Вы находитесь на странице: 1из 1

Cara Memelihara Alam Sekitar.

Alam sekitar kita sedang menghadapi tahap pencemaran yang serius. Oleh itu, langkah-langkah
proaktif perlu diambil untuk menjaga alam sekitar demi kepentingan generasi akan datang.
Antara langkah yang perlu diambil ialah kita sewajarnya mengamalkan kitar semula. Barangan
terpakai haruslah dihantar ke pusat pengumpulan bahan-bahan kitar semula demi membendung
pencemaran alam. Barang-barang terpakai boleh diproses menjadi barangan baharu.
Pembakaran sampah sarap secara terbuka juga haruslah dielakkan. Sampah sarap haruslah
dimasukkan ke dalam tong sampah dan dihantar ke tapak pelupusan sampah agar pencemaran udara
dapat dicegah.
Selain itu, tenaga elektrik hendaklah kita jimatkan. Misalnya, selepas alat-alat elektrik
digunakan, suisnya haruslah ditutup agar fenomena pemanasan global dapat dikurangkan. Ia juga
dapat membendung lapisan ozon yang semakin nipis.
Seterusnya, penanaman pokok haruslah diperbanyak dipersekitaran kita. Tumbuhan-tumbuhan
akan mengeluarkan oksigen ke atmosfera dan menyerap karbon dioksida sekali gus melestarikan
kesegaran udara.
Tuntasnya , kita haruslah berganding bahu untuk memulihara alam sekitar kita. Pencegahan
lebih baik daripada pemulihan jangan biarkan nasi menjadi bubur.

Cara Menjaga Kemudahan Awam.


Kerajaan menyediakan kemudahan awam untuk memberi keselesaan kepada rakyat. Kerajaan
juga cuba melengkapi kemudahan awam di seluruh pelusuk negara untuk keselesaan rakyat.
Sebagai rakyat, kita harus menggunakan kemudahan awam yang disediakan dengan
sebaiknya. Kemudahan yang disediakan harus digunakan mengikut peraturan yang ditetapkan.
Selain itu, pihak bertanggungjawab harus mengenakan undang-undang yang ketat bagi
memastikan kemudahan awam terpelihara. Aktiviti vandalisme yang dilakukan oleh segelintir
masyarakat harus dihukum dengan lebih berat supaya memberi teladan kepada orang lain.
Seterusnya, masyarakat sekeliling tidak harus lepas tangan apabila melihat kemudahan awam
ini dirosakkan. Kita harus melaporkan kepada pihak berwajib sekiranya berlaku kerosakan pada
kemudahan awam supaya boleh digunakan orang lain apabila diperlukan.
Di samping itu, bagi memastikan kemudahan awam terpelihara, media massa dan media
sosial boleh memainkan peranan menerusi kempen Sayangi Kemudahan Awam. Mereka juga boleh
membuat hebahan agar pengguna menggunakan kemudahan awam dengan penuh tanggungjawab.
Tuntasnya, kemudahan awam adalah tanggungjawab kita bersama. Oleh itu, sama-samalah
kita menjaganya supaya ia boleh dimanfaatkan apabila keadaan memerlukan.

Вам также может понравиться