Вы находитесь на странице: 1из 2

PENGENALAN

Kecederaan spinal adalah salah satu keadaan yang serius bagi seorang pesakit. Ia boleh
menyebabkan kelumpuhan yang berterusan dan mangsa yang menghadapi hilang upaya yang
berkekalan. Jadi, rawatan lebih tertumpu kepada mengelakkan kerosakan sekunder pada saraf
tunjang dan tulang di sekelilingnya yang boleh menyebabkan kecacatan atau lumpuh yang lebih
teruk. Ada kes yang menyebabkan kematian kerana komplikasi berkaitan system respiratori.

Kecederaan saraf tunjang tulang belakang atau spinal cord injury selalunya adalah trauma pada
tulang belakang yang menyebabkan kecederaan pada saraf tunjang sama ada kecederaan
primer (kerosakan saraf kekal sewaktu trauma) atau kecederaan sekunder (kerosakan lanjut
pada saraf tunjang selepas trauma). Umumnya, kecederaan saraf tunjang boleh dibahagikan
kepada kecederaan penuh (complete transaction) atau tidak sepenuhnya (incomplete cord
injury).

Kecederaan saraf tunjang sepenuhnya bermaksud kehilangan sepenuh kawalan saraf dan deria
rasa serta fungsi otot dan organ pada bahagian yang cedera serta ke bawah tahap kecederaan
terbabit. Kecederaan saraf tunjang yang tidak sepenuhnya bermaksud saraf tunjang pada
bahagian yang tercedera masih berfungsi. Contohnya, bagi kecederaan saraf tunjang tidak
sepenuhya ia boleh menyebabkan kelumpuhan otot tertentu bagi deria rasa masih normal. Selain
itu, wujud risiko kedua-dua tangan dan kaki lumpuh jika terjadi kecederaan pada saraf tunjang
cervical.

Pada peringkat global, kecederaan tulang belakang memang masalah yang kerap berlaku. Di
Amerika contohnya 10,000 kes kecederaan tulang belakang dilaporkan setiap tahun. Kecederaan
tulang belakang selalunya disebabkan kemalangan jalan raya , kecederaan ketika bersukan,
dibelasah dan jatuh dari tempat tinggi.
Rujukan

1. Adams, RD. And Victor, M. (1993) Principles of Neurology. McGraw Hill Inc. USA.

2. Alfaro-LeFevre, R., Blicharz, M.E., Flynn, N.M. and Boyer, M.J. (1992) Drug
Handbook. Addison-Wesle. USA.

3. Carter, D.C., Forrest, A.P.M. and MacLeod, I.B. (1992) Principles and Practice of Surgery.
Churchill Livingston. Edinburgh

4. Seymour, I.S. (1999) Principles of Surgery: Companion Handbook. McGraw-Hill International


Editions. United States.

Вам также может понравиться