You are on page 1of 18

Bidang Morfologi

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan
penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang
menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa
sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan
dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan
berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam
golongan yang sama.

Definisi Morfologi

Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan rakannya dalam buku Pengajian Melayu
1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah disiplin ilmu bahasa
yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi
atau ujaran sesuatu kata itu.

Manakala Abdullah Hassan juga menyatakan definisi morfologi dalam buku


Linguistik Am,2007 : 117 , morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana
perkataan dibina.Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan,
proses-proses membentuk perkataan dan bentuk bentuk perkataan ialah morfem dan kata.

Nik Safiah Karim dan rakan rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi
Baharu , 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur ,
bentuk dan penggolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi
ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna.

Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunya Tatabahasa
Bahasa Melayu ( Perkataan ), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu morfologi
satu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal soal yang berkaitan dengan
kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada
perubahan bentuk kata.Morfologi mengkaji selok belok bentuk kata dan fungsi gramatik
atau semantik perubahan kata itu.Beliau juga telah merumuskan bahawa morfologi adalah
bidang mengkaji bagaimana morfem morfem itu bergabung untuk membentuk ayat.
Menurut Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa Untuk
Pelatih Maktab Perguruan ,1985 :152, bidang morfologi merupakan bidang dalam kajian
bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara cara pembentukkannya.O`Grady &
Guzman juga menyatakan pendapat pada tahun 2000 :121 dalam buku yang disediakan oleh
Radiah Yusoff dan rakan rakannya,2004:36 iaitu morfologi adalah merujuk kepada kajian
tentang pembentukan kata dan struktur kata.

Manakala ahli bahasa juga iaitu Leonard Bloomfield dalam bukunya Language yang
telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein
Mohd.Noor,menyatakan bahawa Morfologi adalah konstruksi yang mengandungi bentuk
bentuk terikat antara konsituen konsituennya.Morfologi meliputi konstruksi kata kata
dan bahagian kata.

Dicatat oleh elLyieDa di Khamis, Mei 07, 2009

Kata tunggal

Oleh Muhammed Salehudin Aman

DALAM pembentukan kata bahasa Melayu, terdapat 4 proses. Proses ini menghasilkan bentuk-
bentuk kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda.

Kata tunggal (primary word) ialah kata yang terbentuk daripada satu morfem bebas tanpa
menerima sebarang imbuhan, sama ada awalan, sisipan, akhiran atau apitan. Contoh kata
tunggal: ini, itu, sana, sini, bakal, dan lain-lain.

Kata tunggal dapat mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata. Sesuatu
suku kata pula terbentuk daripada satu huruf vokal sahaja, atau satu huruf vokal yang disertai
satu atau beberapa huruf konsonan. Konsonan itu dapat hadir di hadapan vokal atau di
belakangnya, atau di hadapan vokal dan di belakangnya.

Kata tunggal bahasa Melayu yang terdiri daripada hanya satu huruf vokal dan satu huruf
konsonan (sebagai satu bentuk suku kata) tidak ada. Tetapi dalam bahasa lain, bentuk kata
yang begini memang wujud. Maksudnya, ada kata yang dapat terbentuk daripada satu huruf
vokal sahaja. Misalnya: a bermaksud sesuatu (bahasa Inggeris), o bermaksud atau (bahasa
Tagalog), dan i bermaksud lalat (bahasa Tamil).

Bentuk kata daripada satu konsonan sahaja tidak dapat membentuk satu kata tunggal melainkan
konsonan itu berganding dengan huruf vokal, sama ada di hadapan atau di belakangnya.
Contohnya: kata am (VK), dan yu, ya (KV).

Dalam bahasa Melayu, terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal
yang mengandungi satu suka kata, dan kata tunggal yang mengandungi dua suku kata atau
lebih.

Dari segi penyukuan kata, perkataan bahasa Melayu dapat mengandungi satu suku kata atau
beberapa suku kata. Sesuatu suku kata itu pula boleh terdiri daripada satu huruf vokal (V), satu
vokal disertai satu huruf konsonan (VK), atau satu huruf vokal dengan beberapa huruf konsonan
(VKK). Unsur-unsur itu pula hadir di belakang vokal, atau di hadapan vokal dan di belakangnya
secara serentak (VK atau KV). Ada konsonan yang dapat hadir secara bergugus (KK).

Selain kata Melayu asli, ada antara sesuatu kata tunggal itu merupakan serapan daripada
bahasa asing, terutamanya bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Ada juga kata tunggal wujud
daripada kependekan bagi perkataan-perkataan daripada dua suku kata atau lebih. Misalnya
kata ku untuk aku, mu untuk kata kamu, tu untuk kata itu. Namun demikian, perkataan-
perkataan itu tidaklah dianggap satu suku kata melainkan kata yang disingkatkan ejaan atau
sebutannya.

Yang berikut dikemukakan contoh-contoh kata tunggal bahasa Melayu dengan satu suku kata,
dan dua suku kata atau lebih. Kehadiran suku-suku kata itu terbentuk daripada beberapa pola
gabungan huruf konsonan dan vokal.

Daripada kata tunggal dengan satu suku kata, terdapat 7 pola gabungan konsonan vokal, iaitu
pola KV, VK, KVK, KKVK, KKKV, dan KKKVK. Contohnya kata yu (KV), am (VK), stor
(KKVK), bank (KVKK), skru (KKKV), dan skrip (KKKVK).

Tentang kata wang, jong, gong, spring dan kata-kata lain yang seumpamanya, bentuk ng dalam
kata-kata tersebut, sebenarnya, mewakili satu bunyi bahasa yang lambang fonetiknya ialah [?].
Oleh itu, semua kata tersebut berpola KVK.

Harus diingat, pola-pola yang mengandungi gugus konsonan seperti bentuk kata draf, seks, skru
dan skrip merupakan pengambilan perkataan-perkataan daripada bahasa asing, iaitu bahasa
Inggeris. Sebenarnya, bahasa Melayu tidak mempunyai pola-pola KKVKK dan beberapa pola
lagi yang wujud dalam beberapa bahasa asing.

Antara contoh kata tunggal dengan dua suku kata termasuklah kata ibu (V+KV), air (V+VK),
orang (V+KVK), asli (VK+KV), indah (VK+KVK), rua (KV+V), leka (KV+KV), sumbu (KVK+KV),
dan jemput (KVK+KVK).
Pola susunan konsonan vokal kata tunggal dengan tiga suku kata agak banyak; banyak
daripadanya ialah kata serapan. Antaranya: kata cuaca (KV+V+KV), buapak (KV+V+KVK), barua
(KV+KV+V), mentua (KVK+KV+V), aqidah (V+KV+KVK), akaun (V+KV+VK), maksimum
(KVK+KV+KVK), dan kumandang (KV+KVK+KVK).

Terdapat sebilangan kecil kata tunggal dengan empat suku kata atau lebih. Kebanyakannya
terdiri daripada kata ambilan. Antara kata yang dimaksudkan: keluangsa (KV+KV+VK+KV),
kerempagi (KV+KVK+KV+KV), sandiwara (KVK+KV+KV+KV), singgahsana (KVK+KVK+KV+KV),
universiti (V+KV+KVK+KV+KV), dan maharajalela (KV+KV+KV+KV+KV+KV).

Selain itu, kata akronim juga tergolong dalam jenis kata tunggal juga. Akronim ialah singkatan
kata yang dibentuk dengan cara menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan
kombinasi huruf awal dengan suku kata daripada satu rangkai kata. Kata akronim ditulis dan
dilafazkan sebagai kata yang wajar, contohnya: kugiran (kumpulan gitar rancak), Mara (Majlis
Amanah Rakyat), Gapena (Gabungan Penulis Nasional), Bernama (Berita Nasional Malaysia)
dan ubahsuai (ubah suai).

Demikian perbincangan tantang bentuk kata tunggal bahasa Melayu.

Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau
menerima imbuhan. Kata terbitan ini terbentuk melalui proses pengimbuhan iaitu proses
yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan menghasilkan empat bentuk kata
terbitan :

1. Kata Terbitan Berawalan


2. Kata Terbitan Berakhiran
3. Kata Terbitan Berapitan
4. Kata Terbitan Bersisipan

Imbuhan ialah unit-unit bahasa yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang
menyebabkan perubahan makna nahunya.Imbuhan dapat dibahagikan pada empat jenis :

a) imbuhan awalan
- unsur imbuhan yang ditambahkan pada bahagian hadapan kata dasar.
Contoh : imbuhan ber dalam bersukan ber+sukan
b) imbuhan akhiran
- unsur imbuhan yang hadir selepas kata dasar
Contoh : imbuhan -an dalam makanan makan+an
imbuhan -kan dalam kembalikan kembali+kan

c) imbuhan apitan
- imbuhan yang hadir secara melingkungi kata dasar iaitu dua bahagian imbuhan yang hadir
serentak pada awal dan akhir perkataan
Contoh : imbuhan men..kan dalam mendebarkan men+debar+kan
imbuhan pe.an dalam pendidikan pen+didik+an

d) imbuhan sisipan
- unsur imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Bentuk ini tidak lagi produktif dalam
pembentukan kata terbitan, iaitu kata terbitan baru tidak lagi dibentuk dengan imbuhan
sisipan
Contoh : imbuhan er dalam keruping
imbuhan el dalam telunjuk

Kata Terbitan Berawalan


Kata terbitan berawalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan,dan kata
adjektif terbitan. Contoh :

a) Kata Nama : pelari, perakus ( imbuhan pe)


pembawa, pembuat (pem)
suprakelas, supranasional (supra)

b) Kata Kerja : melawan, mengikat, merasa (me)


berjalan, berganti, berserta (ber)

c) Kata Adjektif : terbesar, tercantik (ter)


secerah, setebal, senipis (se)

Kata Terbitan Berakhiran


Kata terbitan berakhiran dapat wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan
sahaja. Contoh :

a) Kata Nama : pakaian, jahitan, mainan (-an)


sasterawan, angkasawan (-wan)
budiman, seniman (-man)
peragawati, seniwati (-wati)
nasionalisme, patriotisme (-isme)

b) Kata Kerja : gunakan, besarkan, buatkan (-kan)


duduki, turuti, berkati (-i)
Kata Terbitan Berapitan

Kata terbitan berapitan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan,dan kata
adjektif terbitan. Contoh :

a) Kata Nama : pelaksanaan, perasaan (pean)


kelainan, kedukaan (kean)

b) Kata Kerja : memainkan, melukakan (mekan)


beralaskan, berlaukan (berkan)
diyakini, disirami (dii)
dipergunakan (diperkan)
memperdagangkan (memperkan)
keselesaan (kean)

c) Kata Adjektif : kemelayuan (kean)


Kata Terbitan Bersispan

Bentuk sisipan tidak lagi produktif dalam pembentukan kata terbitan, yakni kata terbitan
baru tidak lagi dibentuk dengan sisipan. Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam
kata terbitan tertentu dan tidak dapat hadir dalam perkataan perkataan lain kecuali dalam
beberapa istilah yang baru dicipta. Kata terbitan bersisipan dapat wujud dalam kata nama
terbitan dan kata adjektif terbitan. Contoh :

a) Kata Nama : kelingking, telunjuk (..el..)


keruping, seruling (..er..)
Kata Majmuk Umum

Kata majmuk umum terbahagi kepada:

i. Kata majmuk biasa - yang terdiri daripada rangkai kata bebas

Alat tulis, adat resam, kereta api, lapangan terbang, nasi minyak, tengah hari, gambar rajah,
jalan raya, kapal terbang, meja tulis, air hujan, terima kasih, luar biasa, kuning langsat

ii. Kata Majmuk Gelaran

Ketua Polis Negara, Perdana Menteri, Timbalan Menteri, Peguam Negara, Duta Besar, Ketua
Setiausaha Negara, Raja Muda

Kata Majmuk Istilah Khusus

i. Kata gandingan untuk istilah-istilah yang khusus dalam pelbagai bidang. Kata yang dipilih
untuk digandingkan sama ada daripada kata-kata umum atau istilah khusus.

Contoh:

Telefon mudah alih, teknologi maklumat, kertas kerja, mogok umum, program bahasa, batu
kapur, atur cara, kemas kini, urus setia, reka bentuk, pita suara

Kata Majmuk Kiasan

i. Kata majmuk jenis ini mempunyai maksud lain selain maksud sebenarnya, misalnya:

Masam muka, tebal muka, curi tulang, makan angin , lipas kudung dan lain-lain.

Dalam sistem baku, kata majmuk dieja terpisah kecuali beberapa perkataan yang sudah
mantap.(lihat lampiran 1 di bawah)

Lampiran 1 Bentuk Kata Majmuk yang telah Mantap

Kata dasar 1 Kata dasar 2 Kata majmuk dieja sebagai satu


perkataan

Antara Bangsa antarabangsa

Apa Bila Apabila


Apa Kala Apakala

Apa Lagi Apalagi

Bagai Mana Bagaimana

Barang Kali Barangkali

Beri Tahu Beritahu

Bumi Putera Bumiputera

Dari Hal Darihal

Dari Pada Daripada

Duka Cita Dukacita

Jawatan Kuasa jawatankuasa

Kaki Tangan Kakitangan

Ke Pada Kepada

Kerja Sama Kerjasama

Mana Kala Manakala

Mata Hari Matahari

Olah Raga Olahraga

Pada Hal Padahal


Pesuruh Jaya Pesuruhjaya

Setia Usaha Setiausaha

Suka Rela Sukarela

Suruhan Jaya Suruhanjaya

Tanda Tangan Tandatangan

Tanggung Jawab Tanggungjawab

Warga Negara warganegara

Pengimbuhan Kata Majmuk

Sungguhpun kata majmuk dieja terpisah, tetapi akan dieja/ditulis sebagai satu perkataan
apabila menerima apitan (imbuhan), seperti contoh pada jadual di bawah:

Kata Majmuk Apitan Ejaan

kuat kuasa peN...an penguatkuasaan

kemas kini meN...kan Mengemaskinikan

lipat ganda melipatgandakan

anak tiri meN...kan menganaktirikan

ibu bapa Ke...an keibubapaan

kuat kuasa di...kan dikuatkuasakan


surat khabar peR...an persuratkhabaran

Untuk awalan, kata majmuk diimbuhkan kepada kata pertama dalam kata majmuk
berkenaan. Manakala akhiran, imbuhan dirangkaikan pada hujung kata yang terakhir. Lihat
jadual di bawah.

Imbuhan Kata Majmuk Kata Majmuk Terbitan

garis pusat ber garis pusat


berR-
terima kasih berterima kasih

meN- ambil alih meng ambil alih

peN- cari gali pen cari gali

-an daya serap daya serapan

-kan urus niaga urus niagakan

Penggandaan Kata Majmuk

Melibatkan unsur pertama kata sahaja. Contoh:-

alat-alat tulis gambar-gambar rajah

balai-balai raya kapal-kapal terbang

suku-suku kata garis-garis pusat

Menteri-Menteri besar Penolong-Penolong Pendaftar


1. . Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan.
2. 2. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau
seluruhnya.
3. 3. Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu
dalam perkataan tersebut.
Kata ganda terdiri daripada:
(a) kata ganda seluruh;
(b) kata ganda semu;
(c) kata ganda separa;
(d) kata ganda bersajak atau berima;
(e) kata ganda berimbuhan.

3. Terdapat empat jenis kata Gandaan iaitu :


a. Gandaan Seluruh Kata
b. Gandaan Separa / Separuh
c. Gandaan Berirama
d. Gandaan Menyaling

Gandaan Seluruh Kata


1. 1. Gandaan berlaku pada seluruh perkataan tersebut tanpa ada perubahan.
1. Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.
2. Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang (-).
3. Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, Jan kata keterangan.
2. 2.
Contoh :
Gandaan kata nama Gandaan Kata kerja Gandaan Adjektif /sifat
buku-buku baring-baring manis-manis
lembu-lembu pandang-pandang besar-besar
murid-murid jalan-jalan awal-awal
kawan-kawan usik-usik bulat-bulat

alat-alat, awal-awal ,balk-balk, benar-benar, besar-besar, budak-budak, cacing-cacing ,cepat-cepat,


kereta-kereta ,lazat-lazat,dan lain-lain.

1. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan
samaada sebahagian atau seluruhnya.
2. Kata ganda terdiri daripada:
(a) kata ganda seluruh;
(b) kata ganda semu;
(c) kata ganda separa;
(d) kata ganda bersajak atau berima;
(e) kata ganda berimbuhan.

1 Kata Ganda Seluruh

1. Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.


2. Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang (-).
3. Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan.

Senarai Kata Ganda Seluruh


alat-alat,
awal-awal,
benar-benar,
besar-besar,
budak-budak,
cacing--cacing , dan lain-lain

2 Kata Ganda Semu


1. Kata ganda semu ialah kata ganda yang terbentuk daripada kata yang digandakan seluruhnya dan
diberi tanda sempang.
Kata ganda semu mempunyai makna yang khusus.
3. Kata ganda semu terdiri daripada kata name.

Senarai Kata Ganda Semu


kuda-kuda,
kupu-kupu,
kura-kura,
labah-labah,
layang-layang,
oleh-oleh,
onde-onde, dan lain-lain

3 Kata Ganda Separa

1. Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang digandakan.
Senarai Kata Ganda Bersajak/Berima
2. Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama.

Senarai Kata Ganda Separa


bebawang
bebenang
bebudak
cecair
dedalu
dedaun
dedawai
gegendang
geguli
jejari
jejarum jejentik kekabu kekisi
kekunci kekuda lelaki
lelangit
lelayang pepejal pepijat pepenjur u rerambut sesiku sesungut tetamu tetangga

4 Kata Ganda Bersajak/Berima

1. Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi
(rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan.
Contohnya:
(a) persamaan bunyi di pangkal: lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum, dan sebagainya.
persamaan bunyi di hujung:
karut-marut, cerai-berai, calar-balar, dan sebagainya.
penyesuaian bunyi seluruhnya: compang-camping, dolak-dalik, huyung-hayang, dan sebagainya.
Persamaan Bunyi Persamaan Bunyi Penyesuaian Bunyi
di Pangkal di Hujung Seluruhnya
batu-batan anak-pinak bolak-batik
beli-belah calar-balar compang-camping
bengkang-bengkok cerai-berai dolak-dalik
corat-coret comot-momot gopoh-gapah
degap-degup gotong-royong gunung-ganang
dentam-dentum karut-marut haru-biru
desas-Jesus kaya-raya huru-hara
gembar-gembur kuih-muih huyung-hayang
gerak-geri pindah-randah kacau-bilau

Gandaan Separa Separuh

1. Gandaan separa dibina dengan cara memendekkan atau menyingkirkan bahagian perkataan asalnya.
2. Hanya diambil hujung perkataan itu.
Contohnya :

lelaki bebola lelabah pepohon jejari


kekuda jejentik kekabu dedaun kekisi

Gandaan Berirama

1. Gandaan Berirama dibina dengan menambahkan perkataan yang lain bunyinya kepada perkataan asal.
2. Berlaku perubahan ejaan dan bunyi perkataan asalnya.
Contoh :

lauk-pauk batu-bata saudara-mara bukit-bukau kacau-bilau


tunggang-langgang tanah-tanih semak-samun bengkang-bengkok gelap-gelita
Gandaan Menyalin

1. Gandaan Menyalin dibina dengan mengekalkan kata dasarnya tetapi diikuti dengan kata berimbuhan.
2. Perkataan keduanya ditambah me ( N )
contoh :

tahu-menahu tolong-menolong jahit-menjahit tarik-menarik kejar-mengejar


sulam-menyulam tawar-menawar kata-mengata sepak-menyepak karang-mengarang
tari-menari tangis-menangis rampas-merampas tumbuk-menumbuk simpan-menyimpan

Kata kerja merupakan golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang
berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata
kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif
( Perbuatan tidak Melampau ).

Isi kandungan
[sorokkan]

1 Kata Kerja Transitif


o 1.1 Kata Kerja Transitif Aktif
o 1.2 Kata Kerja Transitif Pasif
2 Kata Kerja Tak Transitif
o 2.1 Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
o 2.2 Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap
3 Lihat juga

[sunting] Kata Kerja Transitif

Kata kerja transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.
Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ). Ayat yang menggunakan
kata kerja transitif mesti mempunyai penyambut ( objek ). Kata kerja ini biasanya mempunyai
imbuhan me- sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya
mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

[sunting] Kata Kerja Transitif Aktif

Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama dan
ayatnya berbentuk aktif. Kata kerja transitif aktif menggunakan imbuhan men, men ...i,
men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan.

[sunting] Kata Kerja Transitif Pasif


Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja yang disertai oleh objek, dan ayatnya berbentuk pasif.
Kata kerja transitif pasif menggunakan imbuhan di-.

Penyambut Kata Kerja Transitif Pembuat

Radio itu didengari Atan

Burung itu ditangkap oleh seekor kucing

Sayur itu dijual oleh seorang perempuan

Ikan itu dijala oleh Pak Abu

Surat itu sedang ditulis oleh bapa

[sunting] Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada
diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Kata kerja ini tidak memerlukan
penyambut. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua iaitu kata kerja tak transitif
berpelengkap' dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.

[sunting] Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap

Kata kerja ini memerlukan pelengkap. Pelengkap merupakan kata atau frasa yang
melengkapkan ayat supaya tidak kelihatan tergantung dan bukannya satu objek (penyambut).

Pembuat Kata Kerja Tak Transitif Keterangan

Kami mandi di tasik

Dia senyum semasa berjalan

Air sungai beransur surut

[sunting] Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap

Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut mahupun pelengkap. Selalunya berada di hujung
ayat.

Pembuat Kata Kerja Tak Transitif

Rumahnya roboh
Radio itu berbunyi

Turunnya Union Jack itu,


berkibar
Jalur Gemilang pula

[sunting] Lihat juga

Kata nama adalah golongan kata yang terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu nama
am, nama khas, ganti nama dan nama terbitan.

Isi kandungan
[sorokkan]

1 Kata Nama Am
2 Kata Nama Khas
3 Kata Ganti Nama
4 Kata Nama Terbitan
5 Lihat juga

[sunting] Kata Nama Am

Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa
seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat ,
benda, dan sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah:

orang: ayah, polis, perempuan dll.

haiwan: ayam, itik, buaya dll.

benda: televisyen, komputer, bank dll.

tempat: stadium, jalan raya, pulau dll.

Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit
ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah
nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua kelas kata ini boleh terdiri
daripada kata dasar dan kata terbitan.

Contoh: buai -> buaian

Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
[sunting] Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama
sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang
bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah
nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah:

benda: Sri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll

orang: Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll

binatang: Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll

tempat: Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll

Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

[sunting] Kata Ganti Nama

Untuk rencana lanjutan, lihat Kata Ganti Nama

Kata ganti nama ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai
penunjuk. Kata ganti nama penunjuk terbahagi kepada dua iaitu penunjuk bersifat menerangkan
(contohnya ini, itu), dan penunjuk bersifat pertanyaan (contohnya siapa, apa, mana).

Kata ganti diri pula terbahagi kepada tiga:

diri pertama:saya, beta, aku, patik, kami, kita, daku

diri kedua: awak, engkau, kamu, anda, saudara, saudari, tuan hamba

diri ketiga: ia, dia, beliau, mereka, baginda, -nya

[sunting] Kata Nama Terbitan

Untuk rencana lanjutan, lihat Imbuhan Kata Nama

Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan. Imbuhan yang membentuk kata
nama terbitan boleh diletakkan di awal kata ( awalan ), di akhir kata ( akhiran ), di awal dan di
akhir kata ( apitan ) dan diselitkan di tengah perkataan ( sisipan).
Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu
kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu
benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya.
1. Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat.
A. Jenis-jenis kata Adjektif
3. Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan sebagainya
yang bertugas sebagai penguat.
Contohnya; sangat cantik, amat rajin, paling tinggi, dan sebagainya.

1. Adjektif Jati
Ia menerangkan sifat atau rupa yang jati.
Contoh
Buku itu berwarna biru.
Budak kurus itu kawan saya.
2. Ajdektif Bilangan atau pecahan
Ia menunjukkan bilangan atau pecahan.
Contoh
Ayah memiliki dua buah kereta.
Saya membeli beberapa kuntum bunga.
3. Adjektif Tunjuk
Ia menunjukkan bagaimana / yang mana
contoh
Baju ini mahal harganya.
Perkara demikian jangan diulangi lagi.
4. Adjektif pencerai / pengasingan
Ia menerangkan benda yang disifatkan itu dikira satu-satu atau selonggok-selonggok.
Contoh
Setiap pelajar mesti berdiplin.
Ambil barang masing-masing.

2. Kata adjektif ialah kata yang menerangkan


4. Kata adjektif dapat dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut:
(a) menerangkan sifat keadaan seperti sihat dan cantik;
(b) menerangkan sifat warna seperti hitam dan hijau;
(c) menerangkan sifat ukuran seperti tebal dan besar;
(d) menerangkan sifat bentuk seperti lurus dan bujur;
(e) menerangkan sifat jarak seperti hampir dan jauh;
(f) menerangkan sifat waktu seperti lama dan awal;
(g) menerangkan sifat perasaan seperti malu dan gembira;
(h) menerangkan sifat cara seperti lincah dan lambat;
(i) menerangkan sifat pencaindera seperti masin dan harum.

B. Pangkat-pangkat Adjektif
1. Pangkat biasa
ia dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa.
Contoh
Baju dia cantik.
Buah betik itu manis.
2. Pangkat perbandingan
Ia merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang.
Contoh
Tenaganya sekuat Badang.
Buah jambu itu semanis gula.
3. Pangkat menyangat
Ia menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat, amat, benar-benar dan
sebagainya.
Contoh
Cuaca hari ini sangat mendung.
Buah rambutan ini terlalu masak.
4. Pangkat penghabisan
Ia menerangkan adjektif paling satau penghabisan.
Contoh
Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tinggi di Malaysia.
Menera KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia.
Kata Sendi
Kata sendi ialah perkataan yang digunakan untuk menghubungkan dua atau lebih
perkataan, frasa, atau ayat.