Вы находитесь на странице: 1из 10

PUSAT SUMBER (DF 171)

ANALISIS KEPERLUAN KURIKULUM PEND VOK PLJR LD PRGKT MEN DI MSIA


ZAINUDIN HJ. MOHD ISA (PHD 2008)

KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Analisis keperluan secara umumnya adalah bertujuan untuk mengenalpasti: (i) pencapaian
optima (optima performance), (ii) apa yang sepatutnya dicapai, (iii) perasaan (feeling)
berkaitan perkara yang dikaji, (iv) sebab dan punca kepada masalah seperti kekurangan
daripada segi kemahiran dan pengetahuan, persekitaran, dan hal yang berkaitan motivasi
diri serta (v) jalan penyelesaian (solution) kepada masalah yang dihadapi (Rossett 1995) 1.

Dalam aspek pembinaan kurikulum pula, analisis keperluan merupakan salah satu
elemen penting yang menjadi asas dalam menentukan keperluan pembinaaan sesuatu
kurikulum tersebut. Noll dan Wilkins (2002)2 berpendapat bahawa pembinaan sesuatu
kurikulum perlu bersandarkan kepada analisis keperluan berkaitan keadaan semasa dan
keperluan masa hadapan. Malah Cornish (1979)3 juga berpendapat bahawa proses
pembinaan kurikulum perlu melibatkan elemen analisis keperluan sebagai salah satu
daripada tiga elemen penting yang antaranya: (1) mendapatkan pandangan daripada guru,
murid, ibubapa dan ahli masyarakat; (2) mengenalpasti trend semasa daripada dalam dan
luar negara; dan (3) membuat ramalan (forecast) tentang unjuran kesan sesuatu trend
berbanding yang lain.

Selain itu, Saylor dan Alexander (1974) 4 juga berpendapat bahawa analisis keperluan
terhadap faktor-faktor seperti keadaan semasa yang meliputi unsur-unsur seperti falsafah
iaitu yang memberi fokus ke arah hidup yang baik; sosiologi iaitu yang berkait dengan
keadaan semasa masyarakat dan masa depan; dan psikologi iaitu perkara yang merupakan
keperluan asas manusia perlu dijadikan sebagai asas dalam analisis keperluan berkenaan. Di
samping itu, mereka berpendapat bahawa sumber data yang diperlukan harus melibatkan
data seperti: (1) kehendak perundangan (force of legal structures); (2) analisis keperluan
berkaitan keperluan pelajar dan masyarakat; (3) pengiktirafan (accreditation); (4) pendapat
orang awam (public opinion); (5) pendapat kumpulan advokasi tertentu (special interest
groups) seperti anggota badan bukan kerajaan (NGO).

1
Rossett, A. 1995. Need analysis. Englewood Cliff, NJ: Education Technology Publications.
2
Noll, C.L. & Wilkins, M. 2002. Critical skill of professionals: A model for curriculum development, Journal of
Information Technology Education, 1 (3): 143-155.
3
Cornish, E.S. 1979. Why study the future. World Future Society. Dlm. Hass, G. & Parkay, F.W. 1993.
Curriculum Planning: New Approach. 6th Ed. Allyn & Bacon.
4
Saylor, J.G. & Alexander, W.M. 1974. Planning curriculum fo schools. New York: Holt, Rinehart and Winston.
Bagi melaksanakan analisis keperluan, beberapa model analisis keperluan
menetapkan bahawa penumpuan seharusnya diberikan terhadap penilaian perbezaan
keadaan semasa dengan apa yang diharapkan seperti dalam model yang dikenali sebagai
Discrepancy Model yang dikemukan oleh Sweigert dan Kase (1971) 5. Discrepancy Model
menumpukan terhadap penilaian perbezaan antara pengharapan guru dengan hasil populasi
sasaran. Dengan kata lain, perbezaan tersebut diuji melalui apa dan apa yang sepatutnya
diperolehi (McKillip 1987)6. Selain itu, Discrepancy Model yang lain yang dikemukakan oleh
Kaufman dan English (1979)7 yang dikenali sebagai pendekatan sistem (system approach)
yang mana banyak digunakan oleh pentaksir kurikulum turut mencadangkan beberapa
langkah dalam melakukan analisis keperluan yang meliputi: i) mengenalpasti keperluan; ii)
merumus keadaan keperluan utama; dan iii) memilih keutamaan untuk rancangan tindakan.

Analisis keperluan dalam kajian ini melibatkan gabungan pendekatan model-model


yang lepas melalui penilaian berkaitan apa yang sedang berlaku dan apa yang sepatutnya
terhadap beberapa elemen penting dalam kurikulum antaranya:
i) Kesesuaian kurikulum
ii) Bidang kemahiran yang diperlukan
iii) Teknologi yang diperlukan

Analisis terhadap kurikulum pelajar melibatkan penilaian keberkesanan sedia ada dan
penilaian kurikulum yang sepatutnya diwujudkan. Dalam hal tersebut, penilaian merupakan
proses untuk menilai pelaksanaan yang telah dilaksanakan bagi menentukan tahap
keberkesanan kurikulum sebelum keputusan dibuat sama ada kurikulum adalah mantap
ataupun perlu digubal semula. Bagi tujuan melaksanakan penilaian kurikulum, proses
tersebut perlu melibatkan aktiviti-aktiviti seperti:

i) mentafsir standard kurikulum


ii) menentukan sama ada wujud perbezaan antara pencapaian (performance)
kurikulum dan standard kurikulum
iii) menggunakan maklumat perbezaan bagi tujuan tindakan susulan

Seterusnya penilaian terhadap keberkesanan kurikulum perlu melibatkan tiga


komponen: i) tujuan penilaian, ii) kaedah melaksanakan penilaian dan iii) hasil penilaian
yang diperolehi. Selain itu, penilaian kurikulum perlu melibatkan dua elemen penting iaitu i)
pelan kurikulum (curriculum plan) yang meliputi rekabentuk kurikulum, pemilihan kaedah
P&P dan rancangan penilaian (evaluation feedback) yang merupakan elemen yang bertindak

5
Sweigert, R.L. & Kase, D.H. 1971. Assessing students needs using the ESCO model. Paperpresented at the
Annual Meeting of the American Educational Research Association, New York City.
6
McKillip, J. 1987. Need analysis: Tools for the human services and education. Newbury Park, CA: SAGE
Publication, Inc.
7
Kaufman, R. & English, F.W. 1979. Needs assessment: Concept and application. Englewood Cliffs. NJ:
Educational Technology Publications.
memberi maklum balas terhadap komponen mereka bentuk, pelaksanaan dan penilaian bagi
memastikan ia menjadi sumber yang dapat meningkatkan keberkesanan kurikulum (Saylor &
Alexander 1974).

Manakala penilaian terhadap kemahiran pelajar serta teknologi melibatkan langkah


mengenalpasti aspek keperluan pelajar daripada perspektif ibubapa, majikan, pakar dan
pihak advokasi dan guru PK meliputi data tentang keperluan pelajar (needs of learner) yang
wujud dalam proses pembelajaran dan keperluan kandungan (needs of content) saling
bergantungan meliputi data berkaitan: i) populasi pelajar seperti umur, taburan,
latarbelakang etnik, unjuran kelahiran dan pertumbuhan populasi-perkembangan sekolah
dan keciciran seperti kadar, punca dan status sekolah; ii) pertumbuhan dan perkembangan
pelajar yang melibatkan aspek fizikal, perkembangan emosi, keperluan psikologikal,
perkembangan intelek dan sifat peribadi; iii) status keluarga dan masyarakat kepada pelajar
seperti status sosio ekonomi keluarga, latar belakang pendidikan ibubapa dan institusi
sekolah.

Bagi tujuan mencapai objektif analisis keperluan tersebut, data berkaitan pelajar
adalah berasaskan sumber yang diperolehi secara soal selidik dan temu bual daripada pihak-
pihak yang terlibat meliputi: i) GPK; ii) ibubapa pelajar; iii) pentadbir dan iv) pakar. Rajah 1.1
menunjukkan kerangka konseptual kajian yang berasaskan model Noll dan Wilkin (2002),
McKillip (1987), dan Sweigert dan Kase (1971).

Rajah 1.1

DEFINISI ISTILAH

Analisis Keperluan

McKillip (1987) mentakrifkan analisis keperluan sebagai proses penilaian yang sistematik
dalam menyediakan maklumat-maklumat yang berguna tentang keperluan populasi sasaran.
Casper (2003)8 pula mentakrifkan analisis keperluan sebagai semua aktiviti yang digunakan
untuk mengumpulkan maklumat berkaitan keperluan pembelajaran pelajar. Proses analisis
keperluan melibatkan aktiviti mengenalpasti matlamat diharapkan (looking expectation)
oleh pihak tertentu seperti guru, pentadbir dan pihak-pihak yang menerima kesan daripada
program yang dilaksanakan seperti keluarga pelajar tersebut. Analisis keperluan boleh
dijalankan secara formal atau secara tidak formal. Maklumat yang diperolehi daripada
analisis keperluan dapat digunakan untuk membantu mentakrif matlamat program.
Seterusnya matlamat tersebut boleh digunakan untuk membentuk objektif program spesifik
yang berfungsi sebagai asas untuk membina rancangan pengajaran atau program.

8
Casper, A.N. 2003. http://www.linguistics.byu.edu/resource/volunteers/TESOLBYU.needanalysis.html.
Kurikulum

Nicholls dan Nicholls (1981)9 mentakrifkan kurikulum sebagai semua peluang pembelajaran
yang dirancang oleh guru untuk murid-murid di sekolah. Hirst (1974) 10 berpendapat bahawa
kurikulum merupakan program aktiviti yang disusun oleh guru untuk membolehkan murid-
murid mencapai objektif yang dirancangkan. Warwick (1975) 11 pula mentakrifkan kurikulum
sebagai struktur terancang idea-idea sesebuah sekolah yang bersesuaian keperluan psikologi
murid-murid, kemudahan-kemudahan yang sedia ada serta keperluan budaya semasa.
Berdasarkan definisi-definisi tersebut, kajian ini mentakrifkan kurikulum sebagai suatu
dokumen perancangan pembelajaran yang diperaku oleh pihak berkuasa yang meliputi
aspek rasional, tujuan, objektif dan isi kandungan, kaedah mengajar, sumber dan BBM serta
kaedah penilaian dan peperiksaan. Kurikulum menjadi garis panduan umum mengenai
pembelajaran yang patut dilaksanakan melalui pengajaran guru. Ini kerana ia merupkan
pernyataan yang luas dan terbuka dengan kemahiran, keupayaan, sikap dan nilai yang
hendak dipupuk oleh pelajar.

TEORI DAN MODEL ANALISIS KEPERLUAN

1. Teori Analisis keperluan

Secara umumnya terdapat berbagai teori dan model analisis keperluan antaranya jenis Teori
Deskriptif di mana teori ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti komponen-komponen
dan keadaan yang berlaku melalui watak atau sifat penting sesuatu fenomena yang berlaku
ditemui. Witkin (1995)12 mendefinisikan analisis keperluan sebagai prosedur yang sistematik
untuk meletakkan keutamaan dan membuat keputusan berkaitan peruntukan sumber
pendidikan. McKillip (1987) pula mentakrifkan analisis keperluan sebagai proses menilai
masalah dan mengenalpasti penyelesaian untuk populasi sasaran. Marti-Costa dan Serrano
Garsia (1983)13 pula mendefinisikan analisis keperluan sebagai proses maklumbalas yang
digunakan oleh organisasi untuk mengetahui tentang dan mengambil kira keperluan
populasi sasaran mereka.

Menurut Casper (2003), analisis keperluan meliputi semua aktiviti yang digunakan
untuk mengumpul maklumat berkaitan keperluan pembelajaran pelajar. Proses analisis
9
Nicholls, S.H. & Nicholls, A. 1981. Perkembangan kurikulum: satu panduan praktis. Dlm. Ee Ah Meng. 1997.
Pedagogi 1: Kurikulum dan pengurusan bilik darjah. Shah Alam: Fajar Bakti.
10
Hirst, P.H. 1974. Knowledge and curriculum. Dlm. Ee Ah Meng. 1997. Pedagogi 1: Kurikulum dan pengurusan
bilik darjah. Shah Alam: Fajar Bakti.
11
Warwick, D. 1975. Curriculum structure and design. Dlm. Ee Ah Meng. 1997. Pedagogi 1: Kurikulum dan
pengurusan bilik darjah. Shah Alam: Fajar Bakti.
12
Witkin, B.R. 1995. Planning and conducting needs assessment: A practical guide. San Francisco, CA: Sage
Publishers.
13
Marti-Costa,S. & Serrono-Garcia, I. 1983. Needs assessment and community development: An ideological
perspective. Prevention in Human Services, 3, 75-83.
keperluan melibatkan aktiviti mengenalpasti matlamat yang diharapkan oleh pihak tertentu
seperti gru, pentadbir dan pihak-pihak yang menerima kesan daripada program yang
dilaksanakan seperti murid-murid dan keluarga mereka. Analisis keperluan boleh dijalankan
secara formal atau secara tidak formal. Maklumat yang diperolehi daripada analisis
keperluan dapat digunakan untuk membantu mentakrif matlamat program. Seterusnya
matlamat tersebut boleh digunakan untuk membentuk objektif program spesifik yang
berfungsi sebagai asas untuk membina rancangan pengajaran atau program.

a. Teori Analisis Keperluan Masa Depan

Analisis keperluan yang berkaitan masa depan adalah kajian yang memerlukan penyelidik
mengambilkira perubahan yang berlaku terhadap pembolehubah meliputi pelbagai isu yang
memberi kesan terhadap sesuatu organisasi, iklim ekonomi, sosio budaya, teknologi,
demografik atau perubahan persekitaran (McKillip 1987). Selain itu, menurut Rabate
(2002)14, analisis keperluan juga memerlukan kepada sokongan daripada pihak pembuat
dasar dalam mendapatkan maklumat berguna berkaitan pandangan mereka meliputi
kestabilan, perubahan dan ketidaktentuan.

Menurut Clark (2005)15, kaedah analisis keperluan masa depan meliputi kajian
imbasan persekitaran masa depan (scanning environmental research), analisis trend, kaedah
Delphi, perancangan senario, penerokaan siri masa dan model pemikiran berkomputer
(computer modelling and system thinking). Menurut Pinder dan Moore (1980) 16, model
Middle Range Theory adalah alat paling berkesan untuk membuat analisis berkaitan masa
depan kerana model berkenaan didapati mampu mengaitkan teori dengan data,
menghubungkan konsep-konsep antara satu sama lain dan dapat memberi keseimbangan
sesuatu yang abstrak dengan konkrit bagi membentuk hipotesis.

b. Teori Jurang Tengah (Middle Range Theory)

Teori Jurang Tengah yang diperkatakan oleh Merton (1968) 17, menganalisis suatu realiti
dengan merujuk hasil teori-teori yang berkaitan bagi tujuan untuk berkomunikasi dengan
pihak-pihak lain samada pembuat dasar ataupun pakar lain-lain bidang dalam menyediakan
idea untuk masa depan.

Teori ini berasaskan pendekatan secara sosiologi yang bertujuan membolehkan


tembok pemisah pemikiran antara teori dengan bukti secara empirikal. Ia merupakan teori
yang memisahkan antara apa yang dikaji setiap hari yang merupakan rutin kajian yang
14
Rabate, J.M. 2002. The future theory. NJ: Wiley-Blackwell.
15
Clark, K. 2005. A need analysis of community technology centers. London: Academic Exchange Quarterly.
16
Pinder, C.C. & Moore, L.F. 1980. Middle range theory and the study of organizations. London: Springer Pub.
17
Merton, R.K. 1968. Social theory and social structure. New York: Free Press.
berdasarkan hipotesis dengan segala tekaan atau ramalan yang berasaskan skima konseptual
sebenar. Ini bermakna Middle Range Theory bermula dengan cara menteorikan aspek-aspek
yang terbatas berkaitan fenomena sosial dalam entiti yang terpisah seperti masyarakat atau
sistem sosial. Bagaimanapun pemisahan dalam Middle range Theory disokong kuat oleh data
pemerhatian.

Selain itu, teori ini dibina berasaskan rujukan kepada fenomena yang boleh
diperhatikan yang menjadi masalah kajian secara tersusun dalam bentuk pernyataan bagi
membolehkan ujian secara empirikal dibuat. Contoh penggunaan teori Middle Range Theory
meliputi kajian berkaitan kumpulan rujukan, mobiliti sosial, konflik peranan dan lain-lain.
Middle Range Theory perlu menghubungkan antara:

i) pembinaan teori khas hasil daripada hipotesis yang boleh disiasat secara empirikal
ii) pengembangan skema konseptual umum yang diperolehi berdasarkan teori-teori
lain yang lebih mantap

2. Model Analisis Keperluan

Literatur menunjukkan bahawa tiada model yang terbaik dan diterima secara sepenuhnya
terhadap analisis keperluan dalam pendidikan (Witkin 1984). Perbezaan pendekatan analisis
keperluan boleh diterangkan dengan melihat kepada pelbagai model analisis keperluan
untuk merancang, mereka bentuk, melaksanakan dan menilai keperluan. Berasaskan
pelbagai definisi keperluan, maka terdapat pelbagai model-model analisis keperluan
termasuk yang dikemukakan oleh McNeil (1996), Rossett (1987), Kohler (1982), Cohen
(1981), Kaufman (1979) dan Sweigert dan Kase (1971).

Sweigert dan Kase (1971) mengemukakan satu model analisis keperluan yang
dikenali sebagai Discrepancy Model. Dalam pendidikan, discrepancy model menilai
perbezaan antara pengharapan guru dengan hasil populasi sasaran. Dengan kata lain,
perbezaan tersebut diuji melalui apa dan apa sepatutnya diperolehi (McKillip 1987).
Discrepancy model yang lain dikemukakan oleh Kaufman (1979) yang dikenali sebagai
pendekatan sistem (system approach) yang banyak digunakan oleh pentaksir kurikulum.
Model ini mengenalpasti keperluan, merumus keadaan keperluan utama, dan memilih
keutamaan untuk rancangan tindakan.

Marketing Model oleh Kotler (1982) menggunakan prinsip pemasaran (marketing)


dalam analisis keperluan. Beliau mencadangkan agar tugasan utama organisasi ialah untuk
menentukan keperluan dan mahu pasaran yang disasarkan dan dicapai melalui rekabentuk
(design), komunikasi (communication), harga, penyerahan yang sesuai dan produk serta
perkhidmatan yang boleh bersaing. Dengan kata lain, marketing model menilai kesesuaian
antara apa yang pelanggan inginkan dengan kebolehan penyedia perkhidmatan untuk
memberi perkhidmatan tersebut (McKillip 1987).

Human Services Decision Model oleh Cohen (1981) bertujuan untuk menyediakan
perancang dan pentadbir program kerangka kerja yang luas sebagai panduan untuk
membuat keputusan. Model ini meliputi elemen seperti tujuan penaksiran, populasi sasaran,
pengguna kepada penaksiran keperluan, keperluan sedia ada, spesifikasi hasil, kerangka
masa dan sumber untuk mengendalikan penaksiran. R-C-D Model mengaitkan tugasan untuk
peranan kerja, kompetensi individu dalam membuat tugasan atau kemahiran dan keinginan
individu. The decision-making model pula menilai keperluan pelanggan bagi tujuan
membuat keputusan (McKillip 1987).

Rossett (1995) mendefinisikan analisis keperluan sebagai proses yang melibatkan


empat aktiviti utama iaitu (i) reka bentuk (design), (ii) pembinaan (development), (iii)
penggunaan (usage), dan (iv) penilaian (evaluation). Analisis keperluan adalah bertujuan
untuk mengenalpasti: (i) pencapaian optima (optimal performance) (ii) apa yang sepatutnya
dicapai; (iii) perasaan (feeling) berkaitan perkara yang dikaji; (iv) sebab dan punca kepada
masalah seperti kekurangan daripada segi kemahiran dan pengetahuan, persekitaran, dan
hal yang berkaitan motivasi diri; serta (v) jalan penyelesaian (solution). Jadual 2
menunjukkan analisis keperluan untuk penyelesaian masalah.

Jadual 2: Analisis keperluan penyelesaian masalah


Punca Penyelesaian
Kurang kemahiran Latihan, Pembimbing, pemilihan
Persekitaran Tingkatkan daripada segi infrastruktur,
persekitaran positif, menganalisis
keperluan kerja
Insentif yang tidak sesuai Tingkatkan polisi, penyeliaan yang lebih
baik dan tingkatkan insentif
Motivasi kerja yang lemah Latihan, pembimbing dan penyeliaan
Sumber: Rossett (1995)

Seterusnya Rossett (1995) mencadangkan langkah-langkah pembinaan item soalan


analisis keperluan yang perlu dilakukan berdasarkan jenis tujuan soalan antaranya:

a) Apa yang perlu?


b) Apa yang diperlukan secara terperinci?
c) Apa bukti?
d) Bagaimana perasaan atau motivasi?
e) Apa punca masalah?
f) Soalan berkaitan diri responden?
3. Kaedah Analisis Keperluan

Terdapat beberpa kaedah yang boleh digunakan dalam melaksanakan analisis keperluan
antaranya ialah:

Kaedah Delphi
Menurut Rowe dan Wright (1999) kaedah Delphi merupakan kaedah ramalan secara
interaktif berdasarkan maklumat bebas daripada pakar-pakar yang dipilih. Kaedah Delphi
mengambilkira nilai pendapat, pengalaman dan gerak hati pakar dan menggunakan
maklumat terhad yang ada sekiranya pengetahuan saintifik tidak mencukupi.

Kaedah ini dijalankan dengan menggunakan panel pakar terpilih bagi menjawab
segala soal selidik dalam beberapa pusingan. Soalan adalah berdasarkan hipotesis dan pakar
menyatakan masa bila mereka fikir hipotesis dapat dipenuhi. Setiap pusingan soal jawab
akan disusuli maklumbalas secara tanpa nama (anonymously). Setiap pakar digalakkan untuk
mengkaji jawapan terdahulu bagi mendapatkan persetujuan daripada ahli kumpulan masing-
masing. Jurang jawapan akan berkurangan bila semakin banyak peringkat pusingan
dijalankan. Di akhir pusingan soal jawab, hanya jawapan yang benar-benar mewakili akan
direkodkan dengan mengambil min skor bagi menentukan jawapan akhir. Daripada dapatan
itu baharulah jadual perkembangan masa depan dapat dilakukan.

Analisis Tabletop (Tabletop Analysis)


Menggunakan fasilitator, kumpulan kecil antara 3 hingga 10 orang pakar dalam bidang
tersebut akan duduk bersama bagi mengenalpasti tugas untuk dibentuk. Sekurang-
kurangnya seorang majikan dan seorang penyelia diperlukan dalam perbincangan tersebut.
Fasilitator akan mengendalikan sesi dan membuat mendokumentasikan maklumat yang
diperolehi. Melalui teknik brainstorming pembinaan konsensus, kumpulan akan membina
senarai tugas secara berturutan. Proses berikutnya, pasukan akan tentukan mana tugasan
yang patut dilakukan. Pemilihan tugasan berasaskan kekerapan, kesukaran, kekritikalan dan
punca kepada masalah dan kelemahan pencapaian. Kaeadah ini perlu secara intensif
daripada pakar bidang. Kesahan tugasan yang dikenalpasti bergantung kepada kredibiliti
pakar bidang yang dipilih. Bagi mendapatkan ketekalan, pasukan pakar patut kekal dalam
proses tersebut. Kaedah analisis kerja tabletop biasanya mengandungi:

Orientasi pasukan
Menilai kerja
Kenalpasti bidang tugas berkaitan kerja
Kenalpasti tugasan dibentuk dalam setiap bidang tugas
Tulis pernyataan tugasan
Pilih tugasan untuk latihan

Kaedah Hybrid
Melibatkan pembangunan secara analisis kuantitatif dan kualitatif dengan menggunakan
task job, senarai tugas yang disertakan dalam analisis. Kaedah ini melibatkan pembinaan
dan kesahan yang disahkan oleh pakar bidang. Selain itu, perbincangan dilakukan berkaitan
setiap tugasan berdasarkan kesukaran, kepentingan dan kadar kekerapan oleh kumpulan.
Setelah tugasan dikenalpasti, kumpulan perbincangan akan mengenalpasti dan
mengesahkan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang diperlukan bagi setiap tugasan.

Analisis Tugasan Kognitif (Cognitive Task Analysis)


Bagi tugasan yang melibatkan komponen kognitif tinggi (contoh membuat keputusan dan
penyelesaian masalah), analisis kemahiran tradisional mungkin sukar untuk mengenalpasti
kemahiran kognitif yang perlu dilakukan. Analisis tugasan kognitif dibentuk untuk
mengenalpasti dan menceritakan komponen tugasan kognitif. Terdapat pelbagai kaedah
sedia ada yang dapat digunakan bagi menolong perancang pengajaran untuk menerangkan
berbagai bentuk pengetahuan yang diperlukan dalam melakukan tugasan atau kerja. Teknik
ini boleh juga digunakan bagi menerangkan berkaitan sistem kepakaran dan pakar dalam
sistem bimbingan kecerdasan.

Analisis Pemerhatian pakar (Expert Observation Analysis)


Kaedah ini digunakan untuk pemerhati merekodkan bagaimana pakar melakukan tugasan.
Pemerhati ialah orang yang juga pakar dalam bidang yang sama. Manakala peranan pelatih
pula ialah untuk membuat analisis dengan memberi panduan kepada pemerhati dan pakar
berkaitan hasil daripada pemerhatian. Kaedah ini paling baik bila tiga pakar di perhatikan
oleh tiga orang pemerhati yang berbeza. Selepas pemerhatian dijalankan, pemerhati
menjadi pasukan petugas yang mempunyai latihan analisis dan seterusnya akan berfungsi
sebagai fasilitator perbincangan.

Analisis Dokumen
Teknik ini berguna khasnya bila ada prosedur yang tepat dan dokumen kerja lain yang
berkaitan. Analisis dokumen merupakan teknik yang dipermudahkan untuk menentukan
pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan secara terus daripada prosedur operasi,
prosedur pentadbiran dan dokumen kerja yang berkaitan. Jurulatih mengkaji setiap bahagian
dan langkah prosedur atau dokumen bagi menentukan kandungan latihan program. Analisis
dokumen terdiri daripada langkah-langkah berikut:
Mengkaji prosedur atau dokumen dan senarai pengetahuan dan kemahiran yang
diperlukan oleh pekerja.
Mengesahkan ketepatan keputusan.

Вам также может понравиться