Вы находитесь на странице: 1из 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF


JURNAL REFLEKTIF
MINGGU KELAPAN
(27 Mac 2017 31 Mac 2017)

Masalah:

Setelah sebelas minggu saya menjalani praktikum, saya telah melaksanakan inovasi
kepada proses pengajaran saya dalam topik Tekat iaitu Bidang Mengenal Kraf
Tradisional kepada murid. Seperti kita semua sedia maklum, tekat dangat terkenal
pada masyarakat tradisional melayu yang mana masih diteruskan perusahaan
tersebut sehungga masa kini dengan penggunaan teknologi yang mudah.
Walaubagaimanapun, untuk memperkenalkan kepada murid berkaitan topik ini, saya
telah mencipta suatu alat bantu mengajar yang mudah untuk disdiakan dan
diperoleh. Masalah yang sering dihadapi oleh guru untuk mengajar dalam topik ini
adalah tiada bahan bantu mengajar untuk dilaksanakan di dalam kelas .seperti:

Analisis:

Saya merasakan masalah ini timbul besar kemungkinan disebabkan oleh:

i. Alat dan bahan yang sukar diperoleh


ii. Kos yang mahal
iii. Mengambil masa untuk menyediakan alat dan bahan

Cadangan :

1) Menggunakan inovasi baharu kepada murid agar mereka tidak lagi berasa
tidak semangat untuk membuat tekat iaitu dengan menggunakan kotak sebagai
bahan alternatif. Dengan penggunaan kotak ini, guru hanya perlu menjadikannya
seperti sebuah bingkai gambar

2) Setelah itu, letakkan kain menutupi luas bingkai kotak tersebut dan ketipkan
stepler setelah menegangkan kain itu.
3) Mula menampal mempulur (motif yang bersesuaian) dan mula menjahit
dengan jarum khas untuk menekat. (saya telah menggunakan jarum jahitan biasa
yang bersaiz besar.)

Tempoh Masa:

Penambahbaikan akan diteruskan oleh guru pendidikan seni visual dari semasa ke
semasa dalam tempoh persekolahan.