Вы находитесь на странице: 1из 6

1

MAJLIS ANUGERAH APC MARA PERAK 2014

ATRIUM CAF, HERITAGE HOTEL, IPOH

1 JUN 2015

CUE AGENDA TEKS


Pengumuman Majlis dengan sukacitanya mempersilakan ahli jawatankuasa
pengelola, para jemputan dan jemputan khas untuk mengambil
tempat kerana majis akan bermula sebentar sahaja lagi.

Mohon kerjasama hadirin hadirat sekalian untuk mematikan telefon


bimbit atau meletakkannya dalam mod senyap. Terima kasih.

Ketibaan Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha En Zulfikri bin Osman,


jemputan Pengarah Pelaburan & Pembangunan Subsidiari MARA,
merangkap Bapa Angkat Negeri Perak, diiringi oleh dif- dif
kehormat.

Nyanyian Bagi memulakan acara, sama-sama kita menyanyikan lagu


lagu Negaraku dan Amanah Rakyat.
Negaraku Para hadirin dipersilakan berdiri.
& Amanah
Rakyat Terima kasih diucapkan. Hadirin dipersilakan duduk.
Salutasi Bismillah itu permulaan kalam
Dengan nama ALLAH khalikul alam
Berkat Muhammad Sayyid Al anam
Memberi rahmat siang dan malam
Awal Bismillah kalam dimula
Tuhan seru alam semesta
Selawat dan salam diiring bicara

1. Yang Berusaha En Zulfikri bin Osman, Pengarah Pelaburan


2

& Pembangunan Subsidiari MARA, merangkap Bapa Angkat


Negeri Perak
2. Yang Berusaha Puan Teh Arfah binti Kamarul Zaman,
Pengarah MARA Negeri Perak
3. Barisan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MARA
Perak tahun 2014.

4. Dif-dif kehormat, tetamu-tetamu jemputan, ahli-ahli


jawatankuasa pengelola, serta hadirin hadirat yang di
hormati sekalian.

Kata aluan Melati kuntum menghias gelas,


EMCEE Tumbuh melata di tepi kali,
APC MARA Perak 2014,
Pekerja cemerlang kita hargai.

Assalamualaikum wbt
Salam 1 Malaysia
Salam Perak Aman Jaya
Salam 1 MARA

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan izin


dan limpah kurnianyaNya kita dapat berkumpul bersama-sama di
Atrium Caf, Hotel Heritage, Ipoh pada hari ini untuk mengikuti
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) MARA Negeri
Perak 2014.

Selamat dating diucapkan.

Tertib acara diteruskan dengan bacaan doa yang akan dipimpin


Bacaan doa. oleh
Dipersilakan.
3

Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima


kasih atas bacaan doa sebentar tadi.
Ucapan Aluan Hadirin yang dihormati,
Oleh
Pengarah Taklah molek, jika ada alu, tiada lesungnya
MARA Perak Taklah berguna, jika ada dayung, tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis, jika tiada yang berbicara

Tanpa membuang masa, majlis menjemput Yang Berusaha Puan


Teh Arfah binti Kamarulzaman, Pengarah MARA Negeri Perak
untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

Majlis merakamkan sekalung ucapan terima kasih atas ucapan


sebentar tadi.

Ucapan Taklah lengkap keris tanpa sarungnya,


Perasmian tak lengkaplah pinang tanpa sirihnya,
oleh taklah lengkap angin tanpa semilirnya.
Pengarah tak lengkaplah majlis tanpa perasminya
Subsidiari
MARA Untuk tidak melengahkan masa marilah sama-sama kita
mendengar ucapan perasmian Majlis Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang (APC) MARA Negeri Perak 2014 daripada Yang
Berusaha Encik Zulfikri bin Osman, Pengarah Pelaburan &
Pembangunan Subsidiari MARA merangkap Bapa Angkat
Negeri Perak. Majlis dengan penuh hormatnya mempersilakan.
Penakik si pisau raut
Ambil galah batang lintabung
Seludang dijadikan nyiur
Setitik dijadikan laut
4

Sekapal dijadikan gunung


Alam terbentang dijadikan guru

Hadirin sekalian,
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian
Yang Berusaha Tuan Haji Awaluddin Bin Bakri, Yang DiPertua
Muafakat ucapan perasmian sebentar tadi.

Kriteria Tuan-tuan, puan-puan, serta hadirin hadirat yang dikasihi sekalian,


pemilihan
APC MARA Untuk makluman hadirin sekalian, anugerah perkhidmatan
Perak 2014 cemerlang merupakan penghargaan Majlis Amanah Rakyat (MARA)
kepada anggota kerja MARA yang telah memberi perkhidmatan
yang cemerlang dan bermutu serta penghasilannya melebihi
daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya.

Antara kriteria pemilihan penerima APC ialah anggota kerja MARA


dalam semua kumpulan, gred, dan kategori yang dilantik oleh
mana-mana pihak berkuasa melantik berkenaan, untuk berkhidmat
dengan agensi-agensi awam samaada secara tetap, sementara
atau kontrak. Ini termasuk anggota yang berada di atas tangga gaji
dan syarat-syarat perkhidmatan di bawah Laporan Jawatankuasa
Kabinet 1976, Sistem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia
(SSM).

Selain itu, penerima juga telah berkhidmat bagi tempoh genap


setahun pada hari terakhir tahun penilaian dan penerima berkenaan
telah memberi sumbangan kepada organisasi, perkhidmatan awam,
5

komuniti, daerah negeri, negara dan peringkat antarabangsa


dengan memperolehi markah sekurang-kurangnya 85% keatas.

Untuk pengetahuan hadirin, para penerima akan menerima Surat


Penghargaan Ketua Pengarah MARA, Sijil penghargaan APC dan
cek bernilai RM1000.

Penyampaian
Majlis dengan ini menjemput Yang Berusaha Encik Zulfikri bin
sijil APC Osman, Pengarah Pelaburan & Pembangunan Subsidiari
MARA Perak MARA merangkap Bapa Angkat Negeri Perak, diiringi oleh
Puan Teh Arfah binti Kamarulzaman, Pengarah MARA Negeri Perak
2014 untuk menyempurnakan penyampaian anugerah.
Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

Mendahului senarai penerima anugerah adalah.

(Bacakan ikut senarai nama)

Penyampaian Dan kini majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Teh Arfah
cenderamata binti Kamarulzaman, Pengarah MARA Negeri Perak untuk
menyampaikan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan
(KIV) kepada Yang Berusaha Encik Zulfikri bin Osman, Pengarah
Pelaburan & Pembangunan Subsidiari MARA merangkap Bapa
Angkat Negeri Perak atas kesudian merasmikan dan menyampaikan
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) MARA Negeri Perak
Tahun 2014.

Terima kasih di ucapkan kepada Yang Berusaha Encik Zulfikri bin


Osman, Pengarah Pelaburan & Pembangunan Subsidiari MARA
merangkap Bapa Angkat Negeri Perak, diiringi oleh Puan Teh
Arfah binti Kamarulzaman, Pengarah MARA Negeri Perak atas
penyampaian sijil APC sebentar tadi.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada penerima-penerima


Anugerah Khidmat Cemerlang 2014.

Sesi fotografi Dengan berakhirnya sesi penyampaian anugerah sebentar tadi


6

maka kita telah sampai ke penghujung majlis. Sebelum kita


bersurai, mohon tuan-tuan dan puan-puan sidang hadirin sekalian
untuk terus berada di dalam dewan ini bagi sesi fotografi.

Seterusnya dijemput yang Berusaha En Zulfikri bin Osman, dif-dif


kehormat dan hadirin sekalian untuk menikmati jamuan yang telah
disediakan selepas sesi fotografi ini.

Penutup Dikesempatan ini, kami mewakili pihak majlis dan jawatankuasa


& pengelola ingin memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan dan
Jamuan kekurangan sepanjang majlis ini dijalankan.
ringan.
Bintang Barat terbit petang
Bintang timur terbit pagi
Kalau tidak melarat panjang
Dapat kita bersua lagi

Kalau ada jarum yang patah


Jangan disimpan di dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Jangan disimpan di dalam hati

Sekian, daripada saya Mohd Shahril bin Ishak (dari KPM Seri
Iskandar) dan saya Norilyani binti Abd Rahman (dari KPM Seri
Iskandar).

Wassalam.......

Вам также может понравиться