Вы находитесь на странице: 1из 12

BM 1 Tahun 4 1 011

PEMAHAMAN (011) [1 jam- 1 jam 15 minit]


1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.
2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian.
3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti dengan empat pilihan jawapan, iaitu A,B,C
dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.

BAHAGIAN A
[20 markah]
Soalan 1 hingga 13
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Hana seorang murid yang sangat rajin, _________ selalu meluangkan masa
membaca di perpustakaan.
A. kami
B. dia
C. beliau
D. baginda

2. ___________ mahu lanun yang melakukan kekacauan di perairan negeri kita ini
dihapuskan dengan segera, titah Sultan Melaka kepada Hang Tuah.
A. Patik
B. Beta
C. Hamba
D. Tuanku

3. Qairil Anuar telah dipilih ___________ wakil sekolah kami dalam pertandingan sukan
Ragbi peringkat kebangsaan kali ini.
A. sebagai
B. seperti
C. oleh
D. dengan

4. Encik Ali __________ di ruang tamu rumahnya.


A. ulang-alik
B. lalu-lalang
C. pindah-randah
D. mundar-mandir

011 2016/skbb/normahanimohdasran/ SULIT


BM 1 Tahun 4 2 011

5. Dalam sekelip mata sahaja pahlawan yang ____________ itu sudah dapat
menumpaskan musuhnya.
A. gagah
B. ganas
C. kasar
D. bengis

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah ini.

6. Puan Aisyah ______________ periuk yang hitam legam itu dengan menggunakan
sabut kelapa.
A. mengesat
B. menggesel
C. menyental
D. menggesek

7. Puan Siti melarang Adib _________ adiknya yang masih kecil.


A. berkasar
B. terkasar
C. mengasari
D. kekasaran

8. Pihak polis berasa _________ akan penjelasan saksi kejadian ini kerana dia gugup
ketika bercakap.
A. sedih
B. takut
C. curiga
D. risau

011 2016/skbb/normahanimohdasran/ SULIT


BM 1 Tahun 4 3 011

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah ini.

9. Tukang besi itu sedang membuat _____________ keris.


A. selaras
B. sebilah
C. sebuah
D. sebatang

10. Air mata Puan Aina berlinangan ______________ menatap beberapa keping gambar
anak tunggalnya yang kini belajar di luar negara.
A. jika
B. ketika
C. selama
D. bahawa

11. Anggota polis itu____________ abang Ahmad.


A. adalah
B. ialah
C. daripada
D. dari

12. Farah mengetahui keadaan keluarga Nabila kerana mereka ___________ tinggal
sekampung.
A. kelak
B. akan
C. belum
D. pernah

011 2016/skbb/normahanimohdasran/ SULIT


BM 1 Tahun 4 4 011

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah ini.

13. Puan Aida dan anaknya ____________ sebelum berpisah.


A. beriring-iringan
B. bersalam-salaman
C. berdakap-dakapan
D. berpandang-pandangan

14. Beliau akan menyampaikan ceramah __________ kebaikan menyertai aktiviti


kokurikulum.
A. akan
B. bagi
C. dengan
D. tentang

15. Pisau yang __________ itu tidak dapat digunakan untuk memotong daging.
A. tajam
B. tumpul
C. pendek
D. panjang

Pilih ayat yang betul.

16. A Kawasan tapak perkhemahan itu bukan luas sangat.


B Amir berasal daripada Johor.
C Tiap khemah dapat memuatkan empat orang murid.
D Sila patuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

011 2016/skbb/normahanimohdasran/ SULIT


BM 1 Tahun 4 5 011

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Tugu Peringatan Perang Kundasang dibina bertujuan untuk mengenang keberanian tawanan
tentera Australia dan British yang ditawan oleh tentera Jepun di Sandakan semasa perang dunia
kedua.
Tugu Peringatan yang berbentuk seperti benteng ini dirancang oleh arkitek bernama J.C
Robinson. Tempat ini terdiri daripada empat buah taman yang saling berkaitan. Walaupun begitu,
taman-taman ini tetap terpisah. Bendera negara yang tenteranya gugur dalam tawanan Jepun
digantung pada benteng Tugu Peringatan itu.
Taman-taman itu dinamakan Taman Australia, Taman Mawar Inggeris yang rasmi, Taman
Borneo yang dihiasi bunga liar dari Gunung Kinabalu dan yang teratas sekali ialah Taman
Kontemplasi yang dilengkapi dengan kolam refleksi dan pagoda.
Tugu ini dibuka untuk pengunjung tempatan dan asing. Pengunjung bukan saja dapat
melihat taman yang sempurna tetapi juga dapat mengenang jasa mereka yang sanggup
mengorbankan hidup demi kemerdekaan orang lain. Taman ini terbuka untuk umum dengan
bayaran masuk yang murah, iaitu RM2.00 bagi sekeping tiket.

17. Siapakah J.C Robinson?


A. Pahlawan Sabah yang terbilang.
B. Tentera yang terkorban di tangan Jepun.
C. Seorang arkitek.
D. Anak kepada seorang tentera Australia.

18. Di manakah terletaknya Tugu Peringatan Perang tersebut?


A. Britain.
B. Borneo.
C. Sarawak.
D. Kundasang.

19. Apakah tujuan Tugu Peringatan Perang itu dibina?


A. Menjadi kenang-kenangan.
B. Mengenang jasa tentera British.
C. Mengenang jasa tentera Australia.
D. Mengenang jasa dan keberanian tawanan perang yang gugur.

011 2016/skbb/normahanimohdasran/ SULIT


BM 1 Tahun 4 6 011

20. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A. Tugu itu dibina oleh rakyat tempatan.
B. Tiket masuk ke tugu itu adalah percuma.
C. Tugu itu hanya boleh dilawat oleh pelancong asing.
D. Tugu itu mempamerkan pembinaan taman yang sempurna.

SOALAN BAHAGIAN A TAMAT

011 2016/skbb/normahanimohdasran/ SULIT


BM 1 Tahun 4 7 011

BAHAGIAN B
[30 markah]
Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberikan.

ini sana sini itu situ

Sofia dan Nadia berjalan menuju ke taman rekreasi berhampiran rumah mereka. Mari kita
duduk di ______________. Kata Nadia kepada adiknya, Sofia sambil berjalan ke arah
kerusi rehat. Kerusi tersebut terletak di bawah sebatang pokok yang rendang. Wah,
seronoknya tempat __________! kata Sofia. Nadia tersenyum melihat adiknya yang
kelihatan ceria ketika berada di taman permainan itu. Kak, bolehkah saya pergi bermain di
____________? tanya Sofia. Nadia mengangguk sambil memerhatikan adiknya berlari ke
arah papan gelongsor. Di taman rekreasi ____________ terdapat ramai pengunjung lain
yang turut beriadah sama.

[4 markah]
Soalan 22
a. Tulis jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.
Jawapan:
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

Ayat Tanya: Sudahkah kamu menutup makanan di atas meja dengan tudung saji?. Tanya
ibu. [2 markah]

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini.

Aduh,
cikgu..sakitnya
kaki saya!

Cikgu Salina Hana

__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

[2 markah]

011 2016/skbb/normahanimohdasran/ SULIT


BM 1 Tahun 4 8 011

c. Soalan berikut berdasarkan petikan di bawah ini.

Rambut
Tuliskan maksud sama dihitam,
peribahasa atas. hati lain-lain.
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

[2 markah]
Soalan 23
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga. Namun ramai orang yang tidak
menyedarinya. Oleh itu, untuk memastikan diri sentiasa sihat dan cergas, kita mestilah bijak
dalam memilih makanan yang berkhasiat dan memberi faedah kepada tubuh. Kita hendaklah
makan makanan yang seimbang untuk kesihatan dan kecergasan tubuh.
Makanan seimbang merupakan makanan yang mesti dimakan untuk memastikan tubuh
badan dapat berfungsi dengan biasa. Makanan yang seimbang akan memberikan kita tenaga.
Sekiranya kita makan makanan yang seimbang, kita dapat menjauhkan diri daripada penyakit.
Selain itu, makanan yang seimbang juga membekalkan tenaga kepada kita serta membina tubuh.
Kita memerlukan makanan berkhasiat dan vitamin untuk tumbesaran.
Jika seseorang itu tidak makan makanan secara sempurna atau kurang makan makanan
berkhasiat, biasanya akan mudah mendapat serangan jantung, barah dan pelbagai lagi penyakit
kronik. Oleh itu, kita harus memastikan makanan yang dimakan setiap hari mengandungi kadar
protein, karbohidrat, fiber yang mencukupi, vitamin serta lemak secara optimum. Sumber protein
boleh didapati daripada ikan, daging, susu dan telur manakala makanan yang mengandungi
karbohidrat pula seperti nasi, kentang, bijirin, sayur-sayuran dan sebagainya.
Amalan pemakanan sihat menjadi faktor penting untuk kesihatan diri dan keluarga.

a. Makanan seimbang membekalkan

___________________________________________________________________.
[1 markah]
b. Mengapakah kita memerlukan makanan yang seimbang?
____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________
[2 markah]

c. Padankan pernyataan di bawah ini berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah


ditunjukkan sebagai contoh.

Setiap orang memerlukan makanan yang


seimbang untuk kesihatan tubuh.

Tubuh kita tidak memerlukan tenaga yang


011 2016/skbb/normahanimohdasran/ SULIT Betul
mencukupi setiap hari.
BM 1 Tahun 4 9 011

Salah
Makanan berkhasiat dan vitamin penting
untuk tumbesaran tubuh.

Tubuh akan berfungsi dengan biasa jika kita


kurang mengambil makanan yang seimbang.

[2 markah]

Soalan 24

Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Pada hari minggu yang lalu, Chong dan kakaknya telah melawat Taman Pertanian Bukit Cahaya
Seri Alam, di Shah Alam, Selangor. Ramai pengunjung yang melawat taman itu pada hari tersebut.
Selepas membayar tiket masuk, mereka menaiki kereta api khas yang disediakan oleh pihak
taman.

Kakak Chong telah membawanya melawat Taman Haiwan, Taman Cendawan, Taman Orkid
dan Rumah Iklim Sederhana Empat musim. Chong dan kakaknya juga melalui jambatan gantung
sewaktu melawat Taman Haiwan. Jambatan gantung dibina supaya pengunjung dapat melihat
haiwan-haiwan dari jarak jauh tanpa mengganggu dan menakutkan haiwan tersebut.

Chong juga dapat melihat pelbagai spesies cendawan yang dibiakkan dalam makmal
cendawan di Taman Cendawan. Chong tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar di
hadapan replika cendawan yang dijadikan simbol Taman Cendawan. Bersebelahan dengan taman
itu, terbentang luas sebuah kolam. Kolam itu kelihatan begitu menarik dengan pancutan air pancut
di tengah-tengahnya. Ini menambahkan lagi keindahan alam di taman itu.

Chong dan kakaknya turut pergi ke Empangan Kuning yang terdapat di Taman Pertanian
itu. Mereka dapati ramai orang sedang memancing sambil menikmati keindahan alam yang
menghijau di sekeliling empangan tersebut. Menurut kakak Chong, Taman Pertanian Bukit Cahaya
Seri Alam diadakan khas oleh pihak Kementerian Pertanian Malaysia untuk memelihara flora dan
fauna supaya tidak pupus. Chong berasa sungguh gembira kerana dapat menikmati keindahan dan
keunikan Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam.
a. Perkataan melawat dalam petikan boleh digantikan dengan perkataan

_________________________.
[1 markah]

b. Apakah tempat-tempat yang dilawati oleh Chong dan kakaknya di taman itu?
____________________________________________________________________

____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
[2 markah]

011 2016/skbb/normahanimohdasran/ SULIT


BM 1 Tahun 4 10 011

c. Apakah tujuan jambatan gantung itu dibina?

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
[2 markah]
d. Kementerian manakah yang bertanggungjawab membina taman itu? Mengapa?

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________
[3 markah]

Soalan 25
Baca pantun di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Mari Membaca

Mari, mari, kawan semua


Mari kita rajin membaca
Membaca buku jadi amalan
Penuhi dada ilmu berguna

Mari kawan marilah semua


Membaca buku di mana sahaja
Bersama keluarga dan juga rakan
Penyuluh hidup masa hadapan

Dengarlah kawan janganlah jemu


Panduan ini jadi ikutan
Membaca itu jambatan ilmu
Menuntut ilmu amalan mulia
011 2016/skbb/normahanimohdasran/ SULIT
Mari kawan mari membaca
Banyak ajaran dapat dijana
Rajin membaca walau dimana
BM 1 Tahun 4 11 011

Sumber: Buku teks Bahasa Melayu tahun 4


a. Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas?
____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________
[2 markah]

b. Mengapakah kita harus rajin membaca?


____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________
[1 markah]

c. Tandakan () pada pernyataan yang benar dan tandakan (x) pada pernyataan yang
salah.

Membaca buku dapat menghasilkan


sebuah jambatan.

Rajin membaca buku dapat menambah


ilmu pengetahuan.

[1 markah]

Mari kawan mari membaca


Banyak ajaran dapat dijana

d. Berdasarkan rangkap yang diberikan, bagaimanakah caranya kita dapat


menggalakkan orang lain agar suka membaca?
____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

011 2016/skbb/normahanimohdasran/ SULIT


BM 1 Tahun 4 12 011

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

[3 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh , Disemak dan disahkan oleh,

........................................ ........................................................

NOR MAHANI MOHD ASRAN ZAMALIAH HJ ABDUL KARIM


Guru Bahasa Melayu tahun 4 Guru Besar

011 2016/skbb/normahanimohdasran/ SULIT

Вам также может понравиться