You are on page 1of 3

Mr.

Liew

a. Apakah maksud Semangat Assabiah.

- Semangat assabiah semangat kesukuan melampau, terikat dengan peraturan kabilah,

sanggup menuntun bela demi diri dan kabilah dan saling bermusuhan antara satu sama lain.

- Setiap ahli kabilah mempunyai identiti dan peraturannya sendiri.

- Kabilah-kabilah tersebut mempunyai semangat perkauman atau semangat asabiyah

yang kuat,

- mereka akan mempertahankan kabilah masing-masing tanpa mengira kesalahan yang

dilakukan.

- Tidak terdapat sebuah kerajaan Arab yang mempunyai sistem pemerintahan yang teratur.

- Organisasi politik mereka adalah terhad kepada kabilah masing-masing.

- Setiap kabilah diketuai oleh seorang pemimpin yang bergelar Syeikh atau Sayid yang

menjadi lambang perpaduan kaum mereka.

b. Bagaimanakah semangat ini boleh terbentuk dalam kehidupan masyarakat Arab jahiliah .

1. Kemunculan semangat assabiah atau semangat kesukuan yang melampau berpunca daripada
Sistem Kabilah yang berasaskan keturunan.

2. Setiap Puak tinggal dalam kelompok masing-masing dan terikat kepada peraturan yang telah
ditetapkan oleh kabilah.

3. Keadaan geografi dan suasana tempat tinggal mereka yang panas dan kering-kontang
menyebabkan sesuatu kelompok kabilah terpaksa mengatasi masalah yang dihadapi secara
bersama.

4. Sikap orang Arab Jahiliah yang suka berperang seperti mana peperangan al-Basus.

5. Setiap ahli kabilah sangat taasub dan fanatik terhadap kabilah masing-masing.

F1 Amalan sistem kabilah dalam masyarakat Arab Jahiliah telah menimbulkan kesan yang
negatfif kepada kehidupan masyarakatnya.
Mr. Liew
F2 Amalan ini telah menyebabkan munculnya semangat asabiyah atau semangat kesukuan yang
melampau yang menyebabkan sering berlakunya peperangan.

C2a Contohnya pernah berlaku peperangan Al-Basus yang memakan masa selama 40 tahun yang
berpunca daripada tindakan Bani Bakar membunuh seorang ahli Bani Taghlib.

F3 Kemunculan semangat assabiyah ini adalah akibat daripada sistem kabilah yang berasaskan
kepada keturunan dan setiap kelompok terikat dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh
kabilah mereka.

F4 Ia telah menimbulkan semangat kesukuan yang menebal dan sanggup menuntut bela demi
mempertahankan maruah diri dan kabilah mereka.

F5 Sifat ini juga lahir disebabkan keadaan geografi dan suasana setempat yang panas dan kering
kontang.

H5a Untuk meneruskan kehidupan mereka, kelompok kabilah tadi akan terpaksa mengatasi
masalah secara bersama.

F6 Semangat kesukuan ini menjadikan keadaan masyarakat Arab jahiliah kucar kacir dan sering
berlaku perbalahan dan peperangan.

H6a Keadaan sering tidak aman dan menjadi punca persengketaan di kalangan penduduk arab
jahiliah.

C. Bincangkan kesan amalan semangat assabiah dalam kalangan masyarakat arab Jahiliah.

F1 Amalan sistem kabilah dalam masyarakat Arab Jahiliah telah menimbulkan kesan yang
negatfif kepada kehidupan masyarakatnya.

F2 Amalan ini telah menyebabkan munculnya semangat asabiyah atau semangat kesukuan yang
melampau

H2a yang menyebabkan sering berlakunya peperangan.

C2a Contohnya pernah berlaku peperangan Al-Basus yang memakan masa selama 40 tahun yang
berpunca daripada tindakan Bani Bakar membunuh seorang ahli BaniTaghlib.

F3 Kemunculan semangat assabiyah ini adalah akibat daripada sistem kabilah yang

berasaskan kepada keturunan

H3a setiap kelompok terikat dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh kabilah mereka.

F4 Ia telah menimbulkan semangat kesukuan yang menebal

H4a Mereka sanggup menuntut bela demi mempertahankan maruah diri dan kabilah mereka.
Mr. Liew
F5 Semangat kesukuan ini menjadikan keadaan masyarakat Arab jahiliah kucar kacir dan sering
berlaku perbalahan dan peperangan.

H5a Keadaan sering tidak aman dan menjadi punca persengketaan di kalangan penduduk arab
jahiliah