Вы находитесь на странице: 1из 2

Latihan 2: (Cerpen Jaket Kulit Kijang dari Istanbul Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)

Baca petikan cerpen dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan pemahaman dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

Aku memandang jaket kulit kijang itu lagi. Kalau dikira dalam ringgit Malaysia, harganya sekitar RM 500.
Jaket kulit itu telah membawa kegembiraan kepada lelaki tua yang Berjaya menjualnya Shahmeem, jaket
kulit itu telah membawa kegembiraan Shahmeem yang Berjaya menjualkannya kepadaku. Jaket kulit itu
memberi kepadaku kerana menghangatkan badan sepanjang perjalanan di Selat Bhosporus yang dingin.

Tiba-tiba tercetus semalam hasrat untuk memanjangkan rasa gembira itu kepada orang lain.
Bagaimana kalau aku menjualnya di kedail menjual pakaian terpakai yang selalu aku kunjungi di tanah
air? Aku tahu bahawa tidak mungkin menjulanya tanpa mengalami sebarang kerugian. Seratus ringgit
pun barangkali terlalu mahal untuk tauke kedai itu. Aku rela menerima harga yang lebih jauh rendah
asalkan pekedai itu gembira. Bakal pembelinya juga pasti gembira kerana mendapat jaket kulit yang
murah. Aku berharap agar kekal pemakainya kelak sedar bahawa kulit itu merupakan sisa orang dan
tidak merasa bongkak

Aku akan mencari jalan untuk mendermakan wang jualan jaket kulit itu kepada mana-mana zoo
yang ada kandang kijang. Sebagai tanda muhibbah terhadap kijang-kijang yang telah dibunuh demi gaya
hidup yang penuh kemodenan.

Jika Mevlana Celaleddin Ar-Rumi masih hidup, tentu dia mengatakan bahawa aku mempunyai ciri-
ciri seorang darwis.

Jika Nasreddin Hodja masih hidup, tentu dia mengatakan bahawa watak humornya sudah ada
pewaris

i. Mengapakah jaket kulit itu telah membawa kegembiraan?

Berdasarkan petikan, jaket kulit itu telah membawa kegembiraan kerana lelaki tua Berjaya menjualkanya
kepada Shahmeem dan Shahmeem telah Berjaya menjualkannya kepadaku dan jaket kulit itu telah
membawa kegembiraan kepadaku kerana dapat menghangatkan badan sepanjang perjalanan di Selat
Bhospohorus.

2.

ii. Nyatakan dua perwatakan yang terdapat dalam petikan dan dua perwatakan lain yang terdapat
dalam cerpen.

Perwatakan yang terdapat dalam petikan ialah aku seorang yang yang bertolak ansur dengan orang lain.
Buktinya aku rela menerima harga yang jauh lebih rendah asalkan pekedai itu gembira
Selain itu, aku seorang yang pemurah. Buktinya, akau akan mencari jalan untuk mendermakan wang
jualan jaket kulit itu kepada mana-mana zoo yang mempunyai kandang kijang.

Perwatakan lain yang terdapat dalam cerpen ialah aku seorang yang berjimat cermat. Buktinya, aku
merancang perbelanjaan semasa berada id Istanbul supaya tidak melebihi bajet yang telah ditetapkan

Selain itu, aku seorang yang baik hati. Buktinya, aku memberi sedekah kepada nenek tua yang buta
sebelum meneruskan perjalanan bersama rakan-rakanku.

3.

iii. Pada pendapat anda, apakah langkah yang perlu dilakukan bagi mengelakkan kepupusan haiwan?

Pada pendapat saya, langkah yang perlu dilakukan bagi mengelakkan kepupusan haiwan ialah dengan
mengekalkan hutan simpan di Negara ini agar haiwan-haiwan tidak kehilangan tempat tinggal.

Selain itu, pihak berkuasa mestilah menguatkuasakan undang-undang supaya tiada seorang pun yang
berani memburu lagi

Akhir sekali, pihak kerajaan haruslah mengadakan kempen sayangi haiwan supaya orang ramai dapat
pendedahan tentang cara menghargai haiwan.

Вам также может понравиться