALITI PROGRAM PERUBATAN

Skop ini dilaksanakan di:


Bahagian Perkembangan Perubatan
Cawangan Perkembangan Perkhidmatan Perubatan
Cawangan Pembangunan Profesion Perubatan
Cawangan Kualiti Penjagan Perubatan
Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan
Unit Teknikal Bantuan Perubatan
Bahagian Amalan Perubatan
Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta
Cawangan Penggubalan Akta
Cawangan Mediko-Legal
Majlis Optik Malaysia
Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia
Unit Pentadbiran dan Kewangan

3.2 Pengecualian Skop Pendaftaran


Bahagian, Cawangan dan Unit yang dikecualikan dari skop pendaftaran Sistem
Pengurusan Kualiti Program Perubatan adalah:
a Bahagian Telekesihatan
b Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu
c Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari
d Majlis Perubatan Malaysia
e Cawangan Pelancongan Kesihatan
f Unit Amalan Kosmatik

Manakala klausa MS ISO 9001:2008 yang dikecualikan dari pendaftaran adalah:


a 7.6 Kawalan Ke atas Alat Pengukuran dan Pemantauan

Manual Kualiti Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM/PRP/MK-01 16 / 37


MANUAL KUALITI PROGRAM PERUBATAN

4 SISTEM PENGURUSAN KUALITI


Skop pelaksanaan sistem pengurusan kualiti Program Perubatan adalah merangkumi
proses perancangan yang teratur, pelaksanaan, pengawasan, penyelarasan,
pemantauan, penilaian, pengawalan, dan penambahbaikan selaras dengan
perkembangan masakini.

4.1 Keperluan Am
Program Perubatan menyediakan sistem pengurusan kualiti merangkumi
dokumentasi, pelaksanaan dan pengekalan tahap prestasi pengurusan. Program
Perubatan akan menitikberatkan peningkatan keberkesanan yang berterusan
berpandukan piawaian antarabangsa MS ISO 9001:2008.

Sistem ini merangkumi ciri-ciri yang berikut:


a Sistem yang didokumenkan
b Pengenalpastian proses teras yang diperlukan dalam perancangan yang
teratur, pelaksanaan, pengawasan, penyelarasan, pemantauan,
penilaian, pengawalan, dan penambahbaikan mengikut keperluan
organisasi;

c Proses / Aktiviti yang didokumenkan adalah jelas, mudah difahami dan


boleh digunapakai oleh semua anggota serta menepati piawaian kualiti
yang ditetapkan;
d Penggarisan aliran dan hubungkait antara proses adalah jelas;
e Penetapan unsur kawalselia dan kaedah maklumbalas bagi memastikan
kelancaran proses dikenalpasti;
f Penganalisaan maklumat tertentu bagi tindakan pencegahan ditentukan;
g Penggunaan kaedah berkesan yang memenuhi piawaian MS ISO
9001:2008;
h Mempunyai unsur penambahbaikan berterusan untuk memastikan
peningkatan keberkesanan dengan kos berpatutan; dan
i Peka kepada kehendak pelanggan.

4.2 Keperluan Dokumentasi


4.2.1 Am
Sistem kualiti Program Perubatan adalah selaras dengan visi, misi dan
objektif Kementerian Kesihatan Malaysia yang bermatlamat menuju ke
arah pencapaian kualiti. Pendekatan yang diambil adalah melalui MS
ISO 9001:2008. Sistem ini mempunyai empat tahap dokumen seperti
rajah 1

Manual Kualiti Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM/PRP/MK-01 17 / 37


MANUAL KUALITI PROGRAM PERUBATAN

Penerangan Tanggungjawab

Menerangkan dasar-dasar Manual Wakil Pengurusan


sistem pengurusan kualiti Kualiti

Menerangkan siapa, bila, Ketua-Ketua Bahagian/


kenapa dan bagaimana Prosedur- Cawangan/Unit dan
dasar-dasar dilaksanakan prosedur pegawai-pegawai yang
secara terperinci dipertanggung- jawabkan
kualiti

Membuktikan Dokumen sokongan Pegawai yang


pelaksanaan dan rujukan (Dalaman dan Luaran) dipertanggung- jawabkan

Rajah 1: Piramid Sistem Kualiti Program Perubatan.

Semua dokumen Program Perubatan mempunyai sistem pengkodan yang tersendiri dan
setiap kod ini mewakili prosedur berkaitan serta mempunyai makna khusus.
Tanggungjawab anggota yang terlibat bagi menyediakan dokumen berkaitan adalah seperti
Rajah 1 seperti di atas.

Dokumen Sistem Pengurusan Kualiti meliputi:


a Manual Kualiti
b Dasar Kualiti dan Objektif Kualiti;
c Prosedur Kualiti yang diperlukan mengikut piawaian MS ISO
9001:2008;
d Rekod-rekod dan dokumen sokongan (dalaman dan luaran) yang
diperlukan merupakan bukti/bahan rujukan pelaksanaan sesuatu
aktiviti atau kerja. Ia termasuk borang-borang, pekeliling dan
garispanduan yang ditetapkan. Tempoh rekod-rekod disimpan
adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang atau kegunaan
rekod-rekod ini.
Senarai Induk Dokumen Kualiti adalah seperti di Lampiran 2

Manual Kualiti Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM/PRP/MK-01 18 / 37


MANUAL KUALITI PROGRAM PERUBATAN

4.2.2 Manual Kualiti


Manual kualiti adalah dokumen utama yang menerangkan Sistem
Pengurusan Kualiti secara menyeluruh. Manual ini meliputi :
a Skop Perlaksanaan dan Pengecualian Sistem Pengurusan Kualiti
rujuk Seksyen 3
b Dasar kualiti dan Objektif Kualiti Program Perubatan
rujuk Seksyen 5
c Prosedur Kualiti dan lain-lain dokumen serta hubungkait antara
dokumen dokumen (rujuk Matrik Dokumen di Lampiran 3.
d Huraian tentang prinsip-prinsip asas dalam merancang, melaksana,
memantau dan menilai Sistem Pengurusan Kualiti

4.2.3 Kawalan Dokumen


Dokumentasi yang diperlukan di bawah piawaian Sistem Pengurusan
Kualiti, Program Perubatan termasuk kenyataan dasar dan objektif
kualiti, manual kualiti, prosedur yang diperlukan didokumenkan dan
rekod yang ditentukan akan dikawal. Prosedur Kawalan Dokumen bagi
menerangkan kawalan dalam pengwujudan, kelulusan, pengenalan /
identifikasi, pengedaran, penyimpanan, keselamatan, kemudahkesanan,
jangkamasa simpanan dan pelupusan dokumen berkenaan. Rekod yang
merupakan dokumen khas dikawal mengikut keperluan seperti dalam
perkara 4.2.4 kawalan rekod
Senarai dokumen sokongan di Lampiran 4.
Dokumen berkaitan:
KKM/PRP/ISO-03 Kawalan Dokumen

4.2.4 Kawalan Rekod


Rekod-rekod Sistem Pengurusan Kualiti dikendalikan secara sistematik
dari segi:
a Cara penyimpanan
b Tempoh simpanan bagi sesuatu rekod
c Lokasi rekod
d Identifikasi rekod
e Kemudahkesanan dan;
f Boleh dibaca
Dokumen berkaitan:
KKM/PRP/ISO-04 Kawalan Rekod Kualiti

Manual Kualiti Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM/PRP/MK-01 19 / 37


MANUAL KUALITI PROGRAM PERUBATAN

5 TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN PROGRAM PERUBATAN

5.1 Komitmen Pengurusan Atasan


Pihak pengurusan atasan Program Perubatan terdiri daripada
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) dibantu oleh
i Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan
ii Pengarah Bahagian Amalan Perubatan

Pengurusan atasan Program Perubatan beriltizam melaksanakan sistem


pengurusan kualiti dengan memastikan aktiviti yang berikut dijalankan seperti
yang dirancang:
a Memastikan kepada semua peringkat organisasi tentang
kepentingan mengenalpasti keperluan dan memenuhi kehendak
pelanggan serta Peraturan-Peraturan yang berkaitan
b Menggubal Dasar dan Objektif Kualiti Program Perubatan dari masa
ke semasa
c Berinteraksi dengan pelanggan secara berkesan
d Memantau prestasi pelaksanaan semua proses dengan objektif
kualiti yang ditentukan
e Mengadakan audit kualiti dalaman
f Melaksanakan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan
g Memastikan sumber-sumber mencukupi untuk pelaksanaan semua
proses

5.2 Keutamaan Pelanggan


Program Perubatan prihatin terhadap keperluan pelanggannya dan akan
memberi perhatian yang sewajarnya dengan memastikan aduan, cadangan dan
maklumbalas daripada pelanggan akan diambilkira oleh pengurusan Program
Perubatan untuk penambahbaikan dan memenuhi kepuasan pelanggan.
Dokumen berkaitan:
KKM/PRP/ISO-05 Pengurusan Maklumbalas Pelanggan

5.3 Dasar Kualiti


Program Perubatan menggubal dasar kualiti yang bersesuaian dengan matlamat
organisasi. Dasar Kualiti Program Perubatan adalah dinamik. Ia akan disemak
dan dikaji untuk kesesuaian setiap 5 tahun atau mengikut keperluan. Dasar ini
akan dijelaskan kepada semua anggota Program Perubatan supaya mereka
memahaminya dan dapat memberi perkhidmatan ke arah memenuhi kehendak
dasar tersebut.

Manual Kualiti Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM/PRP/MK-01 20 / 37


MANUAL KUALITI PROGRAM PERUBATAN

Kenyataan Dasar Kualiti

Program Perubatan bertekad untuk menyediakan perkhidmatan


perubatan yang berkualiti dan selamat bagi memenuhi keperluan
pelanggan dan perundangan serta memenuhi aspirasi negara melalui
menambahbaikan berterusan Sistem Pengurusan Kualiti.

5.4 Perancangan
5.4.1 Objektif Kualiti
Objektif kualiti digubal berdasar dasar kualiti. Objektif kualiti akan
sentiasa disemak agar sesuai dengan pelaksanaan semasa. Senarai
objektif kualiti adalah seperti berikut:

i Cawangan 95% Pekeliling / Polisi / Dasar dan


Perkembangan Garispanduan diambil langkah penyemakan
Perkhidmatan semula tidak lewat daripada sebulan selepas
Perubatan genap 5 tahun perlaksanaannya.

ii Cawangan 90% permohonan pewartaan kepakaran


Pembangunan yang lengkap bagi Warganegara Malaysia
Profesion Perubatan akan dikemukakan kepada Ketua Pengarah
Kesihatan dalam masa 25 hari bekerja dari
tarikh penerimaan borang permohonan.
Nota: Pewartaan yang dibuat secara edaran.

iii Cawangan Kualiti 80% permohonan peruntukan Akreditasi dari


Penjagaan hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Perubatan yang lengkap akan dikemukakan kepada
Bahagian Kewangan dalam masa 7 hari
bekerja.

iv Cawangan 100% draf laporan Kajian Teknologi


Penilaian Teknologi Kesihatan akan disiapkan untuk semakan
Kesihatan oleh Ketua Cawangan dalam tempoh 50 hari
dari tarikh penerimaan permohonan.

v Cawangan Kawalan Mengeluarkan Borang B (Perakuan


Amalan Perubatan Pendaftaran Klinik Perubatan Swasta) dalam
Swasta tempoh 7 hari bekerja (80%) selepas
menerima bayaran fi pengeluaran.

Manual Kualiti Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM/PRP/MK-01 21 / 37


MANUAL KUALITI PROGRAM PERUBATAN

vi (a) Cawangan 90% Surat arahan penubuhan Jawatankuasa


Mediko Legal Penyiasatan Bebas akan dihantar ke
Jabatan Kesihatan Negeri dalam tempoh 5
hari bekerja dari tarikh penerimaan arahan
dari Pengarah Amalan Perubatan bagi kes-
kes yang berpotensi medikolegal dan kes-
kes medikolegal.
(b) Cawangan 80% memo Permohonan Kelulusan
Mediko Legal Pembayaran Ex Gratia kepada Ketua
Pengarah Kesihatan disediakan dalam masa
7 hari bekerja dari tarikh penerimaan surat
cadangan pembayaran daripada Jabatan
Peguam Negara.

vii Cawangan 85% Draf akta / pindaan akta yang disemak


Penggubalan Akta perlu siap dikemaskini dalam masa 20 hari
bekerja selepas mesyuarat Jawatankuasa.

viii Majlis Optik 95% APC siap dalam masa 14 hari daripada
Malaysia tarikh penerimaan permohonan yang
lengkap.

xi Lembaga Pembantu 80% permohonan untuk berdaftar sebagai


Perubatan Malaysia Penolong Pegawai Perubatan dengan
Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia
yang lengkap akan disiapkan dalam tempoh
3 bulan dari tarikh perakuan pendaftaran
yang ditetapkan oleh Setiausaha LPP.

x Unit Teknikal 90% permohonan bantuan kewangan dari


Bantuan Perubatan Tabung Bantuan Kewangan yang lengkap
akan siap di proses dalam tempoh 7 hari
bekerja dari tarikh penerimaan permohonan.

xi Unit Pentadbiran 100% bil dan tuntutan dibayar dalam tempoh


Dan Kewangan 14 hari dari tarikh semakan lengkap.

5.4.2 Perancangan Sistem Pengurusan Kualiti


Program Perubatan merancang pencapaian Sistem Pengurusan Kualiti
melalui objektif kualiti setiap Cawangan/Unit

Manual Kualiti Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM/PRP/MK-01 22 / 37


MANUAL KUALITI PROGRAM PERUBATAN

5.5 Tanggungjawab, Kuasa dan Komunikasi

5.5.1 Tanggungjawab dan Kuasa


Program Perubatan akan memastikan perkaitan tanggungjawab dan
kuasa anggota di setiap Bahagian/Cawangan/Unit adalah jelas seperti di
Rajah 1.

5.5.2 Wakil Pengurusan


Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) selaku Ketua Program
Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia melantik seorang Wakil
Pengurusan bagi menyelaras dan menyelia secara menyeluruh
pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti dan pada masa yang sama
menjadi saluran penghubung di antara pengurusan Program Perubatan
dan seluruh mekanisme Sistem Pengurusan Kualiti. Disamping tugas-
tugas hakikinya Wakil Pengurusan Program Perubatan adalah
bertanggungjawab untuk:
a Memastikan proses yang diperlukan untuk Sistem Pengurusan
Kualiti dibentuk, dilaksana dan diselenggara
b Melapor kepada pengurusan Program Perubatan mengenai
pencapaian/kemajuan sistem pengurusan kualiti dan sebarang
keperluan untuk penambahbaikan semasa mesyuarat kajian semula
pengurusan
c Merancang dan melaksanakan program latihan/kesedaran keperluan
pelanggan di kalangan semua anggota Program Perubatan

5.5.3 Komunikasi dalaman


Program Perubatan mementingkan komunikasi dalaman yang berkesan
supaya semua lapisan anggota akan dimaklumkan tentang pelbagai
isu/maklumat serta perkembangan semasa Program Perubatan.
Berdasar kepada maklumat yang perlu dimaklumkan, salah satu atau
lebih cara pendekatan tercatat di bawah akan diambil/gunapakai:
a Mesyuarat Program/Bahagian/Cawangan/Unit/Lembaga/Majlis.
b Pengedaran surat pekeliling
c Papan notis
d Memo
e Mel eletronik
f Jamuan dan perjumpaan
g Hari keluarga/sukan
h Telefon dan faksimili
Setiap Bahagian/Cawangan/Unit/Lembaga/Majlis di Program Perubatan
hendaklah saling berinteraksi secara berterusan agar objektif masing-
masing dapat dicapai dengan lebih berkesan.

Manual Kualiti Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM/PRP/MK-01 23 / 37


MANUAL KUALITI PROGRAM PERUBATAN

5.6 Kajian Semula Pengurusan

5.6.1 Umum
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) akan
mempengerusikan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan sekurang-
kurangnya 1 kali setahun atau setiap 12 bulan. Mesyuarat ini
dianggotai oleh semua Ketua Bahagian, Ketua Cawangan/Unit, Ketua
Juruaudit Dalaman dan Wakil Pengurusan yang bertindak selaku
Ketua Urus Setia mesyuarat. Ia dijalankan sekurang-kurangnya 1 bulan
selepas Audit Kualiti Dalaman dijalankan.
Tujuan mesyuarat adalah untuk mengkaji semula Sistem Pengurusan
Kualiti dari segi kesesuaian, kecukupan dan keberkesanannya secara
berterusan. Kajian semula ini merangkumi penilaian peluang untuk
penambahbaikan dan keperluan perubahan dalam sistem pengurusan,
termasuk dasar dan objektif kualiti.

5.6.2 Input kajian semula pengurusan


Mesyuarat kajian semula pengurusan program perubatan akan
dilaksanakan berasaskan input yang berikut:
a Hasil audit dalaman/luaran yang terdahulu
b Maklumbalas/aduan pelanggan
c Pencapaian proses kerja dan keakuran perkhidmatan/produk
d Status tindakan pencegahan dan pembetulan
e Tindakan susulan dari kajian semula pengurusan yang terdahulu
f Perubahan yang boleh memberi kesan kepada sistem pengurusan
kualiti; dan
g Cadangan penambahbaikan

5.6.3 Output Kajian Semula Pengurusan


Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan Program Perubatan akan
merumuskan dan membuat pertimbangan keatas perkara-perkara
berikut:
a Penambahbaikan keberkesanan Sistem Pengurusan kualiti dan
proses-proses yang berkaitan
b Penambahbaikan perkhidmatan berkaitan keperluan pelanggan
c Keperluan sumber

Manual Kualiti Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM/PRP/MK-01 24 / 37


MANUAL KUALITI PROGRAM PERUBATAN

6 PENGURUSAN SUMBER
Program ini merancang, memperolehi dan mengurus sumber-sumber berdasarkan
objektif dan keperluan aktiviti Program Perubatan ke arah memenuhi keperluan dan
kepuasan pelanggan. Sumber-sumber berkenaan termasuklah kewangan, tenaga
manusia dan peralatan. Semua Bahagian di Program Perubatan mempunyai aktiviti-
aktiviti yang saling menyokong dan berhubungkait antara satu sama lain.

6.1 Penyediaan Sumber


Pihak pengurusan atasan serta ketua-ketua setiap cawangan dan unit akan
berusaha untuk memastikan sumber yang secukupnya disediakan untuk
merancang, memantau dan menilai proses utama serta pelaksanaan sistem
pengurusan kualiti Program Perubatan.
Setiap bahagian, cawangan dan unit dikehendaki mengemukakan permohonan
sumber melalui prosedur yang ditetapkan. Ini adalah untuk mencapai sasaran
perkhidmatan kesihatan dalam Rancangan Malaysia, program khas dan
keperluan perkhidmatan semasa. Permohonan adalah mengikut garispanduan
Pekeliling Kewangan dan dokumen yang berkaitan.

6.2 Sumber Manusia


Pihak pengurusan atasan Program Perubatan menyedari anggotanya
merupakan aset yang berharga. Mereka merupakan nadi penggerak kepada
pengwujudan dan perkembangan aktiviti-aktivi di bawah Program Perubatan.

6.2.1 Umum
Program ini mempunyai anggota pelbagai jawatan yang terdiri daripada
kumpulan pengurusan tertinggi, kumpulan pengurusan & professional
dan kumpulan sokongan. Program ini akan sentiasa berusaha untuk
memastikan setiap anggota diberi peluang dan galakan untuk
perkembangan kerjaya (career advancement) yang berterusan dalam
bidang masing-masing.

6.2.2 Kompetensi, Latihan dan Kesedaran.


Program Perubatan akan mengambil langkah langkah seperti berikut :
a Mengenalpasti kompetensi yang diperlukan oleh anggota dalam
menjalankan tugasan berkenaan dalam system kualiti.
b Mengatur program-program latihan untuk meningkatkan
pengetahuan, kemahiran serta kompetensi semua anggota mengikut
perkembangan semasa.
c Menilai tahap pencapaian/kemahiran/pengetahuan anggota yang
telah dihantar untuk menjalani latihan yang berkaitan dengan
tugasnya selepas 3 bulan tamat latihan. Penilaian akan dibuat oleh
Ketua Cawangan atau Unit dimana anggota ditugaskan.

Manual Kualiti Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM/PRP/MK-01 25 / 37


MANUAL KUALITI PROGRAM PERUBATAN

d Memastikan anggota mempunyai kesedaran terhadap peranan dan


kepentingan aktiviti yang mereka jalankan serta sumbangan mereka
terhadap sistem kualiti.
e Menyelenggara rekod latihan, kelayakan, kemahiran dan
pengalaman kerja semua anggota- anggota serta memastikan rekod
ini disimpan dengan baik .
f Menilai keberkesanan semua tindakan yang diambil terhadap
sumber manusia secara berterusan.

Setiap Bahagian / Cawangan / Unit / Lembaga / Majlis hendaklah


menyediakan pelan tindakan tahunan pada awal tahun agar
perancangan aktiviti dilaksanakan dengan teratur. Pelan tindakan
berkenaan diselaraskan supaya tidak terdapat pertindihan dan
cawangan-cawangan dapat saling menyokong antara satu sama lain.
Dokumen berkaitan:
KKM/PRP/ISO-09 Pengurusan Latihan Anggota
KKM/PRP/UPK/PK-03 Mengendalikan Urusan Penempatan,
Pertukaran, Penanggungan Kerja Dan
Permohonan Kursus Induksi Anggota
Program Perubatan

KKM/PRP/BPP/CKPP/ Mengendalikan Aktiviti Survelan Petunjuk


PK-01 Prestasi (National Indicator Approach (NIA) /
Key Performance Indicator (KPI) /
Performance Indicator (PI)

6.3 Infrastruktur

6.3.1 Kemudahan Fizikal


Pihak pengurusan Program Perubatan akan memastikan ruang pejabat
yang disediakan adalah dalam keadaan baik dan selamat mengikut Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Occupational Safety and Health
Act 1994 - OSHA).

6.3.2 Peralatan
Pihak pengurusan Program Perubatan akan memastikan peralatan yang
disediakan adalah mencukupi, selamat, tidak memberi kesan buruk
kepada kesihatan dan bersesuaian supaya aktiviti berjalan lancar
menurut Akta Keselamatan dan Kesihatan 1994.

6.3.3 Perkhidmatan Sokongan


Pihak pengurusan Program Perubatan akan memastikan sistem
informasi di sedia dan di selenggara mengikut keperluan semasa.

Manual Kualiti Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM/PRP/MK-01 26 / 37


MANUAL KUALITI PROGRAM PERUBATAN

Dokumen berkaitan:
KKM/PRP/ISO-07 Pengendalian Perolehan

6.4 Persekitaran Kerja

Pihak Pengurusan Atasan Program Perubatan akan sentiasa memastikan


tahap keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja berada pada tahap yang
baik melalui tindakan tindakan berikut:

6.4.1 Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan bertanggungjawab


merancang dan melaksanakan usaha usaha bagi menjamin
keselamatan, kesihatan serta kebajikan pekerja pekerja di dalam
Program Perubatan

6.4.2 Pasukan Tindakan Kecemasan Blok E1 yang bernaung di bawah


Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan, bertanggungjawab
mempersiapkan strategi strategi yang diperlukan sekiranya berlaku
insiden kecemasan atau bencana.

6.4.3 Menilai risiko di tempat kerja bagi memastikan tempat kerja sihat dan
selamat.

6.4.4 Menjalankan pemeriksaan kesihatan di kalangan pekerja.

7 PENYEDIAAN PERKHIDMATAN
Penyediaan perkhidmatan Program Perubatan adalah bermula daripada peringkat
pengenalpastian keperluan, sumber yang diperlukan, proses yang terlibat sehingga
tercapai kerja yang disasarkan.

7.1 Perancangan Penyediaan Perkhidmatan


Program Perubatan mengenalpasti proses-proses yang diperlukan untuk
penyediaan perkhidmatan selaras dengan keperluan Sistem Pengurusan Kualiti;
dengan mengambil kira hasil kajian, perubahan/perkembangan semasa dan
laporan pemantauan berkaitan perkhidmatan perubatan. Ini dapat dilihat dalam
Pemetaan Proses diLampiran 6
Dalam merancang penyediaan proses utama, semua anggota terlibat
menentukan:
a Objektif Kualiti dan keperluan perkhidmatan
b Keperluan prosedur, dokumen, dan sumber untuk sesuatu
perkhidmatan

Manual Kualiti Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM/PRP/MK-01 27 / 37


MANUAL KUALITI PROGRAM PERUBATAN

c Keperluan validasi (validation), pengesahan, pemantauan,


pemeriksaan dan uji-cuba sesuatu perkhidmatan Contohnya: Sijil
Pengamalan Tahunan yang dikeluarkan akan disemak ketepatan
outputnya oleh pegawai yang diberi kuasa dan disahkan untuk
pengeluarannya dengan tandatangan dan cop rasmi di borang atau
surat yang berkaitan
d Rekod yang berkaitan dengan Program Perubatan akan disimpan.

7.2 Proses Berkaitan Dengan Pelanggan

7.2.1 Penentuan Keperluan Berkaitan Dengan Perkhidmatan


Bagi mempastikan penyediaan perkhidmatan berjalan dengan licin,
Anggota Program Perubatan akan mengenalpasti
a keperluan yang dinyatakan oleh pelanggan;
b keperluan yang tidak dinyatakan oleh pelanggan tetapi diperlukan;
dan
c sebarang keperluan tambahan yang ditentukan oleh Program
Perubatan.
Anggota Program Perubatan juga akan mempastikan semua keperluan
Peraturan dan Perundangan yang berkaitan dengan perkhidmatan
utama dikenalpasti dan dipatuhi

7.2.2 Kajian Semula Yang Berkaitan Dengan Perkhidmatan


Anggota Program Perubatan akan membuat kajian semula terhadap
keperluan yang berkaitan dengan perkhidmatan. Kajian semula akan
dijalankan sebelum komitmen dibuat untuk pelaksanaan perkhidmatan
kepada pelanggan. Selain daripada itu, anggota Program Perubatan
juga akan memastikan;
a Keperluan perkhidmatan dijelaskan;
b Keperluan yang berbeza daripada yang dinyatakan terdahulu
diselesaikan
c Organisasi mempunyai keupayaan untuk memenuhi keperluan
seperti yang telah ditakrifkan.

Anggota Program Perubatan menyelenggara rekod hasil kajian semula


dan tindakan yang telah dijalankan. Jika pelanggan tidak menetapkan
keperluannya, keperluan pelanggan tersebut hendaklah disahkan oleh
pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan sebelum diterima.
Sekiranya keperluan perkhidmatan telah diubah, anggota Program
Perubatan yang berkenaan hendaklah mempastikan dokumen yang
berkaitan dipinda, dan anggota serta pelanggan yang berkaitan
dimaklumkan.

Manual Kualiti Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM/PRP/MK-01 28 / 37


MANUAL KUALITI PROGRAM PERUBATAN

7.2.3 Komunikasi Pelanggan


Anggota Program Perubatan akan mempastikan saluran komunikasi
yang berterusan diwujudkan antara pelanggan luaran dan dalaman
dengan anggota berkenaan. Pegawai juga akan memastikan semua
pelanggan luaran dan dalaman dapat maklumat berkaitan dengan;
a Proses utama
b Maklumat perkhidmatan

c Pertanyaan, kontrak, atau penyelenggaraan pesanan, termasuk


pindaan; dan
d Maklumbalas/Aduan pelanggan.
Dokumen berkaitan:
KKM/PRP/ISO-05 Pengurusan Maklumbalas Pelanggan

7.3 Rekabentuk dan Pembangunan Perkhidmatan/Produk


Program Perubatan menghasilkan polisi-polisi, garispanduan, akta dan
peraturan mengikut kehendak dan keperluan perkhidmatan.
Dokumen berkaitan:
KKM/PRP/BAP/CGA/PK-01 Penggubalan Akta / Pindaan Akta
KKM/PRP/BPP/CPPP/PK-01 Mendapatkan kelulusan Polisi Dan Dasar
KKM/PRP/BPP/PTK/PK-02 Penyediaan Clinical Practice Guidelines

7.3.1 Perancangan Rekabentuk dan Pembangunan


Anggota Program Perubatan akan mempastikan perancangan,
pengawalan rekabentuk dan pembangunan produk dilakukan dengan
menentukan,
a Tahap rekabentuk dan pembangunan
b Semakan, verifikasi dan validitasi yang bersesuaian dan
c Pembahagian tanggungjawab serta kuasa.

7.3.2 Input Rekabentuk dan Pembangunan


Anggota Program Perubatan akan mempastikan input yang berkaitan
dengan keperluan produk di rekod dan dikekalkan mengikut keperluan,
a Fungsi dan prestasi
b Undang-undang dan peraturan yang berkaitan

Manual Kualiti Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM/PRP/MK-01 29 / 37


MANUAL KUALITI PROGRAM PERUBATAN

7.3.3 Output Rekabentuk dan Pembangunan


Program Perubatan akan mempastikan pengeluaran / perkhidmatan
output rekabentuk dan pembangunan mendapat kelulusan sebelum
dilepaskan berdasarkan input verifikasi yang bersesuaian dengan,
a Memenuhi keperluan input
b Menyediakan maklumat yang sesuai untuk perolehan, pengeluaran
dan perkhidmatan
c Merujuk kriteria penerimaan produk
d Menyatakan penggunaan yang betul dan ciri-ciri keselamatan

7.3.4 Semakan Rekabentuk dan Pembangunan


Program Perubatan akan memastikan semakan secara sistematik ke
atas rekabentuk dan pembangunan dijalankan mengikut perancangan
a Menilai keupayaan hasil rekabentuk dan pembangunan
b Mengenalpasti kelemahan dan mencadangkan tindakan

7.3.5 Verifikasi Rekabentuk dan Pembangunan


Program Perubatan akan memastikan verifikasi dijalankan mengikut
perancangan yang ditetapkan, merekodkan hasil verifikasi dan tindakan
yang diperlukan dikekalkan.

7.3.6 Validasi Rekabentuk dan Pembangunan


Program Perubatan akan memastikan validasi rekabentuk dan
pembangunan dijalankan mengikut perancangan yang ditetapkan dan
disiapkan sebelum penghantaran atau perlaksanaan produk, direkodkan
hasil validasi dan tindakan yang diperlukan dikekalkan.

7.3.7 Kawalan Perubahan Rekabentuk dan Pembangunan


Program Perubatan akan mengenalpasti dan mengekalkan rekod
perubahan rekabentuk dan pembangunan yang telah disemak,
diverifikasi dan divalidasi mengikut kesesuaian serta diluluskan mengikut
perlaksanaan. Semakan keatas penilaian kesan perubahan terhadap
produk-produk yang dihantar direkod dan dikekalkan

7.4 Perolehan
7.4.1 Proses Perolehan
Program Perubatan memastikan perkhidmatan dan/atau peralatan yang
diperolehi menepati keperluan spesifikasi sepertimana yang telah
ditetapkan dalam dokumen/borang berkaitan. Jenis dan sejauh mana
kawalan terhadap pembekal dan bekalan yang diperolehi bergantung
kepada kesannya terhadap perkhidmatan yang diberi.

Manual Kualiti Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM/PRP/MK-01 30 / 37


MANUAL KUALITI PROGRAM PERUBATAN

Program Perubatan memastikan penilaian dan pemilihan pembekal


dijalankan berdasarkan kepada Arahan Perbendaharaan terkini.
Dokumen berkaitan:
KKM/PRP/ISO-07 Pengendalian Perolehan
KKM/PRP/UPK/PK-04 Mengendalikan Urusan Pembelian Barangan
Dan Perkhidmatan Menggunakan Sistem e-
Perolehan Dan e-Bidding Di Program
Perubatan
KKM/PRP/UPK/PK-05 Mengendalikan Urusan Tuntutan Perjalanan
Dalam Negeri, Berkursus dan Permohonan
Tiket Penerbangan Menggunakan Sistem e-
Perolehan Di Program Perubatan
KKM/PRP/BPP/CKPP/ Mengendalikan Aktiviti Survelan Petunjuk
PK-01 Prestasi (National Indicator Approach (NIA) /
Key Performance Indicator (KPI) /
Performance Indicator (PI)

7.4.2 Maklumat Perolehan


Maklumat perolehan menjelaskan perkhidmatan yang akan diperolehi,
termasuk mematuhi Arahan Perbendaharaan, Tahun 1997.
Dokumen berkaitan:
KKM/PRP/UPK/PK-04 Mengendalikan Urusan Pembelian Barangan
Dan Perkhidmatan Menggunakan Sistem e-
Perolehan Dan e-Bidding Di Program
Perubatan

7.4.3 Verifikasi Perkhidmatan yang telah diperolehi


Program Perubatan menjalankan pemeriksaan ke atas perkhidmatan
dan/atau peralatan yang dibekalkan bagi mempastikan perkhidmatan
dan/atau peralatan tersebut menepati spesifikasi.
Sekiranya perlu, Program Perubatan akan melakukan pemeriksaan di
premis pembekal untuk mempastikan bekalan yang bakal dibekalkan
menepati spesifikasi. Keperluan ini hendaklah dinyatakan dalam
maklumat perjanjian perolehan.
Dokumen berkaitan:
KKM/PRP/UPK/PK-04 Mengendalikan Urusan Pembelian Barangan
Dan Perkhidmatan Menggunakan Sistem e-
Perolehan dan e-Bidding Di Program
Perubatan
KKM/PRP/UPK/PK-05 Mengendalikan Urusan Tuntutan Perjalanan
Dalam Negeri, Berkursus dan Permohonan
Tiket Penerbangan Menggunakan Sistem e-
Perolehan Di Program Perubatan

Manual Kualiti Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM/PRP/MK-01 31 / 37


MANUAL KUALITI PROGRAM PERUBATAN

7.5 Penyediaan Pemberian Perkhidmatan

7.5.1 Kawalan Ke atas Pemberian Perkhidmatan


Pihak pengurusan Program Perubatan telah mengenalpasti hubungan
antara proses utama dan pelbagai proses yang berkaitan dalam
menyediakan perkhidmatan utamanya. Pihak pengurusan sentiasa
menitikberatkan kawalan kualiti pada setiap langkah penyediaan.
Kaedah kawalan proses operasi yang digunapakai oleh Program
Perubatan termasuk:
a Maklumat yang menjelaskan ciri-ciri perkhidmatan;
b Arahan kerja, jika perlu;
c Penggunaan kelengkapan yang sesuai;
d Penggunaan alat atau kaedah pemantauan dan pengukuran;
e Pelaksanaan pemantauan dan pengukuran;
f Sistem penilaian berterusan; dan
g Sistem penambahbaikan perkhidmatan yang tidak mencapai tahap
yang diperlukan.

Rujuk prosedur kerja cawangan/unit yang berkaitan


Dokumen berkaitan:
KKM/PRP/BPP/PTK/PK- 01 Penilaian Teknologi Kesihatan
KKM/PRP/BPP/PTK-PK 02 Penyediaan Clinical Practice Guidelines
KKM/PRP/BAP/MOM/PK-05 Pendaftaran Juruoptik Dan Optometris
KKM/PRP/BAP/MOM/PK-06 Mengeluarkan Perakuan Pengamalan
Tahunan juruoptik dan optometris berdaftar
KKM/PRP/BAP/LPP/PK-02 Pendaftaran Pembantu Perubatan Dari Kolej /
Institusi / Universiti Yang Diiktiraf
KKM/PRP/BAP/LPP/PK-04 Pembaharuan Perakuan Pendaftaran Tahunan
Pembantu Perubatan
KKM/PRP/BAP/LPHE/PK-03 Pendaftaran Pembantu Hospital Estet
KKM/PRP/BAP/CKAPS/PK-01 Pendaftaran Klinik Perubatan Swasta
KKM/PRP/BPP/CPPP/PK-01 Mendapatkan Kelulusan Polisi Dan Dasar

KKM/PRP/BPP/CKPP/PK-01 Mengendalikan Aktiviti Survelan Petunjuk


Prestasi (National Indicator Approach (NIA) /
Key Performance Indicator (KPI) /
Performance Indicator (PI)
KKM/PRP/BPP/CKPP/PK-02 Menyelaras Aktiviti Penilaian Akreditasi
Hospital

Manual Kualiti Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM/PRP/MK-01 32 / 37


MANUAL KUALITI PROGRAM PERUBATAN

KKM/PRP/BPP/CKPP/PK-03 Mengendalikan Aktiviti Kawalan Infeksi


KKM/PRP/BPP/CPP/PK-02 Permohonan Pewartaan Pakar - Pakar
Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia
KKM/PRP/BPP/CPP/PK-03 Proses Penilaian Kelayakan Kepakaran Bagi
Pegawai Perubatan Pakar Samada Secara
Kontrak Atau Lateral Entry Di Kementerian
Kesihatan Malaysia
KKM/PRP/BAP/CGA/PK-01 Penggubalan Akta / Pindaan Akta
KKM/PRP/BPP/UTBP/PK-01 Penilaian Permohonan Bantuan Kewangan
Untuk Rawatan Perubatan
KKM/PRP/BPP/UTBP/PK-02 Pengendalian Permohonan Untuk Bayaran
Balik Rawatan Perubatan
KKM/PRP/BAP/CML/PK-01 Pengurusan Kes-Kes Ex Gratia
KKM/PRP/BAP/CML/PK-02 Pengurusan Kes-Kes Berpotensi Mediko-
Legal

7.5.2 Validasi Proses Penyediaan & Penyampaian Perkhidmatan kepada


Pelanggan
Pengesahan perkhidmatan adalah bersifat intrinsik dalam kebanyakan
prosedur, seperti mengenalpasti peralatan yang sesuai dan sumber
manusia yang berkelayakan untuk melaksanakan satu proses. Program
Perubatan akan mengesahkan proses penyediaan perkhidmatan yang
hasilnya tidak boleh di validasi melalui pemantauan, pengukuran dan
kesannya, kekurangannya hanya boleh dikesan selepas perkhidmatan/
produk telah diberikan
a Mengenalpasti kriteria untuk semakan semula dan kelulusan
proses;
b Menyemak peralatan / kelengkapan dan kelayakan anggota;
c Menentukan terdapat prosedur khusus / arahan kerja / kaedah
untuk pelaksanaan perkhidmatan;
d Mengenalpasti rekod-rekod yang perlu untuk pelaksanaan
perkhidmatan; dan
e Menjalankan semula validasi (jika perlu).

Dokumen berkaitan:
KKM/PRP/BAP/CKAPS/PK-01 Pendaftaran Klinik Perubatan Swasta
KKM/PRP/BAP/LPHE/PK-03 Pendaftaran Pembantu Hospital Estet
KKM/PRP/BAP/LPP/PK-02 Pendaftaran Pembantu Perubatan Dari Kolej /
Institusi / Universiti Yang Diiktiraf
KKM/PRP/BAP/MOM/PK-05 Pendaftaran Juruoptik Dan Optometris
KKM/PRP/BPP/PTK/PK- 01 Penilaian Teknologi Kesihatan

Manual Kualiti Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM/PRP/MK-01 33 / 37


MANUAL KUALITI PROGRAM PERUBATAN

KKM/PRP/BPP/PTK-PK 02 Penyediaan Clinical Practice Guidelines


KKM/PRP/BPP/PTK/PK- 03 Kajian Teknologi Kesihatan
KKM/PRP/BPP/CPPP/PK-01 Mendapatkan Kelulusan Polisi Dan Dasar
KKM/PRP/BPP/CPP/PK-02 Permohonan Pewartaan Pakar-Pakar
Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia
KKM/PRP/BPP/CPP/PK-03 Proses Penilaian Kelayakan Kepakaran Bagi
Pegawai Perubatan Pakar Samada Secara
Kontrak Atau Lateral Entry Di Kementerian
Kesihatan Malaysia
KKM/PRP/BPP/CKPP/PK-01 Mengendalikan Aktiviti Survelan Petunjuk
Prestasi (National Indicator Approach (NIA) /
Key Performance Indicator (KPI) /
Performance Indicator (PI)
KKM/PRP/BPP/CKPP/PK-02 Menyelaras Aktiviti Penilaian Akreditasi
Hospital
KKM/PRP/BPP/CKPP/PK-03 Mengendalikan Aktiviti Kawalan Infeksi
KKM/PRP/BAP/CGA/PK-01 Penggubalan Akta / Pindaan Akta

7.5.3 Identifikasi dan Kemudahkesanan (Traceability)


Pihak pengurusan Program Perubatan akan memastikan
a Semua Bahagian, Cawangan, Majlis, Lembaga dan Unit
mempunyai kod aktiviti / program dan atau tajuk untuk identifikasi
dan kemudahkesanan;
b Semua aset yang diperolehi daripada sebarang peruntukan akan
dikod dengan menggunakan nombor aset dan inventori yang
ditetapkan dalam Arahan Perbendaharaan terkini;
c Semua dokumen sistem pengurusan kualiti Program Perubatan
diberi kod atau mempunyai nombor dokumen;
d Semua fail diberi nombor

Dokumen berkaitan:
KKM/PRP/UPK/PK-04 Mengendalikan Urusan Pembelian Barangan
Dan Perkhidmatan Menggunakan Sistem e-
Perolehan Dan e-Bidding Di Program
Perubatan
KKM/PRP/UPK/PK-05 Mengendalikan Urusan Tuntutan Perjalanan
Dalam Negeri, Berkursus Dan Permohonan
Tiket Penerbangan Menggunakan Sistem e-
Perolehan di Program Perubatan
KKM/PRP/BAP/LPHE/PK-04 Pelantikan Penggubal Soalan, Pemeriksa
Kertas Jawapan Dan Pengendalian
Peperiksaan Pembantu Hospital Estet

Manual Kualiti Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM/PRP/MK-01 34 / 37


MANUAL KUALITI PROGRAM PERUBATAN

7.5.4 Harta pelanggan


Harta pelanggan yang diterima oleh cawangan / unit di Program
Perubatan akan diambil tindakan yang sesuai bagi memastikan ianya
selamat dan dan dipelihara dengan cara yang tertentu supaya ianya
tidak rosak dan tidak disalahgunakan. Cawangan / unit yang berkaitan
akan mengambil tindakan mengikut keperluan cawangan/unit masing-
masing.
Dokumen berkaitan:
KKM/PRP/BPP/CPP/PK-02 Permohonan Pewartaan Pakar-Pakar
Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia
KKM/PRP/BAP/CKAPS/PK-01 Pendaftaran Klinik Perubatan Swasta
KKM/PRP/BAP/LPHE/PK-03 Pendaftaran Pembantu Hospital Estet
KKM/PRP/BAP/LPP/PK-02 Pendaftaran Pembantu Perubatan Dari Kolej /
Institusi / Universiti Yang Diiktiraf
KKM/PRP/BAP/MOM/PK-05 Pendaftaran Juruoptik Dan Optometris
KKM/PRP/BAP/MOM/PK-06 Mengeluarkan Perakuan Pengamalan
Tahunan Juruoptik Dan Optometris Berdaftar

7.5.5 Pemeliharaan Produk


Semua produk yang di hasilkan akan di pelihara mengikut tahap
kepentingan, jenis dan ketahanan produk terhadap persekitaran dimana
ianya dihasilkan.
Dokumen berkaitan:
KKM/PRP/BPP/CPP/PK-02 Permohonan Pewartaan Pakar-Pakar
Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia
KKM/PRP/BAP/CKAPS/PK-01 Pendaftaran Klinik Perubatan Swasta
KKM/PRP/BAP/LPHE/PK-03 Pendaftaran Pembantu Hospital Estet

KKM/PRP/BAP/LPP/PK-02 Pendaftaran Pembantu Perubatan Dari Kolej /


Institusi / Universiti Yang Diiktiraf
KKM/PRP/BAP/LPP/PK-04 Pembaharuan Perakuan Pendaftaran Tahunan
Pembantu Perubatan
KKM/PRP/BAP/MOM/PK-05 Pendaftaran Juruoptik dan Optometris
KKM/PRP/BAP/MOM/PK-06 Mengeluarkan Perakuan Pengamalan
Tahunan Juruoptik Dan Optometris Berdaftar

7.6 Kawalan Keatas Peralatan Pemeriksaan dan Pengukuran


Tidak berkaitan kerana perkhidmatan yang diberi tiada melibatkan kawalan
keatas peralatan pemeriksaan dan pengukuran.
Rujuk Seksyen 3

Manual Kualiti Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM/PRP/MK-01 35 / 37


MANUAL KUALITI PROGRAM PERUBATAN

8 PENGUKURAN, ANALISA DAN PENAMBAHBAIKAN

8.1 Umum
Pihak pengurusan atasan Program Perubatan akan menilai prestasi sistem
pengurusan kualiti melalui:
a Cadangan dan maklumbalas pelanggan;
b Penemuan audit dalaman dan luaran;
c Hasil kaji selidik pemantauan sistem pengurusan kualiti;
d Indikator pencapaian objektif kualiti.

8.2 Pemantauan dan Pengukuran


8.2.1 Kepuasan Pelanggan
Pihak pengurusan atasan Program Perubatan akan mengadakan
kaedah yang sistematik untuk mengukur persepsi pelanggan tentang
sejauh mana Program Perubatan dapat memenuhi keperluan
pelanggannya. Perincian kaedah dicatatkan dalam prosedur kajian
kepuasan pelanggan.
Dokumen berkaitan:
KKM/PRP/ISO-05 Pengurusan Maklumbalas Pelanggan

8.2.2 Audit Dalaman


a Audit dalaman akan dijalankan sekurang-kurangnya 1 kali setahun
atau setiap 12 bulan oleh Juruaudit Dalaman. Juruaudit Dalaman
terdiri daripada anggota-anggota Program Perubatan yang dilantik.
b Ketua Juruaudit dalaman akan dilantik dari kalangan juruaudit yang
telah lulus kursus Lead Auditor. Semua juruaudit mestilah telah
melalui latihan audit kualiti dalaman sebelum dilantik. Juruaudit
tidak dibenarkan mengaudit kerja mereka sendiri.

c Ketidakakuran akan dicatatkan dalam borang ketidakakuran dan


dimaklumkan kepada Ketua Unit berkenaan untuk tindakan
pembetulan.
d Selepas pelaksanaan audit, ketua juruaudit akan menyediakan
laporan. Laporan ini dibentang dalam Mesyuarat Kajian Semula
Pengurusan (MKSP) untuk perbincangan. Tindakan pembetulan
akan diambil oleh anggota yang bertanggungjawab berdasarkan
laporan tersebut dan keputusan MKSP. Penemuan audit ini akan
digunakan untuk tindakan penambahbaikan kualiti Program
Perubatan.
Dokumen berkaitan:
KKM-PRP/ ISO-01 Audit Kualiti Dalaman

Manual Kualiti Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM/PRP/MK-01 36 / 37


MANUAL KUALITI PROGRAM PERUBATAN

8.2.3 Pemantauan dan Pengukuran Proses


Bagi memastikan keberkesanan Sistem Kualiti dalam memenuhi semua
keperluan yang telah ditetapkan, Jawatankuasa Pengurusan Kualiti
Program Perubatan akan meneliti dan mengkajisemula/mengemaskini
sistem kualiti apabila diperlukan. Proses mengemaskini/mengkaji semula
sistem kualiti ini melibatkan antara lain:
a Kesesuaian Sistem Pengurusan Kualiti bagi mencapai dasar dan
objektif kualiti Program ini;
b Keputusan dan laporan audit dalaman;
c Aduan pelanggan;
d Tindakan pembetulan dan pencegahan;
e Prestasi pembekal;
f Rancangan latihan;
g Aktiviti penambahbaikan lain di dalam organisasi.

Wakil Pengurusan bertanggungjawab melaksana dan mengawal semua


tindakan mengenai sistem pengurusan kualiti yang diputuskan oleh
Jawatankuasa ini.
Tindakan susulan mesyuarat adalah seperti berikut:
a Mengambil tindakan pembetulan / pencegahan yang munasabah
dan bertepatan masa serta mengikut keutamaan untuk
mengemaskini dasar dan objektif kualiti;
b Mengambil tindakan ke atas cadangan penambahbaikan jika ada
dan dianggap berfaedah.
Dokumen berkaitan:
KKM/PRP/ISO-02 Tindakan Pembetulan Dan Tindakan
Pencegahan
KKM/PRP/BAP/CML/PK-02 Pengurusan Kes - Kes Berpotensi
Mediko-Legal

KKM/PRP/BAP/MOM/PK-05 Pendaftaran Juruoptik Dan Optometris


KKM/PRP/BAP/MOM/PK-06 Mengeluarkan Perakuan Pengamalan
Tahunan Juruoptik Dan Optometris
berdaftar
KKM/PRP/BAP/LPHE/PK-03 Pendaftaran Pembantu Hospital Estet
KKM/PRP/BAP/LPP/PK-02 Pendaftaran Pembantu Perubatan Dari
Kolej / Institusi / Universiti Yang
Diiktiraf
KKM/PRP/BAP/LPP/PK-04 Pembaharuan Perakuan Pendaftaran
Tahunan Pembantu Perubatan

Manual Kualiti Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM/PRP/MK-01 37 / 37


MANUAL KUALITI PROGRAM PERUBATAN

KKM/PRP/BAP/LPHE/PK-04 Pelantikan Penggubal Soalan,


Pemeriksa Kertas Jawapan Dan
Pengendalian Peperiksaan Pembantu
Hospital Estet
KKM/PRP/BAP/CKAPS/PK-01 Pendaftaran Klinik Perubatan Swasta
KKM/PRP/BPP/CKPP/PK-03 Mengendalikan Aktiviti Kawalan Infeksi
KKM/PRP/BPP/CPP/PK-02 Permohonan Pewartaan Pakar-Pakar
Perubatan Kementerian Kesihatan
Malaysia

8.2.4 Pemantauan dan Pengukuran Perkhidmatan


a Pihak pengurusan atasan Program Perubatan akan mengenalpasti
indikator pengukur yang boleh diambil sebagai tanda aras
kemajuan perkhidmatan.
b Pemantauan perkhidmatan akan dijalankan dari masa ke semasa di
setiap peringkat (perancangan, pembangunan, penyelarasan,
pelaksanaan, pemantauan dan penilaian). Keputusan pemantauan
akan direkodkan / dibentang di dalam dokumen-dokumen yang
berkaitan, contohnya laporan pemantauan perkhidmatan, minit
mesyuarat dan lain-lain.
c Semua perkhidmatan sebelum dilaksanakan mesti disemak
dan diluluskan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan
(Perubatan). Sewaktu pelaksanaan perkhidmatan, pemantauan
akan dijalankan bagi mengukur keberkesanan perkhidmatan
dan maklumbalas yang dikumpul akan digunakan untuk
penambahbaikan perkhidmatan.
Dokumen berkaitan:
KKM/PRP/ISO-05 Pengurusan Maklumbalas Pelanggan
KKM/PRP/BAP/CKAPS/PK-01 Pendaftaran Klinik Perubatan Swasta
KKM/PRP/BPP/CPP/PK-02 Permohonan Pewartaan Pakar-Pakar
Perubatan Kementerian Kesihatan
Malaysia

8.3 Kawalan Keatas Produk Atau Perkhidmatan Yang Tidak Memenuhi


Keperluan
Pihak pengurusan Program Perubatan akan mengasingkan produk yang tidak
akur untuk mengelak daripada salahguna. Tindakan pembetulan akan diambil
secepat mungkin supaya produk dibaiki dan boleh diguna semula. Jika produk
tidak boleh dibaiki atau kos pembaikan adalah lebih tinggi daripada pembelian
baru, produk akan disyorkan untuk pelupusan mengikut Arahan
Perbendaharaan, Peraturan Undang-undang dan Peraturan Pentadbiran.
Sewaktu pemantauan perkhidmatan, jika terdapat ketidakakuran salah satu atau
lebih daripada langkah-langkah berikut akan diambil:

Manual Kualiti Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM/PRP/MK-01 38 / 37


MANUAL KUALITI PROGRAM PERUBATAN

a Hentikan pengeluaran atau penggunaan produk yang tidak akur;


b Kenalpasti masalah dan ambil tindakan pembetulan;
c Gunapakai pendekatan alternatif;
d Penyeliaan yang lebih rapi.

Semua ketakakuran dan tindakan pembetulan akan direkod dalam dokumen


berkaitan dan akan dibentang dalam Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan.
Dokumen berkaitan:
KKM/PRP/ISO-02 Tindakan Pembetulan Dan Tindakan
Pencegahan
KKM/PRP/BAP/CKAPS/PK-01 Pendaftaran Klinik Perubatan Swasta
KKM/PRP/BAP/LPHE/PK-04 Pelantikan Penggubal Soalan, Pemeriksa
Kertas Jawapan Dan Pengendalian
Peperiksaan Pembantu Hospital Estet
KKM/PRP/BAP/LPP/PK-02 Pendaftaran Pembantu Perubatan Dari
Kolej / Institusi / Universiti Yang Diiktiraf
KKM/PRP/BAP/LPP/PK-04 Pembaharuan Perakuan Pendaftaran
Tahunan Pembantu Perubatan
KKM/PRP/BAP/MOM/PK-05 Pendaftaran Juruoptik dan Optometris
KKM/PRP/BAP/MOM/PK-06 Mengeluarkan Perakuan Pengamalan
Tahunan Juruoptik Dan Optometris
berdaftar
KKM/PRP/UPK/PK-03 Mengendalikan Urusan Penempatan,
Pertukaran, Penanggungan Kerja Dan
Permohonan Kursus Induksi Anggota
Program Perubatan
KKM/PRP/BPP/UTBP/PK-01 Penilaian Permohonan Bantuan
Kewangan Untuk Rawatan Perubatan
KKM/PRP/BPP/UTBP/PK-02 Pengendalian Permohonan Untuk
Bayaran Balik Rawatan Perubatan
KKM/PRP/BPP/CKPP/PK-03 Mengendalikan Aktiviti Kawalan Infeksi

8.4 Analisa Data


Pihak pengurusan atasan Program Perubatan akan menyemak dan memantau
perkara-perkara berikut
a Pencapaian objektif kualiti
b Aduan dan maklumbalas pelanggan
c Penilaian Prestasi Pembekal

Manual Kualiti Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM/PRP/MK-01 39 / 37


MANUAL KUALITI PROGRAM PERUBATAN

Data di atas akan dibentangkan semasa:


i Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan
ii Mesyuarat Program/Bahagian/Cawangan/Unit

Laporan ke atas pencapaian ini akan disediakan dan dikaji semula bagi tujuan
penambahbaikan.
Dokumen berkaitan:
KKM/PRP/ISO-05 Pengurusan Maklumbalas Pelanggan
KKM/PRP/BPP/PTK/PK- 03 Kajian Teknologi Kesihatan
KKM/PRP/BPP/CKPP/PK-01 Mengendalikan Aktiviti Survelan
Petunjuk Prestasi (National Indicator
Approach (NIA) / Key Performance
Indicator (KPI) / Performance Indicator
(PI)
KKM/PRP/BPP/CKPP/PK-02 Menyelaras Aktiviti Penilaian Akreditasi
Hospital
KKM/PRP/BPP/CKPP/PK-03 Mengendalikan Aktiviti Kawalan Infeksi

8.5 Penambahbaikan

8.5.1 Penambahbaikan Berterusan


Peluang dan keutamaan untuk penambahbaikan Sistem Pengurusan
Kualiti dikenalpasti melalui perkara-perkara berikut
i Analisa data Maklumbalas Pelanggan,
ii Rekod produk/perkhidmatan yang tidak akur
iii Penemuan audit dalaman
iv Pencapaian objektif kualiti
v Maklumbalas pelanggan
vi Piagam pelanggan
vii Prestasi pembekal

8.5.2 Tindakan Pembetulan


Pihak pengurusan atasan mengambil langkah Tindakan Pembetulan
yang bertujuan menghapuskan punca ketakakuran serta mengelakkan
ketakakuran dari berulang.
Dokumen berkaitan:
KKM/PRP/ ISO-02 Tindakan Pembetulan dan Tindakan
Pencegahan

Manual Kualiti Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM/PRP/MK-01 40 / 37


MANUAL KUALITI PROGRAM PERUBATAN

8.5.3 Tindakan Pencegahan


Pihak pengurusan atasan juga mengambil langkah pencegahan untuk
menghapuskan punca yang memungkinkan berlakunya ketakakuran.
Dokumen berkaitan:
KKM/PRP/ ISO-02 Tindakan Pembetulan dan Tindakan
Pencegahan

Manual Kualiti Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM/PRP/MK-01 41 / 37

Вам также может понравиться