Вы находитесь на странице: 1из 10

1.

0 PENDAHULUAN
Komunikasi merupakan kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh setiap
individu. Hal ini demikian kerana komunikasi berlaku dalam kehidupan seharian
kita untuk berhubung dengan orang lain. Kemahiran komunikasi ini bukan
sekadar untuk berbicara dan mendengarkan sesuatu yang diucapkan oleh orang
lain. Akan tetapi, dengan kemahiran yang ada, individu itu mampu untuk
membantu memahami sesuatu yang diperkatakan oleh seseorang. Seterusnya,
seseorang individu juga harus memastikan dirinya memahami mesej yang
disampaikan oleh individu yang lain. Untuk memudahkan pihak lawan bicara
memahami apa yang hendak kita sampaikan, kita juga perlu berusaha memahami
reaksi dan karakter individu tersebut. Oleh itu, barulah komunikasi yang berkesan
boleh berlaku.

1
2.0 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
2.1 TAKRIF KOMUNIKASI
Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai proses pengiriman maklumat,
pemikiran, sikap atau emosi daripada seseorang dengan menggunakan
simbol-simbol (Theodorson & Theordorson, 1964). Proses-proses tersebut
berlaku dalam bentuk mesej yang ingin disampaikan yang mana pada
akhirnya akan menghasilkan suatu tindak balas daripada pihak yang
sedang kita berkomunikasi dengannya. Sebagai contoh, seorang kanak-
kanak menangis kerana ingin mendapatkan segelas air dari meja yang
tinggi lalu ibunya mengambil dan memberikan kepadanya. Daripada situasi
berikut telah berlaku pemindahan maklumat, sikap, dan emosi kanak-kanak
tersebut yang mana akhirnya menyebabkan ibunya memahami kehendak
anaknya itu.

2.2 FUNGSI KOMUNIKASI


Antara fungsi utama komunikasi adalah untuk menjalinkan hubungan.
Sebagaimana yang kita ketahui, komunikasi adalah proses pengiriman
maklumat antara seseorang kepada seseorang yang lain. Oleh hal yang
demikian, sesuatu hubungan boleh terjalin semasa komunikasi itu berlaku
apabila masing-masing mula mengenali antara satu sama lain.

Selain itu, fungsi komunikasi yang seterusnya adalah untuk memberi


ransangan dan mempengaruhi seseorang. Sebagai contoh, seorang ketua
ingin menaikkan semangat para pekerja yang telah kepenatan bekerja
sepanjang hari agar mereka terus bersemangat dan terus fokus melakukan
kerja hingga ke akhirnya.

Fungsi komunikasi yang seterusnya adalah untuk berseronok. Menerusi


komunikasi kita dapat berhibur dan menghiburkan orang lain dengan
menggunakan stratergi komunikasi yang berkesan yang mana ia dapat
mempengaruhi emosi dan sikap seseorang. Oleh itu, keseronokan akan
timbul apabila masing-masing mempunyai persefahaman tanpa
menimbulkan rasa tidak senang antara satu sama lain.

2
3.0 ISU KELEMAHAN PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DALAM
KALANGAN PELAJAR IPG

3.1 ISU PENYAMPAI DAN PENERIMA


Antara isu berkaitan kelemahan penguasaan kemahiran komunikasi
yang paling utama adalah berkaitan dengan isu penyampai. Penyampai
yang baik harus mengetahui cara penyampaian yang betul agar mesej
dapat diterima baik oleh penerima. Seorang penyampai juga perlu
menguasai kemahiran dalam bertutur dan cekap dalam berbahasa. Pada
pandangan saya, pelajar-pelajar di IPG masih kurang menguasainya.
Sebagai contoh perbualan antara pelajar dan pensyarah masih lagi kurang
menepati syarat-syaratnya. Kebanyakan pelajar masih tidak menguasai
cara sapaan yang betul. Ada yang memperlakukan pensyarah seolah-olah
rakan sekuliah mereka. Selain itu, sapaan yang diberikan kepada pekerja-
pekerja pembersihan seperti mak cik juga kurang sesuai digunakan. Hal
ini akan menyebabkan penerima berasa tidak selesa dan tidak dihormati
dengan panggilan sedemikian.

Seseorang penerima perlu mengetahui gangguan-gangguan sebelum


atau semasa suatu mesej disampaikan dan seterusnya mengurangkan
gangguan tersebut. Contohnya, komunikasi antara pensyarah dengan
pelajar akan terganggu sekiranya pelajar tersebut memberikan fokus pada
perkara selain daripada perbualan dengan pensyarahnya seperti bermain
dengan telefon pintar semasa berbual. Hal ini perlulah dielakkan oleh
penerima kerana penerima perlu menerima dan memahami maklumat yang
disampaikan untuk menjadikan sesebuah komunikasi itu berkesan.

3.2 ISU MESEJ

Menurut Nazariyah Sani dalam bukunya Bahasa Melayu Konstektual


(2016), antara elemen terpenting dalam sesebuah komunikasi ialah mesej.
Menurut beliau, mesej perlulah disampaikan dalam bentuk yang mudah
difahami dan santai. Mesej yang bijak akan mudah diterima oleh penerima.
Contohnya, pelajar tidak dapat memahami maklumat yang disampaikan

3
oleh pensyarah sekiranya tingkat bahasa yang digunakan terlalu tinggi bagi
pelajar itu atau pensyarah itu menggunakan istilah-istilah yang jarang
didengari. Hal ini akan melambatkan proses penerimaan mesej tersebut
kerana perlu melalui proses-proses penafsiran dan penterjemahan terlebih
dahulu sebelum mengetahui isi sebenar mesej yang disampaikan.

3.3 ISU SALURAN

Selain itu, saluran yang digunakan dalam berkomunikasi di IPG ini juga
menjadi suatu isu yang hangat diperkatakan dalam kalangan warga IPG.
Saluran ini boleh berbentuk lisan, bukan lisan, penulisan dan lain-lain.
Pada pandangan saya, pelajar di IPG ini masih kurang memahami
prosedur yang betul bagaimana hendak berkomunikasi dan berurusan
dengan pihak atasan. Contohnya, apabila badan JPP ingin mengusulkan
sesuatu perkara kepada Unit Hal Ehwal Pelajar atau pun kepada jabatan-
jabatan lain yang terdapat di IPG. Apabila cara yang digunakan itu tidak
betul maka ia akan membantutkan proses pemindahan maklumat kepada
pihak yang sewajarnya. Maka, perkara yang diusulkan itu tidak akan
dilayan seterusnya apa yang dirancang tidak dapat dilaksanakan.

3.4 ISU GANGGUAN

Isu yang seterusnya adalah isu gangguan. Sekiranya terdapat


gangguan dalam komunikasi, mesej yang ingin disampaikan akan menjadi
tidak jelas dan mungkin penerima mentafsir mesej secara tidak tepat.
Hasilnya, maklum balas yang diterima adalah negatif. Sebagai contoh,
dalam sebuah pengacaraan majlis, pelajar tidak dapat mengurangkan
gangguan semasa majlis itu berlansung. Para pelajar tidak menumpukan
perhatian kerana terdapat gangguan-gangguan fizikal seperti telefon pintar
dan rakan-rakan yang membuatkan fokus mereka tersasar dari radarnya.
Oleh itu, seorang penyampai perlu bijak bagi mengurangkan gangguan
terhadap penerimanya.

4
3.5 ISU MAKLUM BALAS

Isu yang akhir sekali berkaitan isu maklum balas yang diperoleh.
Penerima perlu memberikan maklum balas dalam sesebuah komunikasi
supaya ia dilihat sebagai suatu usaha menunjukkan kita memahami mesej
yang disampaikan. Tamsilnya dalam sebuah kuliah, para pelajar
memberikan maklum balas yang kurang memberansangkan apabila disoal
tentang syarahan yang diberikan oleh pensyarah. Hasilnya, pensyarah
tidak dapat mengetahui sama ada pelajarnya memahami atau tidak
berkaitan dengan syarahan yang diberikannya. Oleh hal yang demikian,
akan berlaku keciciran oleh pelajar kerana tidak memberikan maklum balas
yang sepatutnya kepada pensyarahnya. Sekiranya pelajar tersebut
memberikan maklum balas mengenai ketidakfahamannya pasti pensyarah
tersebut akan mengulangi dan cuba menerangkannya secara lebih jelas
bagi memudahkan pelajar itu memahaminya.

5
4.0 FAKTOR DAN KESAN KELEMAHAN PENGUASAAN KEMAHIRAN
KOMUNIKASI DALAM KALANGAN PELAJAR IPG

Faktor keluarga merupakan faktor utama yang mempengaruhi


penguasaan komunikasi (Abdillah Royo & Suriani Muda, 2007). Hal ini
demikian kerana anak-anak dan ibu bapa saling mempengaruhi antara satu
sama lain. Berdasarkan kajian berkaitan sistem keluarga (Galvin dan
Brommel, 1996), hubungan keluarga adalah bersifat menyeluruh dan
melihat kepada interaksi dan saling bergantung antara ahli-ahli di dalam
sistem untuk mengekalkan keseimbangan dan kelangsungan sistem.
Kajian ini telah menerangkan proses komunikasi yang berlaku dalam
keluarga. Jika baik asas sesebuah keluarga itu maka, komunikasi yang
berlaku dalam keluarga itu merupakan komunikasi yang berkesan dan
positif.
Conger dan Peterson (1984) mendapati keluarga yang bermasalah
menunjukkan berlakunya gangguan komunikasi dan ini akan menyebabkan
remaja mengalami sakit mental atau mengalami kesukaran psikologi yang
serius. Akhirnya menyebabkan seseorang anak itu mempunyai rasa rendah
diri yang sangat tinggi untuk berdepan dengan masyarakat dan dunia luar
disebabkan faktor keluarga yang menggunakan komunikasi yang tidak
betul dengan anak-anak seperti memarahi dan memaksa anak untuk
melakukan sesuatu perkara dan anak itu merasakan setiap perlakuannya
adalah tidak betul dan akan dimarahi akibat perbuatannya itu.

Seterusnya, faktor yang mempengaruhi komunikasi diikuti selepas


faktor keluarga adalah faktor pembelajaran dalam kelas (Abdillah Royo &
Suriani Muda, 2007). Pendidikan secara tidak langsung membabitkan
komunikasi antara pelajar dan pengajar dalam proses (PdP) dan pergaulan
seharian yang mana boleh dikategorikan sebagai suatu kegiatan sosial.
Proses komunikasi dalam bilik darjah boleh berlaku secara lisan dan bukan
lisan di mana pengetahuan, sikap dan kemahiran yang disampaikan
bertujuan untuk mendapatkan gerak balas yang dikehendaki. Komunikasi
lisan berlaku apabila guru berinteraksi dengan murid ketika bercakap,
memberi penjelasan, menyoal, meneguh, menegur, mengarah,
6
menghampiri, mengenakan denda dan sebagainya (Mohd Khairudin
Abdullah, Khalid Johari, Ag Yusof Ag Chuchu & Halimah Laji, 2014).
Sementara komunikasi bukan lisan berlaku melalui hubungan mata,
pergerakan badan, air muka, pakaian, keterampilan, penglibatan
pendengar, penggunaan gurau senda dan sifat semula jadi guru. Oleh itu,
pendekatan yang digunakan oleh seseorang guru dalam berkomunikasi
dengan pelajarnya mempengaruhi tahap penguasaan komunikasi.
Sekiranya bakal guru tidak dapat berkomunikasi dengan baik, objektif
pengajaran dan pembelajaran yang dirancang akan gagal serta
menyebabkan murid mengalami perasaan tidak puas hati, tekanan
psikologi kesihatan fizikal, kesepian, hilang perasaan kasih sayang dan
sebagainya. Guru yang tidak dapat berkomunikasi dengan baik akan
menyebabkan kelasnya tidak terkawal kerana lemah dari segi aspek
pengawalan kelas yang memerlukan hubungan dan interaksi yang baik
dengan pelajar. Untuk hal yang lebih teruk, guru terpaksa menggunakan
komunikasi yang kurang sihat seperti bercakap kasar, memaki dan
menampar yang mana turut mempengaruhi tingkah laku pelajar.

7
5.0 CADANGAN-CADANGAN MENGATASI KELEMAHAN PENGUASAAN
KOMUNIKASI DALAM KALANGAN PELAJAR IPG

5.1 MENGHADIRI KURSUS KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI


Sememangnya dalam kalangan pelajar IPG ada yang mengalami
masalah komunikasi disebabkan faktor keluarga dan pembelajaran dalam
kelas. Akan tetapi pelajar IPG boleh cuba untuk membendung masalah
komunikasi yang dihadapi dirinya dengan menghadiri program-program
atau kursus untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Hal ini
demikian kerana untuk berkomunikasi dengan baik bukanlah suatu perkara
yang mudah. Dengan menghadiri kursus, pelajar akan diberikan bimbingan
dan tunjuk ajar oleh konsultan. Tujuan menghadiri kursus seperti ini adalah
antaranya untuk meningkatkan pengetahuan untuk kemahiran
penyampaian dan pengendalian yang berkesan, kemahiran menyoal untuk
mendapatkan maklumat dan penggunaan laras bahasa yang betul
mengikut kesesuaian keadaan.

5.2 MENGADAKAN PELBAGAI PERTANDINGAN


Selain itu, pihak IPG boleh menganjurkan pelbagai pertandingan seperti
pertandingan pidato, syarahan, dan forum untuk disertai oleh pelajar-
pelajar dengan tujuan untuk mengasah bakat dan mengurangkan rasa
malu dalam diri masing-masing. Keyakinan diri seseorang akan bertambah
sekiranya individu tersebut mendapat pujian daripada persembahannya
dan apabila sering berhadapan dengan khalayak ramai. Jadi, amat bagus
pertandingan-pertandingan seperti ini diadakan untuk kebaikan para
pelajar itu sendiri.

8
6.0 PENUTUP
Kesimpulannya, kemahiran komunikasi sangat penting untuk dikuasai oleh
pelajar IPG agar mereka dapat menjalankan fungsi sebagai bakal pendidik,
pembimbing, pemimpin, dan pendorong kepada para pelajar. Hal ini demikian
kerana perguruan merupakan suatu profesion yang matlamatnya adalah untuk
membentuk insan dan ikhsan manusia yang sempurna sari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek, dan sosial. Peranan yang dimainkan oleh seorang guru amat
penting dalam membentuk generasi akan datang. Oleh itu, setiap bakal guru perlu
mempunyai kemahiran profesional, cekap, dan dedikasi dalam menjalankan tugas
dan berkhidmat kepada negara dalam mencapai visi dan misinya.

9
7.0 BIBLIOGRAFI

Abdillah Royo & Suriani Muda. (2007). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Tahap
Penguasaan Kemahiran Komunikasi Di Kalangan Pelajar Tahun 4 Perdana Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan(Kej. Awam, Kej. Elektrik, Kej. Jentera Dan
Kemahiran Hidup) Di Universiti Teknologi Malaysia. Jurnal Universiti Teknologi
Malaysia, 9.

Che Hasniza Che Noh. (2006). Hubungan Keluarga Dari Aspek Komunikasi Dan Gaya
Keibubapaan . Jurnal Jabatan Bahasa Dan Komunikasi, 13.

Dayangku Fitriyani Awang Mahrup. (2015). Laporan Kursus Training Trainers 2015. Perak:
Kementerian Kerja Raya.

Irpan Harahap. (2011, Ogos 11). Pendekatan Guru dalam Proses Pembelajaran. Didapatkan
dari Irpan Berusaha Menjadi Yang Terbaik:
https://irpan1990.wordpress.com/2011/08/11/pendekatan-guru-dalam-proses-
pembelajaran/

Mohd Khairudin Abdullah, Khalid Johari, Ag Yusof Ag Chuchu & Halimah Laji. (2014).
Komunikasi Guru Dalam Bilik Darjah Dan Tingkah Laku Delinkuen Murid Sekolah
Menengah. Jurnal Pemikir Pendidikan, 14.

Nazariyah Sani. (2016). Bahasa Melayu Konstektual. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

10

Вам также может понравиться