Вы находитесь на странице: 1из 6

GURINDAM DUA BELAS

(Fasal yang Ketiga)

GURINDAM DUA BELAS


(Fasal yang Ketiga)

Apabila terpelihara mata.


Sedikitlah cita-cita.

Apabila terpelihara kuping.


Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara Iidah.


Nescaya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan.


Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,


Keluarlah liil yang tiada senonoh.

Anggota tengah hendaklah diingat,


Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah peliharakan kaki.


Daripada berjalan yang membawa rugi.

KOSA KATA DALAM GURIINDAM DIJA BELAS (Fasal yang Ketiga)


mata penglihatan atau apa-apa yang dilihat
cita-cita kesungguhan dan kecekalan untuk mencapai sesuatu
kuping telinga (pendengaran) sesuatu khabar angin
jahat negatif atau tidak baik
damping rapat atau dekat dengan kita
lidah kata-kata atau pertuturan
nescaya Pasti
faedah kebaikan
tangan pergerakan atau perlakuan
berat perbuatan yang buruk
ringan perbuatan yang baik
penuh kenyang atau makan terlalu banyak
fiil sikap atau tabiat
tiada senonoh tidak baik atau tidak memberikan faedah
tengah hati atau perasaan yang mengawal perbuatan kita
diingat disedarkan
hilang semangat kalali atau berputus asa
peliharakan menjaga atau mengawal
kaki tujuan kehidupan atau perjalanan hidup
berjalan kehidupan

1
Rangkap Maksud
1 Penulis gurindam menasihati kita agar mengawal penglihatan daripada melihat sesuatu
yang mungkin menggoda nafsu kita. Sebagai contoh, sekiranya kita melihat seorang
gadis yang berpakaian mencolok mata, maka kita akan tergoda dan teruja untiik melihat
bentuk badannya sehingga berisiko membawa kepada pelbagai gejala sosial yang serius.
Oleh hal yang demikian, penulis menasihati kita agar tidak melihat sesuatu yang dapat
merangsang nafsu kita ke arah perbuatan yang negatif.
2 Penulis gurindam menasihati kita supaya menjaga pendengaran daripada mendengar
herita palsu atau khabar angin yang tidak berasas. Hal ini dikatakan demikian kerana
berita palsu yang didesas-desuskan akan membawa pelbagai konflik kepada masyarakat.
Olch sebab itu, janganlah kita mendengar khabar angin untuk mengelakkan salah faham
mahupun persengketaan yang tidak membawa apa-apa faedah kepada kita.
3 Penulis gurindam mengingatkan kita agar menjaga pertuturan daripada bercakap tentang
perkara yang negatif. Hal ini dikatakan demikian kerana kata-kata yang kita sampaikan
melambangkan imej kita. Oleh sebab itu, kita liarus mengamalkan budi bahasa dan
kejujuran dalam pertuturan harian demi menjaga maruah diri dan meyakinkan orang lain.
4 Penulis gurindam meiigingatkan kita supaya menjaga perlakuan dengan membezakan
perbuatan yang betul dan salah. Hal ini dikatakan demikian kerana perlakuan yang akan
melambangkan sikap positif kita manakala perbuatan negatif akan niencalarkan imej diri
kita. Oleh hal yang demikian, kita haruslah menjaga perbuatan demi nama baik kita dan
keluarga.
5 Penulis gurindam menyeru kita agar tidak makan dengan terlalu kenyang. Nasihat
penulis ini adalali untiik mengingatkan pembaca supaya dapat mengelakkan diri
daripada berkelakuan tidak senonoh. Seseorang yang terlalu kenyang akan mudah
tertidur dan berdengkur sehingga menyebabkan ketidakselesaan kepada orang di
sekeliling kita.
6 Penulis gurindam menyeru agar kita sentiasa bersemangat tinggi dalam menghadapi
cabaran tanpa sikap mudah bcrputus asa. Hal ini dikatakan demikian kerana semangat
yang tinggi tidak akan melunturkan keinginan untuk berjuang dalam menghadapi
cabaran. Oleh sebab itu, Segala cabaran dapat kita atasi dengan adanya kekuatan fizikal
dan mental yang datang daripada ketinggian semangat juang dalam diri kita.
7 Penulis gurindam menasihati kita supaya berhati-hati dalam setiap perjalanan dan
langkah kehidupan. Hal ini penting kepada semua pembaca agar tidak mendatangkan
kerugian kepada diri sendiri. Dengan sikap berhati-hati. kita juga dapat mengelakkan
sebarang kerugian dan kesilapan.
Tema Tema gurindam ini ialah nasihat kepada murid agar memelihara anggota diri dan berbudi
pekerti. Dengan memelihara anggota diri. kita dapat mengelakkan pelbagai kesilapan
yang dapat mencemarkan maruah diri. Selain itu, sikap yang baik dan bersemangat tinggi
juga dapat menambah keyakinan kita untuk menghadapi cabaran demi masa depan yang
lebih baik.
Persoalan (a)Kepentingan mengawal penglihatan.
Buktinya, penulis gurindam menasihati kita agar tidak melihat unsur-unsur yang tidak
sihat demi memelihara jati diri mulia.

(b)Kebaikan menjauhi khabar angin.


Buktinya, penulis gurindam mengingatkan kita agar tidak mudah terpengaruh oleh
berita yang palsu sehingga mewujudkan ketidaksefahaman dan konflik dalam kalangan
masyarakat.

(c) Pemeliharaan percakapan demi menjaga maruah diri.


Buktinya, penulis menasihati kita agar menjaga pertuturan supava tidak menggores
perasaan orang lain sekali gus dapat memelihara imej diri
2
(d) kepentingan mengawal perbuatan diri.
Buktinya, pemhaca dinasihati oleh penulis gurindam supava mengawal perlakuan diri
demi memelihara harga diri dan mendapat persepsi yang baik daripada sesiapa sahaja
yang berada di sekitar kita.

(e)Sikap buruk daripada makan terlalu kenyang.


Buktinya, penulis gurindam menasihati kita agar tidak makan terlalu kenyang kerana
sikap ini tidak baik untuk kesihatan dan membawa malu kepada kita apabila tertidur
akibat terlalu kenyang.

f) Kepentingan bersemangat tinggi dalani kehidupan.


Buktinya, penulis ingin menyampaikan kata-kata motivasi kepada kita supaya sentiasa
bersemangat tinggi untuk menghadapi cabaran atau dugaan dalam kehidupan harian.
(g)kebijaksanaan memilih jalan hidup yang betul
Buktinya, penulis ingin menegaskan bahawa kita haruslah bijak dan rasional dalam
penentuan arah tuju dalam hidup agar tidak menyesal kemudian hari.
Bentuk (a) Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga) ini terbentuk daripada 7 rangkap.
(b) Setiap rangkap gurindam ini terdiri daripada 2 baris.
(c) Setiap baris gurindam ini membawa maksud atau ccrita yang ingin disampaikan oleh
penulis kepada pembaca.
(d) Gurindam ini berbentuk terikal dengan ciri-ciri puisi tradisional seperti panlun dua
kerat kerana bilangan baris dalam serangkap adalah sama, yakni 2 baris serangkap.
(e) Bilangan kata dan suku kata dalam gurindam ini boleh dikatakan masih terikat dengan
ciri-ciri puisi tradisional. yakni 2 hingga 7 patah perkataan sebaris manakala bilangan
suku katanya adalah antara 8 hingga 15 suku kata sebaris.
f) Rima akhir gurindam ini juga terikat. yakni a.a
Buktinya: Sedikitlah cita-cila (bilangan kata paling pendek. 2 patah kata)
Buktinya: Di situlah banvak orang yang hilang semangat
(bilangan kata paling panjang, 7 patah kata)
Buktinya: Se/ di / kit/ lah ci/ta-ci/ta
(bilangan suku kata paling pendek. 8 suku kata)
Buktinya: Ber/sung/guh/-sung/guh eng/kau
me/me/li/ha/ra/kan ta/ngan
(bilangan suku kata paling panjang, 15 suku kata)
Gaya (a) Sinkope
Bahasa Bukti: kcluarlah fiil yang tiada senonoh
khabar yang jahat tiadalah damping
(b) Perlanibangan
Bukti:
mata -> melambangkan penglihatan
kuping -> melambangkan pendengaran
lidah -> melambangkan pertuturan
tangan - melambangkan perbuatan
kaki -> melambangkan perjalanan hidup
berat -> perbuatan yang salah
ringan -> perbuatan yang betul
(c) Pcngulangan kata
Bukti: Apabila terpelihara mata
Apabila terpelihara kuping
Apabila terpelihara lidah
Apabila perut terlalu penuh

3
Unsur (a) Asonansi
Keindaha (pengulangan bunyi huruf vokal a.e.i.o.u)
n Buktinya. Di situlah banyak orong yang hilang semangat
Dalam baris di atas. huruf vokal a telah diulang sebanyak 8 kali.
(b) Aliterasi
(pengulangan bunyi huruf konsonan)
Buktinya, Sedikitlah cita-cita
Dalam baris di atas. huruf konsonan t telah diulang sebanyak 3 kali.
Nilai (a) Hemah tinggi
Buktinya, penulis gurindam berkata bahawa seseorang yang dapat menjaga perlakuan
diri pasti memiliki sikap hemah tinggi.

(b)Berbudi bahasa
Buktinya, pembaca diingatkan oleh penulis gurindam supaya berbudi bahasa demi
mewujudkan persefahaman yang ditunjangi kekuatan jati diri yang tinggi.
( c ) Berbudi pckerti mulia
Buktinya, penulis sentiasa mementingkan budi pekerti yang mulia datum isi
gurindamnya untuk menjaga maruah diri dan mematangkan fikiran kita.

(d)Kesungguhan
Buktinya, penulis gurindam mengingitkan agar penulis sentiasa bersemangat tinggi
agar dapat menghadapi cabaran hidup demi masa depan yang lebih cerah.
(e)Kebijaksanaan
Buktinva, penlis menasihati kita agar bijak membnat keputusan daIam kehidupan demi
memastikan kita tidak menyesal pada kemudian hari.
(f) Rasional
Buktinya, penulis gurindam berharap agar pembaca mengawal perasaan dan hati dalam
membuat apa-apa keputusan dalam kehidupan demi mengelakkan kegagalan hidup.
Pengajara (a) Kita mestilah mengawal pcnglihatan, pcndengaran, pertuturan, dan
n pcrlakuan daripada menibuat kesilapan.
Buktinya, masyarakat diingatkcin agar mengawal nafsu dengan deria vang ada pada
badan kita untuk mengelakkan diri daripada kesilapan dan kesalahan yang berpunca
daripada kegagalan mengawal nafsu diri.

(b) Kita haruslah berbudi bahasa dengan memelihara pertuturan


Buktinva, masyarakat yang berbudi bahasa mestilah menjaga pertuturan tanpa
melukai perasaan orang lain dengan kata-kata yang tidak menyenangkan.

(c) Kita scwajarnya berbudi pekerti mulia dcngan mengawal tingkah laku diri
demi mcngelakkan diri daripada perbuatan buruk.
Buktinya, Penulis berkata bahawa kawalan tingkah laku amat penting untuk menjaga
personaliti diri demi memberikan impresif yang baik kepada orang lain.

(d) Kita mestilah bcrsungguh-sungguh dalam mcnghadapi cabaran tanpa mudah


berputus asa dalam perkara yang kita lakukan.
Buktinya, penulis ingin menekankan bahawa setiap dugaan hidup haruslah dihadapi
dengan semangat yang tinggi.

(e) Kita harus bijak mcmilih jalan hidup yang betul demi masa depan yang cerah.
Buktinya, penulis gurindam berkata bahawa kebijaksanaan memilih jalan hidup yang
benar akan membawa kita menuju ke gerabak kehidupan yang betul demi masa depan
yang lebih baik.
4
(f) Kita haruslah bcrfikiran rasional dalam segala perbuatan agar tidak menyesal
pada kemudian hari.
Buktinya, penulis gurindam berharap agar pembaca mengawal perasaan dan hati dalam
membuat apa-apa keputusan dalam kehidupan demi mengelakkan kegagalan hidup.

Latihan 2 (a)

(i) Apakah maksud rangkap pertama gurindam ini? (3 markah )

(ii) Huraikan tiga nilai murni dalam gurindam ini berserta buktinya. (3 markah)

(in) Pada pendapal anda. apakah cara-cara mengawal perbuatan diri daripada membuat kesalahan. Berikan tiga
cara tersebut (KBAT) [3 markah]

Latihan 2 (b)

(i) Apakah maksud rangkap kedua gurindam ini ? [ 3 markah ]

(ii ) Huraikan tiga gaya bahasa dalam gurindam ini berserta buktinya. [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah kesan-kesannya jika remaja terdedah kepada bahan lucah?
Berikan tiga kesan tersebut. (KBAT) [3 markah)

Latihan 2 ( c)

(i) Apakah maksud rangkap keempat gurindam ini? [3 markah ]

(ii) Huraikan tiga pengajaran dalam gurindam ini berserta buktinya (3 markah )

(iii) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri remaja yang berkualiti ? Berikan tiga ciri remaja tersebut tersebut.
(KBAT) [3 markah]

5
Latihan 2 (d)

(i) Apakah maksud rangkap ketujuh gurindam ini? [3 markah]

(ii) Huraikan tiga bentuk yang terdapat dalam gurindam ini berserta buktinya. [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab remaja pada zaman ini terlibat dalam gejala negatif ?
Berikan tiga sebab remaja terlibat dalam gejala tersebut (KBAT)
[3 markah]

Latihan 2 (e)

( i) Apakah maksud rangkap kelima gurindam ini ? [3 markah]

(ii) Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam gurindam ini berserta buktinya. [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk membina jati diri mulia dalam kalangan
remaja?

Benkan tiga langkah tersebut (KBAT) [3 markah]

Вам также может понравиться