You are on page 1of 6

MESIN RINGKAS - tuas

Tuas adalah mesin ringkas yang dibuat daripada sebatang kayu yang bebas
bergerak pada satu titik tetap yang dipanggil fulkrum. Tuas terdiri daripada
tiga bahagian, fulkrum (berbentuk segitiga), beban (lihat bentuk segiempat)
dan sebatang rod (kayu panjang).

Kedudukan fulkrum akan menentukan jumlah daya yang diperlukan untuk


mengangkat sesuatu objek. Untuk mengangkat beban yang berat, kita perlu
:
(a) meletakkan fulkrum paling dekat dengan beban,
(b) daya dikenakan sejauh mungkin dari fulkrum,
(c) gunakan kayu yang panjang, bukan kayu yang pendek.
(A) Mesin Ringkas
1. Mesin ringkas ialah alat yang membolehkan kita melakukan kerja dengan
lebih mudah dan cepat.
2. Terdapat 7 jenis mesin ringkas.
(B) Mesin Kompleks
1. Mesin kompleks ialah alat atau objek yang terdiri daripada gabungan
lebih daripada satu mesin ringkas.
2. Contoh-contoh mesin kompleks:
(D) Penciptaan Mesin yang Lestari
1. Lestari bermaksud tidak berubah-ubah.
2. Mesin yang lestari bermaksud mesin yang tahan lama, tidak mudah rosak,
menguntungkan, tidak memberi kesan buruk kepada alam sekitar, mudah dan
selamat digunakan.
3. Kepentingan penciptaan mesin:
1. Meningkatkan produktiviti pengeluaran.
2. Membantu mempercepat dan memudahkan kerja.
3. Dapat mengangkut barang yang berat atau besar dalam kuantiti yang
banyak.
4. Masa perjalanan dan penghantaran dari satu tempat ke tempat yang lain
menjadi lebih singkat.
5. Komunikasi menjadi lebih mudah dan cepat walaupun pada jarak yang
jauh.