Вы находитесь на странице: 1из 32

DRAF

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI


TAHUN EMPAT
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI


TAHUN EMPAT

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


Cetakan Pertama 2013
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia 2013

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa-
apa juga bentuk dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain
cara sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, 62604 Putrajaya.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan dalam Penerbitan Malaysia


Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Reka Bentuk dan Teknologi
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
ISBN
KANDUNGAN MUKA SURAT

Rukun Negara

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

1.0 Pengenalan 1

2.0 Pendekatan Modular Berasaskan Kurikulum Standard 2


2.0
3.0 Reka Bentuk dan Teknologi Sebagai Mata Pelajaran 2

4.0 Matlamat 3

5.0 Objektif 3

6.0 Fokus 3

7.0 Organisasi Kandungan 3-5

8.0 Penekanan dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran 5-7

9.0 Pengendalian Aktiviti dan Penilaian 7

10.0 Pentaksiran Berasaskan Sekolah 9 - 11

11.0 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 11 - 12

12.0 Keselamatan 13

13.0 Peruntukan Masa Standard Kurikulum RBT Tahun 4 13

14.0 Pendekatan Modular 13 - 14

15.0 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) RBT Tahun 4 15 21

16.0 Pemetaan Dokumen Standard Kurikulum 22

17.0 Pemetaan Dokumen Standard Kurikulum RBT Tahun 4, 5 dan 6 23 - 24


RUKUN NEGARA

Bahawasanyanegara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat
RUKUN NEGARA
di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara cara hidup yang demokratik; mencipta satu
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita
masyarakat
untuk mencapai perpaduanyang adillebih
yang di erat
mana kemakmuran
dalam kalangan negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama;
seluruh masyarakatnya;
menjamin memelihara
satu cara yangsatu cara hidup
liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-
demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi
bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan Pendidikansains dan teknologi
di Malaysia adalah suatu usaha
kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama
moden;
secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal berterusan ke arah lebih memperkembangkan
terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan potensi individu secara menyeluruh dan
berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif bersepadu untuk melahirkan insan yang
Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; seimbang dan harmonis dari segi intelek,
mencapai
MAKA KAMI, cita-cita berikrar
rakyat Malaysia, tersebut berdasarkan
akan menumpukanprinsip-prinsip berikut: rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA warganegara Malaysia yang berilmu
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBANGAAN
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG kesejahteraan diri serta memberikan
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN sumbangan terhadap keharmonian dan
KESOPANAN DAN KESUSILAAN kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
DRAF 30 OGOS 2013

1.0 PENGENALAN insan yang berpengetahuan dan


berketerampilan. Tunjang (Rajah 1)
Struktur Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan merupakan domain utama yang saling
(KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah menyokong antara satu sama lain bagi
(KSSR) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum membentuk insan yang seimbang dari segi
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang selaras jasmani, emosi, rohani dan intelek. Elemen-
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. elemen dalam setiap tunjang dijelmakan
melalui disiplin ilmu tertentu iaitu:
1.1 Matlamat Pendidikan Prasekolah dan 1. Komunikasi
Sekolah Rendah 2. Kerohanian, Sikap dan Nilai
a. Matlamat Pendidikan Prasekolah: 3. Kemanusiaan
Untuk menyuburkan potensi kanak-kanak 4. Sains dan Teknologi
dalam semua aspek perkembangan, 5. Perkembangan Fizikal dan Estetika
menguasai kemahiran asas dan memupuk 6. Keterampilan Diri
sikap positif sebagai persediaan untuk ke
sekolah rendah.
b. Matlamat Pendidikan Sekolah Rendah:
Untuk memastikan perkembangan potensi
murid secara menyeluruh, seimbang, dan
bersepadu. Perkembangan ini meliputi
aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan
intelek bagi melahirkan insan yang
seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.
Untuk mencapai matlamat ini, satu bentuk
pendidikan yang bersifat holistik perlu
diperkasa untuk memenuhi tuntutan
pendidikan serta menangani cabaran
kehidupan masa kini dan masa depan.

1.2 Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang

Organisasi Kurikulum berasaskan tunjang


dicadangkan bagi membangunkan modal Rajah 1: Reka Bentuk Kurikulum KSPK dan KSSR

1
DRAF 30 OGOS 2013

2.0 PENDEKATAN MODULAR BERASASKAN membolehkan mereka menyambung pelajaran dalam


KURIKULUM STANDARD bidang teknikal dan vokasional di peringkat menengah.

Kurikulum Prasekolah dan Sekolah Rendah digubal Kurikulum Standard RBT digubal dengan memberikan
dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan penekanan pada standard kandungan dan standard
standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. pembelajaran yang perlu diketahui, difahami dan
dikuasai oleh murid sekolah rendah tahun 4, 5 dan 6.
2.1 Standard Kandungan Pendedahan awal tentang kemahiran asas dalam
Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang bidang Teknikal, Teknologi Pertanian, Sains Rumah
murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam Tangga dan elemen merentas seperti Teknologi
suatu tempoh persekolahan merangkumi Maklumat dan Komunikasi (TMK), Kreativiti dan Inovasi
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. serta Asas Keusahawanan ditekankan dalam mata
pelajaran ini.
2.2 Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria untuk memastikan
kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi
setiap standard kandungan dan standard
pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk
bahagian dan unit yang mengandungi elemen
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah
dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.
Kandungan kurikulum disampaikan dalam
bentuk bahagian atau unit yang dinamakan
modul. Modul terdiri daripada Modul Teras
Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif.

3.0 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEBAGAI


MATA PELAJARAN

Pada Tahap II, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) diajar


sebagai satu mata pelajaran dalam KSSR.Mata
pelajaran ini memberikan tumpuan untuk menyediakan
murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang
Rajah 2: Reka Bentuk Kurikulum RBT

2
DRAF 30 OGOS 2013

Kurikulum Standard RBT ini masih mengekalkan elemen 5.6 Menjana pemikiran kritis, kreatif, inovatif dan
merentas kurikulum dalam KBSR. Selain itu, ia juga berdaya usaha dalam mereka bentuk dan
mementingkan pemupukan nilai murni, kerja-buat- menghasilkan produk berkualiti
sendiri (DIY), peka terhadap masalah sekeliling serta 5.7 Menggunakan TMK dan mengaplikasi asas
sikap yang positif semasa menjalankan aktiviti bagi keusahawanan.
melahirkan murid yang celik teknologi, kreatif dan 5.8 Berkemahiran menjana idea untuk
mempunyai ciri-ciri keusahawanan. menyelesaikan masalah.

4.0 MATLAMAT 6.0 FOKUS

Kurikulum Standard RBT adalah untuk membolehkan Kurikulum Standard RBT berteraskan kepada kemahiran
murid memperoleh pengetahuan, menguasai asas mereka bentuk menggunakan teknologi dengan
kemahiran praktis, berkemahiran mereka bentuk dan menggabungjalinkan pelbagai bidang pengetahuan dan
mengamalkan asas keusahawanan serta berkebolehan kemahiran iaitu teknikal, teknologi pertanian dan sains
mengaplikasikan asas teknologi ke arah melahirkan rumahtangga. Kurikulum ini memberi penekanan
murid yang kritis, kreatif dan inovatif. kepada aspek pengetahuan asas dan kemahiran
mereka bentuk, asas pertukangan dan teknologi bagi
5.0 OBJEKTIF membolehkan murid menghasilkan produk yang
berkualiti.
Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran
Kurikulum Standard RBT berkebolehan: 7.0 ORGANISASI KANDUNGAN
5.1 Mengamalkan peraturan keselamatan bengkel
dan amalan kerja yang selamat Kurikulum Standard RBT Tahap II, diorganisasikan
5.2 Menguasai proses mereka bentuk untuk kepada enam tajuk iaitu Organisasi dan Keselamatan
menghasilkan produk Bengkel, Asas Teknologi, Reka Bentuk, Penghasilan
5.3 Mengetahui teknologi dalam bidang teknikal, Projek, Teknologi Pertanian dan Sains Rumahtangga.
teknologi pertanian dan sains rumahtangga Keenam-enam tajuk ini merangkumi 3 domain
5.4 Berkemahiran memilih bahan, alatan, mesin pembelajaran iaitu kognitif, psikomotor dan afektif. Tajuk
dan perisian serta menggunakannya dengan tersebut disusun mengikut aras kognitif murid iaitu dari
teknik yang betul dan beretika mudah ke sukar. Bagi domain psikomotor, murid
5.5 Melakukan kerja-buat-sendiri dan melaksanakan aktiviti amali seperti kerja-buat-sendiri,
penyelenggaraan mudah bagi peralatan dan penyelenggaraan, penghasilan projek dengan mengikut
perkakasan prosedur kerja yang betul dan beretika. Manakala bagi

3
DRAF 30 OGOS 2013

domain afektif, murid didedahkan kepada aspek nilai-


nilai murni semasa melaksanakan aktiviti pengajaran Tajuk Penerangan
dan pembelajaran. membina model berfungsi. Aspek
penyimpanan komponen dan
Proses kerja dalam RBT adalah lebih menekankan keselamatan juga ditekankan dalam
pengetahuan, kemahiran, langkah kerja bagi tajuk ini.
penghasilan sesuatu projek. Ini bermakna murid yang
mengikuti kurikulum standard RBT akan lebih terdedah
Reka Bentuk Reka bentuk eksperimental
kepada aspek mereka bentuk, menggunakan bahan dan
merangkumi aspek pengetahuan
teknologi semasa menghasilan projek. Proses
dan kemahiran yang akan menguji
penerangan setiap tajuk adalah seperti berikut:
murid dari pelbagai aspek seperti:
a. menyatakan masalah berdasarkan
Tajuk Penerangan situasi.
b. pengumpulan maklumat.
Organisasi dan Tajuk ini memberi pendedahan c. menjana idea kreatif.
Keselamatan kepada murid dengan suasana d. membuat lakaran projek.
Bengkel bengkel RBT di sekolah rendah. e. mengenal pasti jenis alatan.
Murid dapat mengenal pasti struktur f. proses pembinaan, pengujian dan
organisasi bengkel, peraturan dan penambahbaikan.
keselamatan bengkel semasa g. membuat persembahan dan
mereka berada di dalam bengkel. pendokumentasian.

Asas Teknologi Di dalam tajuk ini murid diberi Penghasilan Bagi standard kandungan ini, murid
kemahiran memasang dan Projek dapat menghasilkan projek
membuka kit model berfungsi secara menggunakan:
elektromekanikal serta mereka dan a. bahan bukan logam dengan litar
membina model berfungsi. Standard elektrik;
kandungan ini membolehkan murid b. bahan logam dan bukan logam
membaca dan memahami manual, dengan litar elektronik; dan
mengenal pasti fungsi komponen, c. bahan bukan logam dengan litar
kemahiran memasang elektrik dan elektronik.
menggunakan alatan tangan dengan Murid dapat mempelajari kemahiran
cara yang betul, mereka dan seperti mengukur, menanda dan

4
DRAF 30 OGOS 2013

Tajuk Penerangan Tajuk Penerangan


memotong, menggunakan alatan mengenal pasti alatan dan bahan
dan membuat kemasan projek. Di sajian, langkah-langkah menyedia,
samping itu juga, murid didedahkan memasak, menghidang dan
membuat anggaran dan pengiraan membungkus sajian.
kos bahan setiap projek.

Teknologi Standard kandungan Teknologi 8.0 PENEKANAN DAN KAEDAH PENGAJARAN


Pertanian Pertanian menyentuh kaedah DAN PEMBELAJARAN
menanam biji benih halus atau kasar
meliputi aktiviti penyediaan biji benih, Pembelajaran RBT merupakan pembelajaran yang
bahan, alatan dan penjagaannya. berasaskan aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang
Murid juga didedahkan dengan akan mewujudkan pengalaman baharu kepada murid.
teknik mengubah anak benih ke Berasaskan kepada kaedah pembelajaran ini, murid
dalam bekas serta penanaman melakukan sendiri secara aktif pelbagai aktiviti untuk
dengan menggunakan kaedah menguasai kemahiran praktis yang boleh digunakan
Hidroponik Takung meliputi dalam kehidupan seharian.
persediaan alatan, kerja mencampur
nutrien, menanam dan penjagaan Penguasaan kemahiran praktis ini meliputi kemahiran:
yang sistematik. membuat lakaran projek
mereka bentuk dan menghasilkan projek
Sains Dua tajuk utama yang ditekankan membuat penyambungan litar elektrik dan
Rumahtangga dalam standard kandungan sains elektronik
rumahtangga ialah penghasilan mengaplikasi kaedah penanaman
artikel dan penyediaan sajian. Topik menghasilkan artikel
penghasilan artikel merangkumi menyediakan sajian
proses mengenalpasti alatan dan menyelenggara peralatan
bahan jahitan, menyusun atur pola,
mempraktikkan budaya keusahawanan
mengunting, menjahit dan menghias
Untuk mencapai kemahiran praktis tersebut murid perlu
artikel. Manakala melalui penyediaan
didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran terkini
sajian; murid didedahkan dengan
yang hendak dikuasai. Dengan itu, guru seharusnya
pengetahuan serta kemahiran dalam

5
DRAF 30 OGOS 2013

dapat menyampaikan pengetahuan secara bersepadu pembentukan jati diri yang seimbang.
dengan aktiviti yang hendak dijalankan kepada murid. Contoh kemahiran berfikir yang diberi tumpuan dalam
Pelbagai kaedah seperti tunjuk cara, bercerita, kajian, Standard Pembelajaran Reka Bentuk dan Teknologi
simulasi, sumbang saran, main peranan, permainan, termasuk :
temu bual, tinjuan dan lawatan boleh digunakan Membanding beza bentuk-bentuk asas dalam
mengikut kesesuaian aktiviti pembelajaran. Pemilihan persekitaran
kaedah ini bergantung kepada beberapa faktor iaitu Menghubungkait bentuk-bentuk asas dalam
objektif pembelajaran, kemudahan prasarana, saiz aktiviti membina bentuk produk
kelas, dan taraf kebolehan murid. Guru hendaklah Menjana idea kreatif dan inovatif
mewujudkan suasana pembelajaran yang terbuka Mentafsir lukisan kerja
supaya kaedah ini dapat digunakan dengan berkesan Menjana idea-idea baru untuk menyelesaikan
untuk menggalakan pembelajaran yang lebih interaktif. masalah dan menghasilkan projek
Membuat keputusan, memilih projek, alatan
Mata pelajaran ini juga mementingkan pemupukan nilai tangan dan bahan yang diperlukan
dan sikap seperti berdikari, kreatif, inovatif, berjimat
Mengaplikasikan teknologi dalam pertanian.
cermat dan bertanggungjawab. Semasa menjalankan
aktiviti pembelajaran, guru boleh menggunakan bahan
Di samping itu, Kajian Masa Depan harus diserapkan
kitar semula dan bahan terbuang seperti rotan, buluh,
dalam pengajaran dan pembelajaran RBTsebagai salah
kotak, botol plastik, cengkerang, reja kayu dan reja paip
satu unsur penting untuk merangsang daya intelek murid
plastik. Selain itu, bahagian atau komponen mesin yang
bagi menghasilkan produk yang bermanfaat terhadap
tidak diperlukan lagi seperti skru, bol dan nat, alas
perkembangan individu. Sebagai contoh, semasa proses
bebola dan roda boleh juga digunakan. Penggunaan
mereka bentuk murid mengkaji keadaan sedia ada,
bahan ini dapat menjimatkan kos di samping dapat
mencari alternatif, membuat pilihan dan akhirnya dapat
menanamkan sifat berjimat cermat dan
menghasilkan produk. Selain itu murid juga boleh
berinovasisemasa murid menghasilkan projek. Dengan
menjangka dan meramalkan kesan atau impak produk
ini, murid akan lebih sedar kepada sumber yang ada di
baharu mereka pada masa hadapan.
sekeililing mereka dan berupaya memanfaatkan
penggunaannya.
Nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja yang
relevan harus merentasi aktiviti yang dikendalikan.
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK)
Dengan cara ini, nilai murni dan sikap positif seperti
harus menjadi satu landasan dalam pengajaran dan
berusaha mencapai kecemerlangan, berfikiran terbuka,
pembelajaran supaya daya imaginasi dan kreativiti
bersedia menimbangkan pelbagai faktor, kesedaran
murid dapat dijana dan diperkembangkan ke arah
tentang kos sesuatu projek dan berhati-hati

6
DRAF 30 OGOS 2013

menggunakan sumber dapat dipupuk supaya menjadi a. Perancangan


kebiasaan dalam pengendalian dan urusan hidup murid. merancang aktiviti atau projek
merancang bahan dan alatan
Kemahiran interpersonal seperti menghargai pendapat merancang kaedah pengajaran dan
dan usaha orang lain, berkomunikasi dengan baik, pembelajaran
bersedia menerima kritikan membina, memberi dorongan b. Penyampaian
kepada orang lain, menjalin persahabatan, belajar secara memotivasi murid dalam melaksanakan aktiviti
koperatif, bekerja secara kumpulan dan memupuk tunjuk cara kemahiran
semangat kerjasama dengan rakan sebaya perlu juga memberi arahan sebelum, semasa dan
diterapkan semasa pengajaran dan pembelajaran. selepas aktiviti
melaksana aktiviti
Sebagai usaha ke arah merealisasikan kemahiran
menyelia dan membimbing
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), murid
c. Penilaian
perlu digalakkan menggunakan kemahiran TMK
dalam pembelajaran mereka seperti menilai pengetahuan, kemahiran dan nilai
pengumpulan,pemilihan dan pemprosesan menilai aktiviti
maklumat.Dengan ini kemahiran TMK murid boleh menilai hasil kerja
diperkembangkan melalui kemahiran menggunakan
perisian dan CD-ROM, melayari laman web, Aktiviti yang dicadangkan dalam buku ini merupakan
mengakses pengkalan data dan berkomunikasi aktiviti contoh untuk membolehkan murid menguasai
secara elektronik. sesuatu kemahiran. Kemahiran dalam sesuatu aktiviti
boleh dilakukan secara individu atau secara
9.0 PENGENDALIAN AKTIVITI DAN PENILAIAN berkumpulan. Dalam pemilihan aktiviti, beberapa
perkara harus diambil kira oleh guru seperti jumlah
Selaras dengan penekanan mata pelajaran ini kepada alatan dan bahan, peruntukan masa, bilangan dan
penguasaan kemahiran, ukuran pencapaiannya boleh kebolehan murid. Justeru itu, guru perlu menyedari
dilakukan melalui pengendalian aktiviti dan penilaian bahawa:
secara berperingkat. Aktiviti ini juga boleh dijalankan kumpulan murid mempunyai pelbagai
secara tersendiri. Gabungan beberapa aktiviti yang kebolehan supaya mereka saling membantu
dijalankan boleh menghasilkan projek yang untuk menguasai pelbagai kemahiran;
bersesuaian. aktiviti yang dipilih seboleh-bolehnya dapat
Pengendalian aktiviti dan penilaian dicadangkan diselesaikan dalam dua waktu;
mengikut peringkat-peringkat berikut: aktiviti murid adalah termasuk waktu

7
DRAF 30 OGOS 2013

mengemas alatan dan tempat kerja; dan mempertingkatkan perkembangan individu dan
aktiviti yang dirancangkan sebaiknya terdiri pembentukan sahsiah murid. Penilaian bagi mata
daripada gabungan standard kandungan. pelajaran ini boleh dijalankan melalui:
pemerhatian;
Bagi memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran amali;
dapat dilaksanakan dengan sempurna, guru lisan; dan
bertanggungjawab memastikan murid: penulisan.
mengadakan perbincangan tentang langkah-
langkah menjalankan kerja; Keempat-empat cara penilaian ini boleh digunakan untuk
sentiasa mengamalkan langkah-langkah menilai projek atau aktiviti yang dijalankan oleh murid
keselamatan; sama ada melalui proses kerja atau hasil kerja murid.
memilih alatan dan bahan yang sesuai dan Penilaian yang dijalankan hendaklah mencakupi semua
menggunakannya dengan cara yang betul; standard pembelajaran yang telah ditetapkan. Penilaian
bekerja secara koperatif semasa menjalankan yang dijalankan tidak seharusnya menekankan konsep
aktiviti dalam kumpulan masing-masing; lulus atau tidak lulus. Sebaliknya penilaian itu hendaklah
sedar tentang kos alatan dan bahan dengan menekankan sama ada seseorang murid telah menguasi
menggunakannya secara cermat dan tidak aspek yang dinilai atau belum. Penilaian juga seharusnya
membazir; tidak menekankan perbandingan pencapaian antara
menjalankan kerja mengikut turutan yang seorang murid dengan seorang murid yang lain.
betul;
mengemaskan alatan dan bahan yang telah Guru boleh menilai tahap penguasaan dan pencapaian
digunakan; murid dari segi kemahiran, perlakuan, amalan,
membersihkan alatan dan menentukan pengetahuan, serta nilai dan sikap murid melalui
bilangannya cukup sebelum disimpan; dan pemerhatian aktiviti dan projek yang dijalankan oleh
membersihkan tempat kerja dan diri. mereka.

Penilaian adalah sebahagian proses pengajaran dan Penilaian yang dijalankan oleh guru perlu dicatatkan.
pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih Guru boleh mencatat dengan cara mencatat kenyataan,
berkesan sekiranya penilaian dijalankan secara menanda pada kenyataan, dan memberi gred. Senarai
berterusan. Maklumat daripada penilaian yang semak adalah satu contoh merekod maklumat penilaian.
berterusan ini dapat membantu guru mengenal pasti Penilaian yang dijalankan hendaklah direkodkan di dalam
kekuatan dan kelemahan murid. Justeru itu, guru boleh buku rekod mengajar dan rekod profil.
merancang dan mengambil tindakan susulan ke arah

8
DRAF 30 OGOS 2013

standard kurikulum.

10.0 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH PBS boleh dilaksanakan secara:


Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah proses PdP.
komponen utama dalam proses pengajaran dan Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit
pembelajaran (PdP) kerana ia berperanan pembelajaran, semester atau tahun.
mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan
pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang Pentaksiran Rujukan Standard
sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai
dalam satu-satu proses PdP. Standard yang diperkenalkan menggunakan Standard
Prestasi iaitu untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan
PBS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi
sepenuhnya bermula daripada aspek perancangan, seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan
pembinaan item dan instrumen pentaksiran, maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan
pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari
dan pelaporannya. berdasarkan pernyataan standard prestasi yang
ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti
PBS amat penting untuk menentukan keberkesanan yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.
guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan
insan yang harmoni dan seimbang. PBS merupakan Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan
aktiviti yang berterusan yang menagih komitmen yang pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi
tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan
sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan
ke tahap maksimum. PBS mempunyai ciri-ciri berikut: murid dalam pembelajaran merujuk kepada pernyataan
Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan standard.
tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran
serta pengamalan nilai murni. Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai
Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan,
dengan PdP. kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa
Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu
mengikut kesesuaian dan kesediaan murid. mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk
Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala

9
DRAF 30 OGOS 2013

aspek tentang diri seseorang murid itu bagi 6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
membolehkan pihak yang bertanggungjawab mengenali,
memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan Tahap Penguasaan (TP) ialah satu label yang
anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang
mempunyai potensi untuk menyumbang kepada disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan
pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan individu.
dan kebolehan masing-masing.
Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu
Standard Prestasi domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat
generik bagi memberi gambaran holistik tentang
Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap individu.
perkembangan pembelajaran murid yang diukur
berdasarkan standard dan menunjukkan di mana Tafsiran TP Secara Umum
kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan
pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu TP HURAIAN TAFSIRAN
terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara TP
mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (TP). 1 Tahu Murid tahu perkara asas atau boleh
Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih melakukan kemahiran asas atau
qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata memberi respons terhadap perkara
yang betul menggambarkan standard dalam bentuk yang asas.
hasil pembelajaran. Standard Prestasi dibina sebagai
2 Tahu dan Murid menunjukkan kefahaman
panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran
faham untuk menukar bentuk komunikasi
Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran
atau menterjemah serta menjelaskan
Rujukan Standard.
apa yang telah dipelajari.
3 Tahu, Murid menggunakan pengetahuan
Kerangka Standard Prestasi
faham untuk melaksanakan sesuatu
dan boleh kemahiran pada suatu situasi.
TP HURAIAN TP buat
1 Tahu 4 Tahu, Murid melaksanakan sesuatu
2 Tahu dan Faham faham kemahiran dengan beradab iaitu
3 Tahu, Faham dan Boleh Buat dan boleh mengikut prosedur atau secara
4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab buat sistematik.
5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji dengan

10
DRAF 30 OGOS 2013

beradab pertanian dan sains rumah tangga.


4 Tahu, Mengaplikasikan pengetahuan dan
5 Tahu, Murid melaksanakan sesuatu kefahaman tentang kemahiran asas
faham dan
faham kemahiran pada situasi baru dengan dalam bidang teknikal, teknologi
boleh buat
dan boleh mengikut prosedur atau secara pertanian dan sains rumah tangga
dengan
buat sistematik serta tekal dan bersikap secara sistematik.
beradab
dengan positif.
beradab
5 Tahu, Mengaplikasikan pengetahuan dan
terpuji kefahaman tentang kemahiran asas
faham dan
6 Tahu, Murid mampu menzahirkan idea yang dalam bidang teknikal, teknologi
boleh buat
faham kreatif dan inovatif, mempunyai pertanian dan sains rumah tangga
dengan
dan boleh keupayaan membuat keputusan secara berinisiatif.
beradab
buat untuk mengadaptasi permintaan
terpuji
dengan serta cabaran dalam kehidupan
6 Tahu, Mengaplikasikan pengetahuan dan
beradab seharian serta boleh berbicara untuk kefahaman tentang kemahiran asas
faham dan
mithali mendapatkan dan menyampaikan dalam bidang teknikal, teknologi
boleh buat
maklumat menggunakan ayat yang pertanian dan sains rumah tangga
dengan
sesuai secara bertatasusila secara kreatif dan inovatif.
beradab
dan menjadi contoh secara tekal.
mithali
Tafsiran TP Mata Pelajaran RBT
Setiap guru RBT perlu melaksanakan proses PdP dalam
bilik darjah dengan merujuk kepada Standard
TP HURAIAN TAFSIRAN
Kandungan dan Standard Pembelajaran. Kebijaksanaan
TP
guru perlu ada bagi menentukan proses PdP
1 Tahu Mengetahui tentang kemahiran asas
dalam bidang teknikal, teknologi
dilaksanakan secara berkesan dan bersesuaian. Dalam
pertanian dan sains rumah tangga. keadaan yang sama, guru perlu mentaksir keupayaan
2 Tahu dan Mengetahui dan memahami tentang murid dan menentukan tahap keupayaannya
faham kemahiran asas dalam bidang berdasarkan senarai standard prestasi yang telah
teknikal, teknologi pertanian dan sains disusun mengikut tajuk-tajuk pembelajaran. Guru
rumah tangga. seharusnya memberi peluang kepada setiap muridnya
3 Tahu, Mengaplikasikan pengetahuan dan untuk berupaya mencapai tahap keupayaan yang lebih
faham dan kefahaman tentang kemahiran asas baik dengan melaksanakan proses bimbingan dan
boleh buat dalam bidang teknikal, teknologi pengukuhan.

11
DRAF 30 OGOS 2013

adalah merujuk kepada kemahiran mengaplikasi,


11.0 KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) menganalisis, menilai dan mencipta seperti Jadual 1.

Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan KBAT Penerangan


murid yang seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran,
tahu, berprinsip, bermaklumat, dan patriotik serta dan nilai dalam situasi berlainan untuk
mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan melaksanakan sesuatu perkara
Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada
bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad ke-21 ini
bahagian kecil untuk memahami dengan
selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap lebih mendalam serta hubung kait antara
murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global bahagian berkenaan
yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Menilai Membuat pertimbangan dan keputusan
Malaysia iaitu setiap murid akan mempunyai kemahiran menggunakan pengetahuan,
memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, pengalaman, kemahiran, dan nilai serta
identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran berfikir. memberi justifikasi
Mencipta Menghasilkan idea atau produk atau
kaedah yang kreatif dan inovatif
Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum
Jadual 1: Penerangan KBAT
sejak tahun 1994 dengan memperkenalkan Kemahiran
Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Kemahiran
Kemahiran ini ditulis secara eksplisit di dalam setiap
berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras rendah
kumpulan mata pelajaran
sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011,
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah
KBAT boleh diaplikasikan di dalam bililik darjah melalui
memberi penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras
aktiviti berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri,
Tinggi (KBAT).
penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu
menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk
minda, dan Thinking Hats serta penyoalan aras tinggi di
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai
dalam dan di luar bilik darjah untuk menggalakkan murid
dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi
berfikir. Murid diberi tanggungjawab di atas
menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
pembelajaran mereka.
berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT

12
DRAF 30 OGOS 2013

12.0 KESELAMATAN Pastikan alatan, bahan, perkakas dan mesin


Faktor keselamatan merupakan perkara yang sangat sentiasa diurus dengan baik dan selamat
perlu diberi keutamaan dalam melaksanakan aktiviti digunakan.
amali bagi mata pelajaran RBT. Justeru itu, peraturan Pastikan tempat yang sesuai dan selamat untuk
dan langkah keselamatan hendaklah sentiasa diamal menyimpan alatan dan bahan yang mudah
dan dipatuhi. Organisasi bengkel dan pengurusan kerja terbakar, pecah dan merbahaya.
yang melibatkan faktor keselamatan boleh dilakukan Labelkan semua alatan dan bahan.
secara bergilir-gilir di kalangan murid bagi memberi Jangan menggunakan bekas bahan beracun,
mereka pengalaman serta menanamkan semangat bahan kimia, dan bahan yang mudah terbakar.
bekerjasama, bertanggungjawab dan berdisilpin. Sediakan peti pertolongan cemas dan alat
pemadam api yang mudah dilihat serta mudah
Semasa menjalankan aktiviti amali, guru hendaklah dicapai apabila diperlukan.
sepanjang masa memastikan tempat kerja bebas Ambil tindakan keselamatan mengikut prosedur
daripada perkara yang boleh mendatangkan bahaya yang betul apabila berlaku kemalangan.
dengan mengambil langkah-langkah keselamatan. Sediakan buku log untuk merekod kemalangan
yang berlaku.
Perkara-perkara berkaitan dengan keselamatan yang
perlu diberi perhatian ialah: 13.0 PERUNTUKAN MASA
Tunjukkan teladan kerja yang selamat kepada
murid. Masa bagi pengajaran dan pembelajaran RBT ialah dua
Pastikan peraturan keselamatan dipatuhi oleh waktu seminggu (2 x 30 minit) yang dijalankan secara
semua pihak. giliran dengan mata pelajaran TMK. selama enam
Tanamkan rasa tanggungjawab terhadap bulan. Peruntukan masa yang dinyatakan merupakan
keselamatan diri dan orang lain. cadangan untuk membantu guru dalam penyediaan
Bimbing murid mengenal pasti perkara yang perancangan pengajaran dan pembelajaran.
boleh mendatangkan bahaya.
Pastikan keadaan tempat kerja mempunyai 14.0 PENDEKATAN MODULAR
cahaya yang cukup dan pengudaraan yang baik.
Ruang tempat kerja yang selesa termasuk Standard Kurikulum RBT distrukturkan menggunakan
permukaan lantai yang selamat. pendekatan modular untuk memastikan penguasaan
Paparkan poster dan ilustrasi mengenai pengetahuan dan kemahiran dapat dilaksanakan
peringatan keselamatan yang mudah difahami dengan baik dan berkesan. Dengan menggunakan
oleh semua murid. modul yang disediakan, pengajaran dan pembelajaran

13
DRAF 30 OGOS 2013

dapat difokuskan kepada penguasaan pengetahuan dan - Membuat keputusan memilih idea reka bentuk,
kemahiran tertentu melalui aktiviti yang bermakna. kaedah pembinaan projek, peralatan, perkakasan
dan bahan yang sesuai
Pendekatan modular tetap menekankan - Menilai kualiti projek yang telah siap bersesuaian
penggabungjalinan disiplin ilmu yang terdapat dalam dengan hasil yang dihasratkan
RBT. Strategi penggabungjalinan kemahiran ini adalah - Mempersembahkan reka bentuk atau projek bagi
untuk mengukuhkan kemahiran tertentu sebagaimana tujuan mendapatkan maklum balas daripada
yang ditetapkan dalam standard kandungan dan orang lain untuk penambahbaikan.
standard pembelajaran.
Elemen keusahawanan bertujuan untuk menerapkan ciri
Mata pelajaran ini memberi tumpuan terhadap keusahawanan, pemikiran keusahawanan, pengurusan
pembelajaran secara amali. Penggabungjalinan antara perniagaan, aplikasi teknologi dan vokasional dalam
teori dan amali, aktiviti dalam dan luar bilik darjah, keusahawanan serta nilai moral dan etika
kesepaduan pelbagai disiplin ilmu dititikberatkan. keusahawanan sehingga menjadi budaya dalam
Kandungan kurikulum RBT merangkumi bidang teknikal, kehidupan.
sains pertanian dan sains rumah tangga yang
digabungjalinkan dengan Elemen Merentas Kurikulum Kemahiran interpersonal seperti berkomunikasi dengan
(EMK). baik, menghargai pendapat dan usaha orang lain,
bersedia menerima kritikan membina, memberi
Elemen Kreativiti dan Inovasi menjadi satu perkara dorongan, menjalin persahabatan, belajar secara
yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran yang koperatif, bekerja secara kumpulan dan memupuk
mana daya imaginasi dan kreativiti murid perlu dijana semangat kerjasama dengan rakan sebaya diterapkan
dan diperkembangkan. semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Kemahiran ini boleh dipupuk semasa murid membuat
Contoh kreativiti dan inovasi yang diberi tumpuan dalam pembentangan projek masing-masing.
mata pelajaran RBT termasuk:
- Mereka bentuk dan membina projek dengan Nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja yang
menggunakan pendekatan penyelesaian masalah relevan harus merentasi aktiviti yang dijalankan. Dengan
- Menjana idea untuk mereka bentuk dan membina cara ini, nilai murni dan sikap positif seperti berusaha
projek mencapai kecemerlangan, berfikiran terbuka, bersedia
- Menghasilkan lukisan projek dan lakaran menimbangkan pelbagai faktor dan berhati-hati
menggunakan sumber dapat dipupuk supaya menjadi
kebiasaan dalam pengendalian dan urusan hidup murid.

14
DRAF 30 OGOS 2013

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP)


REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT)
TAHUN 4

STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN TAHAP PENGUASAAN


KANDUNGAN

1.0 Organisasi dan Keselamatan Bengkel

1.1 Mengenal 1.1.1 Menyatakan struktur organisasi bengkel 1 Menyatakan dua jawatankuasa dalam struktur organisasi bengkel.
pasti struktur berpandukan carta.
organisasi
bengkel 1.1.2 Menyediakan jadual tugas berpandukan 2 Menerangkan satu tugas jawatankuasa dalam struktur organisasi
(1 waktu) struktur organisasi bengkel. bengkel.

1.2 Mengenal 1.2.1 Menyatakan peraturan dan keselamatan


pasti am, diri, alatan dan bahan berpandukan 3 Membuat jadual tugas berpandukan struktur organisasi bengkel.
peraturan dan carta.
keselamatan
bengkel 1.2.2 Mengamalkan peraturan dan 4 Mengenal pasti peraturan dan keselamatan am, diri serta alatan dan
(1 waktu) keselamatan ketika berada di dalam bahan.
bengkel berpandukan peraturan
keselamatan.
5 Melaksanakan peraturan dan keselamatan bengkel.

6 Mengamalkan peraturan dan keselamatan semasa berada di dalam


bengkel.

15
DRAF 30 OGOS 2013

STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN TAHAP PENGUASAAN


KANDUNGAN

2.0 Asas Teknologi

2.1 Memasang 2.1.1 Membaca dan memahami manual. 1 Membaca manual kit model berfungsi.
dan membuka
kit model 2.1.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan
berfungsi tangan yang digunakan untuk 2 Menerangkan nama dan fungsi dua alatan tangan yang digunakan
(4 waktu) memasang dan membuka kit model untuk memasang dan membuka kit model.
seperti pemutar skru mata rata, pemutar Mengenal pasti nama dan fungsi tiga komponen kit model.
skru Philip, playar muncung tirus dan
sepana hujung terbuka.
3 Memasang komponen kit model berpandukan manual.
2.1.3 Mengenal pasti nama dan fungsi
komponen kit model seperti motor, gear,
gandar, roda, kerangka, suis dan 4 Membuat pengujian kefungsian kit model.
pemegang bateri.

2.1.4 Memasang komponen kit model 5 Mengenal pasti masalah dan membuat pembaikan kit model.
berpandukan manual.

2.1.5 Menguji kefungsian kit model. 6 Mengesahkan kit model berfungsi.


Membuka dan menyusun komponen kit model dengan sistematik.
2.1.6 Membuka dan menyimpan komponen
kit model.

16
DRAF 30 OGOS 2013

STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN TAHAP PENGUASAAN


KANDUNGAN

3.0 Reka Bentuk

3.1 Mereka bentuk 3.1.1 Menyatakan masalah berpandukan 1 Menyatakan masalah berpandukan situasi yang diberi.
projek situasi yang diberi.
eksperimental
(6 waktu) 3.1.2 Mengumpul maklumat berkaitan 2 Menerangkan idea dalam bentuk lakaran bagi menyelesaikan masalah.
penyataan masalah.

3.1.3 Menjana idea kreatif dalam bentuk 3 Membina projek eksperimental


lakaran bagi menyelesaikan masalah.

3.1.4 Memilih satu lakaran untuk projek 4 Menguji projek eksperimental.


eksperimental. Menambah baik projek eksperimental .

3.1.5 Mengenal pasti jenis alatan dan


bahan berdasarkan projek 5 Mempersembahkan projek eksperimental secara lisan
eksperimental.

3.1.6 Membina, menguji dan menambah 6 Mendokumentasikan projek eksperimental.


baik projek eksperimental.

3.1.7 Membuat persembahan projek


eksperimental secara lisan.

3.1.8 Mengumpulkan catatan dan lakaran


mengenai projek eksperimental
sebagai dokumentasi projek.

17
DRAF 30 OGOS 2013

STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN TAHAP PENGUASAAN


KANDUNGAN

4.0 Penghasilan Projek

4.1 Menghasilkan 4.1.1 Mengenal pasti projek berpandukan 1 Menyatakan dua bahan bukan logam yang digunakan untuk membuat
projek manual. projek.
berasaskan
bahan bukan 4.1.2 Menyatakan bahan bukan logam
logam dengan yang akan digunakan seperti kayu, 2 Menerangkan fungsi tiga alatan tangan dan komponen elektrik untuk
litar elektrik papan lapis, medium-density membuat projek.
(14 waktu) fibreboard (MDF), plastik dan
mounting board.
3 Membuat anggaran kos bagi bahan dan komponen elektrik.
4.1.3 Membuat anggaran kos bahan dan Mengukur, menanda dan memotong bahan yang digunakan untuk
komponen. membuat projek.

4.1.4 Menyatakan nama dan fungsi alatan


tangan yang digunakan untuk 4 Memasang bahan projek menggunakan pengikat dan pencantum.
membina projek iaitu pita pengukur,
pembaris keluli, sesiku L, pensel
tukang kayu, gunting serba guna, 5 Membuat kemasan projek menggunakan bahan iaitu cat sembur
gergaji puting, gergaji rencong atau pelekat.
manual (manual mitre saw), apit G, Membuat penyambungan litar elektrik pada projek dengan kemas.
gerudi mudah alih, gerimit, tukul
Menguji kefungsian projek.
Warrington, tukul kuku kambing,
pemotong sisi dan pelucut wayar.

18
DRAF 30 OGOS 2013

6 Mengesahkan projek berfungsi.


Mengamalkan aktiviti penyelenggaraan dan penyimpanan peralatan
dengan kemas dan teratur.

4.1.5 Menyatakan bahan pengikat dan


pencantum seperti paku, skru, glu,
bol dan nat.

4.1.6 Menyediakan alatan dan bahan.

4.1.7 Mengukur, menanda dan memotong


bahan yang digunakan untuk
membuat projek.

4.1.8 Memasang bahan projek


menggunakan pengikat dan
STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN TAHAP PENGUASAAN
KANDUNGAN

6.0 Sains Rumah Tangga

6.1 Menghasilkan 6.1.1 Menyatakan artikel jahitan dan 1 Menyatakan dua alatan dan bahan jahitan yang digunakan untuk
Artikel Jahitan kegunaannya seperti beg pensel, membuat artikel jahitan.
(10 waktu) sarung kusyen, kusyen mini dan

19
DRAF 30 OGOS 2013

penggantung surat.
2 Menerangkan dua fungsi alatan jahitan .
6.1.2 Mengenal pasti alatan jahitan iaitu
gunting kertas, gunting fabrik,
pembaris lurus, pita ukur, roda surih, 3 Menyusun atur pola, mengunting fabrik dan memindahkan tanda pola
kertas karbon tukang jahit, kapur ke fabrik.
tukang jahit, peretas jahitan, jarum
peniti dan jarum jahit tangan.
4 Menjahit artikel jahitan dengan jahitan kia dan jahitan jelujur.
6.1.3 Menyatakan jenis bahan jahitan iaitu
fabrik dan benang.
5 Menghias artikel jahitan menggunakan bahan hiasan yang dipilih.
6.1.4 Mengenal pasti jenis mata jahitan
tangan iaitu jahitan kia, jelujur kasar

20
DRAF 30 OGOS 2013

dan jelujur halus.


6 Menghias artikel jahitan menggunakan bahan hiasan secara kemas
6.1.5 Memilih artikel jahitan berpandukan dan kreatif.
manual.

6.1.6 Menyediakan alatan dan bahan


berdasarkan manual yang dipilih.

6.1.7 Menyusun atur pola, menggunting


fabrik dan memindahkan tanda pola.

6.1.8 Menjahit artikel jahitan dengan jahitan


tangan.

6.1.9 Menyatakan jenis bahan hiasan seperti


butang, renda dan riben.

6.1.10 Memilih bahan hiasan mengikut artikel


jahitan.

6.1.11 Menghias artikel jahitan menggunakan


bahan hiasan yang dipilih.

21
DRAF 30 OGOS 2013

PEMETAAN DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP)


REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT) TAHUN 4

Tahun 4
BIL. STANDARD KANDUNGAN
Waktu Minit
(min)
1 1.0 ORGANISASI DAN KESELAMATAN BENGKEL

1.1 Mengenal pasti Struktur Organisasi Bengkel 1 30

1.2 Mengenal pasti Peraturan dan Keselamatan Bengkel 1 30

2 2.0 ASAS TEKNOLOGI

2.1 Memasang dan membuka kit model berfungsi 4 120

3 3.0 REKA BENTUK

3.1 Mereka bentuk projek eksperimental 6 180

4 4.0 PENGHASILAN PROJEK

22
DRAF 30 OGOS 2013

Tahun 4
BIL. STANDARD KANDUNGAN
Waktu Minit
(min)
4.1 Menghasilkan projek berasaskan bahan bukan logam dengan litar elektrik 14 420

5 6.0 SAINS RUMAH TANGGA

6.1 Menghasilkan artikel jahitan 10 300

JUMLAH BESAR 36 1080

PEMETAAN DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP)


REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT)TAHUN 4, 5, DAN 6

Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6


BIL. STANDARD KANDUNGAN
Waktu Minit Waktu Minit Waktu Minit
(min) (min) (min)
1 1.0 ORGANISASI DAN KESELAMATAN BENGKEL

1.1 Mengenal pasti Struktur Organisasi Bengkel 1 30

1.2 Mengenal pasti Peraturan dan Keselamatan Bengkel 1 30

2 2.0 ASAS TEKNOLOGI

2.1 Memasang dan membuka kit model berfungsi 4 120

23
DRAF 30 OGOS 2013

Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6


BIL. STANDARD KANDUNGAN
Waktu Minit Waktu Minit Waktu Minit
(min) (min) (min)
2.2 Memasang dan membuka kit model berfungsi secara 4 120
elektromekanikal berpandukan manual

2.3 Mereka dan membina model berfungsi 8 240

3 3.0 REKA BENTUK

3.1 Mereka bentuk projek eksperimental 6 180

4 4.0 PENGHASILAN PROJEK

4.1 Menghasilkan projek berasaskan bahan bukan logam dengan 14 420


litar elektrik

4.2 Menghasilkan projek menggunakan bahan logam dan bukan 14 420


logam dengan litar elektronik

4.3 Mereka bentuk projek bertema berasaskan bahan bukan logam 16 480
dengan litar elektrik dan litar elektronik

5 5.0 TEKNOLOGI PERTANIAN

5.1 Menanam benih dalam bekas tanaman yang sesuai 8 240

5.2 Menanam secara hidroponik 12 360

6 6.0 SAINS RUMAH TANGGA

24
DRAF 30 OGOS 2013

Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6


BIL. STANDARD KANDUNGAN
Waktu Minit Waktu Minit Waktu Minit
(min) (min) (min)
6.1 Menghasilkan artikel jahitan 10 300

6.2 Menyediakan sajian 6 180

6.3 Menghias dan Membungkus Makanan 4 120

JUMLAH BESAR 36 1080 36 1080 36 1080

25

Вам также может понравиться