Вы находитесь на странице: 1из 14

SJK (TAMIL) LADANG SUNGAI CHOH

KERTAS KERJA
PENYEDIAAN
PRASARANA BILIK
DARJAH ABAD KE-21

12
PERNYEDIAAN PRASARANA
BILIK DARJAH ABAD KE-21
SJK (TAMIL) LADANG SUNGAI CHOH

Pendahuluan :

Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan kurikulum.


Menjelang abad ke 21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk
membantu mereka dalam proses pembelajaran. Komputer sudah pasti digunakan secara meluas.
Ciri-ciri pelajar untuk abad ke 21 ialah pelajar perlu memiliki beberapa aspek tertentu. Di mana,
pelajar abad ke 21 merupakan pelajar yang celik dari segala-galanya tidak kira dalam teknologi
maklumat mahupun akademik. Di samping itu, para guru juga perlu beralih kepada beberapa
aspek memandangkan proses pengajaran dan pembelajaran untuk abad ke 21 amat mencabar.

Matlamat :

Sumber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan sumber yang berkaitan


dengan teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti komputer, multimedia, cekera padat
dan corridorraya multimedia seperti 'internet' perlu disediakan untuk digunakan oleh semua
pelajar. Adalah diharapkan pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 dibentuk sepenuhnya
oleh komputer. Ini bukan bertujuan menggantikan guru dengan penggunaan teknologi tetapi
untuk menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan
dan lebih bermakna kepada pelajar.

Objektif :

1. Mewujudkan bilik darjah yang bermaklumat, bersih dan ceria.


2. Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif untuk keselesanan murid melalui
amalan pengajaran yang lebih efektif dan berkesan.
3. Menggalakkan murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyelesaikan
sesuatu masalah.
4. Membuka minda murid untuk mengaitkan soalan yang diberikan dengan situasi yang
dekat dengan murid melalui capaian internet.

12
Sasaran:

1. Semua guru SK Chikus


2. Semua murid SK Chikus
3. Komunit setempat / ibu bapa dan penjaga
Pelaksanaan :

Pelaksanaan kelas abad ke 21 ini meliputi 3 aspek utama iaitu keceriaan kelas, memperkasakan
penggunaan peta pemikiran i-Think dan menaiktaraf kemudahan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) di dalam bilik darjah.

1. Keceriaan Kelas

Persekitaran fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana ia boleh
menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Persekitaran bilik darjah yang teratur
merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Persekitaran yang selesa,
kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid. Persekitaran
fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek-aspek seperti susunan dan reka bentuk
fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran, ruang atau sudut
pembelajaran, ruang pada dinding, pengcahayaan, pengudaraan dan perabot serta
kebersihan. Kelas abad ke 21 ini memberi penekanan khusus terhadap kelas yang
bermaklumat dan kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Susunatur bagi
kelas abad ke 21 adalah mesti mempunyai beberapa ciri yang penting, iaitu
membolehkan pelajar terlibat secara aktif dengan PdP yang berlangsung, membina
ruang autonomi pembelajaran dan menselarikan ruang pembelajaran fizikal dengan
ruang pembelajaran mental.

2. Memperkasakan Penggunaan Peta Pemikiran i-Think

i-THINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk


mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke
arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil
kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia
(AIM) yang telah dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara pada tahun 2014. Fokus di
dalam program i-THINK adalah untuk membudayakan kemahiran berfikir melalui
penggunaan alat berfikir, seterusnya guru digalakkan menggunakan penyoalan pelbagai

12
aras (merujuk kepada Bloom's Revised Taxonomy) untuk membantu merangsang
pemikiran murid.

3. Menaiktaraf Kemudahan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)

Perubahan dalam strategi pengajaran kepada teknologi maklumat dan komunikasi akan
meningkatkan minat murid-murid terhadap bahasa Melayu. Terdapat banyak maklumat
yang berkaitan dengan sesuatu tajuk bahasa yang boleh dilayari dari internet dan laman-
laman web yang tersedia. Guru-guru boleh membantu murid-murid mengakses
seberapa banyak maklumat yang boleh. Murid-murid ya ng agak mahir tentunya dapat
pula membantu rakan-rakan yang kurang mahir. Situasi begini tentunya meringankan
bebanan dan masa guru yang boleh dimanfaatkan untuk perkara- perkara yang lebih
penting. Penglibatan aktif murid sebenarnya dapat mememudahkan mereka memahami
dan mengingati fakta-fakta penting seterusnya menguasai setiap kemahiran dengan
cepat. Setiap kelas di SK Chikus telah dilengkapi dengan sebuah TV. Walau
bagaimanapun, saiz TV yang agak kecil menyebabkan murid yang berada di belakang
kelas tidak dapat melihat dengan jelas. Sehubungan dengan itu, penggunaan projector
LCD mini diharapkan dapat membantu mengatasi masalah ini.

Aggaran Perbelanjaan

1. Keceriaan Kelas

Bil Perkara Perbelanjaan


1 Keceriaan kelas ( 6 kelas x RM100) RM600
2 Langsir (6 kelas x RM100) RM600
Jumlah RM1200

2. Memperkasakan Penggunaan Peta Pemikiran i-Think

Bil Perkara Perbelanjaan


1 Kit i-THINK (6 kelas x RM50) RM300
2 Bekas peta i-THINK (6 kelas x RM40) RM240
12
3 Papan iThink (6 kelas x RM20) RM120
4 Carta i-THINK RM300
Jumlah RM920
3. Menaiktaraf Kemudahan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)

Bil Perkara Perbelanjaan


1 Mini LCD projector (6 kelas x RM350) RM2100
2 Kabel HDMI 5m (6 kelas x RM60) RM360
3 Speaker (6 kelas x RM 80) RM480
Jumlah RM2940

Jumlah keseluruhan : RM1200 + RM920 + RM2940 = RM5060

Penutup :

Perlu ditegaskan bahawa apapun bentuk reformasi kurikulum yang dianjurkan tidak akan dapat
dilaksanakan dengan jayanya secara individu sebaliknya pihak sekolah amat mengharapkan
kerjasama daripada agensi-agensi luar terutama dalam aspek kewangan dan khidmat nasihat.
Diharapkan jalinan antara pihak sekolah dengan agensi-agensi luar dapat membantu
meningkatkan kualiti pembelajaran murid SK Chikus ke arah mencapai Sekolah Berprestasi Tinggi
(SBT) dan seterusnya memberi manfaat kepada seluruh warga sekolah dan komuniti setempat.

12
Surat memohon sumbangan

Bagi menyahut cabaran ini, pihak sekolah telah mengorak langkah ke hadapan untuk
mewujudkan persekitaran pembelajaran kelas abad ke-21. Pihak sekolah telah mencapai status
Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2014 dan telah diangkat sebagai salah satu calon
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) bagi tahun 2015. Selain daripada itu, SK Chikus juga telah dipilih
sebagai sekolah penanda aras kelas abad ke 21 bagi daerah Hilir Perak.

PENGENALAN

Pada abad ke-21 ini, negara kita menghadapi isu dan cabaran dalaman serta luaran
akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi dan perkembangan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (Informatian and Communications Technology). Antara cabaran negara
adalah untuk membangunkan satu sistem ekonomi yang berasaskan pengetahuan atau
K-ekonomi bagi menghadapi persaingan dengan negara lain. K-ekonomi ini memerlukan
sokongan padu daripada sektor pendidikan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
berpengetahuan tinggi dalam pelbagai bidang.

Hakikatnya, sekolah-sekolah di Malaysia sekarang menghadapi masalah menyedia dan


mengeluarkan sumber manusia atau tenaga kerja yang berkualiti. Syarikat-syarikat
perniagaan dan juga agensi-agensi kerajaan terpaksa menerima pekerja yang tidak
kreatif dan kurang kemahiran dalam menyelesaikan masalah, bekerja secara kolaboratif
dan mengurus masa. Situasi yang kita hadapi ini adalah masalah semasa. Perubahan
yang sedang kita hadapi dalam politik, ekonomi, teknologi dan iklim akan menjadi lebih
dramatik pada masa akan hadapan. Oleh itu, pendidikan di Malaysia sekarang perlu
membekalkan generasi muda dengan kemahiran-kemahiran tertentu bagi menyediakan
mereka dengan cabaran abad ke-21.

Thomas Friedman dalam bukunya The World Is Flat : A Brief History of the Twenty-First
Century, menyatakan pendidikan turut memainkan peranan penting dan menjadi kunci
utama kepada kejayaan ekonomi dan kelestarian dunia dalam abad ke-21 ini. Alvin
Toffler pula dalam bukunya Power Shift : Knowledge, Wealth and Power at the Edge of
The 21st Century menyatakan bahawa 'the illiterate of the 21st century are not those that
cannot read or write, but those that cannot learn, unlearn and relearn.'

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merangka Pelan


Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025 (PPPM) bagi menyediakan murid
menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21. Antara fokus PPPM ialah enam (6) aspirasi
murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran
dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional. Ini adalah sejajar dengan

12
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi pegangan pelaksanaan sistem pendidikan
di negara kita.

OBJEKTIF

Membangunkan persekitaran bilik darjah abad ke-21

Meningkatkan kemahiran guru menggunakan pedagogi abad ke-21

Memberi kemahiran pembelajaran abad ke-21 kepada murid-murid

Membudayakan amalan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) sebagai strategi


pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 di sekolah

RASIONAL

Keperluan kepada Pembelajaran Abad Ke-21 merupakan salah satu tuntutan untuk
menjayakan PPPM. Sehubungan itu, satu program yang komprehensif akan dilaksana
oleh SK Taman Paroi Jaya bagi memastikan warga pendidik dapat melahirkan generasi
muda yang mampu bersaing dan menangani cabaran di peringkat global. Kertas kerja ini
disediakan sebagai cadangan mencadangkan sumbangan peruntukan prasarana untuk
melaksanakan Pembelajaran Abad ke-21 di SK Taman Paroi Jaya.

MATLAMAT

Program Pembelajaran Abad Ke-21 dilaksanakann untuk melahirkan murid yang mampu
bersaing dan dapat menangani cabaran di peringkat global.

KONSEP BILIK
DARJAH ABAD KE-21

Konsep bilik darjah abad ke-21 yang akan dibangunkan ialah:


i. Mentransformasikan bilik darjah dengan ruang pembelajaran kreatif hasil usaha
murid supaya menarik dan bermakna.
ii. Suasana atau iklim bilik darjah dapat merangsang murid untuk bersaing, belajar
secara koperatif dan memperoleh kemahiran kolaboratif.

Prasarana / Fizikal bilik darjah abad ke-21 yang dicadangkan ialah:

Bilik darjah sebagai bilik sumber


12
i. Murid duduk dalam kumpulan (4 6 orang).
ii. Jika boleh, bilik darjah dilengkapi komputer yang dirangkaikan (2 atau 3 unit)
Instant Access / Interactive / dilengkapi LCD dan / atau direct projector / Papan
putih /soft board.
iii. Hasil kerja murid dipamerkan.

Bilik darjah berasaskan mata pelajaran (Subject-based Classroom - SBC)


i. Murid duduk dalam kumpulan (4 6 orang).
ii. Mata pelajaran yang dicadangkan ialah mata pelajaran teras atau kritikal
iii. Jika boleh, dilengkapi komputer yang dirangkaikan ( 2 atau 3 unit) Instant
Access/ Interactive / dilengkapi LCD dan / atau direct projector / Papan putih /
soft board.
iv. Hasil kerja murid dipamerkan.
v. SBC ini juga sesuai dilaksanakan oleh sekolah kurang murid (SKM) / kelas yang
mempunyai murid melebihi 25 orang / mempunyai banyak kelas kosong
vi. Bilik darjah terbuka (Outdoor Classroom)
vii. Lorong bermaklumat
viii. Ruang santai

LOKASI
32 bilik darjah di SK Taman Paroi Jaya

KEPERLUAN

32 buah LCD Projektor


32 buah Komputer Riba

12
LAMPIRAN 2

JAWATANKUASA
PEMBANGUNAN PRASARANA BILIK DARJAH ABAD KE-21
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PAROI JAYA, SEREMBAN

PENGERUSI

EN SUHAIMI BIN NORAZI

NAIB PENGERUSI

PN. AZIAH BT BAHARUDIN

PEGAWAI PENYELARAS

PN. HAMIDAH BT MOHAMAT YUSOFF

EN SAHRIM BIN MOSTAPA

PN HJH SALINA BT ABD MANAF

SETIAUSAHA

EN AZIZI BIN LAMAT

JAWATANKUASA

SEMUA GURU KELAS

12
LAMPIRAN 3

ANGGARAN PERBELANJAAN MEMBELI ALATAN KEPERLUAN BILIK DARJAH


ABAD KE-21

BIL PERKARA HARGA KUANTITI JUMLAH


SEUNIT

1 LCD PROJEKTOR RM1500.00 32 RM48000.00

3 KOMPUTER RIBA RM1500.00 32 RM48000.00

JUMLAH KESELURUHAN RM96000.00

SUMBER KEWANGAN

BIL PERKARA

1 Sektor korporat RM96000.00

JUMLAH KESELURUHAN RM96000.00

Disahkan oleh :
:

(EN SUHAIMI BIN NORAZI)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya.

Disemak oleh :
:

.
( PN HAMIDAH BT OTHMAN )
Guru Penolong Kanan 1
Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya.

Disediakan oleh
:
12

( AZIZI BIN LAMAT )

12
12
12
12

Вам также может понравиться