Вы находитесь на странице: 1из 13

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Masa : 25 minit

Umur: 5 Tahun

Standard kandungan: BM 2.3 Membina dan membaca suku kata dan

perkataan

Standard pembelajaran : BM 2.3.4 Membaca perkataan dengan suku kata

terbuka dan tertutup (KVK)

BM 1.3.4 Mendengar, mengecam dan menyebut

perkataan

BM 3.2.3 Menyalin perkataan

Objektif : Di akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat :

1) Membaca perkataan dengan suku kata terbuka dan tertutup

(KVK) dengan betul.

2) Menyebut perkataan dengan suku kata terbuka dan tertutup

(KVK) dengan betul.

3) Menulis perkataan dengan suku kata terbuka dan tertutup (KVK)

dengan betul.

Standard prestasi: Kanak-kanak dapat membaca, menyebut dan menulis

perkataan dengan suku kata terbuka dan tertutup (KVK)

dengan betul.

Kemahiran berfikir aras tinggi: Menganalisa perkataan KVK


Langkah-langkah aktiviti:

1) Guru menampal kad imbasan yang mengandungi perkataan KVK di

papan tulis dan mengedarkan kad imbasan yang serupa kepada

kanak-kanak.

2) Guru menyebut perkataan yang terdapat pada kad imbasan dan

diikuti oleh kanak-kanak. ( pemahaman )

3) Guru meminta kanak-kanak mencari kad imbasan yang sama seperti

yang ditampal di papan tulis. (analisa)

4) Guru meminta kanak-kanak menyalin semula perkataan yang

diberikan di dalam buku. (aplikasi)

5) Guru mengedarkan lembaran kerja kepada kanak-kanak. (menilai)


kek
van
jam
gam
zip
beg
bom
bas
Gariskan perkataan KVK yang terdapat dalam ayat.

Kakak membuat kek untuk ibu.

Ayah membeli beg tangan untuk ibu dan kakak.

Ibu memasak sup untuk adik.


Padankan gambar dengan perkataan KVK dengan betul

beg

bom

kek

bas

zip
Tuliskan perkataan KVK dengan betul berdasarkan gambar.

___

___

___

Вам также может понравиться