Вы находитесь на странице: 1из 27

JAWAPAN Latihan Eksklusif - Tatabahasa & Rumusan

TATABAHASA
Soalan 1
a)
1) Menyalahi
Maksud:
- Tidak mematuhi peraturan (undang-undang dan sebagaiya), tidak
menyetujui, membantah, menentang.
Contoh Ayat:
- Kita perluah mengelakkan diri daripada menyalahi undang-undang jalan
raya agar tidak disaman.

Menyalahkan
Maksud:
- Menganggap salah/ tidak mengakui.
Contoh Ayat:
- Jangan selalu menyalahkan orang lain atas kesilapan yang telah kita
lakukan.

2) Mengotori
Maksud:
- Menyebakan keadaan yang tidak bersih pada sesuatu.
Contoh Ayat:
- Tumpahan minyak daripada kapal yang karam itu mengotori pantai Morib.
- Mengotorkan
Maksud:
- Menyebabkan menjadi tidak bersih.
Contoh Ayat:
- Pelajar di kelas itu mengotorkan bilik darjah dengan membuang sampah
merata-rata.

3) Menghiasi
Maksud:
- Menyebabkan kelihatan lebih cantik atau elok.
Contoh Ayat:
- Gambar-gambar yang cantik menghiasi dinding biliknya.

Menghiaskan
Maksud:
- Mencantikkan (mengindahkan) dengan sesuatu.
Contoh Ayat:
- Kakak menghiaskan manik yang berwarna-warni pada bajunya.

b)
1. Cikgu Ali menyatakan bahawa gelagat tiga orang pelajar itu jelas bertentangan
dengan tatasusila sebagai pelajar sekolah.
2. Cikgu Siti menyatakan bahawa beliau akan mendapatkan pita video yang
merakamkan gelagat ketiga-tiga orang pelajar tersebut.
3. Cikgu Ali menjelaskan bahawa kesemua itu akan disiasat bagi mendapat
gambaran sebenarnya insiden yang terjadi. Beliau menjelaskan bahawa pihaknya
memandang serius kejadian yang membabitkan tingkah laku pelajar di sekolah.
4. Cikgu Siti menjelaskan bahawa jika Jawatankuasa Disiplin berpuas hati bahawa
tingkah laku ketiga-tiga orang pelajar tersebut melanggar tatasusila sebagai
pelajar sekolah, mereka bakal berdepan dengan hukuman yang berat.
5. Cikgu Ali menjelaskan bahawa pihaknya perlu bertindak dengan tegas terhadap
mana-mana pelajar yang melanggar disiplin.
6. Cikgu Siti meyatakan bahawa pihaknya akan mengadakan mesyuarat
Jawatankuasa Disiplin pada petang nanti.

c)
1. memotongkan memotong
diagehkan agihkan
2. calun calon
Semak menyemak
3. beristirehat beristirahat
Mengisikan mengisi

d)
1. penghawa dingin penyaman udara
Pekerja-pekerja pekerja
2. kuatnya lebatnya
Antara sebab-sebab antara sebab
3. berdasarkan pada berdasarkan/ berdasar pada
Keterampilan penampilan
e)
1. Buang yang keruh ambil yang jernih.
2. Umpama duduk di atas daun/ seperti duduk di dalam duri.
3. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

Soalan 2
a)
1) Reda
Maksud:
- Mulai berkurang/ hampir berhenti.
- Semakin kurang/ berkurangan/ tidak menghebat lagi.
- Hampir habis/ hampir kurang/ kurang.
- Bersedia dengan ikhlas hati/ rela.
Contoh Ayat:
- Manjelang waktu senja, hujan lebat yang melanda kampung itu pun reda.
- Tangisan kanak-kanak itu masih belum reda kerana kesakitan yang
dialaminya.
- Kereta-kereta hampir reda melalui lebuh raya itu pada waktu malam.
- Emak reda dengan pemergian adik ke luar negara untuk menyambung
pengajiannya.

Redah
Maksud:
- Menempuh/ mengharung.
- Merempuh/ melintasi/ menembusi.
- Menebang (menebas) banyak-banyak.
Contoh Ayat:
- Saya redah berpuluh-puluh kilometer dengan mengayuh basikal untuk
sampai ke Thailand.
- Jangan redah masuk ke bilik abang tanpa izinnya, kata emak kepada adik.
- Saya redah semak-samun yang ada di belakang rumah untuk dijadikan
kebun sayur.

2) Paras
Maksud:
- Rupa muka (wajah).
- Rata/ tidak tinggi/ rendah.
- Aras/ had.
Contoh Ayat:
- Paras yang cantik perlu dihiasi dengan tingkah laku yang sopan.
- Lantai pondok di kebun Pak Ali sama paras walaupun dibina menggunakan
buluh.
- Dia merendamkan kakinya hingga paras lutut untuk menanggalkan lumpur
yang telah kering.

Parau
Maksud:
- Serak/ garau (suara).
Contoh Ayat:
- Suaranya menjadi parau kerana batuk selama seminggu.

www.cikgusuguz.com.my
3) Kerat
Maksud:
- Bahagian (daripada sesuatu) /potong/ penggal.
- Bunyi seperti tupai mengunggis benda yang keras.
Contoh Ayat:
- Tulang belakang tubuh manusia ada tiga puluh tiga kerat semuanya.
- Peserta itu melagukan beberapa kerat syair dalam pertandinagan peringkat
akhir.
- Beberapa kerat sahaja antara pejuang itu yang sanggup berkorban untuk
mempertahankan kampung halamannya.
- Bunyi kerat yang bising di dapur rumah itu rupa-rupanya berpunca daripada
seekor tikus.

Kelat
Maksud:
- Rasa hampir-hampir pahit (seperti rasa pinang).
- Tali untuk menarik layar kapal/ menumbangkan pokok yang ditebang.
- Lekat/ susah dibuka (mata kerana terlalu mengantuk).
Contoh Ayat:
- Nenek suka mengunyah sirih pada waktu lapang walaupun rasanya kelat.
- Tali kelat yang digunakan untuk menumbangkan pokok yang besar itu
digulung dengan kemas.
- Apabila mata mereka telah mula kelat, barulah mereka berhenti berbual.

b)
1) Ayat pasif dengan ganti nama diri pertama.
2) Ayat pasif dengan ganti nama diri kedua.
3) Ayat pasif dengan ganti nama diri ketiga.
4) Ayat pasif songsang.
5) Ayat pasif dengan ganti nama diri ketiga.
6) Ayat pasif dengan ganti nama diri kedua.

c)
1) pamiran pameran
Berada diadakan
2) mempertahan mempertahankan
Jatidiri jati diri
3) juru ukur juruukur
Perluasan keluasan

d)
1) di kota atau desa di kota atau di desa.
Di samping di sisi
2) dimasyhurkan dinobatkan/ diisytiharkan
Daripada oleh
3) Persembahan Pementasan
Mengisahkan tentang mengisahkan

e)
1) Rambut sama hitam hati lain-lain.
2) Menegakkan benang basah/ bertikam lidah/ bertegang leher.
3) Mencurah air di daun keladi/ carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.
4) Biduk lalu (berlalu) kiambang bertaut/ Air dicincang (dicencang) tiada putus/
Air ditetak tiada akan putus/ Buang yang keruh ambil yang jernih.
(Terima tiga peribahasa yang menunjukkan situasi berbeza)

Soalan 3
a)
1) Badan
Maksud:
- Tubuh jasad (manusia)
- Bahagian yang (ter)utama daripada sesuatu.
- Diri (sendiri)
- Kumpulan orang yang merupakan suatu kesatuan untuk mengejarkan
sesuatu.
- Agensi, pertubuhan.
Contoh Ayat:
- Badan adik calar-balar selepas terjatuh di padang yang penuh dengan
rumput berduri itu.
- Beberapa buah badan kebajikan telah mengambil inisiatif untuk mengutip
dana bagi membantu mangsa banjir tempoh hari.

2) Dasar
Maksud:
- Ada (di) atau terdapat di sesuatu tempat atau dalam sesuatu keadaan.
- Berharta, kaya.
Contoh Ayat:
- Satu dasar baharu akan diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan
dalam menambah baik sistem pendidikan sedia ada.
- Kerja-kerja mendalamkan dasar sungai akan dijalankan oleh pihak Jabatan
Perparitan dan Saliran sebelum tibanya musim hujan.

3) Rendah
Maksud:
- Tidak jauh jaraknya dari bawah, tidak tinggi (lawan tinggi).
- Tidak nyaring, lembut, perlahan (suara dan lain-lain).
- Tidak mulia (budi hati), hina, asib, nista.
- Tidak mahal (harga), murah.
- Tidak banyak, kecil, sedikit (pendapatan dan lain-lain).
- (Taraf) permulaan.
- Tidak tinggi atau tidak penting (kedudukan, pangkat, dan lain-lain), tidak
istimewa, kecil.
- Kurang baik (mutu dan lain-lain)
- Tidak maju lagi.
- Rendah hati, suka merendahkan diri, tidak angkuh (sombong, bongkak),
baik hatinya.
Contoh Ayat:
- Beberapa buah rumah yang berada di kawasan rendah telah ditenggelami
air dalam kejadian banjir di kampung saya.
- Keadaan jalan yang rosak disebabkan oleh penggunaan minyak tar yang
berkualiti rendah.

b)
1) Sambutan rumah terbuka semasa perayaan dapat mengeratkan hubungan
mesra antara rakyat pelbagai kaum.
2) Anda telah menghabiskan masa dan tenaga untuk menyiapkan tugasan yang
diberikan oleh guru.
3) Pegawai imigresen telah menahan rakyat asing yang masuk secara haram
ketika bot mereka tiba di Pantai Samudera.
c)
1) sulong sulung
Dirisaukan merisaukan
2) kerinting keriting
Mencucikan mencuci
3) Kerim- Krim
Mendapatkan didapati/ terdapat/ kedapatan.

d)
1) merempuh menempuh
Di pada
2) angkasa raya angkasa lepas
Dibanggakan oleh kami kami banggakan
3) meninggikan memartabatkan/ mengangkat
Berbagai pelbagai/ berbagai-bagai

e)
1) Masa itu emas.
2) Alah bisa, tegal biasa.
3) Alang-alang berdakwat, biar sampai hitam/ alang-alang berhuma, biar sampai
menjadi/ alang-alang mandi, biar basah/ usaha tangga kejayaan/ alang-alang
berminyak, biar licin/ di mana ada kemahuan, di situ ada jalan/ genggam bara api
biar sampai jadi arang/ alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal
lengan.
Soalan 4
a)
1) abadi
Maksud:
- Ada permulaan yang tiada pengakhiran (berkenaan masa, kehidupan,
kenangan, dan sebagainya).
Contoh Ayat:
- Kehidupan akhirat adalah kehidupan yang abadi.

2) akhlak
Maksud:
- Budi bahasa, kelakuan, tabiat.
Contoh Ayat:
- Remaja yang terbiar akan mudah rosak akhlaknya.

3) iltizam
Maksud:
- Keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab dalam
melaksanakan sesuatu, komitmen.
- Pernyataan berupa persetujuan (perjanjian) yang menyebabkan seseorang
(sesuatu pihak) terikat (berazam) untuk melakukan sesuatu.
Contoh Ayat:
- Usaha pengembangan bahasa oleh Dewan Bahasa dan Pustaka perlulah
disertai oleh iltizam daripada kerajaan sendiri.
- Setiap pelajar harus mempunyai iltizam dalam mencapai sesuatu kejayaan
akademik.
4) istirahat
Maksud:
- Keadaan atau suasana santai.
Contoh Ayat:
- Kita memerlukan istirahat yang cukup dalam kehidupan.

5) syumul
Maksud:
- Bersifat menyeluruh dan sempurna.
Contoh Ayat:
- Undang-undang Islam yang bersifat syumul dan universal perlu dihayati
oleh umat Islam sendiri.

6) zuriat
Maksud:
- Keturunan, benih, baka, anak atau anak cucu.
Contoh Ayat:
- Pak Mail dan Mak Jimah tidak mempunyai zuriat walaupun sudah 10 tahun
mendirikan rumah tangga.
b)
1) subjek Seseorang juruterbang
prediket sering berhadapan dengan cabaran dan risiko.
2) subjek Kerjaya ini
prediket menuntut keberanian juruterbang
3) subjek Kemahiran memandu kapal terbang
prediket lebih sukar daripada memandu kenderaan lain
4) subjek Cara pengendaliannya
prediket amatlah berbeza.
5) subjek Mereka
prediket perlu menjalani latihan khas di pusat latihan penerbangan.
6) subjek Juruterbang yang berkemahiran
prediket - mampu menerbangkan pesawat tanpa mengira sama ada perjalanan
itu jauh atau dekat.

c)
1) pelusuk pelosok
penceroboh pencerobohan
2) bandaraya bandar raya
padatan kepadatan
3) hulu balang hulubalang
jaminan menjamin

d)
1) dokumentasi dokumentari
video klip klip video
2) Yang Berhormat Yang Amat Berhormat
ke- kepada
3) Hadiah Bintang/ Pingat
dianugerahkan oleh beta beta anugerahkan
e)
1) Ikan pulang ke lubuk/ Belut pulang ke lumpur berapa tinggi terbang bangau,
akhirnya hinggap di belakang kerbau juga/ Setinggi-tinggi terbang bangau,
hinggap ke bubungan juga/Tak sungguh seluang melaut akhirnya balik ke tepi
juga.
2) Alang- alang mandi biar basar/ Alang-alang berminyak biar licin/ Mati-mati
minyak biar licin/ Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
3) Gunting dalam lipatan/ Duri dalam daging/ Api dalam sekam.

Soalan 5
a)
1) habis
Maksud:
- Tidak ada yang tinggal (kerana sudah digunakan, dibuang, dimakan,
dimusnahkan, dan lain-lain)
- Kesemuanya (segalanya, sekaliannya, keseluruhannya).
- Banyak bahagiannya, sebahagian besarnya, hampir keseluruhannya.
- Digunakan, ditumpukan, dibelanjakan, diperlukan (berkenaan wang, masa,
dan lain-lain untuk sesuatu).
- Selesai (siap,sudah), berakhir, tamat.
- Paling (yang) ter
- Jadi (jadinya), kalau begitu.
- Selepas, setelah, sesudah itu (dalam pertanyaan).
- (apa hendak dikatakan) kerana.
Contoh Ayat:
- Saya habis makan semua makanan di atas meja itu.
- Soalan tesis Geografi saya belum habis dibentuk.

www.cikgusuguz.com.my
habis-habisan
Maksud:
- Hingga habis (terkorban dan sebagainya) semuanya, dengan sepenuh
kemampuan (tenaga, kesungguhan dan lain-lain), mati- matian.
- Terlalu sangat, dengan tidak tersekat (terbatas)
Contoh Ayat:
- Lambakan barangan tiruan dari luar negara di pasaran tempatan menjadi
masalah utama yang perlu dibanteras habis-habisan.
- Mereka bersumpah akan berjuang habis-habisan mempertahankan tanah
air ini.

2) besar
Maksud:
- Tidak kecil (ukurannya).
- Penting, berpengaruh, berkuasa (berjawatan dan sebagainya).
- Ukuran (lebarnya, panjangnya, luasnya, dan lain-lain).
- Banyak
- Kuat serta luas kawasan pemerintahan atau jajahannya dan dihormati oleh
negeri lain.
- Mempunyai kegiatan yang meluas dan hasil pengeluarannya tinggi
(berkenaan syarikat, perusahaan dan sebagainya).
- Menelan belanja yang banyak dan ramai bilangan jemputannya (kenduri,
majlis).
- Amat penting, (hajat, niat, tugas).
- Sukar diatasi.
Contoh Ayat:
- Kejohanan ini menarik penyertaan jaguh besar seperti Tiger Woods.
- India dan China membawa pengaruh besar kepada kebudayaan setempat.
besar-besaran
Maksud:
- Dengan cara yang besar (sambutan majlis).
- Dalam bilangan yang banyak.
- Banyak dan luas pasarannya.
- Meluas dan bersungguh-sungguh.
Contoh Ayat:
- Setelah cukup segala persiapan, Ali dan Siti pun berkahwin dalam suatu
majlis besar-besaran.
- Gudang itu mengadakan jualan secara besar-besaran.

3) mudah
Maksud:
- Tidak susah atau sukar, gampang, senang.
- Cepat atau lekas sekali (menjadi dan lain-lain).
- Senang diperdaya (perempuan) tidak kuat imannya.
Contoh Ayat:
- Budak-budak muda mudah benar terpengaruh.
- Soalan ujian pada kali ini adalah lebih mudah berbanding ujian yang lepas.

mudah-mudahan
Maksud:
- Dengan harapan supaya (terhindar daripada kemalangan dan lain-lain),
diharapkan supaya, moga-moga.
- (biasanya pada akhir ayat dan lain-lain) demikianlah hendaknya.

www.cikgusuguz.com.my
Contoh Ayat:
- Mudah-mudahan pada masa akan datang kita akan dapat mempelajari
lebih banyak ilmu alam.
- Mudah-mudahan dia sudi memaafkan saya.

b)
1) Malaysia merupakan negara yang mempraktikkan bioteknologi.
2) Bidang bioteknologi perlu dimanfaatkan sepenuhnya.
3) Bidang ini dimajukan dalam sektor pertanian.
4) Bidang ini menampung keperluan makanan negara.
5) Rakyat boleh memanfaatkan teknologi.
6) Rakyat boleh menambahkan pendapatan.

c)
1) mengagehkan mengagihkan
terbakar kebakaran
2) snooker snuker
dipendekkan memendekkan
3) mengembleng menggembleng
pro-aktif proaktif

d)
1) keelokan kesedapan/ kelazatan/ keenakan
dibuat oleh saya saya buat
2) bila apabila
memasukkan menjaringkan
3) membincangkan tentang membincangkan/ berbincang tentang
ditempuhi dihadapi

e)
1) Bukit sama didaki, lurah sama dituruni.
2) Genggam bara api, biar sampai jadi arang.
3) Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
4) Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.
5) Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.
6) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri
sendiri.

Soalan 6
a)
1) Lasykar askar serdadu
Contoh Ayat:
- Baginda mempunyai berpuluh-puluh hulubalang dan lasykar.

2) Bahtera kapal besar


Contoh Ayat:
- Kelasi yang terlibat dalam tragedi bahtera karam itu berjaya diselamatkan.

3) Masyghul berasa dukacita kerana sesuatu, susah hati, murung, sedih, kesal
hati, sebal hati.
Contoh Ayat: Baginda berasa sungguh masyghul apabila dimaklumkan bahawa
puteri baginda sedang gering.

4) Makam kubur (digunakan untuk orang yang dihormati seperti nabi, para wali,
keluarga diraja dan lain-lain).
Contoh Ayat: Muar juga adalah tempat terletaknya satu-satunya makam
kesultanan Melaka iaitu Sultan Alauddin Riayat Shah.

5) Gering sakit, uzur


Contoh Ayat: Laksamana berasa sedih kerana baginda sultan sedang gering.

6) Singgahsana kerusi kerajaan (tempat raja bersemayam), takhta


Contoh Ayat: Sultan Maarof sedang bertitah di atas singgahsana.

b)
1) Ayat aktif tak transitif.
2) Ayat aktif tak transitif.
3) Ayat aktif transitif.
4) Ayat aktif transitif.
5) Ayat aktif transitif.
6) Ayat aktif tak transitif.

C)
1) pra-bayar prabayar
meletakan meletakkan
2) letrik elektrik
memperkukuhkan memperkukuh
3) antara bangsa antarabangsa
dijalin terjalin

d)
1) di pada(tatabahasa)
berulang-ulang berturut-turut (kata/istilah)
2) komuniti komoditi (kata/istilah)
golongan para golongan/ para (tatabahasa)
3) dikerat dipotong/ digunting (kata/ istilah)
teramat panjang sangat teramat panjang/ panjang sangat (tatabahasa)

e)
1) Bagai aur dengan tebing/ bulat air kerana pembetung bulat manusia/ kata
kerana muafakat.
2) Di mana ada kemahuan di situ ada jalan/ rajin dan usaha tangga kejayaan/
kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
3) Seperti kacang lupakan kulit/ Seperti ulat lupakan daun.

www.cikgusuguz.com.my
JAWAPAN RUMUSAN
Soalan 1
Pendahuluan
- Petikan membincangkan kelebihan/ keistimewaan/ kemaslahatan/
keperluan/ faedah/ manfaat/ kebaikan/ kesan positif/ mustahaknya
mempelajari subjek Sejarah.

Isi Tersurat (Kepentingan mempelajari subjek Sejarah):


1. Menyemai semangat patriotisme (yang jitu dalam kalangan generasi muda).
2. Memangkinkan perasaan dan tindakan (semua warga) untuk
mempertahankan negara.
3. Memupuk semangat perpaduan (dalam kalangan generasi muda).
4. Menjana pemikiran yang rasional dan matang antara kaum (di negara kita).
5. Menjana pemikiran yang rasional atau matang antara kaum.
6. Mewujudkan rasa kebersamaan dalam kalangan ahli keluarga.
7. Mencetuskan semangat untuk mengetahui sejarah bangsa, masyarakat,
dan negara. (1 aspek sahaja 0 markah)
8. Melahirkan sikap toleransi (dalam diri rakyat negara ini).
9. Merangsang semangat ingin tahu dalam diri pelajar.
10.Mendidik aspek kemasyarakatan seseorang.
11.Mengajak pengkajinya mengambil iktibar demi masa depan.

Isi Tersirat (Cara- cara menyuburkan minat pelajar terhadap subjek


Sejarah):
1. Sukatan pelajaran/ kurikulum subjek Sejarah dipinda/ diperbaharu.
2. Guru menggunakan kaedah pengajaran terkini/ baharu/ berbeza.
3. Guru mempelbagaikan teknik pengajaran (bercerita, lakonan, bahasa, dan
sebagainya).
4. Guru menggunakan medium teknologi maklumat/ internet/ peralatan
multimedia dalam pengajaran.
5. Program lawatan ke tempat-tempat penting/ bersejarah diadakan.
6. Sekolah mengadakan pelbagai program pendidikan bertemakan sejarah
(kuiz, pameran, pertandingan esei, dan sebagainya).
7. Sekolah menjemput tokoh sejarah berkongsi pengalaman.
8. Media massa menyiarkan bahan-bahan/ rancangan sejarah dengan lebih
menarik.

Kesimpulan
- Kesimpulannya, semua pihak hendaklah memperkasakan subjek Sejarah
agar dapat membina identiti negara bangsa Malaysia yang cemerlang/ demi
kesinambungan pembangunan agama, bangsa dan negara.

Soalan 2(a)
1) Maksud menentukan jatuh bangun:
- Memastikan/ Menetapkan maju mundur.
- Memastikan/ Menetapkan berjaya atau gagal.
- Memastikan/ Menetapkan kejayaan/ prestasi/ pencapaian.

2) Sebab-sebab subjek Sejarah sering diabaikan oleh pelajar:


- Pemahaman sempit pelajar tentang kepentingannya.
- Anggapan kerjaya yang berkait dengan sejarah tidak menjamin masa
depan.
- Mereka dipaksa membaca dan mengingati banyak fakta yang berulang-
ulang (sejak tingkatan satu hinggalah lima).
- Kaedah pengajaran yang tidak berkesan dan membosankan.
(Terima dua isi sahaja)

3) Kesan sekiranya subjek Sejarah tidak dipentingkan:


- Tidak lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM.
- Lahir generasi buta sejarah/ memandang remeh sejarah negara.
- Muncul generasi yang akan melakukan kesilapan seperti generasi
terdahulu.
- Perpaduan/ keamanan negara tergugat.
- Matlamat untuk melahirkan generasi yang bermartabat mulia/ berdaya
maju tidak tercapai.
- Melahirkan masyarakat yang tidak patriotik.
- Melahirkan generasi yang tidak mempunyai jati diri.
(Terima tiga isi sahaja)

Soalan 3
Pendahuluan
- Petikan membincangkan cara-cara untuk memantapkan penggunaan
bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat.

Isi Tersurat (Langkah-langkah memantapkan penggunaan bahasa


Melayu):
1. Memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
2. Mewujudkan peraturan agar bahasa asing tidak mengatasi kedudukan dan
kepentingan bahasa kebangsaan.
3. Pihak yang bertanggungjawab pula sepatutnya mempamerkan bahasa
kebangsaan pada papan tanda tanpa mencampuradukkannya dengan
penggunaan bahasa asing khususnya bahasa Inggeris.
4. Sekolah memainkan peranan utama dalam memastikan penggunaan
bahasa yang tepat dan betul dalam kalangan pelajar dan guru-guru.
5. Kerajaan wajar mengadakan kempen yang berkesan.
6. Mengukuhkan dan menggalakkan penggunaan bahasa Melayu baku dalam
kalangan semua kaum.
7. Peningkatan kualiti wacana nasional perlu dilestarikan.
8. Pakar-pakar bahasa dan pihak media perlu membantu rakyat menguasai
bahasa Melayu dengan sebaik-baik mungkin.
9. Ahli akademik digalakkan lebih banyak menulis dan diberi ruang untuk
memberikan pendapat di media.

Isi Tersirat (Kekangan yang dihadapi):


1. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, budaya, dan agama.
2. Sikap masyarakat yang memandang rendah terhadap bahasa Melayu.
3. Kempen yang diadakan tidak bersungguh-sungguh.
4. Golongan profesional tidak selesa menggunakan bahasa Melayu dalam
urusan rasmi.
5. Rakyat lebih selesa menggunakan bahasa pasar semasa berkomunikasi/
menggunakan bahasa rojak.

Kesimpulan
- Kesimpulannya, semua pihak perlu bersungguh-sungguh untuk
memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi agar bahasa Melayu
mampu menjadi bahasa perpaduan.

Soalan 4 (a)
1) Maksud rangkai kata memberikan imej yang positif ialah:
- Menampilan kesan/ impak/ citra yang baik/ diterima masyarakat.

2) Sebab-sebab bahasa Melayu perlu dimartabatkan.


- Matlamat menjadikannya sebagai bahasa ilmu masih belum tercapai.
- Usaha memantapkan penggunaan bahasa Melayu dengan bersungguh-
sungguh dapat meningkatkan jati diri rakyat.
- Kesan penjajahan Inggeris dan arus globalisasi yang melanda telah
meminggirkan kedaulatan bahasa kebangsaan.
3) Usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh pihak sekolah dalam
memartabatkan penggunaan bahasa Melayu ialah:
- Mewajibkan perhimpunan dan acara rasmi dijalankan dalam bahasa
Melayu.
- Mengadakan aktiviti kokurikulum yang melibatkan pertandingan-
pertandingan dalam bahasa Melayu.
- Meletakkan papan-papan tanda di kawasan sekolah dalam bahasa Melayu
yang betul.
- Mengadakan kursus tentang penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam
situasi formal kepada guru dan kakitangan sekolah.

Soalan 5
Pendahuluan
- Petikan membincangkan kebaikan/ kelebihan/ keperluan berekreasi dalam
kalangan remaja di negara ini.

Isi Tersurat (Kepentingan Berekreasi):


1. Berekreasi merupakan terapi fizikal semula jadi untuk mengekalkan
kecergasan fizikal dan kecerdasan minda.
2. Mengelakkan remaja daripada terjebak dalam aktiviti tidak sihat yang boleh
merosakkan masa depan mereka.
3. Menyihatkan badan dan memberikan kesihatan yang baik dan minda yang
cerdas.
4. Menjauhkan diri daripada gejala sosial yang tidak sihat.
5. Mendidik remaja agar lebih terbuka dari segi minda dan pergaulan.
6. Membentuk golongan remaja menjadi lebih matang, berketerampilan, dan
mempunyai keyakinan dalam pergaulan.
7. Mendedahkan remaja kepada aspek kerohanian.
8. Meningkatkan motivasi diri, menilai diri serta menghargai usia remaja
dengan sebaik-baiknya.
9. Remaja akan lebih terarah dalam soal kehidupan.
10. Membantu perkembangan psikologi remaja.
Isi Tersirat (Kekangan untuk berekreasi):
1. Berekreasi aktiviti yang membuang masa.
2. Berekreasi aktiviti yang memenatkan.
3. Persekitaran tidak menyeronokkan dan tidak menghiburkan.
4. Kurangnya tempat berekreasi/ kawasan yang terhad.
5. Kurangnya galakan daripada ibu bapa.
6. Kurangnya kemudahan rekreasi.

Kesimpulan
- Aktiviti berekreasi dalam kalangan remaja perlu digalakkan agar generasi
remaja yang berkualiti dan seimbang dapat dilahirkan.

Soalan 6(a)
1) Maksud rangkai kata menuju alam kedewasaan ialah:
- Ke arah/ mengarah/ menghala/ dunia/ bidang/ lingkungan kematangan.

2) Usaha-usaha oleh pihak kerajaan dan swasta untuk menggalakkan rakyat


berekreasi ialah:
- Pusat kelihatan menyediakan pelbagai peralatan senaman moden.
- Taman untuk berekreasi disediakan di setiap kawasan perumahan.
- Kerajaan juga telah membina banyak pusat sukan tertutup.

3) Langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk


menggalakkan para pelajar berekreasi ialah:
- Melaksanakan kempen di sekolah, iaitu 1 Murid 1 Sukan.
- Mengadakan Hari Kokurikulum.
- Mengadakan pertandingan sukan dan permainan.
- Mengadakan sukan tahunan.
- Memberikan anugerah-anugerah/ penghargaan.
- Menubuhkan kelab/ persatuan yang baharu.
- Mengaktifkan semula kelab yang sedia ada.

Cikgu Suguz
www.cikgusuguz.com.my
WhatsApp 019 6626 057

Вам также может понравиться