Вы находитесь на странице: 1из 2

Jam menunjukkan pukul 3.30 tengah malam.

Semua penduduk di kampung Selam sedang tidur


dengan lena. Jarum minit pada jam bergerak dengan perlahan. Apabila sampai di 3.45 tengah
malam,hujan mula turun dengan lebat. Air hujan yang mengalir menerusi bumbung rumah Idlan
mula membasahi mukanya. Idlan bangun daripada tidur dan melihat ibunya yang sedang meletakkan
belanga di tempat-tempat yang bocor.

Mak,perlukah kita hidup begini? Setiap kali hujan rumah penuh dengan belanga. Kalau nak jalanpun
tak ada tempat. Lebih baik kita pindah ke rumah baru,mak, kata adik Idlan,Irfan yang juga bangun
disebabkan oleh air hujan.

Kita tak ada pilihan lain nak.Kita tidak mampu pindah ke rumah baru. Irfan tidak perlu risau tentang
benda-benda ini. Pergi tidur.Esok kan ada sekolah,jawab emak dengan nada yang penuh kesabaran.

Idlan yang sedang mendengar perbualan mereka terus sambung tidur tanpa cakap apa-apa. Idlan
bangun.Dah lambat ni.Cepat bangun,ayah Idlan kejutkannya. Idlanpun bangun dan bersedia untuk
pergi ke sekolah. Apabila dia mencari kasut sekolahnya,dia didapati bahawa kasut sekolahnya basah
kuyup disebabkan oleh hujan lebat pada malam itu. Mak kenapa kasut saya basah? Apa saya nak
pakai ke sekolah sekarang? jerit Idlan sehingga jiran-jirannya dengar. Sabar Idlan.Hari ini awak
pakai selipar ke sekolah.Sehari je,jawab ayahnya. Tapi ayah,Idlan pengawas. Idln tak boleh pakai
macam itu sesuka hati,kata Idlan. Sehari sahaja Idlan.Cikgu-Cikgu semua faham. Hari pakai
selipar,jawab ayah lalu masuk ke dalam rumah. Idlan masih tidak setuju dengan keputusan
ayahnya.Maka,dia terus memakai kasut basahnya itu dan mulakan perjalanannya ke sekolah.

Masa mula bergerak di sekolah dan tibapun masa rehat.Pada masa rehat,Idlan terus keluar dari
kelasnya dan bergerak ke tempat bertugasnya. Idlan selalu tidak makan pada waktu rehatwalaupun
emaknya bagi duit kerana dia mahu jimat duit itu dan beli telefon bimbit yang canggih seperti kawan-
kawannya yang lain. Idlan merupakan pelajar yang agak cemerlang di sekolah sama ada dalam sukan
ataupun dalam pelajaran. Semua guru di SMK Kampung Selam itu suka perangkai Idlan yang budi
pekerti. Namun, Idlan tidak suka belajar di sekolah kampung itu. Bagi Idlan seseorang hanya boleh
berjaya jika dia memdapat pelajaran yang berkualiti dari sekolah yang berprestasi tinggi seperti
sekolah-sekolah di bandar. Masa rehatpun telah tamat dan Idlan bergegas ke kelasnya lalu sambung
belajar.

Apabila dia balik ke rumah selepas waktu sekolah,emaknya sedang mengemas rumah yang telah
basah dan kotor akibat hujan. Ayahnya telah keluar untuk kerja. Idlan lalu masuk ke dalam bilik
tidurnya. Irfan sedang mengulang kaji di biliknya kerana peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Idlam
pergi membantu ibunya untuk mengemas rumah.Selapas itu,dia juga menyertai adiknya untuk
mengulang kaji pelajaran.

Idlan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan semua A dalam SPM. Idlan belajar
bersungguh-sungguh tanpa mengendahkan kesusahan kelurganya.Fokus dia hanya dalam
pelajarannya. Idlan hanya belajar menggunakan buku teks dan modul yang diberi di sekolahnya
kerana keluarganya tidak mampu membelikan buku aktiviti dan buku latihan berlebihan seperti
kawan-kawannya yang lain.

Hari berlalu dengan begitu cepat. Irfan telah menduduki peperiksaan UPSR dan buatnya dengan
keyakinan. SPM pun telah tiba. Idlan membuatnya dengan penuh fokus dan teliti. Dia amat yakin
bahawa dia akan memdapat keputusan yang baik. Selepas semua ujian SPM tamat,dia mula bekerja
di sebuah kedai gunting rambut untuk membantu keluarganya yang berada dalam kesusahan.
Keputusan Irfan keluar dan dia memdapat keputusan yang baik. Emak dan ayah membuat keputusan
untuk menghantar Irfan ke asrama untuk sambung pelajarannya. Begitu juga dengan Idlan. Setelah
keputusan SPMnya keluar, mereka ingin menghantar Idlan tempat jauh dari rumahnya untuk
sambung belajar kerana mereka tidak mahu anak-anak mereka mengalami kesusahan seperti itu.
Namun, keputusan SPM Idlan tidak seperti yang diinginkan oleh ibu bapanya. Dia hanya mendapat
3A 4B dan 2C dalam SPMnya. Pada pendapat Idlan, keputusannya menjadi begini kerana dia tidak
belajar menggunakan buku rujukan yang mahal seperti yang lain. Namun, dia tidak berputus asa dan
berusaha untuk memasuki pusat pengajian tinggi di Malaysia. Tetapi usahanya itu berakhir dengan
kegagalan.

Idlan tiada pilihan yang lain tetapi pergi ke kerja untuk membantu keluarganya. Dia hendak sekurang-
kurangnya adiknya belajar dan berjaya dalam kehidupan. Idlan mula mencari suatu kerja untuknya
dan akhirnya dapat bekerja di sebuah pusat servis kereta. Walaupun pendapatannya sedikit sahaja,
Idlan tetap mebuat kerja itu dengan penuh dedikasi. Pada masa itu, Idlan menerima tawaran untuk
belajar dalam bidang automotif melalui saudaranya. Tetapi tawaran itu memerlukan bidang yang
agak banyak. Dia mahu belajar tetapi tidak tahu bagaimana caranya. Tiba-tiba dia teringat tentang
duit yang dia jimat untuk membeli telefon bimbit yang canggih semasa sekolah dan gunakan duit itu
untuk belajar.

Selepas pelajarannya selama 6 bulan tamat, dia sambung bekerja di pusat servis kereta yang sama.
Idlan bekerja dengan penuh dedikasi. Dia juga mendapat promosi disebabkan oleh kegigihannya.
Pendapatannya juga meningkat dan dapat mengurangkan beban keluarganya. Pada masa yang sama,
adiknya Irfan juga tamat pelajarannya dalam bidang perubatan dan menjadi seorang doktor.

Mereka berdua bersama-sama membeli sebuah rumah yang tidak lagi bocor semasa hari hujan
untuk ibu bapanya. Irfan yang tamatkan pelajarannya dengan bantuan abangnya kini bekerja sebagai
doktor di Hospital Besar Melaka. Idlan pula kini menjadi ketua untuk sebuah pusat servis kereta yang
terkenal di Kuala Lumpur. Akhirnya, Idlan memahami bahawa kejayaan berada pada dirinya sendiri
dan bukan di sekolah yang berprestasi tinggi atau di buku-buku yang mahal harganya. Perjuangan
Idlan untuk berjaya dalam kehidupannya dan menjaga ibu bapanya dengan gembira dapat berakhir
dengan baik.

Вам также может понравиться