Вы находитесь на странице: 1из 2

Bagi Set Induksi, guru memakai topeng boneka haiwan arnab dan lembu melakonkan sebuah situasi

cerita serta menyuara bunyi binatang mengenai perwatakan boneka haiwan yang digunakan oleh guru.
Seterusnya, guru menyeru bahawa setiap murid dikehendaki memilih satu binatang dan mencari bunyi
yang dikeluarkan oleh haiwan tersebut. Selepas mencari murid dikehendaki untuk memadankan
mengunakan reben getah yang digunakan. Melalui aktiviti ini murid dapat mengenali haiwan serta
mengenali bagaimana bunyinya haiwan yang dipilih. Untuk set induksi ini diperuntukkan 5 minit.
Bahan yang digunakan untuk set induksi ialah Boneka Haiwan, Carta Gambar berserta dengan suku kata
bunyi haiwan. Dalam Set Induksi ini juga terapkan KBKK secara mengenalpasti sebahagian atau
keseluruhan.

Untuk Langkah 1 pula, Murid mendengar arahan yang diberikan oleh guru. Guru memainkan bunyi
haiwan. Seterusnya semua murid dikehendaki untuk mengetahui bunyi-bunyi binatang yang diajar. Oleh
itu setiap murid harus belajar mengenal bunyi binatang. Sebagai contohnya, Guru memainkan bunyi
haiwan kucing iaitu Meow Meow Meow.. dan murid perlu memberitahu nama haiwan serta
membuat aksi haiwannya. Dalam langkah 1 ini masa diperuntukkan sebanyak 15 minit. Komputer,
Speaker dan bunyi haiwan merupakan BBM yang digunakan dalam langkah ini.

Bagi Langkah 2 adalah masa yang diperuntukkan adalah 30 minit. Dalam langkah ini, murid
melaksanakan aktiviti berkumpulan dengan menghasilkan Puppet Haiwan. Guru membentuk 4
kumpulan setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang murid. Setiap kumpulan diberikan satu haiwan.
Contohnya, Kumpulan 1 diberikan Haiwan Arnab, Kumpulan 2 diberikan Haiwan Kucing, Kumpulan 3
diberikan Haiwan Anjing, dan Kumpulan 4 diberikan Haiwan Kambing. Guru memberikan semua
alatan untuk menghasilkan puppet serta membimbing murid. Untuk menghasilkan puppet murid perlu
Melukis bahagian telinga, mata, misai dalam kertas warna Seterusnya, murid perlu memotong bahagian
tersebut dan tampal bahagian tersebut di permukaan kotak burger KFC. Seterusnya, murid membuat
lubang di belakang kotak burger KFC supaya mudah untuk memegangnya serta menghias dan mewarna
puppet tersebut. Setelah setiap kumpulan puppet dihasilkan, murid perlu membuat gaya binatang yang
diberi dalam kumpulan. Bahan dan peralatan yang digunakan untuk langkah ini adalah Gunting, Kotak
KFC, kertas warna ,pensel warna, gam. Nilai Kerjasama dan toleransi antara kumpulan diberi penekanan
dalam langkah ini.
Bagi langkah 3 pula dilaksanakan aktiviti berpasangan. Masa yang diperuntukkan sebanyak 15
minit.Guru membuat demonstrasi lakonan situasi dengan menggunakan puppet haiwan melalui pancaran
lampu projector. Seterusnya, murid melakonkan situasi cerita dengan gaya dan bunyi haiwan mengikut
puppet yang dihasilkan oleh para murid. Contonya Cerita :-
Kucing : Hai Sahabat Apa Khabar?
Anjing : Salam Kawan. Baik Bagaimana dengan awak?
Kucing : Sihat Sahabat. Aku nak pergi cari makanan. Awak nak ikut ke?
Anjing : Boleh jugak. Jom.
Melalui aktiviti ini, murid dapat menerapkan pertuturan, pergerakan kreatif, cara kerja dengan baik,
Murid juga dapat menerapkan nilai keberanian untuk bercakap ke hadapan ke kelas.

Bagi penutup pula diadakan aktiviti menyanyi. Guru menjalankan aktiviti menyanyikan lagu Kalau
Suka Puppet. Murid duduk dalam sebuah kumpulan. Murid dikehendaki membuat gaya dengan puppet
yang dihasilkan oleh pelajar sekali sambil menyanyi lagu. Contoh lirik lagu adalah :
Kalau suka puppet haiwan tepuk tangan...(2x)
Kalau suka puppet haiwan beginilah caranya
Kalau suka puppet haiwan tepuk tangan

Kalau suka puppet haiwan petik jari...(2x)


Kalau suka puppet haiwan beginilah caranya
Kalau suka puppet haiwan petik jari

Kalau suka puppet haiwan sebut HURRAY...(2x)


Kalau suka puppet haiwan beginilah caranya
Kalau suka puppet haiwan sebut HURRAY

Kalau suka puppet haiwan buat semua...(2x)


Kalau suka puppet haiwan beginilah caranya
Kalau suka puppet haiwan buat semua.

Вам также может понравиться