You are on page 1of 14

SRZ3033 KEMAHIRAN ASAS MUZIK- Unit 1 |1

UNIT 1

AURAL 1
HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Mengenalpasti meter lazim duaan dan tigaan

2. Menepuk pelbagai irama dalam meter lazik duaan dan tak lazim duaan dengan

tempo yang betul

3. Menepuk corak irama dalam meter lazim duaan dan tigaan

4. Menulis semula irama yang diperdengarkan dalam meter lazim duaan dan tak

lazim duaan

PENGENALAN
Guru-guru muzik terlatih dikehendaki memiliki kemahiran dan pengetahuan

muzik secukupnya bagi rnenyediakan mereka melaksanakan Kurikulum Pendidikan

Muzik di sekolah rendah secara berkesan. Antara kemahiran asas yang diperlukan

ialah pengetahuan teori muzik, nyanyian, pergerakan mengikut muzik dan permainan

alat muzik tertentu seperti rekoder, gitar dan kibod.

Kemahiran nyanyian semerta dilihat sebagai kemahiran paling asas yang perlu

ada pada guru muzik. Justeru itu, kemahiran ini perlu ditingkatkan di peringkat asas

dengan menyediakan kaedah pembelajaran berkesan serta mudah digunakan. Apabila

kemahiran nyanyian semerta telah kukuh, ia akan membantu guru muzik dalam aspek

pedagogi bagi memastikan mereka dapat mengajar subjek ini dengan baik. Kemahiran

ini perluiah diterapkan pada peringkat awal pembelajaran agar perkembangannya

selaras dengan kemampuan pelajar sehingga mencapai tahap kemahiran yang

diperlukan sebelum tamat pengajian. Pelajar peringkat asas ini wajar didedahkan
SRZ3033 KEMAHIRAN ASAS MUZIK- Unit 1 |2

dengan pengalaman dan kemahiran aural serta nyanyian semerta. Jika mereka tidak

dilengkapi dengan kemahiran ini, dikhuatiri ia menyumbang kepada penghasilan guru

muzik yang kurang berkualiti dalam aspek muzikaliti. Ketika ini, didapati sebilangan

guru muzik yang berada di sekolah rendali tidak mencapai tahap memuaskan dalam

bidang nyanyian semerta. Situasi ini akan memberi impak terhadap keberkesanan

pengajaran guru tersebut khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran nyanyian

serta aktiviti kokurikulum yang melibatkan nyanyian seperti koir atau nasyid. Secara

tidak langsung, masalah ini akan menyebabkan minat murid terhadap subjek

Pendidikan Muzik mungkin semakin menurun.

Kemahiran nyanyian semerta dalam kalangan guru muzik dilihat sebagai

keperluan paling asas kerana 'alat muzik' untuk kemahiran ini, iaitu suara,

sememangnya telah ada pada semua guru muzik, dan dibawa ke mana sahaja. Boleh

dikatakan semua guru muzik mampu menyanyi lagu dengan baik kecuali dalam kes-kes

terpencil. Penilaian atau penafsiran tentang kebolehan 'nyanyia semerta yang baik'

merujuk kepada kebolehan menyanyi dengan pic yang tepat, irama dan tempo yang

betul serta mengamalkan teknik-teknik nyanyian yang betul. Seterusnya dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di sekolah samada di bilik darjah atau pun semasa

aktiviti kokurikulum, guru muzik yang mempunyai kemahiran nyanyian semerta yang

baik akan dapat mengesan dan memperbetulkan nyanyian murid sekiranya murid tidak

menyanyikan melodi dengan baik pada bahagian-bahagian tertentu. Proses ini akan

meningkatkan kualiti pembelajaran Pendidikan Muzik dan seterusnya minat murid

terhadap subjek Pendidikan Muzik akan bertambah. Guru Pendidikan Muzik juga akan

bertambah yakin akan kebolehan nyanyian mereka dan ini akan mendorong mereka

supaya lebih kreatif demi meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Muzik di Malaysia.


SRZ3033 KEMAHIRAN ASAS MUZIK- Unit 1 |3

METER LAZIM DUAAN DAN TAK LAZIM DUAAN

Pada asasnya, semua melodi atau lagu mempunyai kerangka masa yang

merangkumi irama, detik, tempo dan meter. Secara konvensionalnya, detik

dihimpunkan dalam kurapulan 2, 3,4, dan seterusnya. Lazimnya, jumlah detik adalah

sama banyak dalam setiap bar. Pengumpulan tersebut dikenali sebagai pembahagian

meter dan dinyatakan dalam skor lagu dalam bentuk tanda masa seperti berikut:,

Angka di sebelah atas menyatakan bilangan detik dalam satu unit atau bar.

Angka di sebelah bawah pula menyatakan jenis not yang menjadi asas detik berkenaan

sama ada not krocet (4), minim (2), ktiaver (8) dan sebagainya. Unit ini akan

memperkenalkan rneter lazim duaan dan tak lazim duaan bersesuoian dengan tahap

kesediaan pelajar.

Meter Lazim Duaan

Meter atau tandamasa merujuk kepada skala kiraan detik yang digunakan dalam

pembacaan skor muzik. Tujuannya adalah bagi memudahkan pemuzik membaca skor

lagu dengan lancar dan mengawal semua pemain rnuzik supaya dapat bermain alat

muzik atau menyanyi secara sekata dan terkawal. Sernua lagu dimainkan berdasarkan

kepada meter yang tetap.


SRZ3033 KEMAHIRAN ASAS MUZIK- Unit 1 |4

Irama Meter Lazim Duaan


SRZ3033 KEMAHIRAN ASAS MUZIK- Unit 1 |5

Menepuk Corak Irama


SRZ3033 KEMAHIRAN ASAS MUZIK- Unit 1 |6

Latihan Pendengaran

Melodi Meter Lazim Duaan

Melodi terhasil apabila 2 aspek iaitu irama dan pic bergabung. Aspek irama

bermaksud ada bunyi panjang {not bernilai panjang seperti semibrif, atau minim
SRZ3033 KEMAHIRAN ASAS MUZIK- Unit 1 |7

bertitik), bunyi sederhana (not bernilai pertengahan seperti minim, atau krocet) dan

bunyi pendek (not bernilai pendek seperti kuaver). Kepelbagai nilai-nilai not ini

membentuk variasi tempoh bunyi yang dipanggil irama. Irama dikawal oleh detik yang

telah ditetapkan oleh meter lagu tersebut. Pic pula bermaksud susunan not-not tinggi,

sederhana dan rendah samada secara menaik, menurun atau mendatar. Susunan not-

not tinggi rendah ini akan membentuk irama melodi yang berkontur.

Meter Tak Lazim Duaan


SRZ3033 KEMAHIRAN ASAS MUZIK- Unit 1 |8

Latihan Pendengaran

Irama Meter Tak Lazim Duaan

Menulis Irama Meter Tak Lazim Duaan

Anda seharusnya telah menguasai kemahiran menulis irama meter Lazim Duaan
sebelum ini. Cuba tingkatkan kemahiran anda dengan menulis semula irama dalam
meter Tak Lazim Duaan.
SRZ3033 KEMAHIRAN ASAS MUZIK- Unit 1 |9

Latihan Pendengaran
Sila bersedia, dengarkan keratan irama bermeterTak Lazirn Duaan dan cuba tulis
semula meter dan irama yang anda dengar di dalam ruang yang disediakan .

Mengenalpasti Meter Lazim Duaan dan Meter Tak Lazim Duaan

Melalui apa yang telah dipelajari, seharusnya anda telah berkemahiran untuk

membezakan antara Meter Lazim Duaan dan Meter Tak Lazim Duaan.

Latihan Pendengaran
S R Z 3 0 3 3 K E M A H I R A N A S A S M U Z I K - U n i t 1 | 10

Meter Lazim Tigaan

Melodi Meter Lazim Tigaan


S R Z 3 0 3 3 K E M A H I R A N A S A S M U Z I K - U n i t 1 | 11

Latihan Pendengaran

Nota Tambahan
S R Z 3 0 3 3 K E M A H I R A N A S A S M U Z I K - U n i t 1 | 12
S R Z 3 0 3 3 K E M A H I R A N A S A S M U Z I K - U n i t 1 | 13
S R Z 3 0 3 3 K E M A H I R A N A S A S M U Z I K - U n i t 1 | 14

PENILAIAN KENDIRI

KATA KUNCI

a. Meter Lazim
b. Meter Tak Lazim
c. Meter Lazim Duaan
d. Meter Tak Lazim Duaan
e. Meter Tigaan

RUJUKAN

Arkossy Ghezzo, Marta & Powell, Mel (2005). Solfege, Ear Training, Rhythm, Dictation, and Music Theory:
A Comprehensive Course. Alabama: University Alabama Press.
Benward, Bruce & Kolosick, Timothy (2009). Ear Training (7th Ed.). NewYork: McGraw-Hill.
Cleland, Kent & Dobrea-Grindahl (2010). Developing Musicianship Through Aural Skills: A Holistic
Approach to Sight-singing and Ear Training. New York: Routledge.
Krueger, Carol (2006). Progressive Sight-singing. USA: Oxford University Press.
Mastor Hj. Jarkaseh (2007). Asas Pendidikan Muzik 1. Selangor: Produksi Tabuh Emas
Mastor Hj. Jarkaseh, Azam Sulong (2007). Asas Pendidikan Muzik 2. Selangor: Produksi Tabuh Emas
Schachnik, Gilson (2007). Beginning Ear Training (Ear Training Exercises). Boston: Berklee Press.