Вы находитесь на странице: 1из 18

Hak Asasi Kanak-kanak Berdasarkan Konvensyen Hak

Kanak-kanak 1989
Hak Asasi Kanak-Kanak

Kanak-kanak mudah dipengaruhi, memerlukan jagaan dan perlindungan khas Ia juga meletakkan
penekanan khas ke atas penjagaan utama dan tanggungjawab perlindungan oleh keluarga. Ia juga
sekali lagi mengesahkan keperluan bagi perlindungan undang-undang dan perlindungan yang lain
kepada kanak-kanak. Ia meliputi hak sebelum dan selepas lahir, kepentingan hormat kepada nilai-
nilai kebudayaan komuniti kanak-kanak. Merupakan satu peranan yang amat penting bagi kerjasama
antarabangsa dalam menjamin hak asasi kanak-kanak.

Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak yang telah diterima pakai oleh Perhimpunan Agong
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 20 November 1989 mengandungi Perkara 1 hingga
Perkara 54. Di antara perkara yang berkaitan dengan hak pendidikan perkembangan kanak-kanak
terkandung dalam Perkara 6, Perkara 18, Perkara 27, Perkara 28 dan Perkara 29.

PERKARA 6

1. Negara-Negara Pihak mengiktirafkan bahawa tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada
untuk hidup.
2. Negara-Negara Pihak hendaklah memastikan setakat yang sebanyak mungkin boleh kewujudan
dan perkembangan kanak-kanak.

Kewujudan dan perkembangan


Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup, dan Negara mempunyai obligasi untuk
memastikan kewujudan dan perkembangan kanak-kanak itu.

PERKARA 18

1. Negara-Negara Pihak hendaklah menggunakan usaha terbaik mereka untuk memastikan


pengiktirafan prinsip bahawa kedua-dua ibu bapa mempunyai tanggungjawab bersama bagi didikan
dan perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, penjaga di
sisi undang-undang, mempunyai tanggungjawab utama bagi didikan dan perkembangan kanak-
kanak. Kepentingan terbaik kanak-kanak akan menjadi perhatian asas.

Tanggungjawab ibu bapa


Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk membesarkan kanak-kanak, dan Negara
hendaklah menyokong mereka dalam hal ini. Negara hendaklah memberikan bantuan yang
sewajarnya kepada ibu bapa dalam pembesaran anak.

2. Bagi maksud menjamin dan menggalakkan hak yang dinyatakan dalam Konvensyen ini, Negara-
Negara Pihak hendaklah memberi bantuan yang sewajarnya kepada ibu bapa dan penjaga di sisi
undang-undang dalam melaksanakan tanggungjawab pembesaran anak mereka dan hendaklah
memastikan perkembangan institusi, kemudahan dan perkhidmatan bagi jagaan kanak-kanak.

3. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang wajar untuk memastikan
bahawa kanak-kanak kepada ibu bapa yang bekerja berhak mendapat faedah daripada perkhidmatan
dan kemudahan jagaan anak yang mereka layak.
PERKARA 27

1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak tiap-tiap kanak-kanak kepada taraf hidup yang mencukupi
bagi perkembangan fizikal, mental, kerohanian, kemoralan dan sosial kanak-kanak itu.

Taraf hidup
Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak kepada taraf hidup yang mencukupi bagi perkembangan
fizikal, mental, kerohanian, kemoralan dan pembangunan sosial. Ibu bapa mempunyai
tanggungjawab utama untuk memastikan bahawa kanak-kanak mempunyai taraf hidup yang
mencukupi. Kewajipan Negara ialah untuk memastikan bahawa tanggungjawab ini boleh
dilaksanakan. Tanggungjawab Negara boleh termasuk bantuan material kepada ibu bapa dan anak-
anak mereka.

2. Ibu bapa atau orang lain yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu mempunyai tanggungjawab
utama untuk menjamin, mengikut kebolehan dan keupayaan kewangan mereka, keadaan hidup yang
perlu bagi perkembangan kanak-kanak itu.

3. Negara-Negara Pihak, mengikut keadaan negara dan mengikut kemampuan mereka, hendaklah
mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk membantu ibu bapa dan orang lain yang
bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu untuk melaksanakan hak ini dan hendaklah, jika diperlukan,
memperuntukkan bantuan material dan program sokongan, terutamanya berhubungan dengan
pemakanan, pakaian dan perumahan.

4. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk menjamin
supaya mendapat kembali nafkah untuk kanak-kanak daripada ibu bapa atau orang lain yang
mempunyai tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak itu, baik dalam Negara Pihak dan dari
luar negeri. Secara khususnya, jika orang yang mempunyai tanggungjawab kewangan terhadap
kanak-kanak itu tinggal dalam Negara yang berlainan daripada negara kanak-kanak itu, Negara-
Negara Pihak hendaklah menggalakkan kesertaan dalam perjanjian atarabangsa atau pembuatan
perjanjian sedemikian, serta membuat perkiraan lain yang sewajarnya.

PERKARA 28

1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak kepada pendidikan, dan dengan tujuan untuk
mencapai hak ini secara berperingkat-peringkat dan atas dasar peluang yang sama, mereka
hendaklah, secara khususnya:

(a) Menjadikan pendidikan rendah diwajibkan dan diadakan secara percuma kepada semua;
(b) Menggalakkan perkembangan pendidikan menengah dalam berbagai bentuk, termasuk
pendidikan am dan vokasional, mengadakan pendidikan itu dan terbuka kepada tiap-tiap kanak-
kanak, dan mengambil langkah yang sewajarnya seperti memperkenalkan pendidikan percuma dan
menawarkan bantuan kewangan jika diperlukan;
(c) Menjadikan pendidkkan tinggi kepada semua atas dasar keupayaan melalui tiap-tiap cara yang
sewajarnya;
(d) Menjadikan maklumat pendidikan dan vokasional dan bimbingan diadakan dan terbuka kepada
semua kanak-kanak;
(e) Mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan kehadiran secara tetap di sekolah dan
mengurangkan kadar keciciran.

Pendidikan
Kanak-kanak mempunyai hak kepada pendidikan, dan kewajipan Negara untuk memastikan bahawa
pendidikan utama percuma dan wajib, menggalakkan pendidikan menengah dalam berbagai bentuk
yang mudah diperoleh oleh tiap-tiap kanak-kanak dan untuk menjadikan pendidikan tinggi diadakan
kepada semua atas dasar keupayaan. Disiplin sekolah hendaklah selaras dengan hak dan kemuliaan
kanak-kanak itu. Negara hendaklah melibatkan diri dalam kerjasama antarabangsa untuk
melaksanakan hak ini.
2. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk memastikan
bahawa disiplin sekolah ditadbirkan mengikut cara yang selaras dengan kemuliaan kanak-kanak dan
dengan menepati Konvensyen ini.

3. Negara-Negara Pihak hendaklah mempromosikan dan menggalakkan kerjasama antarabangsa


dalam perkara yang berhubungan dengan pendidikan, khususnya dengan tujuan untuk menyumbang
kepada pembasmian kejahilan dan buta huruf di seluruh dunia dan memudahkan akses kepada
pengetahuan saintifik dan teknik dan kaedah pengajaran yang moden. Dalam hal ini, perhatian yang
khusus hendaklah diberikan kepada keperluan negara-negara membangun.

PERKARA 29
1. Negara-Negara Pihak bersetuju bahawa pendidikan kanak-kanak hendaklah dihalatujukan kepada:
Perkembangan personaliti, bakat, dan kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada tahap potensi
yang paling tinggi

Perkembangan rasa hormat bagi hak asasi manusia dan kebebasan asasi, dan bagi prinsip-prinsip
yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu;

Perkembangan rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, identiti kebudayaan, bahasa dan nilainya
sendiri, bagi nilai kebangsaan negara yang diduduki oleh kanak-kanak itu, negara yang daripadanya
dia berasal, dan bagi tamadun yang berbeza daripada tamadunnya sendiri.
Dicatat oleh GPB di Khamis, Disember 03, 2009
Label: http://zulprasekolah.blogspot.com/2009/01/pra-3101-asas-pendidikan-awal-kanak.html

http://gpb-impul3363.blogspot.my/2009/12/hak-asasi-kanak-kanak-berdasarkan.html
Konvensyen Hak Kanak-Kanak
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Konvensyen Hak Kanak-Kanak

Ditandatangani 20 November 1989[1] di New York[1]

Berkuat kuasa 2 September 1990[1]

Syarat 20 ratifikasi[2]

Penandatangan 140[1]

Pihak 193[1]

Pemegang simpanan Majlis Umum PBB[3]

UN Convention on the Rights of the Child diWikisumber

sunting

Konvensyen Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (Bahasa Inggeris:United


Nations Convention on the Rights of the Child) adalah sebuah konvensyen antarabangsa
yang menetapkan hak-hak sivil, politik, ekonomi, sosial, dan kulural kanak-kanak. Negara-negara
yang menggunapakai konvensyen antarabangsa ini terikat untuk menjalankannya sesuai dengan
undang-undang antarabangsa. Pelaksanaan konvensyen ini diawasi olehJawatankuasa Hak
Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa yang anggota-anggotanya terdiri dari pelbagai negara
di seluruh dunia. Setiap tahun, Jawatankuasa ini memberikan laporan kepada Jawatankuasa
KetigaPerhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa yang juga akan mendengar kenyataan
ketua Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak dan menerima pakai resolusi mengenai Hak Kanak-
Kanak. [4]
Kerajaan negara yang telah mengesahkan konvensyen ini diharuskan untuk melaporkan dan
hadir di hadapan Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak secara berkala untuk menilai kemajuan-
kemajuan yang dicapai dalam melaksanakan Konvensyen ini dan status hak kanak-kanak dalam
negara tersebut. Laporan-laporan setiap negara berserta pandangan bertulis jawatankuasa
boleh diakses di laman web jawatankuasa.
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa menerima pakai konvensyen ini dan terbuka
untuk penandatangan pada tarikh 20 November 1989 (pada peringatan 30 tahun Deklarasi Hak
Asasi Kanak-Kanak). [5] Konvensyen ini berlaku pada tarikh 2 September 1990 selepas jumlah
negara yang meratifikasinya mencapai syarat. Sampai dengan Disember 2008, 193 negara
terlah meratifikasinya, [1] meliputi keseluruhan negara-negara anggota PBB, kecuali Amerika
Syarikat dan Somalia. [4] [6]
Dua protokol tambahan juga diguna pakai pada tarikh 25 Mei 2000. Protokol Tambahan
mengenai Penglibatan Kanak-Kanak dalam Konflik Senjata menghadkan penglibatan kanak-
kanak dalam konflik-konflik ketenteraan, dan Protokol Tambahan Konvensyen Hak Kanak-Kanak
mengenai Perdagangan Kanak-Kanak, Pelacuran Kanak-Kanak, dan Pornografi Kanak-Kanak
melarang perdangan, pelacuran, dan pornografi kanak-kanak. Kedua protokol tambahan ini telah
disahkan oleh lebih dari 120 negara. [7] as of May 2009, 128 states are party to the protocol and
another 28 states have signed but not yet ratified it. [7] [8]
Konvensyen ini secara umum mendefinisikan seorang kanak-kanak sebagai manusia yang
berusia di bawah 18 tahun, terkecuali apabila telah ditentukan oleh undang-undang negara
berkenaan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


1. Panjat ke:1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 United Nations Treaty Collection.Convention on the Rights of the Child.
Retrieved 21 May 2009.
2. Panjat Article 49.
3. Panjat Article 47.
4. Panjat ke:4.0 4.1 Child Rights Information Network ( 2008). Convention on the Rights of the Child .
Retrieved 26 November 2008.
5. Panjat Majelis Umum Pertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuResolution 25 session 44Convention
on the Rights of the Child on 20 November 1989
6. Panjat Amnesty International USA (2007). Convention on the Rights of the Child: Frequently
Asked Questions . Retrieved 26 November 2008.
7. Panjat ke:7.0 7.1 United Nations Treaty Collection: 4 & lang = en Optional Protocol to the Convention on
the Rights of the Child on the involvement of children in armed conflict. Retrieved on 9 December
2008.
8. Panjat United Nations Treaty collection: Optional Protocol to the Convention on the Rights of the
Child on the sale of children, child prostitution and child pornography. Retrieved on 9
anakku kreatif

NORSITA BINTI ALI


Semenyih, Selangor, Malaysia

View my complete profile

Friday, 6 May 2011

HAK ASASI KANAK-KANAK


Hak Asasi Kanak-kanak Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak 1989

Pengenalan

Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) telah dibentang Dalam Perhimpunan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu ke 44 pada 20 Nov. 1989 dan diterimapakai.

Hak Asasi Kanak-Kanak

Hak boleh didefinasikan sebagai sesuatu yang adil dan saksama yang boleh dimiliki atau dilakukan
oleh seseorang. Hak asasi adalah perkara dasar atau pokok yang boleh dilakukan atau dikuasai oleh
seseorang kanak-kanak mengikut undang-undang, agama, adat istiadat dan lain-lain. Ia meliputi hak
sebelum dan selepas lahir serta kepentingan hormat kepada nilai-nilai kebudayaan komuniti kanak-
kanak. Ini adalah kerana kanak-kanak mudah dipengaruhi, memerlukan jagaan dan perlindungan
khasnya daripada keluarga. Kanak-kanak pula ialah seseorang yang berumur di bawah 18 tahun
kecuali di bawah undang-undang negara di mana kedewasaan dicapai lebih awal.

Pada pendapat anda adakah Hak Asasi penting dalam menyediakan pendidikan yang sesuai untuk
kanak-kanak?

Hak Setiap Kanak-Kanak

Untuk dilahirkan, untuk mempunyai nama dan kewarganegaraan;


Untuk mempunyai keluarga yang akan menjaga dan menyayangi;
Untuk tinggal di dalam komuniti dan persekitaran yang aman dan damai;
Untuk mempunyai makanan yang mencukupi dan tubuh badan yang aktif dan sihat;
Untuk mendapatkan pendidikan yang baik dan membentuk potensi diri;
Untuk diberi peluang untuk bermain dan beriadah;
Untuk dilindungi daripada penderaan, eksploitasi, kecuaian, keganasan dan bahaya;
Untuk dipertahankan dan diberi bantuan oleh kerajaan;
Untuk berupaya mengekspresi pandangan sendiri.

Konvensyen Hak Kanak-kanak yang telah diterima pakai oleh Perhimpunan Agong Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu pada 20 November 1989 mengandungi Perkara 1 hingga Perkara 54. Perkara
yang berkaitan dengan hak pendidikan perkembangan kanak-kanak terkandung dalam Perkara 6,
Perkara 18, Perkara 27, Perkara 28 dan Perkara 29.

PERKARA 6
1. Negara-Negara Pihak mengiktirafkan bahawa tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada
untuk hidup.
2. Negara-Negara Pihak hendaklah memastikan sebanyak mungkin yang boleh kewujudan dan
perkembangan kanak-kanak.

Kewujudan dan perkembangan


Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup dan Negara mempunyai obligasi
(kewajiban) untuk memastikan kewujudan dan perkembangan kanak-kanak itu.

PERKARA 18
1. Negara-Negara Pihak hendaklah menggunakan usaha terbaik mereka untuk memastikan
pengiktirafan prinsip bahawa kedua-dua ibu bapa mempunyai tanggungjawab bersama bagi
didikan dan perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa atau, mengikut mana-mana yang berkenaan,
penjaga di sisi undang-undang, mempunyai tanggungjawab utama bagi didikan dan perkembangan
kanak-kanak. Kepentingan terbaik kanak-kanak perlu menjadi perhatian asas.

Tanggungjawab ibu bapa


Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk membesarkan anak-anak dan Negara hendaklah
menyokong mereka dalam hal ini. Negara hendaklah memberikan bantuan yang sewajarnya kepada
ibu bapa dalam pembesaran anak.

2. Bagi maksud menjamin dan menggalakkan hak yang dinyatakan dalam Konvensyen ini, Negara-
Negara Pihak hendaklah memberi bantuan yang sewajarnya kepada ibu bapa dan penjaga di sisi
undang-undang dalam melaksanakan tanggungjawab pembesaran anak mereka dan hendaklah
memastikan perkembangan institusi, kemudahan dan perkhidmatan bagi jagaan kanak-kanak.

3. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang wajar untuk memastikan bahawa
kanak-kanak kepada ibu bapa yang bekerja berhak mendapat faedah daripada perkhidmatan dan
kemudahan jagaan anak yang mereka layak.

PERKARA 27
1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak tiap-tiap kanak-kanak kepada taraf hidup yang mencukupi
bagi perkembangan fizikal, mental, kerohanian, moral dan sosial kanak-kanak itu.

Taraf hidup
Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak pada taraf hidup yang mencukupi bagi perkembangan fizikal,
mental, rohani, moral dan pembangunan sosial. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk
memastikan bahawa kanak-kanak mempunyai taraf hidup yang mencukupi. Kewajipan Negara ialah
untuk memastikan bahawa tanggungjawab ini boleh dilaksanakan. Tanggungjawab Negara boleh
termasuk bantuan material kepada ibu bapa dan anak-anak mereka.

2. Ibu bapa (ibu bapa-ibu bapa) atau orang lain yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu
mempunyai tanggungjawab utama untuk menjamin, mengikut kebolehan dan keupayaan kewangan
mereka, keadaan hidup yang perlu bagi perkembangan kanak-kanak itu.

3. Negara-Negara Pihak, mengikut keadaan negara dan mengikut kemampuan mereka, hendaklah
mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk membantu ibu bapa dan orang lain yang
bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu untuk melaksanakan hak ini dan hendaklah, jika
diperlukan, memperuntukkan bantuan material dan program sokongan, terutamanya berhubungan
dengan pemakanan, pakaian dan perumahan.

4. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk menjamin
supaya mendapat kembali nafkah untuk kanak-kanak daripada ibu bapa atau orang lain yang
mempunyai tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak itu, baik dalam Negara Pihak dan dari
luar negeri. Secara khususnya, jika orang yang mempunyai tanggungjawab kewangan terhadap
kanak-kanak itu tinggal dalam Negara yang berlainan daripada negara kanak-kanak itu, Negara-
Negara Pihak hendaklah menggalakkan kesertaan dalam perjanjian atarabangsa atau pembuatan
perjanjian sedemikian, serta membuat perkiraan lain yang sewajarnya.

PERKARA 28
1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak terhadap pendidikan, dan dengan tujuan
untuk mencapai hak ini secara berperingkat-peringkat dan atas dasar peluang yang sama, mereka
hendaklah, secara khususnya:
(a) Menjadikan pendidikan rendah diwajibkan dan diadakan secara percuma kepada semua;
(b) Menggalakkan perkembangan pendidikan menengah dalam berbagai bentuk, termasuk
pendidikan am dan vokasional, mengadakan pendidikan itu dan terbuka kepada tiap-tiap kanak-
kanak, dan mengambil langkah yang sewajarnya seperti memperkenalkan pendidikan percuma dan
menawarkan bantuan kewangan jika diperlukan;
(c) Menjadikan pendidkkan tinggi kepada semua atas dasar keupayaan melalui tiap-tiap cara yang
sewajarnya;
(d) Menjadikan maklumat pendidikan dan vokasional dan bimbingan diadakan dan terbuka kepada
semua kanak-kanak;
(e) Mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan kehadiran secara tetap di sekolah dan
mengurangkan kadar keciciran.

Pendidikan
Kanak-kanak mempunyai hak kepada pendidikan, dan kewajipan Negara untuk memastikan bahawa
pendidikan utama percuma dan wajib, menggalakkan pendidikan menengah dalam berbagai bentuk
yang mudah diperoleh oleh tiap-tiap kanak-kanak dan untuk menjadikan pendidikan tinggi diadakan
kepada semua atas dasar keupayaan. Disiplin sekolah hendaklah selaras dengan hak dan kemuliaan
kanak-kanak itu. Negara hendaklah melibatkan diri dalam kerjasama antarabangsa untuk
melaksanakan hak ini.
2. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk memastikan
bahawa disiplin sekolah ditadbirkan mengikut cara yang selaras dengan kemuliaan kanak-kanak dan
dengan menepati Konvensyen ini.

3. Negara-Negara Pihak hendaklah mempromosikan dan menggalakkan kerjasama antarabangsa


dalam perkara yang berhubungan dengan pendidikan, khususnya dengan tujuan untuk menyumbang
kepada pembasmian kejahilan dan buta huruf di seluruh dunia dan memudahkan akses kepada
pengetahuan saintifik dan teknik dan kaedah pengajaran yang moden. Dalam hal ini, perhatian yang
khusus hendaklah diberikan kepada keperluan negara-negara membangun.

PERKARA 29
1. Negara-Negara Pihak bersetuju bahawa pendidikan kanak-kanak hendaklah dihalatujukan
kepada:
Perkembangan personaliti, bakat, dan kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada tahap
potensi yang paling tinggi;

Perkembangan rasa hormat bagi hak asasi manusia dan kebebasan asasi, dan bagi prinsip-prinsip
yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu;
Perkembangan rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, identiti kebudayaan, bahasa dan nilainya
sendiri, bagi nilai kebangsaan negara yang diduduki oleh kanak-kanak itu, negara yang daripadanya
dia berasal, dan bagi tamadun yang berbeza daripada tamadunnya sendiri;

Penyediaan kanak-kanak bagi hidup yang bertanggungjawab dalam masyarakat yang bebas, dalam
semangat persefahaman, keamanan, toleransi, kesamaan jantina, dan persahabatan di kalangan
semua orang, kumpulan etnik, kebangsaan dan agama dan orang yang asal usulnya penduduk asli;

AKTA 308 dan Akta 550

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) merupakan suatu Akta yang digubal bagi mengadakan peruntukan
pendidikan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Sejauhmanakah Akta Pendidikan 1996,
mempengaruhi penubuhan dan perlaksanaan prasekolah di Malaysia?

Pendidikan Prasekolah ertinya program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga
enam tahun.

FASA 15: SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Sistem pendidikan kebangsaan hendaklah terdiri daripada;
(a) Pendidikan prasekolah
(b) Pendidikan rendah
(c) Pendidikan menengah
(d) Pendidikan lepas menengah
(e) Pendidikan tinggi
Tetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat atau sekolah antarabangsa.

FASA 20: LARANGAN TERHADAP PENUBUHAN, PENGENDALIAN ATAU PENGURUSAN TADIKA


(1) Tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan atau diuruskan melainkan jika tadika itu
didaftarkan di bawah akta ini.
(2) Seseorang yang melanggar subsekyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.

FASA 21: KUASA MENTERI UNTUK MENUBUHKAN TADIKA.


Menteri boleh, tertakluk kepada peruntukan akta ini, menubuhkan dan menyenggarakan tadika.

FASA 22: KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN HENDAKLAH DIGUNAKAN OLEH


SEMUA TADIKA
(1) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan yang hendaklah digunakan oleh semua tadika dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.
(2) Kurikulum Prasekolah yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan
pengetahuan kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir
tempoh Pendidikan Prasekolah masing-masing.
(3) Mana-mana tadika yang bermaksud untuk melaksanakan apa-apa kurikulum sebagai tambahan
kepada Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah, sebelum melaksanakan kurikulum tambahan
sedemikian, memaklumkan Ketua Pendaftar tentang maksud itu mengikut cara yang ditetapkan.
(4) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh,
apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

FASA 23: BAHASA PENGANTAR DI TADIKA

Walau apa pun subseksyen 17 (1), bahasa-bahasa lain selain daripada bahasa kebangsaan boleh
digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika, tetapi jika sesuatu tadika menggunakan bahasa
selain daripada bahasa kebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata
pelajaran wajib.

FASA 24: KUASA UNTUK MEMBUAT PERATURAN BERHUBUNGAN DENGAN


PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan bab ini.
Aktiviti 8:
1. Apakah yang terkandung dalam fasa 20, iaitu larangan terhadap penubuhan, pengendalian atau
pengurusan tadika?
2. Siapakah yang berhak menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan? Apakah denda yang patut dikenakan apabila melanggar kurikulum yang ditetapkan?

Huraikan sejarah awal perkembangan pendidikan prasekolah.


2. Bagaimanakah perkembangan pendidikan prasekolah di Malaysia
secara umum.

Posted by NORSITA BINTI ALI at 08:44

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Labels: HAK ASASI KANAK

1 comment:
FAHAMI HAK KANAK-KANAK PDF Print E-mail

WRITTEN BY ADMINISTRATOR

TUESDAY, 13 APRIL 2010 13:05

Kanak-kanak merupakan pemimpin generasi masa hadapan. Oleh itu, menjadi


tanggungjawab ibu bapa, guru, pemimpin dan setiap individu dalam memastikan
kanak-kanak ini membesar dalam persekitaran yang harmoni, berkesefahaman dan
penyayang.

Kanak-kanak juga mempunyai hak sepertimana orang dewasa. Tambahan lagi,


keadaan mereka yang masih belum matang dan tidak dapat membuat keputusan
dengan sendiri, menyebabkan mereka memerlukan perlindungan dan penjagaan
khas, termasuk disediakan perlindungan undang-undang yang sewajarnya.

Mereka berhak ke atas perlindungan, hak untuk tidak didiskriminasi, hak ke atas
perlindungan, hak untuk menyuarakan pendapat serta pelbagai hak-hak lain yang
termaktub di dalam perjanjian antarabangsa, undang-undang serta dasar negara.

Malangnya, masyarakat Malaysia secara amnya tidak mengetahui dengan jelas


bahawa kanak-kanak mempunyai hak istimewa ini. Pendapat kanak-kanak sering
tidak diberikan perhatian dan tidak diberikan perlindungan yang sewajarnya. Berapa
banyak kes yang dilaporkan oleh media massa tentang kes penderaan dan
pembuangan bayi? Bagaimana pula dengan kes-kes penganiayaan dan pengabaian
kanak-kanak yang tidak dilaporkan?

Apa itu Hak Kanak-kanak?

Menurut Akta Kanak-kanak 2001, kanak-kanak didefinisikan sebagai individu yang


berumur di bawah 18 tahun. Hak kanak-kanak pula adalah hak-hak yang telah
disenaraikan di dalam Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak (Convention on the
Rights of the Children).

Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak

Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak merupakan instrumen antarabangsa yang


mempunyai ratifikasi paling banyak antara instrumen PBB yang lain. Konvensyen ini
telah diterima pakai pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
pada 20 November 1989 bagi mengiktiraf hak kanak-kanak. Malaysia telah
meratifikasi konvensyen ini pada 17 Februari 1995, namun masih mengekalkan
reservasi kepada Perkara 1, 2, 7, 13, 14, 15, 28(1)(a) dan 37.

Konvensyen ini menuntut agar kita menjadi lebih peka terhadap keperluan kanak-
kanak dan mewujudkan persekitaran yang harmoni dan penyayang. Ia
menggariskan hak kanak-kanak di seluruh dunia tanpa mengira jantina, agama,
bangsa, kefahaman atau perbezaan. Tanggungjawab bagi memastikan perlindungan
terhadap hak-hak ini terletak kepada kerajaan Negara-negara Pihak dan juga
masyarakat.

Perjanjian ini menggariskan empat pengelasan hak utama iaitu;

Kehidupan

Hak kanak-kanak kepada kelangsungan hidup dan keperluan-keperluan asas untuk


hak tersebut seperti makanan, air bersih dan tempat tinggal.

Ibu bapa mestilah menyediakan keperluan-keperluan asas kepada kanak-kanak


mengikut kemampuan mereka. Kanak-kanak memerlukan tempat tinggal yang baik,
pemakanan yang seimbang dan air yang bersih, Persekitaran yang positif, harmoni
dan penyayang perlulah diwujudkan bagi memastikan kanak-kanak dapat membesar
dengan baik.

Ibu bapa juga perlu menyediakan pemakanan seimbang dan berkhasiat yang
mengandungi zat seperti karbohidrat, protein, vitamin dan mineral dalam
memangkinkan tumbesaran kanak-kanak. Ibu bapa harus mengajar kanak-kanak
untuk memilih makanan yang berkhasiat daripada memakan makanan ringan yang
kurang berkhasiat.

Perkembangan

Hak kepada pembangunan potensi individu menyeluruh seperti hak kepada


pendidikan, hak untuk bermain dan hak untuk menyuarakan pendapat.

Ibu bapa mestilah memberikan pendidikan kepada kanak-kanak. Pendidikan ini


termasuklah mengenali tuhan, nilai-nilai murni dan persekolahan. Ibu bapa harus
memupuk minat membaca dan cintakan ilmu kepada kanak-kanak. Ilmu-ilmu yang
baik dan bermanfaat ini adalah untuk menyediakan kanak-kanak pada masa
hadapan.

Kanak-kanak juga diberikan kebebasan untuk bermain mengikut kesesuaian. Melalui


interaksi bermain, kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu yang bermanfaat.
Sebagai contoh, mereka dapat belajar menghormati orang lain; sesuatu yang mudah
seperti beratur ketika bermain atau berkongsi alat permainan bersama-sama rakan.

Kanak-kanak juga perlu didengari. Pendapat mereka yang diambil kira oleh ibu bapa
akan membuatkan mereka berasa dihargai. Dengan ini mereka bersedia untuk
meluahkan perasaan atau masalah kepada ibu bapa. Terdapat banyak kes yang
menunjukkan kanak-kanak atau remaja yang lebih mempercayai rakan sebaya
daripada ibu bapa sendiri dalam berkongsi masalah. Ini disebabkan oleh kurangnya
komunikasi di antara kanak-kanak tersebut dengan ibu bapa mereka sehingga
menyebabkan kanak-kanak ini tidak berminat untuk menceritakan masalah mereka
kepada ibu bapa dan keluarga.

Perlindungan

Hak kepada perlindungan daripada pengaruh-pengaruh tidak baik seperti


penderaan, eksploitasi dan sebagainya.

Kanak-kanak berhak kepada perlindungan daripada sebarang keadaan yang


berbahaya seperti penderaan, pencabulan dan eksploitasi. Kanak-kanak tidak
seharusnya dijadikan mangsa kepada sesuatu masalah. Mereka perlu dilindungi
daripada dicederakan dari segi emosi ataupun dari segi seksual.

Mereka tidak seharusnya diabaikan dan dianiaya oleh sesiapa pun. Mereka juga
tidak sepatutnya didiskriminasi hanya kerana perbezaan yang terdapat pada
mereka. Jika terdapatnya salah laku terhadap kanak-kanak ini, pihak-pihak berwajib
harus campur tangan dan melindungi mereka melalui undang-undang yang telah
diperuntukkan.

Penyertaan

Hak kepada penyertaan sepenuhnya dalam keluarga, budaya dan kehidupan sosial
masyarakat setempat.
Kanak-kanak perlu diberi hak untuk mengambil bahagian dalam hal ehwal dan
pembesaran mereka. Contohnya mereka ingin mendapatkan sesuatu barangan,
sekiranya difikirkan sesuai, ibu bapa perlulah menyediakan barangan tersebut.

Ibu bapa juga perlu menyertakan kanak-kanak dalam aktiviti kemasyarakatan


supaya dapat memupuk sifat-sifat murni dalam diri kanak-kanak. Selain itu, kanak-
kanak juga perlu dididik untuk berbuat baik dan bertoleransi dengan anggota
masyarakat.

Ibu bapa merupakan individu yang paling hampir kepada kanak-kanak. Seharusnya
menjadi tanggungjawab ibu bapa dalam memastikan kanak-kanak ini dapat
menjalani kehidupan yang baik. Kesedaran terhadap hak kanak-kanak perlulah
dipupuk ke dalam diri setiap individu agar mereka mengerti bahawa setiap dari kita
mempunyai hak tersendiri. Kesedaran ini juga perlu dalam mengurangkan tindakan-
tindakan tidak berperikemanusian sesetengah individu terhadap kanak-kanak.

Nor Azwani Abdul Rahman

Bahagian Hak Asasi Manusia,

ERA Consumer Malaysia


Hak untuk semua kanak-kanak - CRC@18

Anak-anak muda yang meraikan harijadi mereka yang ke - 18 pada tahun ini
merupakan generasi yang pertama dilahirkan dengan hak universal mereka sendiri.

20 November merupakan tarikh yang istimewa bagi kita semua. Lapan belas tahun
yang lalu, pada tarikh ini, seluruh dunia telah bersatu untuk mengatakan ya bagi
kanak-kanak; iaitu kanak-kanak kini mempunyai hak asasi yang sama seperti orang-
orang dewasa. Dalam keputusan yang telah diambil sebulat suara, Konvensyen hak
kanak-kanak (CRC) telah diterima sebagai satu tahap piawai di mana semua pihak
kerajaan patut berusaha untuk mencapai matlamat di dalam melindungi hak kanak-
kanak yang paling asas, iaitu mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.

Di dalam 54 artikel dan dua protokol pilihan, CRC telah menyatakan dengan terang
apa yang patut dilakukan oleh pihak kerajaan di bawah undang-undang
antarabangsa untuk memastikan semua kanak-kanak dapat membesar di dalam
persekitaran yang bahagia, penuh dengan kasih sayang dan difahami serta
bermanfaat dari segi penjagaan kesihatan, pendidikan dan perlindungan.

CRC ini juga menekankan bahawa setiap kanak-kanak tidak kira di mana mereka
dilahirkan, samada mereka lelaki atau perempuan, kaya atau miskin mesti
diberikan peluang untuk menjadi ahli masyarakat yang produktif dan mempunyai hak
untuk bersuara dan pendapat mereka diperdengarkan.

Gerakan untuk perubahan sosial

Pada 20 November 2007, CRC meraikan ulangtahun yang ke-18. Di kebanyakan


negara, termasuklah negara-negara yang kaya, CRC kini telah memulakan langkah
untuk perubahan sosial, dengan membina asas untuk dunia di mana semua hak
untuk kanak-kanak dapat dijamin dan dilindungi.

Dalam masa lapan belas tahun yang telah berlalu, usaha-usaha untuk meningkatkan
dan meluaskan hak-hak kanak-kanak di dalam pergerakan hak-hak kanak-kanak
telah membawa manfaat kepada berjuta-juta orang di seluruh dunia. Dua ciri utama
yang membawa kuasa dan potensi kepada CRC adalah: ia merupakan status yang
tertakluk kepada undang-undang dan keupayaannya untuk melibatkan dan
memperkasa orang ramai, iaitu daripada pegawai-pegawai kerajaan yang tertinggi
kepada warga tempatan.

CRC telah memainkan peranan yang penting di dalam membentuk dan


membangunkan kehidupan kanak-kanak. Ia telah membantu mengurangkan kadar
bilangan kanak-kanak yang telah meninggal dunia sebelum mencapai umur lima
tahun, ia telah meningkatkan insiatif-insiatif di peringkat benua dan global serta
perkongsian memajukan pendidikan untuk anak-anak gadis, ia juga telah
menggalakkan pendidikan secara percuma. Dalam masa beberapa tahun lau,
terdapat penekanan yang diberikan untuk mencapai berjuta-juta orang kanak-kanak
yang terpinggir, terutama sekali kanak-kanak perempuan dan anak-anak orang asli,
pada masa yang sama memastikan agar mereka mendapat perkhidmatan kesihatan
dan pendidikan atau perkhidmatan sosial yang berkualiti.

CRC adalah tentang tanggungjawab

CRC bukan sahaja tentang komitmen atau perjanjian, tetapi ia adalah mengenai
tanggungjawab. Melindungi dan menjamin hak kanak-kanak bukanlah suatu
matlamat yang abstrak, di mana tiada kewajipan yang khusus untuk seseorang, oleh
itu tidak ada seorang pun yang boleh dipertanggungjawabkan.

Ya, pelaksanaan CRC merupakan tanggungjawab pihak kerajaan, tetapi CRC juga
meletakkan tanggungjawab dan kewajipan lain-lain sektor dan individu: terdiri
daripada ibu bapa, para guru, pegawai-pegawai kesihatan, para saintis, para
pengkaji dan kanak-kanak itu sendiri.

Dengan mengubah-suai undang-undang untuk memenuhi kehendak hak kanak-


kanak, memperkukuhkan kapasiti sistem dan pembangunan, CRC kini menjadi
sebahagian daripada budaya dan undang-undang kebangsaan sesebuah negara.
Dengan melibatkan dan memaklumkan keluarga dan masyarakat, ia akan
memperkasa mereka agar melibatkan diri dengan lebih mendalam untuk memenuhi
hak mereka sendiri dan juga meraih hak dan melindungi hak anak-anak mereka
sendiri. Semenjak penerimaan CRC, bilangan organisasi - organisasi, kerjasama
dan persekutuan yang berkaitan dengan hak kanak-kanak telah meningkat secara
berterusan. Bersama ini, mereka telah berjaya meletakkan hak kanak-kanak di
dalam agenda-agenda politik di peringkat antarabangsa dan negara yang tertinggi.

Fokus baru terhadap hak kanak-kanak

Pada tahun 2002, sesi khas untuk kanak-kanak PBB telah memberi nafas baru
kepada CRC, dengan deklarasi dan pelan tindakan yang memasukkan
tanggungjawab hasil daripada CRC yang ingin membina Dunia bersesuaian untuk
kanak-kanak. Tambahan pula, Matlamat Pembangunan Milenium (MDG) telah
meletakkan kanak-kanak dan hak mereka terhadap kehidupan, kesihatan,
pendidikan dan perlindungan di tengah-tengah agendanya.

Fokus yang diberikan kepada hak kanak-kanak ini telah memulakan langkah yang
baru semenjak beberapa tahun yang lepas di mana penekanan telah diberikan
kepada kesinambungan kehidupan kanak-kanak yang sihat dan sejahtera; ia
memberi sokongan kepada kempen UNICEF, Bersatu untuk Kanak-kanak, Bersatu
menentang AIDS dengan kesinambungan yang luas di pertingkat kebangsaan
selepas pelancaran kajian berkaitan keganasan terhadap kanak-kanak PBB.

Walaupun agak sukar untuk menunjukkan bahawa kemajuan-kemajuan yang dicapai


untuk kanak-kanak boleh dikaitkan dengan pelaksanaan CRC, namun begitu ia juga
tidak mustahil. Terdapat bukti-bukti tidak secara langsung boleh didapati daripada
laporan, kajian dan penilaian yang telah dibuat, yang sedikit sebanyak telah
menunjukkan impak CRC terhadap kehidupan berjuta-juta orang kanak-kanak dan
keluarga di seluruh dunia.

Yang paling ketara adalah proses yang telah dimulakan oleh CRC untuk seluruh
dunia mengenalpasti dan mengambil serius isu-isu terhadap hak kanak-kanak. Ia
merupakan proses yang boleh dikatakan sebagai satu revolusi. Satu revolusi di
sebalik tabir yang telah secara berterusan mewujudkan perubahan-perubahan untuk
semua generasi yang akan datang.

Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.

Вам также может понравиться