Вы находитесь на странице: 1из 9

BIL AGENDA TEKS

1. Ketibaan para Diumumkan ketibaan Yang Berbahagia Asp Radzi


jemputan dan ibu Ezzuddin bin Haron, Pemangku Ketua Cawagan Khas
bapa Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya.
Semua hadirin dipersilakan berdiri.

2. Nyanyian lagu Bagi memulakan majlis, marilah sama-sama kita


Negaraku menyanyikan lagu Negaraku dengan iringan muzik.

Semua hadirin dipersilakan duduk.

3. Bacaan doa. Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah
sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang
akan diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz
Sulaiman bin Talib. Dipersilakan.

Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis


merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan
doa sebentar tadi.

4. Ucapan Aluan Bismillahirrahmanirrahim.


Pengerusi Majlis
Ke Pekan Nilai membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah;

1
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam


Satu Malaysia.

Yang Berbahagia ASP Radzi Ezzuddin bin Haron,


Pemangku Ketua Cawagan Khas Daerah, Ibu Pejabat
Polis Daerah Ampang Jaya

Yang Dihormati Puan Shrifah Zahrah @ Faezah binti


Syed Abu Bakar, Pengetua SMK Taman Keramat

Yang Berusaha En Mahzan bin Moin, Yang DiPertua


Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Taman Keramat

Yang Berusaha Pn Julia binti Hamzah Penolong Kanan


Pentadbiran SMK Taman Keramat

Yang Berusaha En Misnan bin Kasan, Penolong Kanan


Hal Ehwal Murid SMK Taman Keramat

Yang Berusaha Pn Manisah binti Md Shariff, Penolong


Kanan Kokurikulum SMK Taman Keramat

Yang Berusaha Pn Norainun binti Abdullah, Penolong


Kanan Petang SMK Taman Keramat

Yang dihormati, guru- guru SMK Taman Keramat, Ahli

2
Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK
Taman Keramat 2016/2017, seterusnya ibu bapa dan
penjaga sekalian.

Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan Yang


Berbahagia ASP Radzi Ezzuddin bin Haron dan ibu
bapa serta penjaga ke Mesyuarat Agung Persatuan
Ibu Bapa dan Guru SMK Taman Keramat yang ke-37
pada hari ini.

Untuk pengetahuan Yang Berbahagia dan hadirin


sekalian, objektif Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa
dan Guru SMK Taman Keramat yang ke-37 ini
diadakan adalah untuk memberi peluang kepada ibu
bapa dan penjaga serta para guru dalam sekolah
untuk berbincang, berkolaborasi dan berunding
antara satu sama lain berkenaan dengan cara
memperbaik taraf pendidikan murid sekolah ini.
Diharap mesyuarat yang akan kita adakan nanti
berjalan dengan lancar dalam suasana yang harmoni.
5. Tayangan Sebagai penyegar mata dan minda, marilah sama-
Multimedia sama kita saksikan dahulu persembahan multimedia
yang memuatkan aktiviti warga SMK Taman Keramat
sepanjang tahun 2016. Dipersilakan

Terima kasih atas perhatian para hadirin. Untuk


pengetahuan, persembahan multimedia tadi
disediakan oleh Jawatankuasa Fotografi dan
Tayangan multimedia yang terdiri daripada Pn

3
Nursurianti binti Yusoh, En Roslan bin Daud dan Pn
Nirmaladevi a/p Kandasamy.

6. Hadirin sekalian,
Ucapan Pengetua
SMK Taman
Keramat
Majlis mempersilakan Yang Dihormati Pn Shrifah Zahrah
@ Faezah binti Syed Abu Bakar, Pengetua SMK Taman
Keramat untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


Pn Shrifah Zahrah @ Faezah binti Syed Abu Bakar
atas ucapan beliau sebentar tadi.

7.
Ucapan Perasmian Hadirin yang dihormati,
Oleh
Yang Bahagia ASP Makan durian bersama pulut,
Radzi Ezzuddin bin Duduk bersembang atas serambi,
Haron, Pemangku Tampillah tuan kami menjemput,
Ketua Cawagan Bersama ucapan kata perasmi.
Khas Daerah, Ibu
Untuk tidak melengahkan masa marilah sama-sama
Pejabat Polis
kita mendengar ucapan perasmian yang akan
Daerah Ampang disampaikan oleh Yang Berbahagia Asp Radzi
Ezzuddin bin Haron, Pemangku Ketua Cawagan Khas
Jaya
Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya

. Majlis dengan penuh hormat dan takzim


mempersilakan.

4
Tuan berbudi tidak terperi,
Hulurkan madah kata perasmi,
Yang Bahagia kami segani,
Kesudian tuan kami hargai.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Rasmilah sudah Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa
dan Guru SMK Taman Keramat yang ke-37 pada hari
ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
atas kesudian Yang Berbahagia ASP Radzi Ezzuddin bin
Haron yang telah merasmikan majlis kita sebentar tadi.

8. Penyampaian sijil Kita teruskan pula majlis ini dengan penyampaian sijil
kepada AJK PIBG kepada AJK PIBG sesi 2016/2017.
Dengan itu, dijemput En Mahzan bin Moin untuk
mengiringi Yang berbahagia ASP Radzi Ezzuddin bin
Haron bagi menyampaikan sijil kepada AJK PIBG sesi
2016/2017.
Dipersilakan

Dijemput
Penasihat Shrifah Zahrah @ Faezah
binti Syed Abu Bakar
YDP PIBG Mahzan bin Moin
Naib Yang Dipertua Noor Nirwandy bin Mat
Noordin
Setiausaha Azlina binti Mustaffa
Bendahari Noor Izzah binti Mohd Sukri
AJK ibu bapa Mohammad Sazali bin

5
Safari
Nurul Huda binti Abu Bakar
Norsuhaila binti Kamarudin
Rahamat bin Abdul Manan
Kamsani bin Mohd Salleh
Mohd Nizam bin Ab
Rahman
AJK Guru Norainun binti Abdullah
Rohana binti Megat
Mahfuzah binti Bokhari
Juruaudit Guru Suzana binti Othman
Juruaudit Ibu Bapa Zahril bin Zubil

Terima kasih diucapkan kepada Yang berbahagia ASP


Radzi Ezzuddin bin Haron dan En Mahzan bin Moin
atas kesudiaan menyampaikan sijil sebentar tadi.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua AJK
PIBG sesi 2016/2017 atas perkhidmatan cemerlang
anda semua.

9.
Penyampaian
Sebagai tanda penghargaan atas kesudian Yang
cenderahati
Berbahagia ASP Radzi Ezzuddin bin Haron merasmikan
kepada tetamu
majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala
kehormat
hormatnya mempersilakan En Mahzan bin Moin, Yang
DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru untuk
menyampaikan cenderahati kepada Yang Yang
Berbahagia ASP Radzi Ezzuddin bin Haron.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

6
Sekali lagi, terima kasih diucapkan kepada Yang
Berbahagia ASP Radzi Ezzuddin bin Haron kerana sudi
menghadiri majlis kami dan juga terima kasih kepada
Yang Dipertua PIBG atas penyampaian cenderahati
itu tadi.

Kata Penutup Oleh itu, maka berakhirlah majlis perasmian


10.
perasmian & mesyuarat agung PIBG kita pada hari ini.
Mesyuarat Agung Sekalung penghargaan yang tidak terhingga
PIBG ke-37 diucapkan kepada Yang Berbahagia ASP Radzi
Ezzuddin bin Haron atas kesudian beliau untuk
meluangkan masa menghadiri majlis kita pada
hari ini.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada En


Mahzan bin Moin, Yang Dipertua PIBG SMK Taman
Keramat serta Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2016/2017
dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung
kali ke-37 serta mereka yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.

Sebelum menutup tirai Majlis Perasmian ini, kami


memohon ampun dan maaf andai tersalah kata
tersilap bicara sepanjang mengacarakan majlis pada
hari ini.

Majlis akan diteruskan dengan Mesyuarat Agung

7
PIBG SMk Taman Keramat Kali ke-37. Seterusnya
majlis akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua
PIBG SMk Taman Keramat sebentar lagi.

Sekian dari kami Assalamualaikum

8
9

Вам также может понравиться