Вы находитесь на странице: 1из 31

PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrabbilalamin, Saya merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat Ilahi dengan


limpah dan kurniaNya, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh
jayanya. saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Netty sebagai tenaga pengajar
subjek keusahawanan di Institut Kemahiran Belia Negara, Wakaf Tapai di atas kesudian
beliau memberi tugasan ini kepada saya. Beliau juga banyak membantu saya sepanjang
proses pembentukan tugasan ini berlaku. saya juga mengucapkan ribuan teima kasih
kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung aatau tidak langsung
sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat saya
rungkai sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigm dalam
era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal usahawan di
negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu keusahawanan di muka bumi ini. Pada dewasa
kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah jugaa
pembangunan dalam bidang keusahawanan. Justeru itu haruslah saya sebagai mahasiswa
ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu
hebat.Sebelum saya mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari saya sebagai
renungan kita besama dalam menjalani kehidupan kita demi sebuah kejayaan.

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun.
Tetapiadakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus
ISI KANDUNGAN

PERKARA M/S

PENGHARGAAN i

ISI KANDUNGAN ii

1 PENGENALAN 1

2 SENARAI 10 USAHAWAN MUDA

2.1 TAN SRI MOKHZANI MAHATHIR 2-4

2.2 DATUK WAN MOHAMMAD SANI BIN SALLEH 5-9

2.3 SAIFUL NANG 10-11

2.4 ATIKAH ASHARI 12-13

2.5 DATO SITI NURHALIZA TARUDIN 14-15

2.6 NEETA GOSALIA 16-17

2.7 NORJUMA BINTI HABIB MOHAMAD 18-19

2.8 DR NOOR IRFAN KHAIRI BIN NOOR AZMI 20-21

2.9 DATUK ALIFF SYUKRI KAMARZAMAN 22-25

2.10 PUAN NUR FURYNA MOHD AZMIR 26-28

3 KESIMPULAN 29
PENGENALAN

Usahawan merupakan individu yang terlibat didalam bidang pengeluaran sesuatu


prodak atau perkhimatan. Usahawan juga merupakan individu yang dapat meningkatkan
ekonomi Negara sekiranya produk yang dihasilkan dieksport ke luar Negara. Di Malaysia
terdapat ramai usahawan yang berjaya di semua peringkat umur dan pelbagai bidang. Di
dalam tugasan ini saya perlu membuat kajian berkaitan 10 usahawan muda yang terdapat di
Malaysia.

Seperti yang kita ketahui seseorang usahawan mestilah mempunyai ciri-ciri yang
berikut. Pertama, usahawan perlulah menjadi seorang yang kreatif yang mana mereka
berkebolehan mencipta sesuatu yang baru dan asli. Ciri yang kedua ialah inovatif iaitu
usahawan yang mempunyai kebolehan untuk melalukan pengubahsuaian terhadap barang
sedia ada. Seterusnya, seorang usahawan perlulah bijak mengambil peluang dan
berpandangan jauh serta peka terhadap sebarang perkembangan yang berlaku di sekeliling.
Akhir sekali, seorang usahawan perlulah menpunyai daya usaha yang berterusan dimana
mereka tidak mudah berpuas hati dengan kejayaan yang telah dicapai.

Bidang keusahawanan bukan sahaja terhad kepada bidang pengeluaran produk atau
barangan sahaja. Sebaliknya bidang keusahawanan meliputi bidang perkhidmatan dan
bidang pemasaran dan pengagihan. Kesemua bidang yang terdapat di dalam keusahawanan
sangat membantu untuk meningkatkan ekonomi Negara.
SENARAI 10 USAHAWAN MUDA

2.1 TAN SRI MOKHZANI MAHATHIR (USAHAWAN MINYAK DAN GAS)

2.1.1 MAKLUMAT PERIBADI TOKOH :

Nama : Tan Sri Mokhzani Mahathir

Warganegara : Malaysia

Ibu bapa : Tun Mahathir Mohamad

Siti Hasmah Mohamad Ali

Sumber Kekayaan : Perniagaan gas dan minyak

Status : Berkahwin dan memiliki 5 orang anak

Setiap usahawan yang ingin berjaya dalam sesuatu yang akan diusahakannya haruslah
memiliki beberapa ciri yang akan membantu mereka mencapai matlamat yang
diimpikan.Setiap usahawan atau ahli perniagaan hanya mengimpikan kejayaan yang
berterusaan di samping memperoleh pendapatan daripada apa yang diusahakan.Terdapat
banyak ciri dan sifat positif yang membantu usahawan sepanjang mereka membina karier
mereka.Bagi individu yang memasang impian untuk bergelar status usahawan berjaya tetapi
masih belum bersedia dan belum melengkapkan diri dengan sifat-sifat seorang usahawan
bakal menemui kegagalan dalam penceritaan usaha mereka.Untuk menjadi seorang
usahawan yang berjaya tidaklah susah tetapi jika mereka mengambil mudah mengenai
disiplin mereka maka mereka akan susah untuk mengecapi kejayaan seperti usahawan-
usahawan lain.

Salah satu sifat yang harus dimiliki oleh seorang individu yang bergelar usahawan ialah
sikap ingin tahu dan ambil tahu. Rasa ingin tahu adalah sifat naluriah yang dimiliki manusia
sejak lahir. Rasa ingin tahu juga merupakan salah satu mekanisme pertahanan hidup
manusia. Dari rasa ini manusia memiliki kencenderungan untuk mengetahui hal yang belum
diketahui sebelumnya.Tokoh usahawan yang menunjukkan sifat ingin tahu yang amat
mendalam ialah Tan Sri Mokhzani Mahathir. Tan Sri Mokhzani Mahathir , yang berusia 52
tahun warganegara Malaysia, telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah SapuraKencana
Petroleum pada 9 Disember 2011 sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas dan Naib
Pengerusi. Beliau juga adalah ahli Jawatankuasa Imbuhan SapuraKencana Petroleum.

Tan Sri Mokhzani sudah mula menunjukkan minat terhadap bidang petroleum ini sejak dari
kecil lagi.Semangat dan minat terhadap sektor ini ditunjukkan apabila beliau menyambung
pembelajarannya dan berjaya menamatkan ijazahnya dalam Bachelor of Science in
Petroleum Engineering di University of Tulsa, Oklahoma, U.S.A. Jadi melalui latar belakang
pendidikan yang dimiliki oleh tokoh usahawan ini, sudah jelas menunjukkan bahawa beliau
mahir dan memiliki minat yang mendalam dalam bidang petroleum.Rasa ingin tahu
terhadap alam petroleum ini menggerakkan tokoh ini suatu masa dahulu untuk mendapat
pendidikan dalam bidang yang diminatinya itu.Tambahan pula Tan Sri Mokhzani mendapat
sokongan penuh oleh seluruh ahli keluarganya.

Setelah Berjaya menamatkan pendidikannya,Tan Sri Mokhzani memulakan kariernya dalam


bidang petroleum.Pengalaman yang diperoleh sepanjang kariernya dalam bidang petroleum
ini memotivasikannya untuk menubuhkan sebuah syarikat dan bekerja sendiri.Sifat
keusahawanan yang tertanam dalam diri beliau tertonjol apabila beliau menubuhkan
sebuah syarikat pelaburan bernama Kencana Capital Sdn Bhd yang berniaga dalam bidang
Oil and Gas service provider,IT,automotif dan hartanah.Syarikatnya bertambah maju dan
sifat ingin tahu dalam dirinya membuatkan beliau merasakan beliau perlu membuatkan
penyilidikan yang lebih jauh untuk mengembangkan perniagaan yang telah
dipeloporinya.Beberapa langkah telah diambil beliau dalam memenuhi rasa ingin tahunya
itu.Beliau bnyak belajar dari syarikat yang berada dalam aliran yang sama dengannya.

Tan Sri Mokhzani telah menemui beberapa tokoh yang terkenal salah seorang darinya ialah
bapanya sendiri iaitu mantan Perdana Menteri Malaysia,Tun Dr Mahathir Mohamad bagi
mendapatkan beberapa info dan mengetahui apa langkah yang terbaik yang harus diambil
beliau dalam mengecapi apa yang diimpikannya.Setelah selesai penyelidikannya,Tan Sri
Mokhzani memutuskan syarikat miliknya Kencana Petroleum harus membuat pergabungan
dengan syarikat lain demi mematangkan perniagaannya.Beliau memutuskan untuk
bergabung dengan syarikat SapuraCrest pada tahun 2012 dan menghasilkan SapuraKencana
iaitu sebuah syarikat Oil and Gas Service Provider terbesar di Malaysia.

Komitmen yang diberikan oleh Tan Sri Mokhzani dalam perniagaan ini lama kelamaan telah
menaikkan statusnya dalam perkongsian ini.Beliau telah dilantik sebagai Ahli Lembaga
Pengarah SapuraKencana Petroleum pada sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas
dan Naib Pengerusi. Beliau juga telah dilantik menjadi ahli Jawatankuasa Imbuhan
SapuraKencana Petroleum. Beliau juga berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan
dan ahli Jawatankuasa Imbuhan Kencana Petroleum.Tan Sri Mokhzani memulakan
kerjayanya pada tahun 1987 sebagai jurutera operasi wellsite dengan Sarawak Shell Berhad
, bekerja luar pesisir Sarawak pada kapal penggerudi bantuan tender penggerudian. Beliau
meletak jawatan pada tahun 1989 untuk mencari peluang perniagaan di Kuala Lumpur.
Dengan melabur dalam Tongkah Holdings Berhad ( disenaraikan di Bursa Saham Kuala
Lumpur ketika itu) , dia memulakan langkah baru dalam pembuatan komponen , sektor
penjagaan kesihatan minyak dan gas , kewangan dan . Beliau memegang jawatan sebagai
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pantai Holdings Berhad ( penjagaan kesihatan) dan
Ketua Kumpulan Eksekutif Tongkah Holdings Berhad (minyak dan gas , kewangan ). Latihan
penjualan pada tahun 2001 melihat dia melepaskan semua jawatan dan ekuiti dalam
syarikat-syarikat ini . Dia mendirikan Kencana Capital Sdn Bhd ( Kencana Capital ) sebagai
sebuah syarikat pegangan pelaburan pada tahun yang sama.

Kesimpulannya,dalam mencipta nama sebagai seorang usahawan yang Berjaya kita


seharusnya memiliki sifat-sifat yang akan menjadi penggerak kepada diri untuk mencapai
tahap itu.Sifat ingin tahu dan ingin mempelajari sesuatu yang baru amatlah penting dalam
membawa seseorang usahawan itu dari tangga bawah hinggalah ke takuk yang paling
tinggi.Salah satu kata-kata yang selalu menjadi pegangan kepada tokoh usahawan ini ialah
jika anda malas mengambil tahu,maka anda akan ketinggalan dan tidak akan pernah
maju.Tan Sri Mokhzani merupakan individu yang wajar dijadikan ikon oleh anak muda yang
ingin memulakan perniagaan serta berazam untuk menjadi seorang usahawan yang mampu
menempa nama di peringkat antarabangsa.
2.2 DATUK WAN MOHAMMAD SANI BIN SALLEH (USAHAWAN PENGANGKUTAN)

2.2.1 MAKLUMAT PERIBADI TOKOH

Nama : Datuk Wan Mohammad Sani Salleh

Umur : 40 tahun (24 Julai 1976)

Warganegara : Malaysia

Adik Beradik : Keempat daripada enam beradik

Pendidikan : Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994)

Jawatan : Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn
Bhd, Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd).

Pencapaian : Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang


membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad
Shah (Jun 2009) dan Anugerah Usahawan Cemerlang Dewan
Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur (2009).

Pada usia 33 tahun, anak muda ini bagaikan memiliki segala-galanya. Perniagaan yang

memberi pulangan jutaan ringgit, bangunan sendiri sebagai pusat operasi perniagaan

dengan kos pembelian serta pengubahsuaian mencecah RM7 juta, memandu kereta Ferrari

F360 Modena bernilai RM1 juta dan mendiami banglo mewah bernilai RM 9 juta.Memang
selayaknya anak muda itu digelar jutawan, tetapi dalam pertemuan baru-baru ini, beliau

lebih gemar merendah diri dan mengatakan apa dimilikinya hari ini adalah rezeki diberi Allah

SWT. Saya berusaha keras untuk capai kejayaan seperti hari ini. Namun, ketentuannya

adalah daripada Allah SWT, kata anak muda itu.

Anak muda yang dimaksudkan adalah Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (SUSB), Datuk

Wan Mohammad Sani Salleh, 33. Sejak tiga tahun lalu di sana-sini namanya sering menjadi

sebutan.Namanya harum kerana bas berwarna merah yang terukir namanya sendiri. Siapa

tidak pernah mendengar nama Sani Express.Destinasi ke Pantai Timur sudah ditawan dan

kini semakin ligat meneroka destinasi ke Alor Setar di utara.Lebihmengagumkan, bermula

bulan ini 25 bas dimiliki, semuanya bas dua tingkat yang tampak elegen dan semestinya

menjanjikan keselesaan.Bagi Wan Mohd Sani atau lebih mesra dengan panggilan Sani, apa

dikecapinya hari ini di luar jangkaan, malah tidak pernah diimpikannya. Beliau memulakan

perniagaan atas dasar minat dan mahu merubah kehidupannya ke tahap lebih baik.

Biasalah dulu saya seperti main-main. Masuk industri hiburan, jadi model, penyanyi dan

pelakon sehingga lama kelamaan saya sedar sampai bila saya harus begitu.Ketika itu hidup

sekadar untuk cari makan dan hiburkan diri sendiri. Bukan saya kata bidang hiburan tak

menjanjikan kejayaan, tetapi biasanya sukar untuk cemerlang dalam bidang itu, katanya

ketika ditemui di Wisma Dato Sani di Klang Sentral, Klang bersama rakan karibnya,

Pengarah Urusan Federal Malay Holding Sdn Bhd, Datuk Sharifuddin Musa.

Selama beberapa tahun menceburi bidang hiburan, Sani mengakui tidak nampak masa

depannya dalam bidang itu.Rakannya sejak zaman kanak-kanak, Datuk Sharifuddin

dijadikan sebagai inspirasi selepas melihat rakannya berjaya dalam perniagaan.Melihat rakan

yang berjaya, terutama Datuk Din (Datuk Sharifuddin), saya berasa ketinggalan. Dulu dia

pernah bersama-sama saya menjadi model, tetapi dia meninggalkan bidang itu terlebih dulu

untuk berniaga sehingga berjaya.


Pada masa sama saya sedar, umur semakin meningkat dan yang boleh merubah keadaan

saya ketika itu hanya diri saya sendiri, katanya yang pernah menganggotai kumpulan

Impression bersama Norman Hakim dan Eizlan Yusof. Beliau meletakkan tekad untuk

merubah tahap kehidupannya dengan berniaga sendiri.Beliau bermula dengan membuka

bengkel membaiki kenderaan di beberapa tempat seperti Kuala Lumpur dan Terengganu

dan seterusnya mencuba perniagaan dalam bidang pengangkutan iaitu bas yang

sememangnya menjadi minatnya. Ketika zaman sekolah, saya bersekolah di Kuala

Terengganu dan keluarga pula di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Apabila berpeluang pulang

ke Kuala Lumpur saya memilih bas sebagai pengangkutan. Boleh dikatakan rutin saya

ketika bercuti hanya menaiki bas dan tidur di atas bas. Jika ada cuti sehari sekalipun, malam

saya naik bas ke Kuala Lumpur dan pada malam keesokan harinya saya pulang ke Kuala

Terengganu, menurutnya lagi.

Ketika memulakan perniagaan dalam bidang pengangkutan, pelbagai cabaran getir terpaksa

ditempuh dan beliau perlu bekerja keras sehingga terpaksa tidur di pejabat.Pada2003 Sani

menubuhkan SUSB khusus untuk perniagaan pengangkutan itu.Ketika itu saya bersama

dua lagi rakan kongsi. Namun tidak lama kemudian dua rakan itu menarik diri,

menyebabkan saya terkontang-kanting seorang diri. Keadaan ketika itu memang getir,

katanya.Beliau terpaksa berhati-hati kerana sebarang keputusan dibuat adalah tanpa dirujuk

kepada sesiapa. Ketika ada dua rakan kongsi itu, saya boleh merujuk kepada mereka,

tetapi apabila seorang diri, saya perlu membuat keputusan sendiri.Jika tersilap membuat

keputusan, memang saya akan jatuh. Justeru sebelum membuat keputusan, saya fikir 10

kali,.

Sani berkata, ketika itu beliau hanya ada seorang pekerja dan dengan menggunakan

sepenuhnya kudrat dan buah fikirannya, segala perancangan untuk memulakan operasi bas

ekspres yang diimpikannya hanya menampakkan hasil selepas tiga tahun bertungkus lumus

dan modal daripada institusi kewangan.beliau menanggung risiko besar kerana pinjaman

yang dibuat, tetapi beliau berani dan yakin dengan apa yang dibuat. Bayangkan jika apa

yang saya buat tidak menjadi. Bagaimana saya dapat melunaskan pinjaman dalam jumlah
besar itu?Apapun pada Januari 2006 Sani Express ada di jalan raya dan alhamdulillah

perjalanan perniagaan ini lancar, mendapat sambutan dan sejak itu perniagaan saya

semakin pesat berkembang,.

Sani membuktikan jalan dipilihnya berbaloi kerana hanya dalam tempoh tiga tahun Sani

Express menunjukkan prestasi luar biasa.Daripada seorang pekerja, Sani kini mempunyai

150 kakitangan sendiri. Daripada pejabat kecil di Ukay Perdana, Sani kini ada wisma sendiri

yang dibeli dan diubahsuai dengan belanja mencecah RM 7 juta.Wisma tiga tingkat

dinamakan Wisma Dato Sani di Klang Sentral itu serba lengkap. Selain menjadi pusat

operasi, wisma itu dilengkapi asrama, pusat latihan dan surau.Paling menarik, segala operasi

di kaunter tiket Sani Express di setiap negeri dipantau secara langsung menerusi kamera

litar tertutup yang dipancarkan terus ke wisma berkenaan.

Menurut Sani, selain minat, antara faktor kejayaannya adalah sikapnya yang tidak malu

bertanya dan belajar daripada sesiapa saja.

Saya bukan sekolah tinggi sangat. Saya belajar daripada orang berpengalaman, malah

dengan sesiapa saja. Dengan pemandu bas saya belajar, dengan mekanik saya belajar,

malah dengan orang yang pernah gagal juga saya belajar kerana kegagalan itu akan saya

jadikan iktibar.Daripada situ kita dapat ilmu, malah sampai sekarang saya masih belajar.

Saya buat analisis dan kajian sendiri, baru kita boleh kendalikan perniagaan dengan baik,.

Statusnya sebagai orang bujang juga banyak memberi kelebihan kepadanya.Beliau belum

berkeluarga dan mampu memberi tumpuan 100 peratus kepada perniagaan.

Setakat bekerja keras dari siang hingga tengah malam, ia ibarat alah bisa tegal biasa,

katanya yang menganggap pengalaman menjadikan bas ekspres sebagai pengangkutan

utamanya dulu turut menjadi faktor kejayaannya.Dari dulu saya guna pengangkutan awam

(bas ekspres), jadi saya tahu apa yang pelanggan nak dan saya gunakan pengalaman itu

ketika menguruskan Sani Express.


Selain itu saya mengambil berat setiap jawatan yang ada di syarikat ini, daripada kerani

kaunter hinggalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Ini kerana jika satu saja jawatan tidak

berfungsi dengan baik, operasi syarikat akan terganggu, katanya yang mesra

dengankakitangannya.Sani berkata, tanpa keberkatan dan doa juga, tidak mungkin beliau

berjaya. Apa jua perkara yang kita lakukan, kita kena berpegang kepada agama. Buat apa

yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.Doa juga penting dan dalam hal ini ibu saya

Sharifah Aini Syed Ibrahim Jamalulai sering mendoakan saya, begitu juga ayah saya. Kita

juga perlu ingat kepada orang yang pernah membantu kita,


2.3 SAIFUL NANG ( USAHAWAN JURUGAMBAR)

MAKLUMAT PERIBADI TOKOH

Nama Komersial : Saiful Nang

Tahun Lahir : 1978

Anak : Anak ke-2 daripada 4 orang adik-beradik

Pendidikan : Ph.D Doc of Management (UUM- Ongoing), Mpa (UK), B.

Sc (Media) (Hons) Film & Animation (MMU)

Nama Syarikat : Colours of Asia Sdn Bhd (Executive Chairman/CEO)

Jenama : CandidSyndrome

Nama Akademi :

1. Saiful Nang Akademi Sdn Bhd (Founder & Principle)

2. Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin (Founder)

3. Sekolah Menengah & Rendah Akademi Insan Prihatin (Pengetua)

4. OMG Creative Sdn Bhd (Presiden)

Siapa yang meminati bidang fotografi pasti mengenali usahawan ini. Beliau sudah lama
bertapak sebagai jurufoto profesional di dalam industri fotografi di Malaysia. Baik selebriti
terkenal tanah air mahupun orang berada atau orang luar negara menggunakan khidmat
beliau. Saya amat mengagumi prinsip hidup beliau dan sentiasa berfikiran matang dalam
setiap tindakan. Hasil kerja beliau menjadi kegemaran ramai pihak bagi merakamkan saat-
saat indah di dalam gambar.

Beliau yang berasal daripada keluarga miskin mula melibatkan diri di dalam perniagaan
seawal umur 7 tahun di mana beliau mula menjual lukisan-lukisan beliau pada rakan sebaya.
Walaupun baru berusia 37 tahun pada tahun ini, beliau sudah mempunyai sebuah syarikat,
mempunyai penjenamaan sendiri dan mempunyai sebuah institusi akademi sendiri dan akan
mengembangkannya menjadi sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Syarikat
fotografi yang ditubuhkan beliau mempunyai taraf antarabangsa kerana melibatkan luar
negara. Setakat ini, lebih 30,000 orang jurufoto yang sudah beliau didik di dalam bidang ini.
Syarikat yang Saiful Nang tubuhkan kini bertaraf antarabangsa kerana dia mempunyai
CandidSyndrome Malaysia dan CandidSyndrome Brunei
2.4 ATIKAH ASHARI ( USAHAWAN HIJAB RADIUSITE)

MAKLUMAT PERIBADI TOKOH

Nama : A'tikah Ash'ari

Asal : Sungai Choh, Rawang

Umur : 28 Tahun

Tahun lahir : 1987

Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan (UiTM Shah Alam)

Cawangan : 3 (Rawang, Shah Alam, Johor Bharu)

Jenama hijab "Radiusite' sudah sinonim dalam kalangan wanita. Pemiliknya iaitu Ika dan
suaminya Isk berjaya menjadikan jenama ini antara jenama hijab yang paling digemari
ramai. oleh kerana rekaannya yang trendy dan mengikuti arus peredaran fesyen muslimah,
ini menjadi daya penarik dan tumpuan orang ramai untuk mencuba dan membeli.

Bermula dengan berniaga secara suka-suka semasa menuntut di Universiti Teknologi Mara
(UiTM) Shah Alam di tahun ketiga. Ika mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan
Pelancongan. Berbekalkan modal permulaan sebanyak RM500, Ika dan suami gigih mencari
dan membeli pelbagai fesyen tudung terbaru di kedai-kedai sepanjang Jalan Tunku Abdul
Rahman (TAR), Kuala Lumpur.
Oleh kerana dulu faktor tiada banyak pesaing tudung, ini menjadi peluang yang terbaik bagi
usahawan muda ini untuk berjaya. Berjaya mengambil peluang dan berjaya menyelesaikan
masalah penggemar tudung yang susah mencari tudung. Lama-kelamaan, Radiusite
semakin digemari dan dikenali oleh pembeli. Setelah tamat pengajian pada tahun 2009,
beliau ingin terus melebarkan nama Radiusite dan tidak mahu terikat dengan bekerja di
sektor kerajaan mahupun swasta. Mahupun begtu, ini menimbulkan rasa kurang senang
kedua ibubapanya. Walaubagaimanapun, beliau tekad untuk teruskan perniagaan.

Akhirnya, dengan bekalan modal sebanyak RM3500, Ika berjaya meneruskan empayar
Radiusite dan berjaya menjadi usahawan muda wanita di dalam bidang fesyen tudung. Kini
Radiusite mempunyai 3 cawangan; Rawang, Shah Alam dan Johor Bharu. Menurut temubual
Ika bersama wartawan buku NONA, Ika akan membuka cawangan keempat di Kuala
Lumpur, berhadapan dengan Hotel Shangri-La.

Selain itu juga, Ika menceburi industri busana muslimah dengan membuka butik "Dreemika"
di Seksyen 7, Shah Alam. Berkat kesungguhan dan azam yang kuat, anak muda ini berjaya
menjadi usahawan wanita yang muda dan berjaya. Semoga perniagaan beliau akan terus
berkembang maju dan berjaya menembusi pasaran antarabangsa seterusnya meraikan
nama Malaysia
2.5 DATO SITI NUR HALIZA BINTI TARUDIN (USAHAWAN KOSMETIK)

MAKLUMAT PERIBADI TOKOH

Nama : Dato' Siti Nurhaliza Bt Tarudin


Umur : 37 tahun
Syarikat : Simply Siti sdn.Bhd

Usahawan Dato Siti Nurhaliza adalah Penyanyi No 1 Malaysia, . Pelancaran produk kosmetik
dan penjagaan kulit jenamanya sendiri iaitu SimplySiti sememangnya mendapat sambutan
hangat daripada peminat beliau yang pastinya sangatlah ramai di seluruh negara termasuk
di Singapura, Brunei dan Indonesia.

Pelaburan besar telah dibuat untuk menghasilkan produk kecantikan bermutu merangkumi
penjagaan kulit SimplySiti C Bright, SimplySiti New Age dan SimplySiti Acne Solution selain
Krim Simply 5 yang istimewa. Harapan ahli perniagaan muda ini adalah supaya produk
sulung beliau mampu menembusi pasaran negara luar terutama jiran terdekat iaitu
Singapura, Brunei dan Indonesia selain Timur Tengah memandangkan ia diiktiraf halal oleh
Jakim. Ini penting kerana majoriti bakal pembeli produk ini adalah terdiri daripada golongan
orang islam.

Memanfaatkan pengalaman menjadi duta produk kecantikan seperti Maybelline & Pantene,
semua produk SimplySiti dipasarkan di lebih 200 rangkaian farmasi Watson seluruh negara
dan pasar raya Jusco. Kehadiran suami beliau, Dato Khalid sebagai rakan kongsi yang
mempunyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan sememangnya membantu
menjayakan perniagaan kosmetik beliau.

Menggunakan khidmat ahli saintis dari Korea, bahan-bahan yang digunakan dalam produk
SimplySiti semuanya berunsurkan bahan-bahan semula jadi seperti ekstrak daun Prunella
Vulgaris yang mampu merawat semuala luka dan radang kulit. Sepertimana yang diketahui,
Korea merupakan pusat pembikinan dan pembuatan produk kosmetik yang terunggul di
dunia,

Beliau dan pasukannya telah membawa beberapa ahli saintis Korea ke Malaysia untuk
mengkaji dan merasai cuaca di sini supaya mereka faham masalah dialami oleh wanita-
wanita di Malaysia. Dan seperti yang boleh diagak, jualan produk SimplySiti sangat
memberansangkan walaupun baru satu bulan ia dilancarkan. SimplySiti dinobatkan sebagai
"The Best Halal Product" dalam kategori kosmetik oleh majalah Halal Journal Magazine.
2.6 NEETA GOSALIA

MAKLUMAT PERIBADI TOKOH

Nama : Neeta Gosalia


Umur: 38
Syarikat : Neetas Herbal (M) Sdn Bhd

Neeta Gosalia lahir di dalam kelaurga yang menginginkan anak lelaki. Anak ketiga daripada
enam adik beradik perempuan ini dilahirkan di dalam keluarga Gujerati yang konservatif dan
menganggap anak perempuan adalah bencana. Ini kerana, masayarakat Gujerati di Kuala
Pilih, Negeri Sembilan ketika itu berpegang kepada prinsip hanya anak lelaki yang mampu
menjaga keluarga dengan baik. Tetapi hari ini, keluarga Gosalia amat dikagumi dengan
kejayaan anak-anak perempuannya terutama Neeta, yang telah memulakan produk rambut
herba dan pusat penjagaan kulit sendiri.

Dengan 23 cawangan si seluruh Malaysia dan 10 cawangan di luar negara, Neeta tidak
pernah bersikap tamak dengan kejayaannya tetapi dia turut membantu adik beradik
perempuannya yang lain sehingga masing-masing mempunyai taraf kedudukan kewangan
yang kukuh. Ternyata, disebalik perwatakan wanita India yang cantik memakai sari dan
sederhana ini, tersimpan kebijaksanaan yang menjadikan beliau usahawan yang sangat
dikagumi masyarakat.

Kebolehan Neeta ini diakui sendiri oleh bapanya melalui interaksinya meyakinkan pelanggan
untuk membeli barangan kemas di kedai barang milik bapanya. Ayah Neeta mengakui lagi
bahawa beliau tidak pernah menyesal mempunyai kesemua anak perempuannya kerana dia
mendidik anak-anaknya secekal anak lelaki. Bercerita mengenai idea untuk menghasilkan
ramuan herba ini, Neeta mengimbas kembali bagaimana beliau sendiri mengalami masalah
keguguran rambut yang serius semasa umurnya 17 tahun.

Bagi wanita India, keadaan ini bukan sahaja memalukan malah menimbulkan perasaan
trauma. Kehadirannya ke Kuala Lumpur untuk menyampung pengajian di Tingkatan Enam
menemukan beliau dengan suaminya, Visvalingam. Walau mendapat tentangan hebat dari
kedua belah keluarga kerana perbezaan Karma, mereka akhirnya disatukan sebagai suami
isteri. Hasil dorongan suami, beliau berangkat ke India untuk mendapat bantuan Pakar
herba tradiotional di sana. Dia mula menumbuk dan menggunakan herba yang diberikan
oleh pakar tersebut. Selepas sebulan, rambutnya mula tumbur dengan sihat dan ini
menimbulkan minat yang mendalam pada dirinya untuk terus mengkaji herba tersebut.

Dengan bantuan kewangan daripada suaminya, neeta mendaftar untuk kursus selama tiga
tahun di Kolej Ayurveda di India. Setelah kembali ke Malaysia, dia dan Visvalingam
membuka Neeta Herba di Brickfields, Kuala Lumpur. Neeta ketika itu baru berumur 21
tahun. Dua tahun pertama pembukaan Neetas Herbal, mereka hampir menutup perniagaan
tersebut kerana tidak ramai yang menyedari keberkesanan produk ini. Kos untuk melalukan
pemasaran ketika itu juga adalah tinggi. Wanita ini sungguh bernasib baik. Kehadirannya
dalam Rancangan Nona yang disiarkan stesen penyiran ternama, TV3 telah melonjakkan
nama Neetas herbal. Dari situ, Neeta dan suami menyedari betapa pentingnya pelan
pemasaran yang baik bagi memastikan produk mereka dikenali. Semenjak itu, Neetas
Herbal tidak pernah menoleh ke belakang lagi.

Menjelang tahun 1991, Neeta dan suaminya memutuskan untuk mengembangkan


perniagaan dengan membekalkan produk mereka ke kedai-kedai terpilih di di negara ini.
Neeta seterusnya berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikat dan United Kingdom dan
membuka beberapa outlet di sana. Pada tahun 2007, sebuah outlet berjaya pula di buka di
Hyderabad, India. Disebalik kejayaan ini, pastinya dorongan keluarga yang tidak terhingga
menjadi tonggak utama bagi Neeta.

Neeta kini bahagia bersama suami dan tiga anaknya dan jika ditaanya mengenai rahsia
kejayaanya, dia menjawab, Kejayaan di dalam perniagaan bukan hanya dikira berapa
jumlah wang yang kamu perolehi atau sebesar mana perniagaan yang kamu miliki, tetapi
bagi saya ia adalah mengenai keluarga yang sentiasa menyokong dan mempercayai
kebolehan saya
2.7 NORJUMA BINTI HABIB MOHAMAD ( USAHAWAN TUDUNG AIDIJUMA)

MAKLUMAT PERIBADI TOKOH

Nama : Norjuma Binti Habib Mohamad

Umur : 37 Tahun

Asal : Pulau Pinang

Syarikat : Aidijuma Bawal Scarf Sdn Bhd.

Gaya tudung bawal dengan rekabentuk dan corak terkini memang tidak asing lagi dimata
masyarakat kita kalau tidak dikaitkan dengan koleksi tudung bawal AIDIJUMA. Semua
wanita Malaysia di luar sana cukup mengenali rupa paras pemilik atau pengasas yang cantik
dan manis ini kalau bukan Puan Norjuma Binti Habib Mohamed. Beliau juga
bertanggungjawab keatas corak-corak tudung bawal yang dikeluarkan.

AIDIJUMA membawa maksud Cetusan Idea Norjuma. Minat mengenakan tudung bawal
dan Keinginan tinggi bagi menghasilkan produk keluarannya sendiri beliau harus nekad
mengeluarkan idea yang pelbagai keatas produknya untuk diterima oleh pemakai. Ternyata
cetusan idea beliau sangat mendapat galakkan dari orang ramai. Kena dengan konsepnya
ringkas dan anggun bergaya.
Tudung bawal AIDIJUMA ini mula di operasikan pada September 2011 dimana ia secara
kecil kecilan yang dikenali sebagai mobile concept di pusat pengajiannya,dimana
pelanggan terdiri dari pelajar universiti itu sendiri sehingga wujudlah lokasi utama butik
AIDJUMA di Central Market.

Kini AIDIJUMA mempunyai tiga belas cawangan kiosk di Malaysia iaitu dua cawangan di
Kuala Lumpur (Maju Junction Mall dan Central Market), Sabah (Borneo Hypermall), Kelantan
(KB Mall), Pahang (Berjaya Megamall), Johor Bahru (Plaza Angsana ), Petaling Jaya (The
Curve), Melaka (Mydin Mall MITC), Pulau Pinang ( Sunway Carnival Shopping Mall), Perak
(Mydin Mall Meru Jaya), Kedah(Sungai Petani) dan Shah Alam (Bukit Indah)
2.8 DR. NOOR IRFAN KHAIRI NOOR AZMI (USAHAWAN INTERNET)

MAKLUMAT PERIBADI TOKOH

Nama : Dr. Noor Irfan Khairi Noor Azmi

Asal : Perak (dibesarkan di Selangor)

Isteri : Shazrina Yusof

Umur : 37 tahun

Pendidikan : Ijazah sarjana muda Multimedia Design dari Staffordshire University, United
Kingdom

Beliau merupakan pakar perniagaan internet, jutawan siber, seorang 'speaker', penulis buku,
dan personaliti televisyen dan radio. Beliau juga giat menganjurkan seminar dan sinonim
dengan seminar Rahsia Perniagaan Internet, Bengkel Jutawan Internet, dan banyak lagi.
Antara buku popular yang ditulis ialah buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar
yang turut diterjemah ke dalam bahasa Inggeris iaitu Secrets of Internet Millionaires
Revealed serta siri buku nota jutawan.

Bergelar jutawan pada usia muda 25 tahun, Irfan Khairi dianggap pencetus fenomena
'jutawan internet' apabila kejayaan beliau diberi pendedahan secara meluas oleh media
elektronik dan media cetak. Berpegang kepada prinsip cara berfikir (mindset) adalah kunci
dalam membina kekayaan, Irfan khairi turut berkongsi ilmu dan pengalaman menerusi
seminar-seminar yang dianjurkan beliau.
Kejayaan Irfan Khairi mencapai pendapatan RM 1 juta melalui perniagaan internet dalam
usia yang masih muda telah melonjakkan namanya sehingga digelar sebagai jutawan
internet. Rata-rata pengusaha yang menjalankan perniagaan berasaskan internet telah
menjadikan beliau sebagai ikon dan simber inspirasi untuk maju dalam perniagaan. Pergilah
ke mana-mana jemputan seminar bisnes internet samaada konvensional mahupun
berasaskan 'networking', nama Irfan Khairi pastinya disebut-sebut sebagai individu contoh
yang berjaya dalam bisnes internet.

Mengimbas kembali kronologi sejarah dirinya sebelum bergelar jutawan. Sebaik sahaja
menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dari Staffordshire Universiti,
United Kingdom (UK) Irfan Khairi menerima tawaran bekerja di salah sebuah syarikat
teknologi maklumat (IT) terbesar di Birmingham iaitu Netmedia UK ltd. Sebagai pereka
sistem multimedia dan perunding internet beliau diberi tanggungjawab mereka cipta sistem
pembelajaran internet untuk sekolah-sekolah di UK yang dikenali sebagai Learning Grid.
Sekarang lebih daripada 5000 buah sekolah di UK menggunakan sistem tersebut.

Oleh sebab minat dan pengetahuan yang mendalam dalam bidang internet dan perniagaan,
beliau mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan internet secara sambilan pada 1999.
Perniagaan internet beliau yang menggunakan nama IdeaBubble sehingga sekarang telah
berkhidmat untuk lebih daripada 3000 orang pelanggan dari serata dunia. Kebanyakannya
dari Amerika Syarikat, UK, negara-negara Eropah, Timur Tengah, Jepun, dan Australia.
2.9 DATUK ALIFF SYUKRI BIN KAMARZAMAN ( USAHAWAN KOSMETIK DHERB)

MAKLUMAT PERIBADI TOKOH

Nama : Dato Aliff Syukri bin Kamarzaman

Tarikh Lahir : 03 April 1987

Tempat Lahir : Felda Kechau, Kuala Lipis

Pendidikan : Sekolah Kebangsaan Sg. Besar, Sekolah Menengah Kebangsaan

Telok Gadong, Klang, Sekolah Pondok Pasir Tumboh, Sekolah

Intergrasi As-Syakirin dan melanjutkan pelajaran ke Taylor Collage.

D'Herbs Holdings (M) (dahulu D'Herbs Healthy Marketing) ditubuhkan pada September 2010
dimana kami hanya beroperasi di lot kedai di tingkat 2 dengan seorang pekerja sahaja dan
mempunyai 4 produk utama iaitu Bedak Asas, Produk pelansingan, Minuman Kesihatan
Wanita dan Lipstick Rawatan Bibir.Dan kini beliau mengorak langkah maju setapak
kehadapan dengan menghasilkan hampir 90 rangkaian produk baru dengan seramai 35
orang kakitangan yang membantu melancarkan perjalanan syarikat.

Bermula dengan hanya beroperasi di tingkat 2 beliau telah berpindah di lot kedai bawah dan
telah menyewa dua lot kedai bagi melancarkan urusan perniagaan dan memudahkan semua
rakan niaga berurusan. Kini D'Herbs telah menjadi satu jenama yang semakin mendapat
tempat di hati pengguna samada di Malaysia, Singapura dan Brunei dengan beroperasinya
secara rasmi di Wisma D'Herbs di Kota Damansara dan kami juga berazam untuk menjadi
salah satu jenama kosmetik yang terkenal di Malaysia serta negara-negara jiran dan
matlamat kami sehingga ke seluruh dunia.

Wawasan Syarikat:

Visi Utama D'Herbs adalah untuk menjadi sebuah syarikat single level yang mengeluarkan
produk kecantikan dan kesihatan dengan konsep terbuka yang lebih mudah dan ringkas
sekaligus mempunyai sistem yang terbaik dari segi pengurusan, keberkesanan, kualiti serta
harga berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua golongan sekaligus dapat menjana
pendapatan serta keuntungan bagi kedua dua pihak iaitu pengeluar dan peniaga.

Misi Syarikat:

Membantu golongan wanita dan lelaki yang mengalami masalah kesihatan dalaman dan
luaran untuk tampil dengan lebih yakin dan bergaya. Disamping membantu mereka menjana
pendapatan yang lebih lumayan dengan menjual produk daripada D'Herbs

Objektif Syarikat:

Membantu masyarakat merawat wajah luaran dan dalaman.

Memberikan perkhidmatan selepas jualan.

Mempunyai konsep kedai yang kemas, menarik, bersih dan ceria.

Memberikan produk yang terbaik untuk pelanggan untuk masa jangka panjang.

Mengedarkan produk kosmetik, kesihatan dan kecantikan semua produk yang terdapat di
pasaran khususnya Malaysia dan menjadikan sebagai kedai semua dalam satu bagi
memudahkan pengguna (One Stop Center).

Membesar menjadi sebuah syarikat sendirian berhad.

Menjadi sebuah syarikat bumiputera yang berdaya saing dan kompetitif dalam perniagaan
yang sangat mencabar.
Cakap sahaja Dherbs terus terlintas di fikiran tagline Terlajak Laris. Nampak sahaja seperti
produk jaguh kampung tetapi produk ini telah menempa nama sebagai produk pilihan orang
di Putra Brands Award. Siapa sangka produk Dherbs yang dulunya berada dipasar-pasar
tani, kini telah menjadi jenama yang dikenali ramai dan terpahat di dalam hati rakyat
Malaysia dari usia muda hingga ke usia emas. Jangan pandang rendah pada produk
tempatan. Produk Dherbs bukan sekadar produk kampung, kini produk Dherbs telah diakui
ramai. Buktinya Dherbs Holdings (M) Sdn Bhd telah terpilih untuk menerima anugerah
Putra Brand Awards 2015 Bronze yang telah berlangsung baru-baru ini. Ini
penganugerahan hasil pengiktirafan produk yang telah dipilih oleh orang ramai.

Saya amat bersyukur produk saya satu-satunya produk tempatan yang dipercayai ramai.
Ini adalah pencapaian yang tidak saya sangka-sangka. Penganugerahan ini adalah hasil dari
undian pengguna yang meyakini produk Dherbs. Ini membuktikan produk Dherbs bukan
sekadar jaguh kampung, tetapi produk Dherbs adalah produk tempatan yang telah dikenali
ramai dan sentiasa memenuhi keperluan pengguna jelas beliau. Beliau akan sentiasa
berusaha memperkasakan lagi produk-produk DHerbs.

Terima kasih kepada Putra Brand Awards kerana mencalonkan dan menganugerahkan
Dherbs Holdings (M) Sdn Bhd dalam kategori kecantikan dan kesihatan ujar Dato Aliff
Syukri yang begitu gembira dengan penganugerahan ini. Bagi beliau ianya bukan perkara
yang mudah untuk menerajui Dherbs Holdings (M) Sdn Bhd. Antaranya cabarannya apabila
orang lain memandang rendah kewibawaan beliau untuk meneraju Dherbs. Namun beliau
tetap bersungguh-sungguh dengan apa yang dilakukan. Beliau juga menetap sasaran untuk
setiap perancangannya dalam perniagaan beliau. Pada usia saya seawal 21 tahun saya
telah berusaha membina perniagaan saya sendiri. Walaupun segelintir orang memandang
sinis akan kesungguhan dan kewibawaan saya. Namun saya berjaya meyakinkan semua
orang bahawa lelaki juga mampu berjaya dalam industri kosmetik.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pengguna saya yang berada di dalam dan luar
bandar seluruh Malaysia, Sarawak, Brunei dan Singapura jasa dan sokongan amat-amat
diperlukan. Tanpa anda tiada produk Dherbs dan saya juga ingin menjadikan produk
Dherbs sebagai salah satu produk kebanggaan rakyat Malaysia. Anugerah Putra Brand
Awards 2015 adalah anugerah jenama terulung di Malaysia dan ia merupakan anugerah
jenama tunggal di Malaysia untuk pengurus jenama dan pemilik jenama. Dilancarkan pada
tahun 2010 oleh Association of Accredited Advertising Agents Malaysia (4As) dengan
kerjasama Malaysias Most Valuable Brands (MMVB). Pengguna-pengguna akan
menentukan jenama kegemaran Malaysia dalam pelbagai kategori. Setiap kategori yang
dianugerahkan dengan Emas, Perak dan Gangsa mengikut jenama yang mempunyai pilihan
tertinggi. Oleh itu, hakim-hakim Putra Brands Award adalah pengguna-pengguna di
kalangan rakyat Malaysia!
2.10 PUAN NUR FURYNA BINTI MOHD AZMIR ( USAHAWAN KOSMETIK AURA WHITE)

MAKLUMAT PERIBADI TOKOH

Nama : Nur Furyna Binti Mohd Azmir

Umur : 29 Tahun

Adik beradik : Anak kedua daripada 3 beradik

Syarikat : Aura white Global Sdn. Bhd.

Muda, cantik dan berjaya. Pakej ini tentu menjadi buruan setiap usahawan baharu. Bagi
Pengarah Aura White Global Sdn. Bhd , Nur Furyna Azmeer, 29, beliau sentiasa berusaha
memastikan hanya perkara yang baik sahaja singgah di fikirannya. Mengakui dirinya
seorang yang optimis, Furyna telah menambah cabang perniagaannya daripada penjagaan
kulit dan minyak wangi kepada makanan tambahan untuk kesihatan dan kecantikan.

Sejak bergelar usahawan, Furyna sentiasa berusaha memastikan hanya perkara yang baik
sahaja singgah di fikirannya. "Sebagai usahawan saya memang meletakkan diri saya untuk
memikirkan sesuatu yang besar. Saya memang tidak pernah puas dengan setiap perkara
kerana saya mahukan hasil yang terbaik bukan saja untuk diri saya sendiri malah semua
pelanggan yang mendapat manfaat daripadanya. Seperti yang telah beliau katakan,
Alhamdulillah, percaturan beliau untuk mengeluarkan makanan tambahan kolagen telah
berhasil memberikan keuntungan kepada syarikat beliau
Mungkin ramai tidak mengetahui Furyna pernah bekerjasama dengan ibunya serta seorang
sahabat dalam perniagaan spa dan salon di Ipoh, sebelum menghasilkan produknya sendiri
di Kuala Lumpur. Walaupun dia tidak mempunyai pendidikan rasmi dalam bidang ini,
Furyna menjadikan ilmu dan pengalaman untuk berjaya. Menurut beliau, "Alhamdulillah
segala yang kita lakukan atau rancangkan akan terlaksana dengan izin Allah. Bagi saya
sendiri tidak menyangka berkat usaha saya selama ini dalam perniagaan sampai ke tahap
ini.

Menurut kata Nur Furyna beliau bukan berasal daripada keluarga berada dan beliau
bermula daripada bawah sedikit demi sedikit sehinggalah hari ini. Aurawhite tercetus ketika
beliau mengkaji kehendak setiap orang inginkan kulit yang cantik dan kesihatan yang baik.
Ini membuatkan beliau yakin apa yang pengguna inginkan. Jadi Aurawhite ini sebagai
makanan tambahan mereka untuk kekal awet muda dan sihat. Ia juga mempunyai pelbagai
khasiat lain. Oleh itu, Furyna mengajak pengguna mencubanya dan boleh rasai sendiri hasil
dari produk Aurawhite ini.

Ditanya tentang rahsia kejayaan perniagaannya, Furyna memberitahu, perkara yang penting
ialah fokus, usaha, tawakal dan tidak mudah putus asa. Beliau sendiri lebih suka bersikap
positif apabila terjadi sesuatu, dia akan fikir jalan penyelesaiannya terlebih dahulu buangkan
yang negatif. Menurut pengasas muda ini, "InsyaAllah aura positif itu pasti bersama kita,"
katanya ringkas.

Apa yang lebih membanggakan bagi usahawan muda ini ialah beliau telah diberikan
pengiktirafan Super Health Brand Asia Pacific dan Health Ambassador Asia Pacific baru-baru
ini. Nur Furyna tidak mahu berpuas hati dengan kejayaan yang dimiliki, Furyna menganggap
anugerah ini sebagai permulaan untuk dia terus maju dalam bidang perniagaan.

Beliau juga baru sahaja melancarkan produk kecantikan penjagaan wajah Aurawhite
SkinSpa. Formulasi produk ini dariekstrak terpilih sumber semula jadi seperti bunga-bungaan
dan buah-buahan. Ia membantu mengatasi masalah kulit wajah seperti jerawat, jeragat dan
kekusaman kulit," jelasnya.
Berkongsi keistimewaan Aurawhite Beauty, Furyna mengakui produk ini berkualiti tinggi
dengan hasil yang baik dan halal. Tambahnya, kolagen Aurawhite mempunyai tiga jenis iaitu
Aurawhite Collagen Berry, Aurawhite Chocolate Shake dan Aurawhite Stemcell. Aurawhite
Beauty juga mempunyai suplemen untuk kaum lelaki iaitu kolagen Auramen. "Perancangan
pada masa terdekat ialah pelancaran pejabat urusan yang baru. Kami juga menempatkan
pusat kecantikan wajah yang membolehkan pengguna setia kami boleh mendapatkan
rawatan kulit wajah dengan perawatan eksklusif dari pakar kecantikan kami," katanya.
KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, melalui tugasan yang diberikan saya dapat memahami


bahawa tokoh tokoh usahawan muda yang telah saya pilih mempunyai semangat juang
yang tinggi dalam memastikan perniagaan yang dijalankan berjaya. Mereka juga
mempunyai sikap tidak mudah putus asa dalam mempromosikan semua produk keluaran
syarikat mereka.

Setiap usahawan yang telah dipilih menpunyai pelbagai kemahiran dan pengetahuan
dalam keusahawanan. Di dalam kalangan meraka ada yang menceburkan diri dalam bidang
feysen iaitu mereka menjadi pengasas pakaian wanita seperti tudung ciptaan mereka telah
menberikan kesan kepada pembekli wanita. Selain itu juga terdapat juga usahawan lelaki
yang memilih untuk menceburkan diri dalam bidang kosmetik seperti pengasas DHerbs.
Dan produk yang dikeluarkan berjaya menarik perhatian pengguna untuk menggunakan
produk tersebut tanpa mengira jantina. Usahawan lain juga dapat menbantu para pembeli
dalam menbuat pilihan barangan dan perkhidmatan yang berpatutan dengan arga yang
ditawarkan

Akhir sekali, melalui tugasan ini diharap ianya dapat menaikan semangat saya untuk
menceburi bidang keusahawanan. Saya memahami segala kejayaan tidak akan datang
dengan cara yang mudah, diharap saya berpeluang menjadi salah seorang usahawan muda
yang berjaya di Malaysia.

Вам также может понравиться