Вы находитесь на странице: 1из 35

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi yang telah diiktiraf sebagai

Bahasa Kebangsaan Negara Malaysia. Dalam Akta Bahasa Kebangsaan

1963 / 1967 Akta 7/67, s.3 menyatakatan bahawa Bahasa Kebangsaan

seharusnya digunakan dalam maksud-maksud rasmi. Rentetan itu, kita

sebagai penutur jati bahasa seharunya menggalas kewajipan itu untuk

menguasainya dengan baik secara ujaran serta hukumnya. Penguasaan

bahasa yang baik akan menggambarkan ketinggian ilmu dan ketinggian

inetelektual Bahasa Melayu itu sendiri sebagai Bahasa Kebangsaan.

Dalam mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan

bahasa rasmi Negara serta bahasa pengantar yang berkebolehan tinggi

dalam bidang ilmu pengetahuan, kerajaaan menjalankan beberapa inisiatif

bagi memperkembangkan bahasa. Bahasa bukan sahaja perlu

diperkembangkan dalam skala yang besar, malah suatu kepentingan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, sekiranya dipraktikkan


sejak di bangku sekolah akan meluaskan pengaruh kecelikan bahasa

dengan lebih efektif.

Dalam Bahasa Melayu, terdapat tiga kemahiran utama yang perlu

dikuasai iaitu kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), kemahiran

membaca dan kemahiran menulis. Penguasaan ketiga-tiga kemahiran ini

menjadikan seseorang individu tersebut mampu menguasai Bahasa Melayu

dengan baik. Sesungguhnya, kemahiran-kemahiran ini mendasari Bahasa

Melayu sebagai bahasa ilmiah yang kekal umpama tak lekang dek panas,

tak lapuk dek hujan.

Kecemerlangan dalam bidang kependidikan merupakan hal yang sering

menjadi isu hangat oleh warga pendidikan. Pelbagai alternatif telah

dijalankan oleh kerajaan dalam memastikan kemudahan pendidikan seiring

dengan arus pendidikan di negara-negara maju di dunia. Contoh negara

seperti Finlandia telah diiktiraf sebagai negara dengan sistem pendidikan

terbaik di dunia apabila negara tersebut memperkenalkan filsafat pendidikan

yang menganggap bahawa setiap manusia memiliki sesuatu untuk

disumbangkan dan mereka yang mengalami kesulitan tidak wajar

ditinggalkan.

Negara tersebut memperkenalkan taktik yang diterapkan oleh setiap

mata pelajaran iaitu pengerahan guru bantu yang ditugaskan untuk

membantu murid yang mengalami kesulitan di dalam mata pelajaran

tertentu. Sesungguhnya, faktor kecemerlangan itu mampu dicapai


disebabkan oleh permasalahan yang telah lama difikirkan namun

memerlukan teknik-teknik tertentu dalam mengimplementasikan

permasalahan tersebut.

Matlamat akan tercapai sekiranya semangat kesedaran terhadap

komiten daripada semua pihak yang terlibat di dalam dunia pendidikan. Guru

merupakan agen utama perlu menyedari akan tanggungjawab terhadap

kecemerlangan murid sekolah dan memastikan bahawa tumpuan murid

diperlukan dalam menguasai hasil pembelajaran bagi ketiga-tiga kemahiran

tersebut. Tambahan pula antara ketiga-tiga kemahiran ini, kemahiran yang

paling sukar dikuasai iaitu kemahiran menulis.

Kemahiran membina ayat bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam

penulisan Bahasa Melayu. Malah, aktiviti menulis merupakan antara salah

satu kemahiran asas yang menjadi aspek terpenting selain daripada

kemahiran lisan dan kemahiran membaca. Kajian-kajian sebelum ini telah

banyak memperjelaskan permasalah murid dalam masalah penulisan

khususnya dari aspek membina ayat dengan betul dan lengkap. Masalah

yang sering dihadapi oleh segelintir murid iaitu dari aspek penyusunan idea

dalam membina ayat serta tidak mampu mengekspresikan ayat dengan betul

bagi memastikan ayat yang dibina mengikuti kehendak yang telah

ditetapkan. Masalah ini akan lebih dikenal pasti jika murid membina ayat

mengenai sesuatu topik ketika sesi pengajaran dan pembelajaran serta

melalui semakan buku latihan mereka.


1.2 Latar Belakang

Abdul Hamid Mahmood (1993), penulisan yang berksan merupakan

penulisan yang mampu mewujudkan keintektualan dan kesempurnaan

bahasa. Sekiranya keintelktualan bahasa dicapai melalui penguasaan

perbendaharaan kata dan sistem tatabahasa, kesempurnaan bahasa akan

dicapai melalui kesempurnaan sintaksis.

Dalam pendidikan Bahasa Malaysia, kemahiran membina ayat dalam

kemahiran menulis amat penting. Kemahiran ini merupakan satu kemahiran

asas dalam kemahiran berbahasa di samping kemahiran lisan dan

kemahiran membaca. Kemahiran ini seharusnya dikuasai oleh setiap pelajar

sejak di peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat sekolah menengah

dan institusi pengajian tinggi. Malah dalam kemahiran tersebut, kemahiran

merupakan antara kemahiran yang perlu diutamakan bagi setiap pelajar

dalam menggambarkan prestasi berbahasa mereka termasuklah untuk

fungsi peperiksaan atau kerjaya mereka pada masa hadapan.

Melalui kandungan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahun Tiga

(2012), telah diberi penekanan kepada salah satu daripada kemahiran

bahasa iaitu kemahiran menulis dalam menulis ayat tunggal dan ayat

majmuk secara mekanis dengan betul dan kemas. Raimes (1983),

kemahiran menulis merupakan kemahiran yang melibatkan banyak aspek

iaitu dari aspek mekanis sehinggalah kepada aspek kesinambungan

mengikut keperluan wacana penulisan yang hendak dihasilkan. Maka,


pelajar perlu menyedari bahawa kemahiran menulis merupakan peringkat

tertinggi yang perlu dicapai dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Kemahiran ini juga dikatakan sebagai wadah yang penting untuk

dihubungkan dengan ilmu pengetahuan (Withrow, 1985).

1.3 Pernyataan Masalah

Pada hari ini telah ramai guru-guru bahasa telah menyedari bahawa

aspek penulisan dalam kemahiran membina ayat merupakan punca utama

dalam permasalahan murid-murid sekolah. Meski pun telah ditetapkan skor

pencapaian standard terhadap murid-murid, namun aspek penulisan masih

dijadikan isu yang terus menonjol. Hal ini lebih menjadi kelemahan

terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis,

didapati bahawa kemahiran membina ayat murid akan lebih membantu

sekiranya diberi bantuan seperti bahan rangsangan berupa gambar, kosa

kata atau rangkai kata. Dalam penulisan,murid perlu menguasai pola-pola

ayat dasar dan memahami proses penerbitan ayat-ayat yang lebih kompleks

(Khatijah Abdul Hamid, 1997).

Pengalaman mengajar kelas Tahun 3 di salah sebuah sekolah daerah

Inanam telah menemukan masalah dalam kalangan anak-anak didik

terhadap penguasaan kemahiran menulis karangan berpandukan gambar.

Masalah ini ditemui semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran

untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia. Ini berlaku apabila terdapat dalam

kalangan mereka yang tidak dapat membezakan gambar yang penting


dalam membina ayat ditambah lagi dengan masalah dalam mengembangkan

ayat berpandukan gambar tersebut. Ini menyebabkan markah mereka ditolak

lalu menjejaskan pungutan markah mereka.

Pengaplikasian kemahiran menulis dalam kemahiran membina ayat

sesuai diaplikasikan untuk semua peringkat umur di semua sekolah tidak

mengira jantina. Cara penggunaannya yang mudah serta tidak memerlukan

pelaksanaan terlalu kompleks. Kemahiran ini amat sesuai untuk semua

sekolah seperti sekolah bandar, sekolah pinggir bandar, sekolah pekan serta

sekolah pedalaman.

Kelemahan murid dalam kemahiran membina ayat disebabkan oleh

kekurangan pendedahan mengenai cara yang betul. Kelemahan mereka

bukan sahaja tidak menepati ciri-ciri binaan ayat malah mereka juga lemah

dalam pengunaan bahasa terutamanya dari segi tatabahasa yang

melibatkan bentuk-bentuk gramatis dan pola-pola ayat. Dalam erti kata yang

lain, mereka tidak mempunyai kemahiran dalam membina ayat dengan betul.

Nik Safiah Karim (1986) penguasaan bahasa terutamanya dalam aspek

penulisan dalam kalangan murid kita adalah daripada memuaskan,

kelemahan bahasa dapat dilihat daripada beberapa aspek iaitu kesalahan

tatabahasa kepada cara mengarang yang tidak berkesan dan akhirnya tidak

berjaya menyampaikan maksud.

Maka, dalam kemahiran menulis ini semestinya akan menjejaskan

peringkat-peringkat lain sekiranya murid-murid masih belum menguasai


aspek kemahiran membina ayat. Sekiranya aspek membina ayat boleh

dikuasai dengan baik, tidak mustahil bagi mereka untuk menguasai peringkat

yang lebih tinggi iaitu penulisan karangan.

Pengkaji

Dengan pendedahan yang diberikan oleh pengkaji, responden dapat

menggunakan teknik ini pada kertas peperiksaan bahagian A dalam

peperiksaan UPSR khususnya kepada tahap dua. Ini juga merupakan

sebahagian langkah persediaan kepada tahap satu agar memberi mereka

sedikit gambaran sebelum menginjak ke tahap dua.

1.4 Objektif Kajian

Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti tahap dan strategi kemahiran

menulis pelajar dalam membina ayat berpandukan gambar bersiri

1. Mengenal pasti kemahiran membina ayat Bahasa Melayu

berpandukan gambar bersiri

2. Mengenal pasti tahap keyakinan diri murid dalam kemahiran membina

ayat berdasarkan gambar bersiri

3. Mengenal pasti keberkesanan Teknik 4P2A dalam kemahiran

membina ayat Bahasa Melayu berpandukan gambar bersiri


1.5 Persoalan Kajian

1. Apakah tahap penguasaan kemahiran membina ayat berdasarkan empat

pola ayat Bahasa Melayu berpandukan dalam pra ujian pelajar?

2. Apakah tahap penguasaan kemahiran membina ayat berdasarkan empat

pola ayat Bahasa Melayu dalam pasca ujian pelajar

3. Apakah keberkesanan kemahiran membina ayat berdasarkan empat pola

ayat dalam Bahasa Melayu?

1.6 Kesesuaian Kajian

Dalam meningkatkan kemahiran responden dalam membina ayat

berpandukan gambar bersiri, Teknik 4P2A perlu diaplikasikan kepada

mereka. Teknik 4P2A perlu dikuasai agar murid-murid dapat mengasah

kemahiran penulisan dan memperbaiki binaan ayat yang betul. Teknik 4P2A

berupaya melahirkan murid-murid yang berfikiran kreatif dan kritis serta

menjadi salah satu penyumbang kepada aspek-aspek yang ditekankan

dalam JERIS.

Tambahan pula, jika Teknik 4P2A telah dikuasai murid-murid, maka

ini memberi satu kejayaan kepada pengkaji untuk merubah gaya

pembelajaran mereka. Hal ini turut dikukuhkan dalam pernyataan Dunn &

Dunn (1978), iaitu pengajaran akan lebih berkesan jika guru melaksanakan

kaedah pengajaran yang bersesuaian melalui usaha memadankan kaedah


pengajaran guru dengan gaya pembelajaran pelajar- pelajar. Maka, untuk

memastikan pengajaran itu mejadi lebih berkesan, pengkaji perlu

memastikan agar Teknik 4P2A perlu diketahui dan dikuasai anak-anak didik.

1.6.1 Pendidik

Kajian ini diharapkan dapat membantu golongan pendidik menepati

kehendak dan perubahan arus globalisai dalam bidang pendidikan pada

masa hadapan. Amalan penggunaan Teknik 4P2A dalam proses pengajaran

dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan berkemungkinan akan

mendatangkan hasil yang baik. Hal ini pastinya akan menjurus kepada

peningkatan pencapaian akademik murid-murid. Selain itu, Teknik 4P2A

boleh diaplikasikan kepada semua murid dan tidak terbatas daripada

peringkat tahap dan tidak tertakluk kepada murid tertentu sahaja. Teknik

4P2A boleh digunakan oleh semua pendidik khususnya dalam memberi

bimbingan kepada murid untuk meningkatkan kemahiran penguasaan binaan

ayat berfokuskan gambar tunggal. Teknik 4P2A boleh digunakan oleh semua

pendidik tidak mengira sekolah yang berada di kawasan pedalaman, pinggir

bandar serta luar bandar.


1.6.2 Pihak Sekolah

Selain itu, diharapkan Teknik 4P2A dapat dijadikan rujukan dan sebagai

panduan kepada pihak sekolah, pendidik dan pelajar untuk memperbaiki

keputusan mereka dalam peperiksaan secara positif. Selain itu, diharapkan

agar Teknik 4P2A dapat meningkatkan nilai GNP sekolah ke arah yang

terbaik.

1.6.3 Peserta Kajian

Teknik 4P2A diharapkan dapat membantu murid-murid dalam meningkatkan

kemahiran penulisan mereka melalui aktiviti atau latihan-latihan yang

menekankan aspek kemahiran membina ayat berfokuskan gambar tunggal

khususnya sebagai persediaan menghadapi ujian atau peperiksaan. Murid-

murid juga mampu meningkatkan kemahiran mereka dalam penulisan

karangan melalui penulisan ayat secara gramatis di samping memperbaiki,

memurnikan serta mengaplikasikan kosa kata yang dipelajari. Seterusnya,

murid-murid dapat mengelakkan diri mereka daripada mengalami sebarang

kekeliruan khususnya dalam menentukan gambar yang perlu difokuskan

dalam proses binaan ayat berpandukan gambar tunggal terlebih dahulu.


1.7 Skop Kajian

Kajian pengkaji dalam meningkatkan kemahiran penulisan murid-murid

dalam membina ayat berpandukan gambar tunggal bersesuaian dengan

tahap kebolehan murid-murid Tahun Tiga. Pengkaji telah mengenal pasti

masalah dan sikap sepuluh orang murid-murid yang akan membawa kepada

peningkatan sekiranya dibimbing merujuk kepada guru kelas dan guru mata

pelajaran terdahulu, dokumen-dokumen yang berkaitan seperti penelitian

hasil kerja dan buku latihan, serta membuat post-mortem terhadap kertas

jawapan murid dalam pra ujian.

Hasil post-mortem yang dibuat, pengkaji mendapati bahawa mereka

boleh membina ayat namun didasari dengan pelbagai kesalahan seperti

pemilihan perkataan yang kurang tepat, tidak mengembangkan ayat dengan

baik, tidak mempelbagaikan ayat dan kesalahan dari aspek struktur ayat

yang tergantung serta sukar difahami. Bukti-bukti ini menunjukkan bahawa

responden-responden ini mempunyai kosa kata yang lemah, kurang

membaca dan kurang melakukan latih tubi. Kajian ini amat penting dan

pengkaji mempercayai bahawa kajian ini akan menemui keberkesanan

dalam meningkatkan pencapaian mereka bukan sahaja dalam membina ayat

berpandukan gambar tunggal, malah dalam proses penulisan karangan.


1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Teknik 4P2A

Teknik 4P2A berasal daripada singkatan bagi akronim Empat Pola Ayat

dalam Bahasa Melayu. Teknik 42PA mengandungi empat pola ayat yang

mengandungi FN + FN (Frasa Nama + Frasa Nama), FN + FK (Frasa Nama

+ Frasa Kerja), FN + FA (Frasa Nama + Frasa Adjektif) dan FN + FSN

(Frasa Nama + Frasa Sendi Nama). Empat pola ayat ini berfungsi sebagai

ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain

dalam sesuatu bahasa.

1.8.2 Kemahiran Membina Ayat Berdasarkan Gambar

Kemahiran dalam membina ayat merupakan salah satu aspek yang amat

penting dalam bahasa Melayu. Kajian mendapati bahawa murid-murid yang

mempunyai masalah dalam penulisan terutamanya dari sudut membina ayat

dengan betul dan lengkap. Adakalanya murid-murid turut mengalami

masalah dalam menyusun idea penulisan serta mengekspresikan dengan

jelas mengikut gambar yang dilihat. Pembinaan ayat melibatkan gambar

bersiri ini membawa markah sebanyak 10 markah dan melibatkan empat

ayat sahaja berdasarkan empat pola ayat yang dikehendaki.


1.8.2 Gambar Bersiri

Gambar bersiri merupakan salah satu daripada bahan grafik yang

membantu guru dalam pengajaran. Gambar bersiri dipersembahkan ke

dalam bentuk imej atau paparan visual yang tidak bergerak seperti gambar,

lukisan, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya. Penggunaan gambar bersiri

dalam pengajaran serta proses latih tubi murid telah lama diperkenalkan

sejak wujudnya pembelajaran secara formal dan tidak formal. Proses dalam

memperkenalkan gambar bersiri ke dalam pengenalan kajian perlu

dijalankan terlebih dahulu sebelum beralih kepada proses pembelajaran

kendiri murid.

1.9 Limitasi Dan Delimitasi Kajian

1. Kajian ini dijalankan di salah sebuah sekolah yang terletak di pinggir

bandar daerah Inanam, Sabah.

2. Kajian ini melibatkan 10 orang sampel dalam kalangan murid

tahap 1 iaitu Tahun 3.

3. Kajian ini melibatkan murid-murid di dalam lingkungan umur 9 tahun.

4. Kajian ini terdiri dalam kalangan murid yang mempunyai pelbagai

tahap kecerdasan (murid lemah, murid sederhana dan murid bijak)

5. Kajian tidak memfokuskan kesalahan aspek ejaan dan penggunaan

huruf besar dan kecil.


6. Kajian tidak mengutamakan aspek tatabahasa dalam penulisan

sampel.

7. Kajian ini menekankan kepada penggunaan gambar bersiri sahaja.

1.10 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, kajian ini lebih berpandukan kepada objektif kajian

yang akan dijalankan oelh pengkaji. Kajian yang dijalankan ini akan memberi

gambaran secara terperinci mengenai kaedah yang digunakan oleh pengkaji

dalam memastikan penguasan pelajar di samping memenuhi kehendak

objektif-objektif utama yang disasarkan.


BAB 2

SOROTAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Bab ini membincangkan mengenai beberapa aspek iaitu sorotan literatur

yang berkaitan dengan kajian yang dilaksanakan. Antara aspek yang

dibincangkan iaitu mengenai teori-teori pembelajaran yang berkaitan, kajian-

kajian lepas yang mengkaji keberkesanan penguasaan responden dalam

membina ayat berdasarkan bahan rangsangan, kerangka konsep kajian,

kerangka kajian, kerangka teori kajian dan kesimpulan bagi keseluruhan bab

ini.

Kajian-kajian lepas turut membuktikan keberkesanan kajian

sedemikian dalam membina ayat berpandukan gambar, bahan rangsangan

atau seumpamanya. Pengimplementasian teknik atau kaedah yang

dijalankan turut memberi kesan dan bukti bahawa kajian dalam

meningkatkan kemahiran menulis murid-murid boleh dilaksanakan melalui

proses improvisasi. Bukti ini juga dikukuhkan lagi dengan kajian pengkaji

yang turut memberi respons mereka yang positif dan melancarkan solusi

mereka.
2.2 Teori Behaviorisme

Menurut teori ini, belajar merupakan satu bentuk perubahan tingkah laku

disebabkan oleh proses interaksi antara stimulus dan respons (Pavlov). Teori

ini mementingkan input yang dikenali sebagai stimulus dan keluaran iaitu

output secara respons. Dalam kajian ini, stimulus digelar sebagai bimbingan

pengkaji terhadap bahan rangsangan iaitu bahan yang dipaparkan oleh

pengkaji mengenai keempat-empat pola ayat yang perlu dimasukkan ke

dalam gambar bersiri.

Manakala gerak balas iaitu keluaran output berbentuk respons

responden terhadap bimbingan pengkaji sama ada menghasilkan respons

yang positif atau negatif. Rangsangan yang berulang kali semestinya akan

memberi kebarangkalian tindak balas yang positif terhadap kajian ini. Maka,

pengkaji berpendapat bahawa teori ini perlu diaplikasikan ke dalam kajian.

2.3 Teori Pembelajaran Kognitif Piaget

Teori ini berkesinambungan dengan proses mental yang melibatkan

pengamatan, pengetahuan dan pemahaman (Piaget). Teori ini menjelaskan

bahawa proses pembelajaran merupakan satu proses dalaman yang terjadi

dalam akal fikiran yang tidak mampu diperhatikan secara langsung melalui

tingkah laku manusia. Kesemua maklumat yang telah diterima dipadankan


dengan maklumat sedia ada, diubahsuai dan akhirnya disusun semula

menghasilkan maklumat yang baru.

Teori ini jika dikaitkan dengan kajian diumpamakan kepada responden

sebagai penerima maklumat yang telah mengetahui beberapa perkara di

dalam kemahiran membina ayat iaitu sebelum ini mereka mempunyai

andaian bahawa kemahiran membina ayat boleh digunakan secara bebas

serta mematuhi gambar.

Namun, setelah mendapat bimbingan daripada pengkaji mereka akan

menerima maklumat tambahan baru yang akan dipadankan kepada

maklumat yang telah dipelajari, diubahsuai sekiranya terdapat kesalahan

yang dibuat, disusun bermaksud mereka memperoleh pengetahuan baru dan

akhirnya menghasilkan fahaman yang baru dalam kemahiran membina ayat

berdasarkan empat pola ayat.

2.4 Teori Pembelajaran Vygotsky

Dalam teori ini, sistem sosial dikatakan amat penting dalam perkembangan

kognitif kanak-kanak (Vygotsky). Teori beliau turut menyentuh mengenai

teknik scaffolding iaitu cara untuk memberikan sejumlah besar bantuan pada

awal pembelajaran dan akhirnya memberi peluang kepada mereka untuk

membuat sendiri. Bantuan yang dimaksudkan iaitu bantuan berbentuk

bimbingan, peringatan dan dorongan sehingga mereka mampu

melaksanakannya. Usaha dan pengalaman individu amat ditekankan di


dalam proses pembelajaran sehingga pada suatu masa mereka mampu

mencapainya tanpa bantuan orang lain.

Melalui kajian ini pula, pengkaji mengambil kira teknik scaffolding

sebagai salah satu daripada teori yang diamalkan. Pada mulanya, pengkaji

akan memberi bimbingan kepada responden terlebih dahulu melalui

penerangan terhadap empat pola ayat yang perlu dimuatkan ke dalam

kemahiran membina ayat berdasarkan gambar bersiri. Pengkaji turut

memberi peringatan kepada responden mengenai empat bentuk pola ayat

yang dimaksudkan beserta contoh-contoh ayat. Peringatan turut diberi

kepada mereka iaitu membina ayat perlu berpandukan gambar bersiri.

Setelah mereka menguasai kemahiran tersebut, pengkaji serta-merta

akan mengurangkan bantuan dengan mengadakan latih tubi dan juga ujian

pasca. Di samping itu, pengkaji turut membuat permainan bahasa sebagai

alternatif untuk menguji kepantasan responden dalam membina ayat

berpandukan gambar bersiri. Aktiviti soal jawab turut dilaksanakan bagi

menguji sejauh mana kefahaman responden terhadap keempat-empat pola

ayat yang telah diterangkan.

2.5 Kajian Berkaitan Dengan Kemahiran Menulis Karangan

Berpandukan Bahan Rangsangan

Masni Mohamad Saidi dan Suen Sau Chun (2003) telah menggunakan

teknik S-R 8W1H dalam kajian mereka yang bertajuk Meningkatkan

Kebolehan Membina Ayat Majmuk tentang sesuatu topik dengan


menggunakan teknik S-R 8W1H dalam kalangan murid Tahun 3B di

Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Ave Maria, Convent, Ipoh. Mereka

telah diberi latihan membina ayat dengan menggunakan gambar bersiri,

gambar komposisi, membina ayat menggunakan situasi atau topik yang tidak

mengunakan kata hubung. Hasil kajian menunjukkan telah berlaku

peningkatan dan membuktikan kepentingan penggunaan formula dalam

pembelajaran.

Iskandar Muda bin Ishak (2005), telah menjalankan kajian yang

bertajuk Penggunaan Latih Tubi Dengan Menggunakan Gambar Bagi

Meningkatkan Pencapaian Dan Kebolehan Murid Tahun Lima Membina Ayat

Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan (LKTP) Padang Piol, 27040

Jerantut, Pahang. Beliau dapat membuktikan teknik latih tubi dapat

meningkatkan kemahiran murid dalam membina ayat yang baik dan

sempurna melalui ujian PKSR 3. Hasil kajian beliau telah menunjukkan

peningkatan dalam membina ayat bahasa Inggeris telah berlaku sebanyak

75 peratus. Jika dikaitkan dengan kajian pengkaji, beliau menggunakan

gambar sebagai bahan rangsangan utama untuk menarik minat responden

dalam membina ayat. Hal ini sama seperti yang dijalankan pengkaji iaitu

menggunakan gambar sebagai rangsangan kepada murid dalam membina

ayat.

Selain itu, Habsah bt Nan (2006), telah membuat kajian yang bertajuk

Teknik Four Wifes And One Husband: Membina Ayat Penyata berdasarkan

Gambar Tunggal Atau Bersiri. Hasil daripada kajian beliau ke atas 32 orang
murid Tahun Lima Pintar di Sekolah Kebangsaan Beseri, Perlis mendapati

bahawa pencapaian murid dalam kemahiran murid dalam membina lima ayat

penyata berpandukan gambar atau gambar bersiri telah meningkat sebanyak

63 peratus. Dalam kajian pengkaji, pengkaji menetapkan gambar tunggal

sebagai bahan rangsangan utama kepada responden untuk memupuk minda

mereka agar menjadi lebih kreatif.

Berdasarkan sorotan para pengkaji mengenai kajian ini jelas

membuktikan bahawa penguasaan keempat-empat pola juga merupakan

salah satu cara dalam menguasai kemahiran membina ayat berpandukan

gambar rangsangan dan dilihat penting untuk diaplikasikan kepada setiap

responden yang mengalami masalah seumpamanya. Sesungguhnya cara ini

bersesuaian sekiranya diaplikasikan kepada responden yang mengalami

masalah dalam membina ayat.

2.6 Kajian Berkaitan Dengan Pola-Pola Ayat Dalam Aspek Sintaksis

Penulisan Karangan Dalam Bahasa Melayu

Awang Ismail (1998), telah menganalisis pola-pola sintaksis dalam penulisan

karangan dalam karangan pelajar tingkatan empat jelas membuktikan

bahawa
Menerusi kajian yang dilaksanakan oleh Normaizam Hamid (2002), beliau

membuat kajian kes mengenai analisis kesilapan sintaksis dalam kalangan

pelajar pra universiti mendapati bahawa

Amizan Adnan (2011), melaksanakan kajian analisis struktur terhadap

kesalahan sintaksis dalam kalangan murid Cina tahun lima mengaitkan

bahawa terdapat pengaruh bahasa ibunda yang menjejaskan pembinaan

ayat gramatis dalam kalangan murid tersebut. Kajian beliau menyentuh

kepada aspek permasalahan pengajaran dan pembelajaran murid, pengaruh

bahasa ibunda dan perincian kesalahan sintaksis dalam penulisan karangan

murid Cina.

Siti Baidura & Nurul Jamilah (2012), menganalisis kesalahan

tatabahasa Bahasa Melayu dalam karangan pelajar asing di Institusi

Pengajian Tinggi Awam mendapati bahawa terdapat beberapa faktor-faktor

yang mendorong pelajar asing melakukan kesalahan bahasa meski pun

telah mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Mereka turut

mengetengahkan beberapa strategi yang dikhususkan kepada tenaga

pengajar bahasa di universiti tersebut dalam meningkatkan penguasaan

bahasa Melayu para pelajar.


2.7 KERANGKA KONSEP KAJIAN

Responden :
Murid-murid Tahun 3
3orang
SK Tobobon, Inanam

Instrumen
1. Pemerhatian
2. Temu bual

Pra Ujian
2 set soalan Bahagian A dan B mengandungi soalan membina ayat
berpandukan gambar bersiri
2 set soalan latihan mengandungi soalan membina ayat berpandukan
gambar bersiri

Intervensi
Senarai empat pola ayat
Paparan Gambar bersiri
Bimbingan dan penerangan oleh pengkaji sebagai guru Bahasa
Malaysia
Permainan Bahasa (Menjawab soalan menggunakan tetapan
masa)
Soal Jawab
Pasca Ujian
2 set soalan Bahagian A dan B mengandungi soalan membina
ayat berpandukan gambar bersiri
Masa

Teori Behaviorisme, Teori Pembelajaran Kognitif


Piaget dan Teori Pembelajaran Vygotsky

Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Berdasarkan Empat Pola Ayat Bahasa


Melayu Berpandukan Gambar Bersiri Dalam Kalangan Murid-murid Tahun 3
2.8 KERANGKA KAJIAN

Tajuk :
Kemahiran Membina Ayat Berdasarkan Empat Pola Ayat Bahasa Melayu
Berpandukan Gambar Bersiri

Responden :
30 orang murid Tahun 3, Sekolah Kebangsaan Tobobon, Inanam, Sabah

Objektif Instrumen

Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran membina ayat


berdasarkan empat pola ayat Bahasa Melayu dalam pra
ujian pelajar Pra Ujian
Pasca Ujian
Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran membina ayat Bukti Dokumen
berdasarkan empat pola ayat Bahasa Melayu dalam pasca
ujian pelajar

Mengenal pasti keberkesanan kemahiran membina ayat Pemerhatian Kelas


berdasarkan empat pola ayat dalam Bahasa Melayu Temu bual

Proses Pengumpulan Data


Pemerhatian Berstruktur Temu bual

Pra Ujian Pasca Ujian Bukti Dokumen

Proses Menganalisis Data

Dapatan Kajian
Peningkatan Kemahiran Membina Ayat Berdasarkan Empat
Pola Ayat Bahasa Melayu Berpandukan Gambar Bersiri Dalam
Kalangan Murid-murid Tahun 3
2.9 KERANGKA TEORI KAJIAN

TEORI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TEORI BEHAVIORISME

Teori ini mementingkan input yang dikenali sebagai stimulus


dan keluaran iaitu output secara respons.
Stimulus digelar sebagai bimbingan pengkaji terhadap
bahan rangsangan iaitu bahan yang dipaparkan oleh
pengkaji mengenai keempat-empat pola ayat yang perlu
dimasukkan ke dalam gambar bersiri.
Manakala gerak balas iaitu keluaran output berbentuk
respons responden terhadap bimbingan pengkaji sama ada
menghasilkan respons yang positif atau negatif.
Rangsangan yang berulang kali semestinya akan memberi
kebarangkalian tindak balas yang positif terhadap kajian ini.

TEORI PEMBELAJARAN
TEORI PEMBELAJARAN VYGOTSKY
KOGNITIF
Teknik scaffolding iaitu
Teori ini menjelaskan cara untuk
bahawa proses memberikan sejumlah
pembelajaran merupakan besar bantuan pada
satu proses dalaman yang awal pembelajaran dan
terjadi dalam akal fikiran. akhirnya memberi
Kesemua maklumat yang peluang kepada
telah diterima dipadankan mereka untuk
dengan maklumat sedia membuat sendiri.
ada, diubahsuai dan Usaha dan
akhirnya disusun semula
menghasilkan maklumat
yang baru.

Peningkatan Kemahiran Membina Ayat Berdasarkan Empat


Pola Ayat Bahasa Melayu Berpandukan Gambar Bersiri Dalam
Kalangan Murid-murid Tahun 3
2.10 Kesimpulan

Hal yang demikian, kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa kajian

sedemikian pernah diaplikasikan dan wujud di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Kajian-kajian ini dikatakan amat penting bagi melihat

kecenderungan para pelajar dalam pemilihan keempat-empat pola ayat

dalam kemahiran membina ayat berpandukan gambar bersiri. Secara

langsung, pengkaji mampu mengesan kelemahan yang terdapat di dalam

kajian-kajian lepas iaitu sejauh mana keberkesanan kajian-kajian yang

dipraktikkan ini ke atas para pelajar.

Pengaplikasian teori-teori yang berkaitan juga menunjukkan kekuatan

sesuatu kajian yang dijalankan. Pengkaji berpendapat bahawa teori-teori ini

mencerminkan kesahan dan menjadi penentu kepada keberkesanan kajian

yang dijalankan. Amalan tingkat disiplin dalam mempraktikkan teori-teori ini

sangat diperlukan untuk mencapai standard yang diingini oleh pengkaji.


BAB 3

METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Bab ini akan membahaskan beberapa perkara berkaitan dengan metodologi

kajian yang melibatkan reka bentuk kajian, subjek kajian, tempat kajian,

instrumen kajian, prosedur pengumpulan data, penganalisisan data dan

penentuan pola-pola sintaksis.

3.2 Reka Bentuk dan Kaedah Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah kajian kes secara kualitatif dalam proses

pengumpulan data. Bagi mencapai tujuan tersebut, tiga kaedah telah

digunakan iaitu pemerhatian kelas, temubual dan bukti dokumen.

Penggunaan tiga kaedah tersebut dalam pengutipan data mampu memberi

triangulasi atau pengukuhan terhadap kaedah-kaedah yang digunakan (Van

Maanen, 1983).

1.3 Populasi dan Persampelan Kajian

Kajian kualitatif ini menggunakan pensampelan secara bertujuan. Pemilihan

subjek kajian ditentukan berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang telah

disasarkan. Ini bertepatan dengan objektif dan tujuan yang ingin dicapai.
Creswell (1994), kaedah kutipan data kajian yang bersifat kualitatif akan

mewujudkan beberapa langkah penting iaitu fokus kajian, kutipan data

menggunakan cara pemerhatian, temu bual, analisis dokumen, penulisan

diari, nota lapangan dan pengesahan protokol temu bual serta pemerhatian.

Mohd Majid (2000), temu bual merupakan proses yang digunakan untuk

mendapatkan maklumat mengenai fakta, kepercayaan, perasaan dan

kehendak mengikut keperluan persoalan kajian.

Pengkaji merupakan pemerhati atau melibatkan diri dalam aktiviti

yang diperhatikan, akan dikategorikan sebagai kajian kualitatif. Alat perakam

suara serta video digunakan selain senarai semak pemerhatian (Cohen et.

al. 2000). Ini bertujuan untuk membantu pengkaji melihat semula apa yang

telah diperhatikan. Ini turut membantu dalam proses kesahan dan

kebolehpercayaan pemerhatian yang telah diperoleh.

Seperti yang telah diperjelaskan, pengkaji memilih tiga orang murid

Tahun 3 sebagai responden. Murid-murid tersebut merupakan kelompok

murid yang dikategorikan sebagai murid-murid yang mempunyai tahap

akademik yang sederhana dan mempunyai kelas seramai 49 orang murid.

Pemilihan responden berdasarkan kepada kesesuaian kajian iaitu jenis

persampelan bertujuan dan amat diperlukan di dalam kajian ini. Pemilihan

ketiga-tiga responden turut berdasarkan kepada maklumat yang diperoleh

melalui pemerhatian yang dijalankan sendiri oleh pengkaji.


1.4 TEMPAT KAJIAN

Persampelan dijalankan di salah sekolah yang terletak di negeri Sabah iaitu

daerah Inanam untuk memilih responden kajian. Responden memilih sekolah

tempat bertugas sebagai kawasan untuk menjalankan kajian kes kualitatif.

1.5 INSTRUMEN KAJIAN

Terdapat tiga instrumen yang digunakan iaitu pemerhatian kelas, temu bual

dan analisis dokumen (Mohd, 2005; Nana, 2005; Fraenkel, 2007).

Penggunaan ketiga-tiga instrumen ini saling melengkapi antara satu sama

lain. Proses pengutipan data yang kurang jelas akan diperhalusi dengan

teknik pemerhatian serta soal jawab daripada responden melalui teknol temu

bual atau sebaliknya dan disokong oleh dapatan analisis dokumen. Mohd

(2005) ; Nana (2005), penggunaan kaedah-kaedah tersebut menyumbang

kepada proses triangulasi yang mampu menghasilkan dapatan kajian yang

lebih tepat serta sahih kepada konsep yang dikaji.

3.5.1 Pemerhatian Kelas

Pengkaji turut menjalankan pemerhatian setiap hari dari semasa ke semasa

iaitu semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia

dijalankan di bilik darjah. Tambahan pula, pengkaji merupakan guru mata

pelajaran untuk kelas tersebut. Maka secara puratanya, pengkaji melakukan


pemerhatian kelas sebanyak lima kali seminggu. Pemerhatian dijalankan

berdasarkan kepada penulisan yang dilaksanakan dalam kalangan

responden.

3.5.2 Temu bual

Dalam memperkukuhkan lagi kutipan data, temu bual turut dijalankan

dengan responden yang terlibat bagi mengenal pasti aspek kelemahan

mereka dalam kemahiran membina ayat berdasarkan gambar bersiri. Temu

bual yang dijalankan juga berbentuk tidak formal (Spradley, 1980) dan lebih

menyerupai conversation interview (Patton, 1980) atau conversation with a

purpose (Marshall and Rossman, 1989).

Proses temu bual yang dijalankan tidak mengalami penstrukturan iaitu

penyusunan soalan serta cara soalan diajukan tidak mengikut aturan. Walau

bagaimanapun, soalan-soalan yang diajukan oleh pengkaji lebih berkisarkan

kepada kefahaman mereka terhadap keempat-empat pola yang telah

dipelajari serta perbezaan yang didapati selepas mengaplikasikan keempat-

empat pola tersebut ke dalam kemahiran membina ayat berpandukan

gambar bersiri.

Kaedah yang digunakan ini amat bersesuaian dengan kajian kes

disebabkan oleh penglibatan kutipan data secara kualitatif yang amat mudah

(Creswell, 1994). Kaedah temu bual melibatkan interaksi secara bersemuka


di antara pengkaji dan responden. Pengkaji turut memikirkan persediaan

protokol temu bual yang mengandungi pengenalan, soalan pembuka, soalan

kunci, soalan-soalan berkaitan soalan kunci dan soalan penutup. Protokol ini

dijalankan agar mampu menjawab persoalan kajian.

3.6 Penganalisisan Data

Meriam (2001) ketiga-tiga kaedah dalam kutipan data kajian kualitatif seperti

pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen mampu memperkasakan lagi

kebolehpercayaan dan kesahihan dalaman. Marohaini (2001), kaedah ini

memberi kelebihan yang jelas apabila menggunakan kepelbagaian teknik

dalam kutipan data secara langsung mengaplikasikan proses triangulasi atau

pemantapan data. Data-data tersebut dianalisis berpandukan kepada ketiga-

tiga teknik yang telah dipilih oleh pengkaji.

3.6.1 Pemerhatian Kelas

Pemerhatian yang dilaksanakan pengkaji merupakan peluang kepada

pengkaji dalam melakukan proses pemerhatian, mendengar serta

mengalami situasi yang realiti (Mohd, 2005 ; Nana, 2005). Melalui kajian ini,

pengkaji sebagai pelaku yang menggunakan pemerhatian terhadap

responden yang mempunyai dua tujuan dalam keterlibatan iaitu melibatkan

diri dalam aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan situasi serta melakukan


pemerhatian terhadap aktiviti-aktiviti yang sedang berlaku. Kajian yang

dijalankan selama empat minggu bersamaan dengan empat latihan binaan

ayat berpandukan gambar bersiri telah dilaksanakan oleh responden.

Pengkaji membuat semakan dan mengenal pasti setiap kelemahan yang

dihadapi oleh responden tersebut.

3.6.2 Temu bual

Temu bual adalah kaedah kutipan data kualitatif yang biasa digunakan oleh

pengkaji yang ingin meneroka dan meklumat kajian secara mendalam. Temu

bual memberi peluang kepada pengkaji mengemukakan soalan-soalan

terbuka kepada seorang atau lebih subjek kajian, merekod jawapan mereka,

merekod jawapan, membuat transkripsi dan menganalisis data tersebut

(Choong Lean Keow, 2011).

Hal yang demikan, melalui situasi yang dilalui semasa proses temu

bual, pengkaji akan meminta pandangan daripada responden untuk

mengemukakan pendapatnya mengenai perasaan, pandangan peribadi serta

perubahan terhadap apa yang telah dilaluinya dan dapatan tersebut akan

digunapakai dalam tindakan susulan kajian.

Proses temu bual telah dijalankan terhadap tiga orang responden

yang telah dipilih oleh pengkaji berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang

telah ditetapkan.
3.6.3 Bukti Dokumen

Bagi memastikan pengukuran pencapaian responden dalam kemahiran

membina ayat mencapai kesahan standard yang betul, terdapat empat

kategori telah dibentuk berdasarkan Kriteria Penilaian Markah bagi Ujian

Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016. Markah penskoran ini tidak diubah

serta-merta bagi membiasakan para pelajar dalam memperbaiki mutu

kemahiran membina ayat mereka pada masa akan datang. Namun begitu,

kriteria-kriteria yang telah ditetapkan mengalami sedikit proses penambahan

iaitu markah bagi setiap peringkat berpandukan kepada jumlah pola ayat

yang dibina pada setiap kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

Markah penskoran yang cemerlang (9-10 markah) perlu mencapai

kriteria yang telah ditetapkan termasuklah penambahan yang dilakukan oleh

pengkaji iaitu binaan ayat seharusnya dilengkapi dengan keempat-empat

pola yang telah ditetapkan. Hal ini sama seperti markah penskoran bagi

kategori baik (7-8 markah), memuaskan (4-6 markah) dan lemah (1-3

markah).

Markah penskoran yang lemah bermaksud responden tersebut

memasukkan satu pola ayat sahaja atau tidak menyelitkan keempat-empat

pola ayat tersebut ke dalam kemahiran membina ayat berpandukan gambar

bersiri. Jadual di bawah menunjukkan kriteria penilaian markah bagi

kemahiran membina ayat berdasarkan gambar bersiri.


Di samping itu, pengkaji turut menetapkan syarat-syarat bagi

pembinaan ayat berdasarkan gambar bersiri. Sumber yang didapati daripada

Kementerian Pelajaran Malaysia khas untuk para pelajar yang menduduki

UPSR (soalan bahagian A, Kertas 2 Bahasa Malaysia) namun diubahsuai

oleh pengkaji kepada gambar bersiri.

Jadual 1 dan 2 di bawah diperincikan lagi dengan kriteria-kriteria bagi

penskoran pemarkahan dalam kemahiran membina ayat berdasarkan

gambar bersiri beserta syarat-syarat bagi membina ayat berdasarkan

gambar bersiri.

Jadual 1 : Kriteria Penilaian Markah bagi Kemahiran Membina Ayat

berpandukan Gambar Bersiri

Markah Kriteria

Penskoran i. Menggunakan ayat yang gramatis dan menepati bahan

Cemerlang grafik

(9-10 markah) ii. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas

serta sesuai dengan bahan grafik

i. Lengkap dengan penggunaan keempat-empat pola yang

tepat

Baik i. Menggunakan ayat yang jelas dan menepati bahan grafik

(7-8 markah) ii. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang sederhana

serta sesuai dengan bahan grafik

i. Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca dan


ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat

ii. Menggunakan tiga pola ayat di dalam binaan ayat

Memuaskan i. Menggunakan ayat yang mudah dan ringkas sesuai

(4-6) dengan bahan grafik

ii. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata tetapi terhad

dan sesuai

iii. Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca dan ejaan

iv. Menggunakan dua pola ayat dalam binaan ayat

Pencapaian i. Ayat tidak sesuai atau tidak berkaitan dengan bahan

tahap grafik

minimum ii. Penggunaan perkataan yang terhad dan tidak sesuai

(1-3 markah) dengan bahan grafik

iii. Tidak menguasai kemahiran tanda baca dan ejaan

iv. Menggunakan satu pola ayat dalam binaan ayat

v. Tidak menggunakan pola ayat dalam binaan ayat

Sumber asal : Kementerian Pelajaran Malaysia (diubahsuai oleh pengkaji)


Jadual 2 : Syarat-syarat bagi kemahiran membina ayat berdasarkan

gambar bersiri

Syarat-syarat bagi kemahiran membina ayat berdasarkan gambar bersiri

Membina ayat yang sesuai dengan gambar yang diberi

Tidak membina ayat yang tidak berkaitan dengan gambar dan arahan

yang diberi

Elakkan daripada membina ayat yang tersirat

Membina ayat dengan menggunakan kosa kata yang sesuai dan menarik.

Elakkan membina ayat yang mudah

Tidak mengira had bilangan patah perkataan

Sumber asal : Kementerian Pelajaran Malaysia

Вам также может понравиться