Вы находитесь на странице: 1из 5

LEMBAGA PEPERIKSAAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

FORMAT PELAPORAN
UJIAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH
BAHASA MELAYU SPM
2017

LAPORAN KETUA PENTAKSIR MATA PELAJARAN

NAMA SEKOLAH : SMK TOKAI


KOD SEKOLAH : KEAA091
NOMBOR PUSAT : KF103-1
NO. TEL. SEKOLAH : 04-7644657
BILANGAN CALON : 83 orang

NAMA KETUA PENTAKSIR SEKOLAH : PN NUR IZATI BINTI ISMAIL


NAMA PENTAKSIR SEKOLAH : PN CHE ROSNAH BT HASHIM
1. LAPORAN PRESTASI CALON MENGIKUT KONSTRUK
(Kekuatan, Kelemahan dan Kesilapan)

1.1 Tatabahasa dan kosa kata:

a) Kekuatan
Calon dapat menggunakan tatabahasa dengan betul dan
gramatis secara berkesan semasa ujian dijalankan, di
samping pemilihan kosa kata yang baik dan tepat sesuai
dengan tajuk perbincangan.

b) Kelemahan
Calon mencampuradukkan penggunaan tatabahasa dan
kosa kata yang sering digunakan dalam pertuturan harian
dengan tatabahasa dan kosa kata bahasa Melayu baku.
Calon menggunakan ayat-ayat pendek dan tanpa imbuhan
yang sesuai.

c) Kesilapan
Calon tidak dapat menggunakan tatabahasa dan kosa kata
yang sesuai, betul dan gramatis semasa ujian dilaksanakan
dan tidak bertepatan dengan tajuk perbincangan.

1.2 Sebutan, Intonasi dan Nada

a) Kekuatan
Sebutan, intonasi dan nada calon baik, jelas, dan sesuai
bagi menggambarkan keyakinan mereka untuk
mengemukakan idea dan huraian dengan baik.

b) Kelemahan
Sebutan, intonasi dan nada calon tidak begitu jelas, tidak
sesuai dan mendatar semasa mengemukakan idea dan
huraian.

c) Kesilapan
Calon mencampuradukkan sebutan, intonasi dan nada
pertuturan harian mereka dengan bahasa Melayu baku
tetapi cenderung menggunakan loghat mereka.
1.3 Kefasihan

a) Kekuatan
Calon fasih semasa mengemukakan pandangan dan
huraian, tidak tersekat-sekat dan menyakinkan pentaksir
dengan kepetahan calon berkomunikasi.
b) Kelemahan
Calon tidak begitu fasih, tidak lancar dan tersekat-sekat
ketika melontarkan idea. Calon tidak dapat
mengungkapkan pendapatnya dengan baik dan lancar.

c) Kesilapan
Calon tidak mahu bercakap dan pentaksir terpaksa
merangsang calon untuk berkomunikasi dengan
bertanyakan soalan.

1.4 Bermakna

a) Kekuatan
Calon dapat mengemukakan pendapat, huraian dan contoh
yang bermakna sesuai dengan tajuk perbincangan yang
dipilih.

b) Kelemahan
Calon mengemukakan idea, huraian dan contoh yang
kurang bermakna. Huraian dan contoh yang dikemukakan
tidak begitu sesuai dan jelas.

c) Kesilapan
Calon berbual tentang perkara yang tidak bermakna dan
kurang kaitan dengan tajuk perbincangan kerana tidak
bersedia.

2. PRESTASI KESELURUHAN CALON BERDASARKAN SKOR

PERINGKAT SKOR BILANGAN CALON

Sangat baik 36 40 24
Baik 28 35 54
Memuaskan 20 27 5
Kurang memuaskan 12 19 0
Pencapaian Minimum 4 11 0
JUMLAH BESAR 83
Catatan (jika perlu)
3. KOMEN TENTANG INSTRUMEN / MODEL

3.1 Model yang digunakan oleh pelajar:

Semua pelajar memilih model individu untuk taksiran ketiga dan


sesuai dengan aktiviti yang dijalankan.

3.2 Kesesuaian model dengan pelajar

Model dan aktiviti dipilih oleh pelajar dan disesuaikan oleh guru
dengan bahan ujian dan tahap kemampuan pelajar. Bahan ujian
disediakan oleh pelajar yang sesuai dengan model.

4. SARANAN KEPADA CALON

Calon perlulah membuat persediaan awal mengenal pasti tajuk,


model, aktiviti, dan bahan rangsangan yang sesuai setelah diberi
tempoh dua minggu oleh guru. Calon perlu membaca bahan yang
berkaitan tajuknya sebagai persiapan awal.

5. SARANAN KEPADA GURU

Guru memaklumkan kepada calon lebih awal bagi memudahkan


mereka memilih tajuk dan bahan rangsangan. Guru perlu
membantu pelajar memilih tajuk berdasarkan keupayaan dan
kebolehan pelajar untuk membolehkan mereka berkomunikasi
dengan baik dan lancar.

6. ISU DAN SARANAN PENAMBAHBAIKAN ULBS

Terdapat segelintir calon yang tidak membuat persediaan (tajuk


dan bahan) walaupun telah dimaklumkan (jadual pelaksanaan)
dua minggu sebelum ULBS dilaksanakan.
Malah ada calon yang tidak mematuhi jadual pelaksanaan ULBS
yang telah ditetapkan oleh guru BM masing-masing kerana
ponteng sekolah.
Calon melaksanakan ujian dengan tidak bersungguh-sungguh
walaupun telah dimaklumkan kepentingan ULBS BM.
7. HAL-HAL LAIN (jika perlu)

Guru perlu berbincang dengan pelajar terlebih dahulu tentang


tajuk sebelum ULBS BM dilaksanakan. Malah guru boleh memilih
beberapa orang pelajar dalam kelas masing-masing untuk
melaksanakan percubaan sebelum ULBS BM sebenar
dilaksanakan.

TANDATANGAN KETUA PENTAKSIR SEKOLAH :...............................................

PENGESAHAN PENGETUA :................................................

TARIKH : .............................................

Вам также может понравиться