Вы находитесь на странице: 1из 6

Kertas soalan ini terdiri daripada 6 halaman bercetak.

Arahan: Kertas ini mengandungi 3 bahagian iaitu:


Bahagian A: Soalan Objektif (60 markah)
Bahagian B: Peraturan Sekolah (20 markah)
Bahagian C: Soalan Struktur (10 markah)
Jawab semua soalan.

Bahagian A: Pilih jawapan yang paling sesuai.

1 Apakah maksud demokrasi berparlimen?


A Suatu sistem kerajaan yang dipilih hasil penggulingan kuasa oleh pihak tentera.
B Suatu sistem kerajaan yang dipilih secara bebas oleh rakyat melalui pilihanraya dan bertanggungjawab
kepada rakyat.
C Suatu sistem kerajaan yang dipilih melalui sistem pewarisan takhta.
D Suatu sistem kerajaan yang dipilih secara pembahagian kuasa pada peringkat pusat.

2 Tempoh masa yang dibenarkan untuk calon berkempen ialah


A dalam tempoh 30 hari.
B pada hari penamaan calon sahaja.
C antara hari penamaan calon dengan hari pengundian.
D pada hari pengundian sahaja.

3 _____________________merupakan badan perundangan tertinggi bagi Kerajaan Persekutuan.


A Dewan Undangan Negeri.
B Yang di-Pertuan Agong.
C Yang Dipertua Dewan Rakyat.
D Parlimen.

4 Pilihan raya kecil mestilah diadakan dalam tempoh __________hari selepas berlakunya kekosongan itu.
A 30 B 40 C 60 D 80

5 Seorang Yang Dipertua Dewan Rakyat mesti mengosongkan jawatannya sekiranya


A tidak mengawasi perjalanan Dewan Rakyat.
B menjadi calon dalam pilihan raya ke Dewan Rakyat.
C tidak mengesahkan bil-bil kewangan.
D tidak membuat keputusan tentang peraturan-peraturan mesyuarat sekiranya berlaku perbalahan.

6 Siapakah yang mempunyai kuasa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen?


A Yang di-Pertuan Agong.
B Yang dipertua Dewan Rakyat.
C Yang dipertua Dewan Negara.
D Ahli Dewan Undangan Negeri.

7 Ketua negeri bagi negeri Pulau Pinang ialah


A Yang di-Pertuan Agong.
B Yang di-Pertua Negeri.
C Sultan.
D Menteri Besar.
1
8 Apakah tujuan penubuhan Majlis Raja-Raja?
A Melantik Ketua Hakim Negara dan Ketua Audit Negara.
B Menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan adat istiadat Melayu.
C Bertanggungjawab terhadap semua urusan pentadbiran.
D Menyatupadukan hubungan raja-raja Persekutuan agar menjadi lebih rapat dengan negeri-negeri yang
menjadi anggota Persekutuan.

9 Apakah maksud sistem raja berperlembagaan?


A Pemerintahan beraja yang berlandaskan perlembagaan persekutuan.
B Raja berkuasa secara mutlak dalam pentadbiran negara.
C Sistem beraja yang diwarisi secara turun-temurun.
D Raja dilantik di atas nasihat Perdana Menteri.

10 Mengapakah kita perlu menghormati sistem beraja?


A Raja berkuasa mutlak.
B Raja merupakan pemerintah tertinggi.
C Raja merupakan tonggak pemerintahan.
D Raja mempunyai kekebalan dari segi undang-undang.

11 Apakah tanggungjawab sebagai warganegara?


A Menjaga keamanan negara.
B Memajukan diri, bangsa dan menjaga nama baik dan imej negara.
C Melibatkan diri dalam program pembangunan negara.
D Berusaha memenangi sesuatu pertandingan pada peringkat antarabangsa.

12 Antara berikut, yang manakah bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya?


A Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
B Suruhanjaya Pilihan Raya.
C Suruhanjaya Kebajikan.
D Suruhanjaya Sekuriti.

13 Anita telah dipilih untuk mewakili negara dalam suatu pertandingan sukan di luar negara. Apakah tindakan
yang perlu diambil oleh Anita?
A Bangga terhadap diri sendiri.
B Bertanding dengan bersungguh-sungguh.
C Memandang rendah kebudayaan negara lain.
D Bercakap benar.

14 Setiap warganegara yang berkelayakan diwajibkan mengundi untuk


A membuktikan kebolehan negara.
B mengelakkan daripada dipenjara.
C menunaikan tanggungjawab memilih pemimpin.
D mempraktikkan amalan demokrasi.

15 Pemimpin negara bertanggungjawab untuk


A memajukan diri dan menjaga nama baik negara.
B memimpin dan memajukan serta memastikan keamanan dan keharmonian hidup rakyat.
C memelihara keamanan, keselamatan dan keharmonian negara.
D memastikan warganegara mengundi.

2
16 Apakah tujuan doktrin pengasingan kuasa?
A Memastikan pentadbiran negara lebih adil dan demokratik.
B Untuk menggelakkan perebutan kuasa.
C Mengawasi kuasa dan perlakuan hakim-hakim di Mahkamah Persekutuan.
D Menggelakkan wujudnya komplot antara badan pemerintah dengan badan-badan lain.

17 Apakah tujuan penubuhan kementerian?


A Membuat dan menguatkuasakan undang-undang.
B Menggubal dasar-dasar kerajaan.
C Melicinkan pentadbiran program pembangunan negara.
D Berperanan dalam hal ehwal pemerintahan negara.

18 __________________________merupakan suatu badan tertinggi yang menjalankan kuasa eksekutif


Kerajaan persekutuan.
A Perdana Menteri. B Yang di-Pertuan Agong.
C Menteri. D Ketua Menteri.

19 Apakah tujuan Dasar Penswastaan?


A Meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan.
B Meningkatkan perkembangan ekonomi.
C Melahirkan sebuah masyarakat yang celik huruf.
D Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara.

20 Siapakah tokoh yang memperkenalkan Wawasan 2020?


A Tunku Abdul Rahman. B Tun Hussein Onn.
C Tun Dr. Mahathir Mohamad. D Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

21 Apakah matlamat penubuhan ASEAN?


A Melindungi dasar perdagangan bebas.
B Menjalin kerjasama dalam bidang politik, sosial dan ekonomi.
C Menggalakkan kerjasama ekonomi serantau.
D Memantapkan pasukan ketenteraan.

22 ASEAN ditubuhkan pada tahun


A 1957. B 1967.
C 1976. D 1980.

23 Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) ditubuhkan melalui satu pengistiharan yang dipanggil
A Dasar Ekonomi Baru. B Deklarasi Kuala Lumpur.
C Deklarasi Bandung. D Deklarasi Rakyat.

24 Negara yang pernah menerima pasukan pengaman dari Malaysia ialah


A Angola, Thailand dan Kampuchea. B Timor Leste, Angola dan Congo.
C Angola, Kampuchea dan Somalia. D Bosnia, Somalia dan Congo.

25 Malaysia telah menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak NAM yang ke-13 pada
A 11 September 2006. B 20 Februari 2003.
C 2 September 1998. D 18 Oktober 1995.

26 _______________________ telah dilantik oleh PBB sebagai duta khas untuk memulihkan keamanan di
Myammar.
A Dr. Sheikh Muszaphar. B Tan Sri Razali Ismail.
C Professor Datuk Dr. Mazlan Othman. D Profesor Jomo Kwame Sundram.
3
27 Pilih peranan Malaysia dalam Pertubuhan Negara-negara Komanwel.
A Mewujudkan perpaduan dalam kalangan umat Islam.
B Melindungi hak asasi manusia.
C Menggalakkan kerjasama serantau.
D Membantu negara anggota dalam pelbagai bidang.

28 Apakah kepentingan untuk mengadakan pilihan raya?


A Memilih wakil untuk kerajaan baru.
B Rakyat dapat keluar untuk mengundi.
C Rakyat dapat memilih perwakilan mereka.
D Melihat respon rakyat terhadap seruan kerajaan.

29 Sesebuah kerajaan perlu mengamalkan pentadbiran yang telus dan amanah supaya
A rakyatnya hidup dengan aman.
B Dipaksa untuk berbuat demikian.
C Ditetapkan oleh kerajaan yang memerintah.
D Dianggap matang dan dapat membuat keputusan untuk dirinya.

30 Apakah kriteria seseorang pemimpin yang berwawasan?


A Menumpukan perhatian kepada masalah sosial sahaja.
B Akan memimpin negaranya ke arah pembangunan dan kesejahteraan.
C Akan mengambil berat tentang pembangunan negaranya sahaja.
D Akan melaksanakan pembangunan berdasarkan kesan jangka masa pendek.

Bahagian B: Peraturan Sekolah (Sistem Demerit)- 20 markah.


Isi tempat kosong dalam penyataan di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

Kod Salah laku Tindakan Markah Demerit


112 Mencuri

331 Rambut panjang

442 Lewat Sekolah


4
444 Makan di kantin sebelum/selepas
rehat.

551 Berkelakuan kasar terhadap guru

881 Ponteng kelas

882 Ponteng sekolah

Bahagian C: Soalan Struktur- 10 markah


Jawab semua soalan yang diberikan.

1 Nyatakan kepentingan pilihan raya.

_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
(2 markah)

5
2 Berikan fungsi-fungsi parlimen.

_________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
( 2 markah)

3 Nyatakan alat-alat kebesaran yang digunakan semasa pertabalan Yang di-Pertuan Agong.

________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
( 2 markah)

4 Namakan anggota-anggota keselamatan negara.

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________
(4 markah)

Kertas soalan tamat.

Вам также может понравиться