You are on page 1of 10

1.

0 PENDAHULUAN

Kejayaan seseorang pelajar terletak pada kegigihan dan kesungguhannya dalam belajar
di samping tawakal yang tinggi kepada yang Maha Esa. Sebuah kejayaan perlulah
bersandarkan kepada yang Maha Esa sebagai pengurnia kepada kejayaan tersebut. Selain
daripada aspek kegigihan, kesungguhan, dan tawakal, peranan seorang guru juga
mempengaruhi kejayaan seseorang pelajar. Hal ini demikian kerana, guru merupakan
sumber bagi para pelajar bagi mendapatkan ilmu pengetahuan. Guru dikatakan sangat
mempengaruhi kerana cara yang digunapakai oleh seseorang guru itu dalam proses
pembelajaran dan pengajaran (PdP) memberikan kesan dalam membantu pemahaman para
pelajar. Sekiranya guru itu menggunakan cara yang efektif, moden dan menarik maka, ia
membantu pelajar supaya belajar dengan berkesan. Oleh itu, para guru perlulah mencari
alternatif yang berkesan dalam menjalankan pembelajaran dan pengajaran (PdP) semasa di
sekolah.

1
2.0 GURU BERKESAN
2.1 LATAR BELAKANG GURU BERKESAN

Nama diberi Rosni binti Johari. Beliau merupakan seorang guru yang mengajar
subjek Kemahiran Hidup Ekonomi Rumah Tangga di Sekolah Menengah
Kebangsaan Penanti yang bertempat di Kubang Semang, Pulau Pinang. Beliau
telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.

2.2 ELEMEN PROFESIONALISME KEGURUAN OLEH GURU BERKESAN

Perkataan profesional berkait rapat dengan profesion atau ikhtisas. Menurut


Kamus Dewan ( 2005 ), profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang
memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan
yang khas. Selain itu, profesion juga melibatkan keperluan masyarakat terhadap
khidmatnya. Seperti profesion keguruan, para guru menyumbangkan khidmatnya
bagi membangunkan ketamadunan sesebuah masyarakat. Aspek keguruan
dianggap sebagai satu profesion apabila guru memperoleh pengetahuan atau
kemahiran melalui latihan dalam suatu tempoh masa yang panjang, meningkatkan
profesionalisme, komited kepada klien dan mempunyai kuasa autonomi dalam
membuat keputusan.

Berdasarkan temubual yang telah dijalankan, cikgu Rosni telah menyatakan


beberapa elemen yang perlu ada dalam profesionalisme keguruan. Antaranya
seorang guru yang berkesan perlulah menguasai bidang yang diceburinya.
Seperti cikgu Rosni, beliau telah menceburi bidang Sains Rumah Tangga. Beliau
perlu memastikan dirinya betul-betul memahami bidang Sains Rumah Tangga
sebelum mengajarkan kepada pelajar-pelajarnya. Kelebihannya adalah pada diri
guru itu sendiri, apabila seseorang guru itu menguasai bidangnya, proses (PdP)
akan menjadi lancar dan berkesan. Sebagai analoginya, jika terdapat seorang
pelajar yang menanyakan soalan kepada gurunya, proses (PdP) akan menjadi
lebih menarik apabila guru tersebut dapat menjawab dengan baik di samping
pencetusan soalan yang bernas yang mampu menguji minda pelajar-pelajar yang
lain.

Selain itu, cikgu Rosni juga mementingkan penampilan, etika dan sikap dalam
menjaga imej seorang guru yang menjadi perhatian kepada ibu bapa, masyarakat,
dan para pelajar. Hal ini demikian kerana bidang keguruan dikategorikan sebagai

2
profesion di mana para guru ini diberi pengiktirafan secara formal. Oleh itu, para
guru haruslah menampilkan ciri-ciri profesionalisme dalam dirinya. Selain itu,
segala perbuatan dan tingkah laku guru dari segi penampilan, etika dan sikap
diperhati dan ia akan memberikan tanggapan kepada yang memerhati sama ada
baik atau buruk.

2.3 KONSEP PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Dalam konteks profesional keguruan, seorang guru perlulah berusaha


meningkatkan teknik pengajaran lama kepada teknik yang lebih berkesan.
Perubahan ini membolehkan peningkatan prestasi dan memberi perkhidmatan
yang bermutu tinggi dalam bidang profesionalisme keguruan. Di samping
peledakan perkembangan ilmu pengetahuan kini, para guru boleh mencuba suatu
kelainan yang boleh diterapkan dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran.
Sekiranya guru tidak mahu ketinggalan dalam bidang yang diceburinya, maka guru
itu perlulah mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan yang terkini dan dinamik
agar perubahan dapat dilakukan.

Cikgu Rosni telah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Onn di


Bagan Ajam, Pulau Pinang. Kemudian beliau menyambung pelajarannya ke
Maktab Perguruan Tunku Bainun dalam bidang Sains Rumah Tangga. Setelah
beliau mendapat diploma perguruannya, beliau ditempatkan di Sekolah Menengah
Kebangsaan Penanti. Setelah empat tahun, beliau menyambung pelajarannya di
Universiti Kebangsaan Malaysia bagi menambah dan meningkatkan lagi ilmu
pengetahuan sedia ada dalam bidangnya. Setelah berusaha bersungguh-
sungguh cikgu Rosni berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam Sains Rumah
Tangga. Kemudian, beliau ditempatkan semula di SMK penanti dan
menabur bakti kepada warga SMK Penanti. Pada Tahun 2016, beliau telah
berjaya menyiapkan Ijazah Sarjana dalam Pengajian Kokurikulum. Walaupun
beliau tidak menyambung pengajian dalam bidangnya, namun semangatnya untuk
menambah ilmu pengetahuan membuatkan beliu berjaya sehingga ke hari ini.

Cikgu Rosni menyatakan seorang guru haruslah sentiasa berterusan dalam


pembelajaran. Para guru tidak seharusnya berasa selesa dengan pencapaian
atau kedudukan yang mereka gapai sekarang. Mereka seharusnya berdaya saing
secara positif dari segala aspek seperti peningkatan prestasi para pelajar agar
mereka sama-sama berjaya. Cikgu Rosni menyatakan bahawa tidak susah untuk

3
mendapatkan ilmu dengan kecanggihan teknologi yang ada pada zaman kini.
Dengan satu klik sahaja, apa-apa jenis maklumat yang kita perlukan kita boleh
dapatkan. Pesanan beliau, dalam menggunakan kemudahan teknologi pada hari
ini haruslah berpada-pada dan perlu pandai dalam memilih maklumat yang betul-
betul berguna dan berfaedah. Seperti dalam bidang masakan, ia bukanlah
semata-mata mengenai masakan. Dalam masakan kita juga perlu mengkaji
bahan-bahan yang digunakan dalam menu masakan kita. Sebagai contoh,
makanan-makanan yang secara fizikalnya tidak sihat untuk dimakan, kita boleh
kaji dan olah bahan-bahan yang digunakan agar menjadi lebih sihat untuk
dimakan. Oleh itu, para guru tidak harus pergi ke sekolah hanya sekadar untuk
mengajar dan tanggungjawabnya kepada para pelajar akan berhenti setakat di
situ. Akan tetapi, mereka perlulah mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang
hayat dalam kehidupan mereka.

2.4 SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI DAN MASYARAKAT


Seorang guru yang berkesan bukan hanya mampu meningkatkan prestasi para
pelajarnya, malahan guru berkesan ini mampu untuk menabur baktinya kepada
orgnisasi dan masyarakat ataupun komuniti. Guru berkesan boleh
menyumbangkan kemahiran dan kepakaran yang ada padanya kepada komuniti
atau masyarakat. Dengan ini secara tidak langsung, sesebuah organisasi itu akan
mendapat manfaat daripada guru berkesan tersebut apabila kemahiran atau
kepakaran yang ada pada seseorang guru yang berkesan itu disebarkan. Dengan
penglibatan guru berkesan ini sedikit sebanyak ia mampu meningkatkan
pencapaian dalam organisasi dan masyarakat walaupun bukan dalam kuantiti atau
jumlah yang besar. Apa yang paling penting, jasa seorang guru berkesan itu
sentiasa mengalir dalam membantu orang-orang di sekelilingnya.

Antara sumbangan cikgu Rosni yang merupakan seorang guru cemerlang subjek
Kemahiran Hidup Ekonomi Rumah Tangga ialah beliau membantu memberikan
taklimat atau seminar teknik menjawab kepada para pelajar yang melibatkan
organisasi mahupun masyarakat. Cikgu Rosni bersedia mengorbankan waktu
lapangnya semata-mata ingin berkongsi ilmu dengan para pelajar. Pada
kebiasaannya, cikgu Rosni dipanggil untuk memberikan seminar teknik menjawab
untuk peperiksaan PT3 dan SPM. Banyak negeri yang telah dilawatinya seperti
Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan sekitarnya. Sebagai contoh, beliau telah
dijemput ke SMK (P) Sri Mutiara sebanyak dua kali pada tahun 2016 iaitu pada 30
Mei 2016 dan 8 Ogos 2016. Bukan itu sahaja, beliau juga turut menyumbang

4
kepada komuniti kawasan perumahannya dengan mengadakan seminar teknik
menjawab secara percuma dengan kerjasama Kelab Rukun Tetangga yang juga
mencari tenaga pengajar seperti cikgu Rosni untuk subjek-subjek yang lain.
Dengan ini secara tidak langsung cikgu Rosni telah membantu meringankan beban
ibu bapa yang kurang berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke kelas
tambahan.

Di samping itu, cikgu Rosni merupakan seorang yang gemar dan pandai
memasak. Oleh itu, beliau menggunakan kemahiran memasaknya untuk
melakukan kerja-kerja amal. Antaranya beliau sering memberikan makanan
secara percuma apabila sesebuah majlis ceramah dilangsungkan di surau
kawasan kediamannya. Kata beliau, melakukan kerja-kerja seperti ini adalah
memenatkan. Akan tetapi, apabila minat yang mendorong dan kepuasan yang kita
terima akan menyebabkan kepenatan itu hilang di samping dapat melakukan amal
jariah dengan ikhlas.

Seterusnya, cikgu Rosni juga sering dijemput untuk menjadi pengadil atau juri
dalam pertandingan-pertandingan memasak sama ada pertandingan yang
dianjurkan dalam kawasan kediamannya, peringkat daerah mahupun negeri. Hal
ini demikian kerana cikgu Rosni merupakan seorang chef yang agak dikenali
kerana kejayaan-kejayaan beliau dalam pertandingan-pertandingan memasak
yang beliau sertai. Kepakaran beliau amat terserlah apabila kumpulan-kumpulan
bimbingan beliau yang memasuki pertandingan sebelum ini akan membolot
kemenangan seperti tujuh daripada sepuluh kategori. Seperti dalam pertandingan
Chef Remaja Maggi / Nestle 2014 peringkat negeri Pulau Pinang beliau berjaya
membimbing pasukannya sehingga mendapat johan yang mana kesemua ahli
pasukan itu adalah pelajar lelaki di peringkat kebangsaan. Pihak sekolah juga
telah mengiktiraf beliau sebagai guru pembimbing terbaik pada tahun 2015 kerana
banyak kejayaan yang beliau sumbangkan kepada sekolahnya. Panggilan-
panggilan untuknya sering tidak putus untuk menjadi pengadil dalam mana-mana
pertandingan memasak. Dengan ini sesebuah program dapat dilaksanakan
dengan baik dan lancar walaupun tidak menjemput chef yang jauh lebih terkenal
seperti chef Wan . Cukup dengan adanya seorang chef yang profesional seperti
cikgu Rosni ini.

Selain seminar teknik menjawab kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki


peperiksaan PT3 dan SPM, cikgu Rosni juga mengajar subjek Teknologi Masakan

5
secara sambilan di Open University Malaysia. Oleh itu, pada setiap hari ahad
beliau akan ke sana bagi memberikan ilmu yang dimilikinya. Walaupun beliau
merupakan seorang guru, namun perkara tersebut tidak menghalangnya untuk
bergerak lebih aktif dalam menyampaikan ilmu. Kita tidak seharusnya malu dalam
melakukan sesuatu perkara yang baik meskipun kita berasa kecil kerana orang
yang kita mengajar itu lebih tua daripada kita kata beliau. Oleh itu, kita haruslah
rebut peluang yang ada dan jangan biarkan ia berlalu pergi begitu sahaja sehingga
suatu masa baru kita tersedar dan menyesal kerana tidak merebut peluang
tersebut.

2.5 GURU DAN CABARAN SEMASA

Setiap perkara yang kita lakukan pasti ada cabaran yang mendatang. Tambahan
pula, perkara yang melibatkan sesebuah organisasi dan masyarakat. Menurut
cikgu Rosni, cabaran yang dihadapinya adalah mengenai kekangan dalam
mencari masa yang sesuai. Umum mengetahui bahawa pekerjaan seorang guru
kini perlu mengorbankan waktu cutinya untuk program-program yang diadakan di
sekolah. Oleh itu, beliau menghadapi kesukaran apabila berlaku pertembungan
masa antara program di sekolah seperti Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dan
program-program di luar. Disebabkan itu, beliau terpaksa membatalkan program-
programnya bersama komuniti oleh kerana program di sekolah perlu diutamakan.

Dalam mendepani realiti dunia hari ini, negara semakin berusaha untuk
menjadikan negara kita sebagai negara maju. Oleh hal yang demikian, negara-
negara barat dijadikan model sabagai panduan dalam mencapai negara maju.
Seiring itu, Malaysia yang masih lagi banyak kekurangan terutamanya dari segi
kecanggihan teknologi kita yang jauh ketinggalan berbanding negara-negara lain.
Hal ini menyebabkan kemudahan-kemudahan yang diperlukan tidak dapat
disediakan dalam merealisasikan pembelajaran abad 21. Selain daripada
masalah yang dihadapi oleh guru itu sendiri berkenaan pengendalian peralatan-
peralatan yang menggunakan kemudahan ICT disebabkan faktor peredaran
zaman.

Selain itu, para guru bukan sahaja memegang tanggungjawab untuk mengajar
para pelajar di dalam kelas. Malah, para guru sekarang ini perlu mengendalikan
kerja-kerja yang tidak berkaitan dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran dan
pengajaran. Guru-guru di sekolah terpaksa mengendalikan pelbagai program-

6
program yang tidak begitu penting berbanding proses (PdP). Kerja-kerja
pengkeranian juga membuatkan para guru berasa terbeban seperti guru perlu
mengisi data-data peribadi pelajar. Disebabkan itu, guru kurang bersedia untuk
proses (PdP) seperti penyediaan bahan bantu mengajar tidak dapat dilaksanakan.

Seterusnya, guru-guru juga menghadapi masalah ancaman daripada ibu bapa


yang terlalu over protective terhadap anak-anak mereka menyebabkan guru-
guru berasa sukar untuk mendidik anak-anak mereka. Manakan tidak, guru-guru
dilarang menyentuh anak-anak mereka seperti mencubit dan memukul dengan
tujuan untuk memberi pengajaran kepada pelajarnya. Sekiranya tidak, guru-guru
tersebut pastinya akan disaman oleh ibu bapa walaupun kita lihat hukuman
tersebut tidak setimpal dengan hukuman ibu bapa itu terhadap guru kepada
anaknya. Biar kita lihat semula zaman-zaman 80-an dan 90-an dahulu,
kebanyakan ibu bapa tidak melarang guru-guru daripada berbuat demikian malah,
menggalakkkannya lagi. Seperti yang kita lihat, pendekatan yang sedemikian
mampu membuatkan anak-anak mereka berjaya. Dengan sikap ibu bapa yang
menekan ibu bapa, kemungkinan berlaku ketidakikhlasan guru tersebut dalam
menyampaikan ilmu kepada pelajarnya. Hal ini menyebabkan para pelajar tidak
mendapat keberkatan daripada seorang guru selain daripada melahirkan seorang
guru yang tidak mempunyai rasa tanggungjawab terhadap pelajarnya dari segi
bimbingan secara berterusan kepada pelajar-pelajarnya. Hasil daripada inilah,
guru-guru hanya berasa tugas mengajar pelajarnya terhenti dan selesai dalam
kelas sahaja.

7
3.0 PENUTUP

Sememangnya profesion keguruan ini bukanlah suatu bidang yang mudah. Ia perlu
melalui pelbagai latihan dan proses sebelum seseorang guru itu bergelar guru. Zaman
bertukar zaman, para guru perlu mengharungi pelbagai cabaran dalam professionnya.
Guru abad kini bukanlah semata-mata guru yang mengajar di dalam kelasnya. Akan
tetapi, guru-guru kini perlu melakukan pelbagai perkara seperti tugas-tugas pengkeranian
dan menjalankan aktiviti kokurikulum di samping tugas utamanya iaitu mengajar. Dalam
situasi ini, guru-guru juga bakal guru perlu bersedia mental dan fizikal dalam menghadapi
alam pendidikan Malaysia yang penuh cabaran ini. Sekiranya guru tidak dapat bertindak
sedemikian, ia mampu memberikan stress yang kronik dan menjejaskan kesihatan para
guru.

8
4.0 RUJUKAN

Bujang Rahman. (2014). Refleksi Diri dan Peningkatan Profesionalisme Guru. Jurnal
Pedagogia, 12.

Muhammad Syafiq. (2015, Julai 18). Profesionalisme Keguruan. Didapatkan dari Docslide:
http://documents.tips/documents/profesionalisme-keguruan-55ab4f8ca849d.html#

Muhammad Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (2011). Guru Dan Cabaran
Semasa. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Sonia Blandford. (2004). Mengurus Pembangunan Profesionalisme Di Sekolah. Kuala


Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Tiara Anggia Dewi. (2015). Pengaruh Profesionalisme Guru Dan Motivasi Kerja Tethadap
Kinerja Guru Ekonomi Sma Se-Kota Malang. Jurnal Promosi, 12.

Tin Leng Siong & Muhamad Sidek Said. (2007). Ingin Menjadi Guru. Puchong: Ilmu Media
Trade.

9
LAMPIRAN

10