You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SEMBULAN,

TANJUNG ARU, KOTA KINABALU, SABAH

KERTAS KERJA

MENGECAT TANGGA BLOK BAHASA INGGERIS


DAN BAHASA MELAYU
SK SEMBULAN

PROJEK INTERNSHIP (KUMPULAN)


PISMP BAHASA MELAYU DAN TESL AMBILAN JAN 2014
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU

TARIKH : 31 JULAI - 25 OGOS 2017


TEMPAT: TANGGA BLOK BAHASA INGGERIS DAN BAHASA MELAYU
SK SEMBULAN, KOTA KINABALU, SABAH.

KECERIAAN MATEMATIK

SK SEMBULAN
1.0 PENDAHULUAN
Internship merupakan salah satu program latihan di lapangan yang bertujuan
untuk mengembang serta mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman sedia ada sebagai seorang guru. Guru pelatih dikehendaki
merancang, melaksana dan menilai projek yang berkaitan dengan pengajaran
dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah
menjadi amalan dan budaya sekolah/ tempat bertugas. Sehubungan dengan itu,
saya guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru yang menjalankan internship di
sekolah ini telah memilih untuk melaksanakan projek yang berkaitan dengan
keceriaan sekolah. Projek keceriaan merupakan salah satu projek yang
dianjurkan dalam memenuhi terma dan syarat Program Internship selama satu
bulan. Projek ini sekaligus dapat menguji kreativiti guru pelatih di samping dapat
melihat komitmen guru pelatih dalam menjayakan sesuatu projek

2.0 MATLAMAT
1. Menanam nilai kerohanian dan akhlak keguruan dalam kalangan guru
pelatih.
2. Melahirkan guru pelatih yang berakauntabiliti dan amanah dalam
melaksanakan tugas.
3. Memupuk guru pelatih yang kreatif dan inovatif.

3.0 OBJEKTIF
1. Memberi pendedahan dan menanamkan keyakinan kepada guru pelatih
untuk melaksanakan sesuatu projek.
2. Meningkatkan kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dalam kalangan
guru-guru pelatih dan warga sekolah.
3. Memberi guru pelatih ruang dan peluang bagi mengaplikasikan segala
kemahiran yang telah dipelajari di IPG.
4. Memberi peluang kepada guru pelatih untuk merancang dan melaksanakan
aktiviti di sekolah.
5. Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab guru pelatih
dalam program yang dilaksanakan.
6. Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran dan pembelajaran,
pengurusan projek dan sebagainya.
7. Memantapkan usaha dan inisiatif ke arah pemupukan ciri-ciri inovasi dan
kreativiti.

4.0 TARIKH CADANGAN PELAKSANAAN


31 Julai 2017 25 Ogos 2017

5.0 TEMPAT
Tangga Blok Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu

6.0 JAWATANKUASA PROJEK

AJK INDUK PROJEK MENGECAT TANGGA BLOK BAHASA INGGERIS


DAN BAHASA MELAYU SK SEMBULAN 2017

Penasihat : PUAN HAJAH MARIANAH MOHD YUSUF


Pengerusi : PUAN NORBERTA BUNGKAK
Timbalan Pengerusi : PUAN ASNAH OSMAN
Pengarah Projek : PRINCE CHRISTIANSEN JUNIUS
Timbalan Pengarah Projek : RAYDERREN BENANTA
Setiausaha : NURUSYAHIRAH BINTI ISMAIL
Bendahari : PUAN DAYANG SUZILAH AWANG
HUSSIEN

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


BIL. BUTIR KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH
01. Cat Pelaka 5 RM 10.00 RM 50.00
Biru
Hitam
Kuning
Putih
Merah
02. Berus 3
03. Kertas A4 80gsm 1 rim
04. Laminate Film A4 1 rim
05. Ink Printer HP2130 RM 5.00 RM 15.00
Black 1
RM 12.00 RM 12.00
2
Colour
06. Double Tape 2 RM 48.00 RM 48.00
07. Ribbon 2 gulung

RM 40.00 RM 40.00
RM 40.00 RM 80.00
RM 10.00 RM 20.00
RM 2.50
RM 5.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 270.00
* Semua bayaran ditanggung oleh Panitia Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

8.0 PENUTUP
Diharap projek ini dapat memberi peluang kepada guru pelatih menghayati nilai-nilai
murni serta mengamalkan sikap positif secara berterusan melalui penglibatan
kecerian sekolah. Dengan ini dapat meningkatkan lagi semangat kerjasama dalam
kalangan guru pelatih dan akan menggalakkan guru pelatih untuk mengeratkan lagi
hubungan di antara guru pelatih dan warga sekolah yang terlibat bagi sama-sama
menjayakan program ini. Segala jasa baik dan sokongan yang diberikan amatlah
dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh: Disemak oleh,

........................................... ...........................................
(RAYDERREN BENANTA) (PRINCE CHRISTIANSEN JUNIUS)
GURU PELATIH, GURU PELATIH,
IPG KAMPUS GAYA IPG KAMPUS GAYA

Disediakan oleh:

.
(NURUSYAHIRAH BINTI ISMAIL)
GURU PELATIH,
IPG KAMPUS GAYA

Disahkan oleh, Diluluskan oleh,

.......................................... ..........................................
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM GURU BESAR
SK SEMBULAN, KOTA KINABALU SK SEMBULAN, KOTA KINABALU