Вы находитесь на странице: 1из 2

Keutuhan Wacana

Definisi

SATU ASPEK YANG PENTING KERANA INI MENENTUKAN APAKAH SESUATU ITU BOLEH DIANGGAP
SEBAGAI WACANA ATAU HANYA MERUPAKAN KUMPULAN AYAT YANG TIDAK TERATUR.

Keseluruhan pelahiran bahasa oleh penutur atau penulis yang menyumbang ke arah menjadikan
pertuturan atau tulisan berkenaan sebagai sesuatu yang bermakna dalam berkomunikasi

(Asmah Haji Omar, 1986)

Keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan

(Kamus Dewan, 1996)

Aspek-aspek Keutuhan Wacana:

1. Hubungan Dari Segi Semantik.

Dapat dilihat daripada kepaduan makna yang wujud dalam sesuatu wacana.

Hubungan ini dapat dilihat dari dua segi iaitu :

1. Hubungan semantik di antara bahagian-bahagian wacana.

2. Hubungan semantik yang dilihat dari segi konteks atau latar wacana.

2. Hubungan semantik di antara bahagian-bahagian wacana.

Hubungan Sebab Dan Akibat . Contoh :

* Amir tidak bersungguh-sungguh semasa belajar. Dia gagal dalam peperiksaan. * Dia sangat
mengantuk. Dia tertidur.

Hubungan Sebab Dan Tujuan . Contoh :

* Nabila sangat rajin belajar. Dia ingin berjaya dalam pelajaran.

* Murid ini rajin. Ia mahukan kejayaan yang cemerlang.

Hubungan Sebab Dan Hasil . Contoh :

* Aisyah sangat rajin belajar. Dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah
Rendah * Dia seorang yang amat rajin bekerja. Pendapatannya melebihi pendapatan seorang
menteri.

Hubungan semantik dari segi konteks atau latar wacana.

Kesatuan Tajuk Atau Topik . Contoh :

* Wajahnya berseri-seri. Dia amat gembira sekarang. Perubahannya sungguh-sungguh di luar


dugaan. (Orang yang dimaksudkan itu dahulunya muram dan sering bersedih.)

Hubungan Sosial Antara Penutur Dan Pendengar . Contoh :

A. Sudah siap?
B. Belum. Bekalan tidak mencukupi. (Kedua-dua penutur memahami apa yang dimaksudkan
walaupun orang lain mungkin tidak memahaminya.)

Laras Bahasa Yang Digunakan. Contoh :

Laras bahasa dalam iklan walaupun ayat-ayatnya diucapkan secara terputus-putus tetapi kita
dapat memahaminya dan dapat menganggapnya sebagai wacana kerana itu adalah cara
penyampaiannya.

Hubungan Aspek Leksikal

1.Hubungan ini dilihat berdasarkan wujudnya pertalian antara perkataan atau kosa kata dalam
sesuatu wacana.

2.Hubungan ini dapat diperincikan sebagai hubungan berdasarkan aspek :

(a) Sinonim

Perkataan yang mempunyai maksud yang sama .

Contoh : Pelakon jelita itu semakin popular. Hal ini tidak menghairankan kerana wajahnya dapat
menambat hati ramai jejaka.

(b) Antonim

Perkataan yang berlawanan maksud .

Contoh : Wajah yang cantik dan hodoh bukan ukurannya tetapi yang paling penting ialah hati
budinya.

(c) Hiponim

Makna sesuatu perkataan merupakan sebahagian daripada makna perkataan

lain .

Contoh : Dia menjaga motorsikalnya dengan baik kerana itulah sahaja kenderaan yang dimilkinya.

(d) Pengulangan kata yang sama

Contoh : Aminah memang mudah menangis . Disebabkan perkara kecil pun dia menangis . Semasa
gembira pun dia menangis .

(e) Kolokasi

Dua perkataan atau lebih yang masing-masing merupakan perkataan tersendiri , tetapi kebiasaannya
dikaitkan antara satu sama lain .

Contoh : Pembalakan haram itu menggugat habitat flora dan fauna. Banyak haiwan liar seperti
harimau , gajah , badak sumbu , dan lain-lain kehilangan tempat tinggal.

Вам также может понравиться