Вы находитесь на странице: 1из 8

Cadangan Jawapan Kertas 3 SPM Sejarah (Bab 6 :

Pengukuhan Negara dan Bangsa Malaysia)


Tips menjawab Soalan soalan Kertas 3

1. Pastikan calon membawa soalan dengan teliti dan gariskan kata kunci
2. Fahami kehendak soalan tersebut
3. Tulis nombor soalan dan tulis esei dengan perenggan supaya pemeriksa senang
membaca tugasan anda

Cadangan jawapan untuk Tema Umum

"Kerajaan British bersetuju menyerahkan kedaulatan Sabah, Serawak dan Singapura


kepada Kerajaan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Sungguhpun begitu, Malaysia telah ditentang
keras oleh Indonesia dan Filipina. Setelah berjaya menghadapi cabaran getir, lahirla sebuah
kesatuan yang dikenali sebagai Malaysia pada 16 September 1963"

1. Pengenalan (rujuk Buku Teks, hlm 136)

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah membawa kemerdekaan kepada


Persekutuan Tanah Melayu . Persekutuan ini mengandungi 11 buah negeri. Singapura
diletakkan di luar Persekutuan Tanah Melayu seperti dalam Perjanjian Malayan Union 1946
dan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Sabah dan Sarawak kekakl sebagai Tanah Jajahan
Mahkota British. Keadaan ini kekal sehinggala timbul ura-ura Pembentukan Malaysia. Usaha
ini menimbulkan reaksi dan cabaran dari dalam dan luar negeri. Akhirnya, pembentukan
Malaysia diterima dan Perlembagaan Malaysia digubal pada tahun 1963.

2. Idea/ Cadangan Pembentukan Malaysia (hlm 137-138)

Idea/ cadangan Pembentukan Malaysia yang pertama oleh Lord Brassey iaitu Pengarah
Syarikat Borneo Utara British. Beliau mencadangkan agar Kerajaan British mengabungkan
Sarawaj dan Sabah dengan Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat.
Idea kedua ialah oleh Sir Malcom MacDonald pada tahun 1948. beliau seorang Gabenor
Jeneral Asia Tenggara. Cadangan beliau ialah Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan
Persekutuan Tanah Melayu digabungkan.
Idea atau cadangan seterusnya daripada Dato' Onn Jaafar pada tahun 1956. Beliau
mencadangkan agar Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dinamai "Malaysia". Beliau
berpendapat pada suatu hari nanti, British akan menggabungkan negeri Sarawak, Sabah,
Brunei dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu
Selain itu, ada cadangan atau idea daripada pemimpin Singapura iaitu Lim Yew Hock, David
Marshall dan Lee Kuan Yew yang mendesak agar British berunding dengan Tunku Abdul
Rahman. Mereka mencadangkan agar gabungan tersebut diantara Singapura dan
Persekutuan Tanah Melayu sahaja. Namun begitu, cadangan ini tidak dipersetujui oleh Tunku
Abdul Rahman kerana akan berlaku ketidakseimbangan penduduk.
Seterusnya cadangan oleh Tunku Abdul Rahman pada 27 mei 1961. Beliau bersetuju
dengan gagasan Malaysia dan mengumumkan cadangan tersebut dalam Majlis Makan
Tengahari anjuran Persatuan Wartawan Luar Negeri di Hotel Adelphi, Singapura. hasrat
beliau ialah pembentukan Malaysia dapat menjamin kedudukan politik yang lebih kukuh dan
disegani di rantau ini. Selain itu, kerjasama ekonomi dan sosial dapat diwujudkan.

3. Faktor Pembentukan Malaysia (hlm 139-140)


Pertama ialah faktor politik. Lee Kuan Yew berminat bergabung dengan Malaysia kerana
bimbang pengaruh Barisan Sosialis yang telah menang dalam pilihanraya Hong Lim di
Singapura pada tahun 1961. Ini akan melemahkan Parti Tindakan Rakyat (PAP) kerana
Barisan Sosialis dianggap gerakan berhaluan kiri. Selain itu, kebangkitan Barisan Sosial
boleh menggugat rancangan British memerdekakan Singapura.
Selain itu ialah ancaman komunis yang menjadi faktor pembentukan Malaysia. Lee Kuan
Yew gunakan alasan ini untuk menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah
Melayu. Persekutuan Tanah Melayu dianggap mempunyai pengalaman luas dalam
membenteras ancaman komunis.
Tambahan pula ancaman komunis di Sarawak mendorong Tunku Abdul Rahman
mencadangkan Pembentukan Malaysia. Penyertaan Sarawak, Sabah dan Singapura boleh
menjadi benteng menghadapi ancaman komunis.
Pembentukan Malaysia dapat mempercepatkan kemerdekaan Sarawak, Sabah dan
Singapura serta Brunei. Penyertaan negara ini menyebabkan mereka dapat merdeka 2 tahun
lebih awal. Disamping itu juga, mereka dapat menikmati pembangunan sosial, ekonomi dan
politik.
Penubuhan Malaysia merupakan satu proses dekolonisasi Britih terhadap negeri-negeri
Melayu. Usul oleh PBB ini ialah agar tanah-tanah jajahan dimerdekakan.
Faktor kedua ialah faktor ekonomi. Penubuhan Malaysia dapat mewujudkan satu pasaran
yang lebih luas, menggalakkan pelaburan dan perkembangan pertanian. selain itu,
memanfaatkan sumber dan keistimewaan yang ada kerana Tanah Melayu kaya dengan bahan
mentah seperti getah dan bijih timah.

Faktor ketiga ialah faktor sosial. Pembentukan Malaysia dapat mengimbangi jumlah dan
kadar pertumbuhan kaum. selain itu, memajukan negari seperti Sarawak dan Sabah.

4. Reaksi Terhadap Pembentukan Malaysia.

i) Reaksi Dalam Negeri.


Reaksi dari Singapura ialah Lee Kuan Yew dan PAP sangat menyokong usaha ini. Namun
begitu, penentangan daripada Barisan Sosialis yang mengatakan Pembentukan Malaysia ialah
satu bentuk penjajahan bentuk baru. Mereka menuntut agar cadangan ini mesti mendapat
pandangan rakyat Singapura terlebih dahulu. Maka satu referendum diadakan dan hasilnya
rakyat Singapura bersetuju dengan Pembentukan Malaysia.
Reaksi daripada Sabah ialah pada peringkat awalnya mereka menolak kerana sudah selesa
berada di bawah jajahan British. Begitu juga dengan negeri Sarawak yang menolak
cadangan tersebut pada peringkat awal. Namun setelah pelbagai usaha dilakukan rakyat
Sabah dan Sarawak sudah dapat menerima gabungan ini melainkan Pasti SUPP yang
menolak cadangan ini kerana bimbang Sarawak akan dikuasai oleh Persekutuan Tanah
Melayu.
Reaksi dari Tanah Melayu pula, semua parti politik bersetuju kecuali Parti PAS yang
meminta idea ini dirunding terlebih dahulu dengan penduduk Persekutuan Tanah Melayu.

ii) Reaksi Luar Negeri


Reaksi dari Indonesia ialah Indonesia membantah pembentukan Malaysia. Walaupun pada
peringkat awal, Indonesia tidak menunjukkan reaksi tetapi pada akhir tahun 1962, mereka
mula membantah.
Indonesia berpendapat Pembentukan Malaysia ialah satu bentuk neokolonisme yang akan
mengancam Indonesia. Pandangan ini disuarakan oleh Parti Komunis Indonesia (PKI) yang
telah mempengaruhi Presiden Soekarno sehingga mereka mengisytiharkan Dasar Konfrontasi
dengan Konsep Ganyang Malaysia.
Antara tindakan Indonesia untuk mengagalkan Pembentukan Malaysia ialah menghantar
pengintip dan melakukan serangan terhadap kapal-kapal nelayan Tanah Melayu. Selain itu,
Indonesia telah melakukan pencerobohan di ruang udara Tanah Melayu.
Indonesia turut melancarkan serangan ke atas Tanah Melayu melalui Johor, Sarawak dan
Sabah. Serangan ini menyebabkan Malaysia mengambil tindak balas dengan bantuan
daripada tentera komanwel.
Bukan itu sahaja, malah Indonesia turut memburuk-burukkan nama Malaysia di negara
Afro-Asia dan Negara Dunia Ketiga. Justeru, pewakilan Malaysia yang diketuai oleh Tun
Abdul Razak telah mengadakan lawatan ke negara-negara Asia bagi menjelaskan hubungan
Malaysia dengan Indonesia.
Reaksi daripada Filipina ialah Kerajaan Filipina dibawah Presiden Macapagal mendakwa
bahawa Sabah itu adalah hak milik Kesultanan Sulu. Tuntutan ini berdasarkan perjanjian
yang ditandatangi pada 22 Januari 1878 diantara Sultan Jamalul Alam dan Baron Von
Overbeck. Walau bagaimanapun, perjanjian ini telah tamat pada 22 Januari 1958.

Cadangan Jawapan KBAT : calon mesti memilih jawapan yang tepat berdasarkan
soalan pada tema khusus.

Soalan : Tindak balas pemimpin negara terhadap penentangan Indonesia dan Filipina
terhadap Pembentukan Malaysia.

Tindak balas yang dilakukan oleh Pemimpin Negara sewaktu penentangan Indonesia dan
Filipina terhadap Pembentukan Malaysia ialah menyusun semula pasukan pertahanan atau
Askar Wataniah. Selain itu, kita juga memberikan latihan ketenteraan kepada masyarakat
supaya mereka sentiasa bersedia. Pemimpin Negara juga mengarahkan kawalan yang lebih
ketat dipantai dan di laluan strategik yang boleh dicerobohi musuh. Seterusnya, pemimpin
negara mengadakan rundingan dengan pemimpin Indonesia dan Filipina.
Tindakan lain yang dibuat oleh pemimpin negara kita ialah mengedarkan poster konfrontasi
untuk makluman semua rakyat. Pemimpin Negara juga ada membuat bantahan terhadap
pencerobohan Indonesia kepada PBB.
Pekara ketujuh ialah pemimpin negara telah melawat negara-negara Afrika bagi menjelaskn
masalah diplomatik Malaysia dan Indonesia. Kita juga telah melakukan tindak balas
terhadap serangan Indonesia dengan bantuan tentera komanwel. Pemimpin negara juga
menawarkan hadiah bagi penangkapan musuh serta sentiasa mengarahkan supaya
melakukan tinjauan udara.
Soalan : Tunku Abdul Rahman berpendapat bahawa penubuhan Malaysia akan menjamin
kedudukan politik yang lebih kukuh dirantau ini. Bincangkan

Penubuhan Malaysia dapat menjamin kedudukan politik yang lebih kukuh di rantau ini
kerana negara akan menjadi lebih besar dan wilayah akan menjadi lebih luas.
Selain itu, pertahanan negara akan menjadi lebih kukuh kerana pasukan pertahanan dapat
bekerjasama antara satu sama lain. Selaras dengan perluasan wilayah, penduduk akan
bertambah ramai. Penubuhan Malaysia akan dapat membenteras pengaruh komunis yang
cuba menyebarkan pangaruh di negeri-negeri yang belum merdeka. Ekoran itu juga,
pasaran menjadi lebih luas dan dapat meningkatkan ekonomi serantau. Akhirnya kawasan
serantau juga akan mempunyai tenaga kerja yang lebih ramai.

Soalan : Peranan pelajar menjayakan Konsep 1Malaysia. Bagaimana pelajar memupuk


semangat perpaduan yang kukuh / memupuk rasa cinta dan sayangkan Malaysia.

Peranan pelajar bagi memupuk semangat perpaduan yang kukuh atau memupuk rasa cinta
dan sayangkan Malaysia ialah dengan mengamalkan prinsip Rukun Negara. Selain itu,
pelajar perlu menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dan bersama-sama
menyertai aktiviti sukan dan perkhemahan di sekolah tanpa diskriminasi kaum.
Pelajar boleh memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran kepentingan
perpaduan antara kaum dan mempelajari kepelbagaian budaya di Malaysia.
Selain itu, pelajar boleh bersama-sama mengadakan minggu/bulan berkaitan dengan
Semangat 1 Malaysia dan menyertai pertandingan mengarang/menulis esei berkaitan dengan
perpaduan kaum di Malaysia.
Peranan seterusnya ialah belajar menghormati budaya/kepercayaan sesuatu kaum dan
sentiasa bergaul mesra sesama rakan pelajar pelbagai kaum.
Kumpulan perbincangan/group study yang melibatkan pelbagai kaum amat digalakkan
dalam usaha memupuk perpaduan atau cintakan Malaysia.
Antara peranan lain yang boleh dimainkan oleh para pelajar ialah mengunjungi rumah
terbuka bagi rakan-rakan yang berlainan bahasa dan juga mengadakan aktiviti gotong-
royong di sekolah bersama-sama semua kaum dan sentiasa menjaga/meningkatkan nama
baik sekolah secara bersama.

Soalan : Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia


Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia ialah dengan pembinaan Lapangan Terbang Kuala
Lumpur (KLIA) dan juga KLIA 2. Selain itu, tersergam megah Menara Berkembar Petronas
Kuala Lumpur/KLCC yang menjadi mercu tanda dan antara bangunan tertinggi di dunia.
Selain itu, kejayaan yang dicapai oleh negara kita ialah pembinaan Litar Formula One di
Sepang berjaya menarik pelancong asing seterusnya meningkatkan ekonomi negara.
Kejayaan lain ialah, pembinaan Menara Kuala Lumpur dengan restoran berputar dapat
menyaksikan keindahan Bandaraya Kuala Lumpur.
Antara kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia ialah Perisytiharan Melaka/Pulau
Pinang/sebagai bandaraya warisan dunia serta Kejayaan pelayar negara Dato Azhar Mansor
berjaya mengelilingi dunia secara solo.
Kejayaan seterusnya yang dicapai dan membanggakan rakyat Malaysia Program
Angkasawan Negara/Dr.Sheikh Muzaffar Shukor dan Dato Sharifah Mazlina berjaya
merentasi kutub selatan serta Dato Malik Maidin merentasi Selat Inggeris.
Seterusnya, pembinaan Koridor Raya Multimedia (MSC), Jambatan Pulau Pinang dan
Jambatan Sultan Abdul Halim Shah juga dilihat sebagai kejayaan yang dicapai oleh Malaysia.
Tidak dilupakan, Kemajuan sistem pengangkutan awam seperti LRT,MRT dan Monorel
banyak memberi keselesaan dan kemudahan kepada rakyat malaysia. Terakhirnya, kejayaan
yang dapat dicapai oleh Malaysia ialah pengeluaran Kereta nasional seperti Proton
Saga/Myvi/Preve/Persona/Inspira.

Soalan: Kewajaran tindakan Tunku Abdul Rahman mengeluarkan Singapura daripada


Malaysia.

Singapura wajar dikeluarkan daripada Malaysia untuk menjamin keharmonian negara.


Selain itu, tindakan ini dapat menjamin keselamatan negara dan mengukuhkan perpaduan.
Kewajaran tindakan ini dapat dilihat untuk mengelakkan berlaku rusuhan kaum serta
mengelakkan tercetusnya isu perkauman.
Lain daripada itu, kewajaran dapat dilihat tindakan ini dapat mewujudkan kestabilan politik
dan mewujudkan keamanan untuk negara. Seterusnya, kerajaan dapat menumpukan
pembangunan negara yang lebih baik.
Selain mengukuhkan pertahanan negara, tindakan ini amat wajar kerana menunjukkan
kebijaksanaan pemimpin yang berfikiran jauh ke hadapan.
Soalan : Cara meraikan hari Malaysia pada 16 September setiap tahun untuk mengukuhkan
penghayatan terhadap semangat Penubuhan Malaysia.

Cara untuk meraikan Hari Malaysia dalm usaha mengukuhkan penghayatan terhadap
semangat Penubuhan Malaysia ialah dengan melibatkan diri dalam Perbarisan Hari Malaysia.
Kita juga boleh mengibarkan bendera Jalur Gemilang di rumah-rumah kita. Kita juga patut
mengadakan pameran yang berkaitan dengan Malaysia serta menganjurkan forum-forum
yang berkaitan juga.
Seterusnya, belajar mengenal tokoh-tokoj yang berkaitan dengan merealisasikan
Penubuhan Malaysia dengan cara membaca bibliografi atau membuat kajian tentang mereka.
Disamping itu, menganjurkan Majlis Tahlil untuk pejuang-pejuang negara dan sentiasa
berdoa untuk kesejahteraan Negara.

Soalan : Cabaran / Masalah yang dihadapi oleh Malaysia menjamin kedaulatan negara serta
usaha/ langkah/ cara mengatasi nya.

i) cabaran/ masalah
Cabaran / Masalah yang dihadapi oleh Malaysia ialah kesukaran mendapat
pengiktirafan dari negara maju. cabaran kedua ialah gejala keruntuhan akhlak remaja akibat
daripada nilai-nilai kemanusiaan semakin pudar.
Cabaran ketiga ialah Penyalahgunaan dadah yang semakin merebak di kalangan belia
yang bakal menjadi pemimpin negara di masa hadapan. Cabaran ke empat ialah Institusi
kekeluargaan semakin luntur/penceraian meningkat menyebabkan ramai rakyat mula hilang
jati diri dan sukar dibawa berunding. Cabara ke lima ialah Demonstrasi jalanan untuk
menyuarakan ketidakpuasan hati semakin berleluasa sehingga menampakkan bentuk bentuk
keganasan yang bakal sukar untuk dikawal.

ii) Usaha/Langkah/cara
Usaha/Langkah/cara mengatasinya ialah dengan Melahirkan modal insan berkualiti.
Usaha seterusnya ialah Memperkukuh jati diri dalam program PLKN untuk pelajar lepasan
SPM.
Usaha/Langkah/cara lain yang dapat dibuat ialah dengan memperkasakan sekolah
agama bagi membentuk insan yang kamil dan cemerlang dunia dan akhirat.
Usaha/Langkah/cara keempat ialah dengan Menerapkan integriti diri dalam setiap rakyat
menerusi sifat Bersih Cekap dan Amanah. Usaha/Langkah/cara seterusnya, Mengukuhkan
institusi kekeluargaan supaya dapat Memantapkan peranan masyarakat untuk mengatasi
gejala sosial.

Soalan : Penerapan nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme


Nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme ialah perlunya kerjasama antara pemimpin dengan
pemimpin dan pemimpin dengan rakyat. Nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme seterusnya
ialah kita perlu Berfikiran positif dan melakukan rundingan untuk menyelesaikan masalah.
Nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme ketiga ialah masyarkat kita perlu berani untuk berdaya
saing dengan negara-negara yang lebih maju. Nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme ke empat
ialah, kita mesti berbangga dengan pencapaian negara. Seterusnya, Nilai-nilai
murni/iktibar/patriotisme kelima ialah tidak mudah putus asa walau sering berdepan dengan
pelbagai rintangan dan kesusahan serta sentiasa memelihara jati diri.
.
Soalan : Rumusan

Pengetahuan yang saya perolehi ialah pada peringkat awal Penubuhan Malaysia, kita
menghadapi pelbagai cabaran seperti penentangan dari Indonesia dan Filipina. Namun
begitu, saya juga memperolehi pengetahuan bahawa dengan usaha dan kesungguhan para
pemimpin, segala masalah itu dapat diatasi dan akhirnya Penubuhan Malaysia dapat
dilaksanakan.
Iktibar untuk diri, bangsa dan negara ialah, usaha yang bersungguh-sungguh tanpa rasa
putus asa dan menggunakan kebijaksanaan maka segala masalah akan dapat diatasi dengan
segera. Selain itu, iktibar yang saya dapati ialah semangat perpaduan dapat menjayakan
sesuatu rancangan.
Harapan saya agar Malaysia dapat dan mampu bersaing dengan negara-negara maju
dari segi ekonomi dan politik dan mampu mencorakkan aspek sosial dalam bentuk kita
tersendiri.

Вам также может понравиться