You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN DESHON, SIBU

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KANTIN BIL 1/2017


Tarikh : 06 Januari 2017 ( Isnin )

Masa : 11.20 am

Tempat : Kantin Sekolah

Pengerusi : En. Sulaiman Barahim (PKHem)

Kehadiran(Bilangan) : Pn. Norshikin bt. Saad (PKHem)


Pn. Nik Hafizah bt Awang (S/U)
Pn. Hamiyah bt Ismail
Pn. Noraini bt Abdullah
Pn. Harniza bt Ibrahim
Pn. Sri Rahayu bt Ghulam Ali (Penyelaras RMT/SUSU)
En. Saad bin Musa (Pengusaha Kantin)

1 KATA ALUAN
1.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan pihak kantin sekolah ke mesyuarat
kali pertama.
1.2 Diharapkan semau guru dan pihak kantin dapat memberikan kerjasama dan buah fikiran
bagi meningkatkan kualiti pengurusan kantin dari masa ke semasa.

2 UCAPAN GPK HEM


2.1 Terima kasih dan tahniah kepada warga sekolah yang telah bertungkus lumus
menceriakan kantin sekolah hingga telah mendapat tempat kedua peringkat negeri Perlis
tahun 2014. Diharap pada tahun ini sekolah meneruskan lagi perjuangan dalam pertandingan
kantin dan mendapat Johan.
2.2 Meminta kerjasama semua bagi memantau tingkah laku dan adab murid di kantin
sekolah.
2.3 Sekolah akan menyertai pertandingan kantin peringkat negeri. Tarikh dan masa akan
ditetapkan kemudian oleh JPN.
2.4 Wang hasil kemenangan tahun lepas bernilai RM500 boleh digunakan untuk meneruskan
lagi keceriaan kantin pada tahun 2015.

Tindakan: Makluman Semua


AJK

3 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 2014


Pencadang : Pn. Noraini bt Abdullah
Penyokong : Pn. Hamiyah bt Ismail
Sokongan sebulat suara

4 FOKUS MESYUARAT
4.1.Kebersihan, keselamatan dan kemudahan kantin
Pn. Nik Hafizah mengingatkan pihak kantin agar dapat menitik beratkan faktor kebersihan
dan keselamatan kantin dari segi:
4.1.1. Kebersihan/ kemudahan
- semua tempat di kantin seperti tempat menyedia, mempamer dan menghidangkan makanan
hendaklah sentiasa dijaga dan dalam keadaan bersih dan kemas.
- semua sinki hendaklah bersih dan berfungsi.
- bilik air hendaklah bersih dan berfungsi.
- tempat mengumpul sampah hendaklah bersih dan kemas. Tong-tong sampah hendaklah
berplastik di dalamnya dan bertutup.

Tindakan: Pihak Kantin


4.1.2 .Kebersihan peralatan
- Semua jenis alat atau perkakas yang digunakan hendaklah dibersihkan dengan air bersih,
sebaik-baiknya air yang panas dan bahan pencuci yang sesuai. Alatan yang telah bersih
ditempatkan di tempat khas yang telah ditetapkan dan bersih serta kemas.
- Semua peralatan yang retak, sumbing, calar dan karat tidak boleh digunakan.
- Kain pengelap yang kotor hendaklah dicuci dengan air panas dan bahan pencuci yang
selamat. Susun kain lap mengikut kategori dan lebelkan.
Tindakan: Pihak Kantin
4. 2 Kebersihan bangunan
- Seluruh bangunan dan kawasan sekitar kantin handaklah sentiasa dalam keadaan bersih,
kemas dan selamat.
- Lantai, longkang, siling dan dinding hendaklah sentiasa dibersihkan.
- Tempat makan hendaklah sentiasa bersih, teratur dan selamat.
Tindakan: Pihak
Kantin

4.3 Keselamatan
Kemalangan boleh dielakkan sekiranya:
- Peralatan diuruskan dengan sempurna, diletakkan di tempat yang sesuai dan dibaiki yang
rosak.
- Semua kerja dilakukan dengan cermat dan berhati-hati.
- Segala punca kemalangan dikenalpasti dan segera diatasi.

4.4 Langkah mencegah kebakaran:


- Memastikan pendawaian elektrik sentiasa berada dalam keadaan baik.
- Urusan penyambungan elektrik perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa.
- Bahan-bahan yang mudah terbakar hendaklah diletakkan jauh dari api dan dapur. Sebarang
minyak dan cairan yang mudah terbakar dilabel dan ditutup ketat serta diletakkan jauh dari
api.
- Murid- murid tidak dibenarkan masuk ke kawasan dapur.
- Kawasan dapur hendaklah sentiasa kemas dan bersih.

4.5 Langkah mencegah kecederaan:


- Lantai hendaklah sentiasa bersih, kering dan tidak licin.
- Murid-murid tidak dibenarkan bermain-main dan berlari di kantin.
- Barang-barang hendaklah diurus dengan sempurna agar tidak menghalang pergerakan dan
membahayakan pengguna.
- Perabot hendaklah selamat dan sesuai digunakan.

4.6 Kemudahan-kemudahan kantin


4.6.1 : Bekalan air bersih air yang digunakan di kantin hendaklah dari sumber air yang
bersih, selamat dan mencukupi. Tidak menggunakan sambungan getah paip.
4.6.2 : Bekalan elektrik kantin menanggung sendiri kos eletrik.
4.6.3 : Tempat penyediaan makanan ruang kerja untuk menyediakan makanan cukup bagi
pekerja kantin menyelanggarakan tugas dan muat untuk setiap kerja.
- Meja kerja yang digunakan untuk menghidangkan makanan hendaklah bersih, kemas dan
dialas dengan bahan yang kalis air.
- Ruang memasak hendaklah mencukupi agar pengendali makanan selesa dan boleh
menjalankan kerja dengan baik.
- Tempat mengeringkan pinggan mangkuk mestilah di tempat yang selamat dan bersih.
4.6.4 Tempat menyimpan bahan makanan : - penyimpanan bahan mentah yang tidak mudah
rosak hendaklah dilengkapi dengan para atau pun perabot yang sesuai.
- Selamat daripada gangguan tikus dan serangga dan mendapat pengudaraan yang cukup.
-Penyimpanan bahan mentah yang mudah rosak hendaklah di dalam peti sejuk yang
mempunyai kemudahan beku dan dingin dengan suhu yang sesuai.
- Makanan yang sudah masak hendaklah ditutup dan diletakkan ditempat yang sesuai.
-Makanan untuk dijual diletak di tempat yang bertutup dan bersih.
4.6.5 Kaunter jualan kaunter jualan hendaklah sesuai dan sentiasa berkeadaan bersih.
- Sediakan lorong untuk murid beratur.
4.6.6. Tempat makan tempat makan untuk murid hendaklah mencukupi dari segi bangku
dan meja, disediakan alas meja dari bahan yang kalis air, bersih dan kemas.
-Tempat makan staf hendaklah mempunyai kemudahan yang sesuai.
4.6.7 Sinki Pastikan singki mencukupi dan berfungsi serta disediakan cecair pencuci
tangan.

4.7 Penyelenggaraan sisa makanan


- sisa makanan hendaklah diselenggarakan dengan sempurna.Tong sampah perlu mencukupi
dan dilapis dengan plastik serta bertutup. Kawasan sekitanr tong sampah bersih.
- pelupusan sampah sampah sisa dari kantin dibuang ditempat pembuangan sampah Majlis
Pebandaran Kangar.

4.8 Pengendali makanan


-Perlu mendapatkan suntikan typoid oleh semua pekerja kantin.
- pengendali makanan perlu sentiasa merujuk buku panduan dan peraturan mengendalikan
kantin sekolah dengan pakaian dan amalan yang baik.
- pengendali makanan perlu melayan pelanggan dengan baik dan tidak boleh sama sekali
menggunakan perkataan yang negatif terhadap pelanggan.
Tindakan: Makluman
5 HAL-HAL LAIN
5.1. Maklumat pekerja kantin
- Pihak pengusaha kantin perlu memberikan maklumat terkini berkenaan pekerja kantin.
Maklumat ini penting untuk disimpan di fail dan rujukan pihak pemantau.

Tindakan: Pihak Kantin


5.2 Laporan Kendiri Kantin
- Pihak kantin diminta memberi kerjasama untuk membuat laporan kendiri kantin iaitu
sebelum 5 haribulan setiap awal bulan. Ia bagi memudahkan pihak sekolah membuat
laporan bulanan kantin.
Tindakan: Pihak Kantin

5.3 Harga makanan dan minuman


- Harga makanan dan minuman murid dan guru hendaklah berbaloi dengan kuantiti dan
kualiti makanan yang telah dipersetujui.

Tindakan: Pihak Kantin


5.4 Pengusaha Kantin
- En. Saad bin Musa mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh
pihak sekolah kepada kantin sekolah dalam pertandingan kantin kerana berjaya mendapat
tempat kedua peringkat Negeri Perlis untuk tahun 2014. Diharap pada tahun 2015 kantin
sekolah akan mendapat tempat pertama.
- Beliau akan buat yang terbaik lagi pada tahun ini bagi memastikan kualiti kantin akan lebih
baik dari masa ke semasa.
Tindakan:
Makluman

PENUTUP
a. Pengerusi berharap agar pihak kantin dan AJK Kantin dapat memberikan kerjasama dan menjalankan
tanggungjawab dengan baik.
b. Beliau berharap laporan kendiri kantin dapat dilengkapkan sebaiknya.
c. Mesyuarat seterusnya dijangka akan diadakan pada bulan Mei.
d. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

.......................................... ................................
(Pn. Nik Hafizah bt Awang) ( )
Setiausaha Kantin
Tarikh : 15 Januari 2015 Tarikh : 16 Januari 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG MELANGIT

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KANTIN BIL 2 /2015

Tarikh : 16 Jun 2015 ( Rabu )

Masa : 1. 10 petang

Tempat : Kantin Sekolah

Pengerusi : Pn. Norashikin bt Saad (PKHem)

Kehadiran(Bilangan) : Pn. Norshikin bt. Saad (PKHem)


Pn. Nik Hafizah bt Awang (S/U)
Pn. Hamiyah bt Ismail
Pn. Noraini bt Abdullah
Pn. Harniza bt Ibrahim
Pn. Sri Rahayu bt Ghulam Ali (Penyelaras RMT/SUSU)
En. Saad bin Musa (Pengusaha Kantin)
dir (Jika ada) : -

1
KATA ALUAN
1.1 Mengucapkan salam dan terima kasih diatas kehadiran semua guru.
1.2 Diharap apa jua yang diminitkan diambil tindakan segera.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh Pn. Hamiyah bt Ismail
Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Harniza bt Ibrahim
3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Keceriaan kantin masih ditahap yang sama, diharap ada penambahbaikan oleh semua
pihak supaya kantin lebih ceria bersih dan selesa.
Tindakan: Pengusaha
Kantin
dan guru-guru bertugas
kantin

3.2. Label makanan sudah tertanggal, sila lekatkan semula.


Tindakan: Pengusaha
Kantin
3.3 Sila pastikan murid beratur mengikut lorong yang disediakan. Guru yang bertugas
memainkan peranan penting membentuk disiplin murid.

4
FOKUS MESYUARAT

4.1 Kendiri Kantin : Pengusaha Kantin lambat mennyediakan Laporan Kendiri Kantin kerana
masalah masa dan usia. Bagi mengatasi masalah ini, GPK HEM meminta pekerja kantin
membantu mengisi markah kendiri kantin.
Tindakan: Guru Kantin

4.3 Menu dan Senarai Harga : Pihak kantin diingatkan untuk menyenaraikan harga makanan
dan minuman serta dipamerkan. Dan diharapkan pihak kantin dapat bertindak segera. Pihak
kantin juga diminta untuk mempelbagaikan menu samada pelajar dan guru setiap hari.
Tindakan : GPK HEM & Pengusaha Kantin

4.4 Sila sediakan peti kecemasan di kantin sebagai persediaan jika ada murid atau pekerja
tercedera semasa berada di kantin.

5 HAL-HAL LAIN
5.1. Pn. Nik Hafizah menyatakan terima kasih kepada semua guru yang membantu dalam
pengurusan kantin. Terima kasih juga kepada pihak kantin kerana menyediakan memberi
kerjasama kepada sekolah dalam semua program terutama yang melibatkan makanan.
5.2 Pertandingan kantin dijangka akan diadakan pada bulan Ogos, diharap semua warga
sekolah dapat memberi kerjasama kepada pihak kantin.
Makluman : Semua
guru

PENUTUP

a. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.......................................... ................................
(Pn. Nik Hafizah bt Awang)
Setiausaha Kantin
Tarikh : 16 Jun 2015 Tarikh : 17 Jun 2015