Вы находитесь на странице: 1из 8

Soalan 1 : Rumusan

Pendahuluan (2 markah)

P1 Petikan membincangkan cara-cara yang dapat menggalakkan remaja menghayati semangat


kejiranan di negara kita/Malaysia. (2 markah)

P2 Petikan membincangkan cara-cara yang dapat menggalakkan remaja negara kita/Malaysia


menghayati semangat kejiranan.(2 markah)

P3 Petikan membincangkan cara-cara yang dapat menggalakkan remaja menghayati semangat


kejiranan dan manfaat-manfaat/kebaikan-kebaikan/maslahat-maslahat yang diperoleh
masyarakat daripada penghayatan itu. (2 markah)

P4 Rumusan membincangkan cara-cara yang dapat menggalakkan remaja menghayati


semangat kejiranan dan faedah-faedah yang diperoleh masyarakat daripada penghayatan itu.
(2 markah)

P5 Petikan membincangkan cara-cara yang dapat menggalakkan remaja menghayati semangat


kejiranan (1 markah)

P5 Petikan membincangkan langkah-langkah yang dapat menggalakkan remaja menghayati


semangat kejiranan .(0 markah)

Isi tersurat ( 4 12 markah )

1. Mengaktifkan diri melalui persatuan masyarakat


2. Remaja berperanan sebagai mata-mata pihak berkuasa
3. Memahami dan menghayati matlamat hidup
4. Melaksanakan program yang bersesuaian dengan remaja
5. Melibatkan remaja dalam usaha mencegah jenayah
6. Menekankan semangat perpaduan dalam kalangan remaja
7. Menubuhkan rakan Cop
8. Progam penyiaran yang melibatkan remaja
9. Peranan media massa menyemarakkan semangat kejiranan
Isi tersirat (4-12 markah)

1.berkurangnya kes-kes vandalisme

2.Peningkatan keselamatan kawasan kejiranan

3.Mewujudkan semangat kekitaan

4.Suasana harmoni dalam kalangan penduduk

5.Semangat bergotong-royong meningkat

6.Rukun tetangga bertambah aktif

Penutup ( 2 markah)

1. Kesimpulannya, remaja hendaklah menghayati semangat kejiranan agar mereka boleh


menjadi anggota masyarakat yang berguna.
2. Kesimpulannya, remaja perlu menghayati semangat kejiranan sebagai salah satu usaha
memajukan negara.

Soalan 2(a)-Petikan Umum

i) Kesejahteraan penduduk/penghuni (2 markah)


Kebaikan penduduk setempat ( 2 markah)

Kesejahteraan jiran tetangga ( 2 markah)

ii) Meningkatkan keselamatan di kawasan kejiranan


Mengurangkan kes-kes vandalisme

Mengeratkan hubugan silaturahim

Meningkatkan semangat bergotong-royong (Maksimum 3 markah/ 2 isi cukup)

iii) Remaja memainkan peranan dalam usaha menyuburkan semangat kejiranan


Remaja adalah golongan yang paling banyak
Remaja adalah pewaris masa depan
Remaja mudah dibentuk/diajar (Maksimum 4 markah/ 3 isi cukup)
SOALAN 2(b)

SOALAN
JAWAPAN MARKAH
2(b)

i a. Mereka hanyut dalam keseronokan hidup sehingga


menjejaskan maruah peribadi
2
b. Menggunakan bahasa yang dicampurkan aduk

ii a. Menggunakan bahasa kebangsaan yang betul dalam semua


urusan
b. Mengutamakan bahasa kebangsaan dalam setiap majlis rasmi
3
c. Mempromosikan bahasa kebangsaan hingga ke peringkat
global

iii a. Masyarakat kota yang hilang maruah dan jati diri.


- Contohnya : kebanyakkan warga kota memperdagangkan
maruah dan peribadi serta hanyut dengan keseronokan hidup
4
b. Masyarakat yang amat mencintai agama, bahasa, budaya dan
adat resam.
- Contohnya : bonda amat menekankan aspek tersebut dalam
kehidupan hariannya.

Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional


(i) Maksud penjurit yang terlalu buas ialah askar upahan itau pencuri yang sangat ganas dan
jahat
(ii) Reaksi Bendahara setelah melihat Laksamana masuk menghadap Raja Melaka ialah:
Bendahara mengatakan bahawa bukti yang dibawa oleh Laksamana merupakan tanda
pembunuhan yang sebenar
menurut Bendahara, hanya Laksamana yang dapat membunuh penjurit itu
menurut Bendahara lagi, hulubalang lain tidak berupaya menetang mata penjurit itu,
apatah lagi membunuhnya
(iii) Tindakan yang akan saya ambil ialah:
memaafkan dan memberikan nasihat kepada mereka
menjatuhkan hukuman penjara atau melakukan kerja-kerja sosial
menjatuhkan hukuman buang negeri

SKEMA JAWAPAN 2 d

i. Berdasarkan petikan, apakah yang dilihat oleh penulis? [2 markah]

- Banjaran gunung

- Ombak

- Pelangi

- Daun-daun berguguran

- Bulan dan Bintang

ii. Pada pendapat anda, mengapakah penggunaan Bahasa Melayu kurang digemari oleh
remaja? [3 markah]

- Ibu bapa tidak menanam minat akan penggunaan Bahasa Melayu

- Pengaruh media massa

- Pengaruh budaya barat

- Tidak menggunakan Bahasa Melayu dalam komunikasi

- Kurang penekanan oleh kerajaan terhadap dasar Bahasa kebangsaan

iii. Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas?? [4 markah]

- Keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan


Contoh : Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan
melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.

- Kedaulatan bahasa Melayu yang kian hilang


Contoh : Penyajak mendapati bahawa semakin lama semakin kurang orang yang mendaulatkan
bahasa Melayu walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan.

- Kesedihan pejuang bahasa terhadap nasib bahasa Melayu


Contoh : Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa
Melayu yang tidak dimartabatkan.
SKEMA PEMARKAHAN SOALAN 3(A)

Perhatian bagi soalan 3(a)


1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.
2. Tolak markah bagi kesalahan ejaan / jalan bahasa / tanda baca daripada
keseluruhan soalan.
3. Perkataan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.
4. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.
5. Jika memberikan makna dan tepat maknanya, berikan markah penuh 1 markah.
6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak markah bagi setiap
ayat.
7. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu
ayat.
8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.
9. Isi tidak jelas, tolak markah.
10. Sengaja menambah atau mengubah imbuhan, berikan 0 markah.

Soalan 3 (a)

(i) - Insiden yang berlaku secara tidak sengaja itu telah mengganggu kelancaran perjalanan
majlis perasmian bangunan baru itu.

- Kerajaan telah melancarkan kempen Tak Nak sebagai usaha untuk memberi
kesedaran kepada masyarakat di negara ini tentang bahaya merokok.

(ii) - Kelembutan gadis itu telah menyebabkan ramai pemuda yang terpikat kepadanya.

- Puan Hasnah masih berusaha dengan pelbagai cara untuk melembutkan hati anaknya
agar menerima kehadiran suami barunya itu.

(iii)- Kecacatan yang dialami oleh pelajar itu tidak pernah menjadi penghalang kepada
dirinya untuk mencapai kejayaan seperti pelajar normal yang lain.

- Sikap sesetengah pengunjung yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di


merata rata tempat telah mencacatkan pemandangan sekitar taman rekreasi itu.
Cadangan Jawapan. 3 (b)

(i) Ayat larangan

(ii) Ayat permintaan

(iii) Ayat suruhan

(iv) Ayat larangan

(v) Ayat silaan

(vi) Ayat permintaan

SOALAN 3 (c)

(c) Kesalahan ejaan dan kesalahan penggunaan imbuhan

Salah ejaan

semulajadi - semula jadi

ramah-mesra - ramah mesra

kraftangan - kraf tangan

Salah imbuhan

Berhubungan - sehubungan

Mempromosi - mempromosikan

memperolehi - memperoleh

[6 markah]

Cadangan skema jwapan 3 (d)

kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.

Salah penggunaan kata/istilah

(i) pengedaran - penyeludupan

(ii) pandangan - pemandangan

(iii) tergendala - terbengkalai


Salah tatabahasa

(i) Sebahagian besar kes-kes - Sebahagian besar kes

(ii) Rimbunan pokok-pokok - Rimbunan pokok

(iii) lima setengah tahun - lima tahun setengah [ 6 markah ]

Cadangan Jawapan untuk soalan 3 e

i) Dengan perasaan rendah hati Aisyah menjemput kawan lamanya untuk


bertandang ke rumahnya walaupun mereka pernah berselisih faham sebelum ini
ii) Zulhakimi merupakan anak sulung yang menjadi tulang belakang untuk
menyara keluarganya yang miskin.
iii) Majlis yang diuar-uarkan di media massa itu hanyalah indah khabar daripada
rupa.

Skema jawapan Soalan 4

(a)Di Sebalik Dinara


-Peristiwa
- Aqram berjaya menjejaki Farisha di balai berlepas Lapangan Terbang Senai. Berita itu
disampaikan kepada Dr.Maxi dan Aqram telah memberitahu kepada Dr. Maxi bahawa Aqram
cuba membaca fikiran Farisha namun gagal.
-Sebab
Peristiwa ini menarik kerana pembaca akan tertanya-tanya sebab Aqram berusaha menjejaki
Farisha dan cuba membaca fikiran dan mempengaruhi Farisha. Selain itu, Farisha juga amat
diperlukan untuk menyelamatkan Dinara.

Di Sebalik Dinara
-Peristiwa
Haiqal telah menerima sebuah manuskrip daripada pengirim yang berbangsa Cina. Hati Haiqal
tidak tentu sejak menerima dan membaca skrip tersebut.
-Sebab
Peristiwa ini menarik kerana pembaca akan tertanya-tanya sebab Haiqal membaca manuskrip
tersebut secara rahsia. Selain itu, dalam manuskrip itu ada nama Abdullah bin Kayan. Nama
yang pernah disebut oleh Uminya semasa menceritakan hal sebenar tentang ayah kandung
Haiqal.
(b) -Nilai tanggungjawab.
-Contoh peristiwa:
-Di Sebalik Dinara

-Nilai tanggungjawab seorang abang terhadap adiknya. (Pernyataan)


Azraai bertanggungjawab menjaga Farisha seperti adik kandungnya walaupun Farisha tidak
mempunyai pertalian darah dengan Azraai (contoh huraian)

-Nilai tanggungjawab seorang pekerja kepada majikannya. (Pernyataan)


Shida menjalankan tanggungjawabnya menulis artikel dan menghasilkan sebuah biografi
tentang Karl. (contoh huraian)

Silir Daksina

- Nilai tanggungjawab untuk mengangkat martabat seni dan budaya (Pernyataan)


Abdullah bin Kayan/Cikgu Amirulnizam bertanggungjawab menghidupkan kembali kumpulan
zapin DPurnama di Kampung Seri Purnama. (contoh huraian)

- Nilai tanggungjawab menjaga amanah yang diberikan (Pernyataan)


Tauke Ong bertanggungjawab menjaga amanah yang ditinggalkan oleh Cikgu Zam iaitu ladang
kelapa sawit sehinggalah Haiqal datang ke Kampung Seri Purnama.(contoh huraian)

Вам также может понравиться