Вы находитесь на странице: 1из 12

1.

0 PENGENALAN

Secara umumnya, tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bermaksud sebarang komitmen


ataupun usaha oleh sesebuah syarikat bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat dan
penduduknya. Selain itu, CSR juga bermaksud bahawa syarikat perlu dipertanggungjawabkan atas
segala tindakannya yang mempengaruhi masyarakat, komuniti, dan persekitaran mereka. Konsep
ini adalah berdasarkan kepada terma tanggungjawab yang membawa maksud kewajipan, atau
sesuatu yang perlu dilakukan. Dalam konsep CSR, terma tanggungjawab ini digunakan bagi
membina sebuah komitmen bagi syarikat, untuk memberi semula kepada masyarakat dan
pemegang berkepentingan syarikat. Antara tanggungjawab sosial yang perlu dilakukan
termasuklah menitikberatkan kesihatan masyarakat, keselamatan, pendidikan, pekerjaan, alam
sekitar, dan pembangunan ekonomi dan masyarakat.

Ada pelbagai sebab kenapa syarikat-syarikat harus melakukan aktiviti-aktiviti CSR. Ia


bukan saja mempunyai kaitan positif dengan harga saham syarikat di bursa, tetapi aktiviti CSR
juga berkesan terhadap penilaian prestasi syarikat itu yang dinilai oleh pengguna, pelanggan dan
pembekalnya. Sebuah syarikat yang mempunyai nilai jenama yang baik akan dipandang tinggi
oleh masyarakat berbanding dengan pesaingnya yang tidak melakukan program tanggungjawab
sosial. Jika sesebuah syarikat melakukan CSR dan mempromosikan tindakan mereka seluas-
luasnya melalui platform yang ada, imej mereka akan meningkat menjadi lebih baik. Ini dengan
sendirinya dapat meningkatkan nilai mereka dan membantu untuk melariskan perniagaan mereka.

Sebagai kesimpulan, syarikat-syarikat di Malaysia perlu mengambil perhatian bahawa


tanggungjawab sosial korporat bukan sahaja sekadar membantu dan berjasa kepada kakitangannya
sahaja. Ia meliputi segala tanggungjawab dalam negara termasuk terhadap masyarakat sekitar.
Hakikatnya, di sekeliling kita terlalu banyak sumbangan yang telah dihulurkan oleh badan-badan
korporat untuk manfaat masyarakat. Sebagai warga negara yang rasional, kita harus bersyukur
dengan keprihatinan badan-badan korporat ini dalam memenuhi tangungjawab sosial mereka.

1
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Berikut merupakan objektif bagi kajian yang dijalankan oleh kami:

2.1 Memahami dengan lebih mendalam mengenai tanggungjawab sosial korporat (CSR).

2.2 Mengkaji peruntukan syarikat yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti CSR.

2.3 Mengenalpasti impak program CSR kepada masyarakat dan alam sekitar.

2..4 Mengetahui sasaran dan masa depan syarikat terhadap program-program CSR.

2
3.0 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian merupakan salah satu cara untuk menstruktur setiap maklumat yang
diperoleh mengikut ketetapan yang telah ditetapkan. Penyelidikan dilakukan dengan mengikut
langkah-langkah tertentu yang telah diatur khas bagi menghasilkan maklumat-maklumat bersifat
terkini. Secara keseluruhannya metodologi merupakan satu kaedah di mana ia dapat mengawal
maklumat yang diperolehi dalam sesebuah kajian. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif.
Secara umumnya, metodologi kualitatif adalah penyelidikan yang datanya bersifat subjektif yang
diperolehi melalui percakapan, pemerhatian dan penyemakan perkara-perkara yang berkaitan
dengan fenomena yang dikaji. Sehubungan dengan itu, kami hanya menggunakan satu pendekatan
iaitu analisa dokumen.

Analisa dokumen yang digunakan dalam kajian ini untuk mengumpul data-data penting
adalah melalui bahan bertulis atau bercetak seperti buku, jurnal, latihan ilmiah, laporan dan
internet. Dokumen-dokumen ini berbentuk penulisan yang dapat memberikan maklumat dengan
mendalam. Kajian ini merupakan kajian kes berbentuk analisis yang bertujuan untuk mendapatkan
pemahaman yang mendalam tentang perspektif komuniti terhadap program CSR yang
dilaksanakan oleh syarikat korporat yang dipilih. Kajian kes berbentuk kualitatif ini telah dipilih
kerana kajian ini perlu untuk dilaksanakan dalam situasi semula jadi terhadap fenomena yang
dikaji bagi tujuan memperoleh makna terhadap realiti sosial yang dialami oleh aktor-aktor sosial
itu sendiri iaitu para peserta program CSR tersebut.

3
4.0 HASIL KAJIAN

Latar belakang Syarikat Econsave

Sejarah Econsave telah bermula dengan sebuah kedai runcit yang diperbuat daripada papan
di Pelabuhan Klang pada 50 tahun yang lepas. Namun, setelah bertahun-tahun bekerja keras dan
teguh dalam melaksanakan perniagaan, Econsave aktif dalam mengadaptasi kepada perubahan
yang terbit dalam industri runcit dan sekarang, Econsave muncul sebagai salah sebuah peruncit
yang terbesar di Malaysia. Di negeri Selangor, rangkaian cawangan Econsave merupakan
rangkaian cawangan yang terbesar di semua bandar-bandar utama berbanding dengan mana-mana
pasaraya yang lain. Bekerjasama dengan Econsave bererti produk anda berpotensi untuk mencapai
empat juta pengguna di Selangor, salah satu segmen yang paling mewah dalam kalangan penduduk
di Malaysia.

Aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang telah atau sedang dijalankan.

Econsave memulakan partnership dengan Yayasan MyKasih melalui program Bantuan


Makanan MyKasih 'My Neighborhood'. Melalui kerjasama dengan MyKasih, Econsave
menyediakan rangkaian kedai runcit yang luas untuk mencapai keluarga penerima MyKasih yang
lebih baik. Econsave memulakan hubungannya dengan MyKasih dengan 50 keluarga di Pasir
Gudang, Johor pada awal 2010. Sejak itu, penglibatannya dalam program ini telah meningkat
dengan pesat, berkhidmat kepada 600 keluarga MyKasih di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan
Melaka. Penerima MyKasih adalah keluarga dengan pendapatan isi rumah gabungan sebanyak
RM 1,000 dan ke bawah. Ini adalah isi rumah dalam kategori 'miskin tegar. Kriteria kelayakan
lain termasuk bilangan dan umur tanggungan, isirumah tunggal ibu bapa, keadaan perubatan
anggota keluarga penerima dan keadaan sosial mereka (misalnya penyalahgunaan dadah atau
alkohol).

4
Pada 6 Jun 2013, Pasaraya Econsave caw. Muar menjalankan tanggungjawab sosial korporat
(CSR) melalui Program Econsave Prihatin yang memberi bantuan RM25,000 untuk 70 keluarga miskin di
negeri Johor dan daripada jumlah itu, lapan keluarga Melayu serta dua keluarga India yang
tergolong dalam keluarga miskin telah menerima RM1,000 dalam bentuk barangan. Sementara 60
keluarga Cina dari Muar dan Skudai, masing-masing menerima baucar sebanyak RM250 pada
Tahun Baharu Cina lalu. Bantuan Econsave ini secara tidak langsung akan meringankan beban
menjelang bulan puasa pada tahun tersebut.

Selain itu, pada 25 Disember 2014, atas dasar prihatin terhadap nasib menimpa mangsa
banjir di negeri pantai timur ketika ini, rangkaian pasaraya Econsave tampil menghulurkan bantuan
dengan menubuhkan Pusat Bantuan Mangsa Banjir Econsave berkuatkuasa serta merta. Pihaknya
terpanggil untuk menubuhkan pusat berkenaan disebabkan situasi banjir yang semakin buruk.
Program ini adalah kali kedua diadakan selepas banjir besar yang melanda Pahang tahun lalu selain
pihaknya berharap dapat menjadi pemudahcara kepada orang ramai yang ingin turut sama
membantu dan prihatin terhadap kesusahan mangsa banjir. Pihak Econsave menjangka dapat
mengumpulkan pelbagai barangan melebih 10 tan dan dijadualkan terus dihantar terus ke pusat
pemindahan banjir dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Mereka komited
untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami kepada masyarakat dari masa ke
masa.

5
Peruntukan kewangan yang disediakan bagi aktiviti CSR tersebut.

Komitmen berterusan sebuah Pasaraya Besar Econsave Cash & Carry menjadi contoh
kepada syarikat-syarikat besar di Malaysia di dalam kerjasama dan gandingan mantap dengan
MyCARE di dalam kerja-kerja kemanusiaan yang lebih bermakna di Malaysia. Sebenarnya
Econsave Cash & Carry Sdn Bhd Malaysia telah sekian lama di dalam usaha-usaha kemanusiaan
dan bantuan kepada yang memerlukan sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
Econsave juga sering menjalankan aktiviti Program Amal Muafakat Johor bersama gabungan
NGO-NGO di Johor serta agensi-agensi kerajaan di beberapa Econsave di Johor. Pada 18 Jun 2017
yang lalu, sejumlah RM1juta telah diserahkan oleh Econsave kepada MyCARE sebagai
sebahagian lagi kos projek bernilai RM2.5juta yang hampir disempurnakan pembenaan semula
sekolah anak-anak yatim As-Solah di Deir AL-Balah Gaza Palestin. Jumlah kos pembinaan ialah
RM2.5 juta dan tahun lalu sejumlah RM1.1juta telah diserahkan. Econsave akan terus menjalankan
kutipan dari orang ramai di semua outlet Econsave di seluruh negara bagi menyempurnakan projek
tersebut yang dijangka disempurnakan beberapa bulan lagi. Econsave di dalam majlis tersebut
turut meraikan wakil rakyat Palestin bersama kelaurga mereka dan para wakil media di majlis
berbuka puasa yang di adakan di M-Suite Hotel Johor Bahru. Turut hadir juga ialah rakan-rakan
NGO dan aktivis MyCARE Johor. Di dalam majlis tersebut, Econsave juga memberikan komitmen
untuk berusaha membantu sektor kesihatan di Gaza dan akan dilancarkan pada tahun hadapan. En
Mas Imran pernah bersama MyCARE pada tahun 2014 mengikuti misi kemanusiaan di kem-kem
pelarian di Lubnan.

6
Impak aktiviti CSR kepada masyarakat dan alam sekitar.

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, terdapat hubungan yang positif antara pelanggan
dengan CSR yang akan mewujudkan kesetiaan pelanggan. CSR menjadi semakin popular dalam
kalangan pengamal dan penyelidik kerana ia mempunyai faedah yang sangat menarik untuk
diterokai. Dengan adanya hubungan CSR terhadap pelanggan atau pemilik yang lain, para peniaga
akan dapat mencapai sasaran perniagaan yang strategik dan konsisten, meningkatkan komitmen
organisasi, menurunkan kadar kos transaksi dan meningkatkan hasil yang berkaitan dengan
pelanggan.

Konsep kualiti hubungan yang lebih umum menerangkan secara keseluruhan sejauh mana
dalamnya dan bagaimana suasana/keadaan sesuatu hubungan mendapati bahawa kualiti hubungan
adalah suatu perkara yang asing yang secara signifikannya adalah berbeza daripada kualiti
perkhidmatan/servis. Kesetiaan pelanggan juga merupakan harapan atau tujuan utama setiap
perniagaan, kerana pelanggan yang setia akan sering kembali ke kedai tersebut dan
membelanjakan wang untuk mendapatkan barangan ataupun perkhidmatan yang ditawarkan
peniaga. Kesetiaan pelanggan pada dasarnya merupakan hasil yang terbina daripada usaha terus-
menerus peniaga memberikan kepuasan kepada pelanggan. Perniagaan yang konsisten adalah
perniagaan yang berusaha pelbagai cara untuk memuaskan pelanggan (strategi yang lebih dikenali
sebagai perniagaan yang berorientasi pelanggan). Sehingga pada satu tahap, orientasi kepada
pelanggan menjadi suatu yang amat penting dalam pemasaran untuk mendapatkan keuntungan
melalui kepuasan pelanggan.

Selain CSR, sistem atau teknologi yang dimiliki oleh pasaraya Econsave

Teknologi yang dibangunkan oleh Sistem ePetrol, membolehkan rakyat Malaysia yang
kurang bernasib baik untuk menggunakan kad pengenalan mereka (MyKad) untuk membeli
barangan makanan keperluan dari MyKasih melalui Econsave. Makanan penting termasuk beras,
roti, biskut, tepung, minuman, minyak masak, telur, perasa (seasoning), mi dan makanan dalam

7
tin. Pelbagai jenama disediakan dalam setiap kategori produk, membolehkan penerima
menggunakan pilihan dan menguruskan belanjawan mereka. Hanya item yang diluluskan yang
boleh dibeli menggunakan sistem inovatif ini. Barcode pengeluar dipasangkan ke dalam terminal
dan ini memastikan item yang tidak diluluskan, seperti alkohol dan rokok, tidak boleh dibeli di
bawah program ini. Oleh itu, penderma dan penaja yakin bahawa sumbangan mereka digunakan
oleh penerima yang diterima pakai untuk tujuan yang dimaksudkan. Melalui penajaan korporat
dan penerimaan keluarga di bawah program bantuan makanan, RM 40 dimasukkan ke dalam setiap
akaun penerima setiap dua minggu. Oleh itu, hanya mengambil RM 1,040 untuk mengambil satu
keluarga selama satu tahun. Dengan menggunakan sistem pembayaran elektronik khusus ini,
MyKasih dapat menjejaki corak penggunaan penerima secara cekap.

Bentuk laporan yang dibuat oleh syarikat setelah melakukan aktiviti CSR - berbentuk media
cetak/media sosial.

Media cetak

8
9
Media Sosial (Facebook, Twitter)

10
5.0 KESIMPULAN

Tanggungjawab sosial merupakan satu kewajipan pihak korporat mengurus perniagaan


mereka secara tulus dan beretika, menguruskan perniagaan mengikut undang-undang serta budaya
hidup tempatan, memberi keutamaan kepada kebajikan pekerja, menunaikan tanggungjawab
mereka menjamin kepuasan serta keselamatan pelanggan serta pengguna dan berjasa kepada
masyarakat termasuk menjamin kesejahteraan hidup masyarakat.

Badan-badan korporat perlu mengambil perhatian bahawa tanggungjawab sosial korporat


bukan sekadar membantu dan berjasa kepada kakitangannya sahaja. Ia meliputi segala
tanggungjawab dalam negara termasuk terhadap masyarakat sekitar. Hakikatnya, di sekeliling kita
terlalu banyak sumbangan yang telah dihulurkan oleh badan-badan korporat untuk manfaat
masyarakat. Sebagai warga negara yang rasional, kita harus bersyukur dengan keprihatinan badan-
badan korporat ini dalam memenuhi tangungjawab sosial mereka.

Kualiti hubungan memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi kesetiaan


pelanggan. Salah satu pemerhatian kritikal bagi peruncit adalah tanggungjawab sosial. Imej tidak
mempunyai kesan secara langsung terhadap kesetiaan pelanggan, tetapi secara tak langsung ianya
memberi kesan melalui kualiti hubungan. Secara jelasnya, keputusan ini telah menentukan bahawa
untuk mendapatkan kesetiaan pelanggan, sesebuah firma itu bukan sahaja perlu mempunyai imej
yang baik dan terlibat dalam tanggungjawab sosial, tetapi mereka perlu juga membentuk hubungan
yang berkualiti dengan pelanggan.

11
RUJUKAN

2,000 Paket makanan diagih ke Gaza. (2014). Diakses 19 Januari, 2016, dari Berita Harian:
http://www.bharian.com.my/node/16482

The KL Palestine film festival. (2013). Diakses 27 Oktober, 2015, dari Viva Palestina Malaysia:
http://vpm.org.my/events/events/66-the-kl-palestine-film-festival

Sejauh Manakah Tanggungjawab Sosial Korporat Memberikan Manfaat Kepada Masyarakat?


http://syedmahadzirsyedibrahim.blogspot.my/2012/07/sejauh-manakah-tanggungjawab-
sosial.html

BANJIR: Econsave hulur bantuan. (2014). Diakses 10 Ogos 2017, dari surat khabar Harian Metro:
https://www.hmetro.com.my/node/19046

12

Вам также может понравиться