Вы находитесь на странице: 1из 4

Pada zaman pascakemerdekaan ini, obesiti bukanlah sesuatu yang baru dalam

kalangan masyarakat di Malaysia. Dalam senario rakyat Malaysia, obesiti meningkat

dari tahun ke tahun lebih-lebih lagi dalam kalangan kanak-kanak. Menurut Kamus

Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, obesiti berlaku akibat daripada

pengumpulan lemak di bahagian tubuh badan sehingga menyebabkan pertambahan

berat badan yang tidak normal untuk sesuatu peringkat umur, jantina dan ketinggian.

Individu itu biasanya dianggap sebagai obes apabila indeks jisim badannya (BMI),

yakni ukuran yang diperoleh daripada membahagikan berat badannya dalam kilogram

dengan ketinggian seseorang dalam meter yang dikuasa dua melebihi 30 . Boleh

dikatakan setiap lima orang anak-anak yang bersekolah akan mengalami

masalah berat badan ataupun obes. Faktor yang menyumbang kepada masalah

obesiti dalam kalangan kanak-kanak ialah gaya hidup yang tidak sihat, pemilihan

makan yang tidak baik, kerentanan genetik, kurangnya aktiviti jasmani dan juga

kurang kesedaran berkenaan obesiti oleh ibu bapa.

Dalam usaha menangani masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak,

pemilihan makanan yang baik memainkan peranan yang penting dalam kehidupan

kanak-kanak. Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat perlu diterapkan dalam diri

individu terutamanya kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, makanan yang berkhasiat

seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu dan bijirin dapat membantu pertumbuhan

serta kesihatan tubuh badan kanak-kanak. Ibu bapa perlulah mengetahui info

berkenaan bahan yang digunakan apabila menyediakan makanan untuk anak-anak.

Makanan yang bergoreng dan mempunyai kandungan gula dan garam yang tinggi,

perlulah dikurangkan dalam usaha menangani masalah obesiti ini. Justeru itu, ibu

bapa perlulah menunjukkan contoh yang baik dalam mendidik dan menerapkan

amalan memakan makan yang seimbang dan berkhasiat dalam diri anak-anak. Hal ini
kerana, kanak-kanak akan memerhati setiap tingkah laku ibu bapa. Ibu bapa

bertanggungjawab menerapkan amalan ini dalam kalangan kanak-kanak persis kata

peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Umum mengetahui bahawa senaman dapat menyihatkan badan sekaligus

dapat mengatasi masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Aktiviti senaman ini

turut diakui oleh pakar perubatan kerana mempunyai banyak faedah antaranya ialah

membina kekuatan otot, jantung dapat bekerja dengan baik, membantu mengawal

lipid darah yang tidak normal dan menguatkan tulang serta meningkatkan imbangan.

Aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan seseorang lebih ceria

dan sihat. Kanak-kanak patut dilibatkan dengan aktiviti fizikal yang menyeronokkan

seperti senaman berpasukan, yoga, berenang, berbasikal, menari ataupun berjalan-

jalan pada waktu petang dan selepas makan malam. Senaman yang dilakukan tidak

semestinya senaman yang terlalu berat ataupun memenatkan. Senaman yang baik

ialah senaman yang melibatkan pergerakan sendi dan penggunaan otot untuk

menggalakkan pembinaan otot. Kanak-kanak yang masih kecil pula perlu digalakkan

dengan bermain di taman permainan atau melakukan aktiviti di luar rumah. Dalam

konteks ini, sekiranya amalan bersenam diamalkan oleh kanak-kanak, masalah

obesiti dapat dikurangkan sekaligus dapat mengelakkan diri kanak-kanak daripada

penyakit berbahaya.

Ibu bapa juga perlu menitikberatkan tentang rakan kanak-kanak. Hal ini

demikian kerana, pengaruh persekitaran seperti rakan sebaya memainkan peranan

penting dalam menyumbang kepada permasalahan obesiti kanak-kanak. Sebagai

contoh, jika disekolah, anak-anak berada di luar pengaruh dan kawalan ibu bapa, oleh

itu kanak-kanak lebih cenderung membeli makanan yang melebihi had disebabkan

pengaruh rakan sebaya. Lebih-lebih lagi, di sekolah, pemilihan makanan yang


seimbang adalah terhad. Apatah lagi jika pembekal lebih gemar memilih untuk

menjual makanan ringan berbanding makanan yang berkhasiat. Senario ini kerap

berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan mereka lebih cenderung menghabiskan

wang belanja mereka dengan membeli makanan ringan. Seharusnya, permasalah

yang penting sebegini diberi perhatian serius oleh ibu bapa, pihak sekolah dan juga

pembekal makanan di sekolah. Kawalan dan pemantauan terhadap bekalan makanan

ringan dan minuman yang tidak baik untuk kesihatan harus dipertingkatkan dan

makanan yang tidak berkhasiat perlulah dikurangkan. Oleh yang demikian, ibu bapa

perlulah sentiasa mengawasi pemakanan anak-anak dengan memberi anak-anak

membawa bekal ke sekolah. Dengan ini ibu bapa boleh memantau aktiviti pemakanan

kanak-kanak.

Selain itu, kesedaran dalam diri masyarakat tentang bahayanya obesiti dalam

kalangan kanak-kanak perlulah dititikberatkan oleh ibu bapa dan masyarakat. Namun

demikian, masih ramai ibu bapa yang mengendahkan saranan ini. Sikap ini secara

tidak langsung akan membawa kanak-kanak kepada menghidapi penyakit kronik. Ibu

bapa perlu membawa kanak-kanak melakukan pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan

secara berkala dapat membantu ibu bapa memantau perkembangan dan tahap

kesihatan anak-anak. Dengan ini, sekiranya terdapat masalah kesihatan, langkah

susulan dan rawatan yang diperlukan hendaklah diambil dengan segera.

Ceramah kesihatan juga boleh diadakan di sekolah dalam usaha mengatasi

masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Ceramah kesihatan ini sedikit

sebanyak dapat membantu memberi bimbingan tentang cara mengatasi masalah

obesiti. Melalui ceramah ini, kanak-kanak lebih prihatin tentang tahap kesihatan

mereka dan akan lebih berusaha untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang

dan berkhasiat. Hal ini kerana, melalui ceramah kesihatan ini kanak-kanak
didedahkan dengan keburukan mengambil makanan yang tidak berkhasiat yang

menyebabkan masalah obesiti. Kanak-kanak akan berasa gerun apabila melihat

kesannya. Justeru, pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam

mengatasi masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Bukan sahaja ibu bapa ,

pihak sekolah juga bertanggungjawab dalam memastikan hal ini tidak berlanjutan

pada masa akan datang.

Kesimpulannya, ibu bapa perlulah mengambil berat status kesihatan anak-

anak dalam usaha mengatasi masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Bukan

sahaja ibu-bapa, malah pihak sekolah juga perlu bekerjasama bagai aur dengan

tebing untuk mengatasi masalah ini dengan menjalankan pelbagai aktiviti yang

menarik minat kanak-kanak untuk menjaga kesihatan. Kita perlu mengamalkan sikap

mencegah lebih baik daripada mengubati. Kita perlu mencegah penyakit yang bakal

timbul akibat keobesan yang melampau dengan menerapkan gaya hidup sihat dalam

diri kanak-kanak. Semuanya bermula daripada ibu bapa sebagai pasak utama dalam

pendidikan pemakanan anak-anak. Sejajar dengan saranan dalam surah Isra' ayat 7

yang bermaksud "Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu

lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya

yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga...". Jika kita tidak berkorban untuk anak-

anak pada hari ini bermakna kita menyediakan generasi yang tidak sihat pada masa

akan datang. Ayuh, perkasakan peranan ibu bapa dengan menilai pelan pemakanan

sihat anak-anak pada hari ini..nn

Вам также может понравиться