Вы находитесь на странице: 1из 1

Cara-cara Menjaga kesihatan

Kesihatan adalah satu anugerah yang perlu dijaga oleh semua orang. Tulis karangan tentang cara-
cara menjaga kesihatan.

Pendahuluan.

Kesihatan adalah anugerah yang tidak ternilai harganya dan perlu dijaga agar berkekalan sepanjang
hayat.

1. Perkara yang paling penting bagi memastikan kesihatan kita baik adalah mengamalkan
makanan yang sihat dan seimbang- banyakkan minum air , tujuh gelas satu hari, makan
banyak sayur dan buah-buahan segar.
2. Amalkan kebersihan diri- mandi dengan sabun, memotong kuku dan memotong rambut bagi
lelaki dan mengikat rambut agar kemas untuk perempuan dan sentiasa memberus gigi
sekurang-kurangnya tiga kali sehari.Menggunakan sabun, syampu dan apa sahaja bahan
cucian yang ber ph neutral
3. Bersenam sekurang-kurangnya dua kali dalam seminggu agar badan sentiasa berpeluh dan
otak juga dapat bekerja dengan baik. Berlari setiap pagi atau petang, bersilat, tai chi dan
sebagainya dapat menjadikan badan sihat dan cergas.
4. Berehat dihujung minggu bersama keluarga juga dapat memastikan kesihatan mental dapat di
pelihara. Berkelah atau beriadah di tempat-tempat menarik seperti di tepi sungai, air terjun
dan pantai dapat menenangkan minda yang sibuk belajar atau bekerja.

Penutup

Cara-cara menjaga kesihatan bukanlah sukar untuk dilaksanakan jika kita sentiasa menghargai
kesihatan diri dan mahu kekal sihat sepanjang masa. Pepatah ada mengatakan mencegah lebih baik
dari mengubat

Вам также может понравиться