Вы находитесь на странице: 1из 17

Kepentingan pelbagai bentuk

muka bumi di sekitar


DResidence

Choong Yun Ye | 26 Sep. 17 |1T4


Senarai Kandungan

Tajuk Halaman
Muka Depan 1
Senarai Kandungan 2
Penghargaan 3
Pendahuluan 4
Objektif Kajian 5
Kaedah Kajian 6
Peta Lakar Kawasan 7
Hasil Kerja 8-14
Rumusan 15-16
Rujukan 17
Penghargaan...

Saya merakamkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa


saya atas sokongan moral dan kewangan yang telah
diberikan sehingga saya dapat menjalankan dan
menyempurnakan kajian ini. Tidak ketinggalan kepada
guru geografi saya, Encik Mohammad Syakiv atas segala
bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang amat
berguna. Akhir sekali, kepada rakan-rakan sekelas dan
keluarga saya kerana sudi membantu saya mencari
gambar-gambar yang berkaitan dengan tajuk ini dan
bertukar-tukar maklumat dengan saya.
Pendahuluan...

Saya pelajar Tingkatan Satu, bernama Choong Yun Ye, di


sekolah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Ling,
Pulau Pinang. Saya menjalankan kajian tentang
Kepentingan pelbagai bentuk muka bumi di sekitar D
Residence.
Objektif Kajian...

Saya menjalankan Kajian Geografi Tempatan dengan


tujuan untuk memenuhi objektif berikut:

1. Mengenal pasti Kepentingan Pelbagai Bentuk Muka


Bumi di Sekitar D Residence.
Kaedah Kajian...

Semasa menjalani kajian ini, saya telah menggunakan


beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat.

1. Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian di seluruh kawasan


kajian dan membuat catatan.

2. Rujukan

Saya merujuk buku dan risalah-risalah di perpustakaan


sekolah dan perpustakaan awam untuk mendapatkan
maklumat tambahan.
Peta Lakar D Residence...
Hasil Kerja...

Konsep
Daripada pemerhatian saya, didapati
bahawa sebahagian besar daripada
keadaan bentuk muka bumi di Taman
D Residence terdiri daripada tanah pamah yang
rata membolehkan rumah, kilang, kedai dan
jalan raya dibina. Terdapat sesuatu selat, iaitu
Selat Melaka iaitu salah satu jalur pelayaran
terpenting di dunia, sama pentingnya
dengan Terusan Suez atau Terusan Panama.
Jenis perumahan yang terdapat di Taman
D Residence ialah rumah tiga tingkat. Terdapat
satu laluan yang boleh menghubung ke Berek
Polis Marin Pasukan Polis Marin Wilayah 1
membolehkan kita untuk bersukan di tepi
Taman D Residence. Kawasan rata dan luas
membolehkan beberapa kemudahan asas dibina
seperti taman permainan, padang bola sepak,
masjid, gelanggang bola keranjang, balai raya
dan sebagainya. Bentuk muka bumi yang rata
juga membolehkan beberapa kilang kecil satu
tingkat dibina.

Kepentingan Pelbagai Bentuk Muka Bumi

Terdapat pelbagai bentuk muka bumi di


sekitar Taman D Residence, iaitu tanah pamah,
pinggir laut dan saliran. Marilah kita
menganalisis kepentingan tanah pamah, pinggir
laut dan saliran.

Kepentingan Tanah Pamah:

Tapak Petempatan
Jaringan Pengangkutan dan Perhubungan
Kawasan Perindustrian
Kawasan Pertanian
Kawasan Perlombongan

Contoh untuk menyokong kepentingan di atas:

Tapak Petempatan:
* menjadi kawasan tumpuan penduduk seperti di Lembah
Klang
Jaringan Pengangkutan dan Perhunbungan:

* memudahkan pembinaan jaringan pengangkutan

Kawasan Perindustrian:
* Kebanyakan kilang-kilang dimajukan di kawasan tanah
pamah seperti di Lembah Klang

Kawasan Pertanian:
*Bersaliran baik, sesuai untuk penanaman getah dan
kelapa sawit

Kawasan Perlombongan:
* Timah alluvium banyak terdapat di lombong di
Lembah Kinta

Kepentingan Pinggir Laut:

Pantai Berpasir
Pantai Berlumpur
Pulau
Tanjung
Teluk
Tebing Tinggi

Contoh untuk menyokong kepentingan di atas:


Pantai Berpasir:
* Kawasan pelancongan dan perkelahan
* Kawasan penanaman kelapa

Pantai Berlumpur:
* Membekalkan sumber kayu bakau
* Tempat pembiakan hidupan laut seperti ketam, kerang
dan ikan

Pulau:
* Kawasan pelancongan, pelabuhan perikanan dan
pelabuhan antarabangsa
* Contoh: Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Pulau
Pinang dan Pulau Redang

Tanjung:
* Kawasan rekreasi dan pelancongan
* Contoh: Tanjung Bidara, Tanjung Dawai dan Tanjung
Datu

Teluk:
* Petempatan nelayan, tapak pelabuhan, kawasan
perikanan dan kawasan perkelahan
* Contoh: Teluk Kemang dan Teluk Kimanis

Tebing Tinggi:
* Kawasan rekreasi dan pelancongan
* Contoh: Tebing Tinggi Kudat dan Tanjung Bungah
Kepentingan Saliran:
Penjana Kuasa Hidroelektrik
Sumber Protein
Sumber Pengairan
Kegunaan Domestik
Sempadan Semula Jadi
Pengangkutan dan Perhubungan
Rekreasi dan Pelancongan

Contoh untuk menyokong kepentingan di atas:

Penjana Kuasa Hidroelektrik:


*Membekalkan sumber tenaga elektrik
*Contoh: Empangan Kenering

Sumber Protein:
*Membekalkan sumber ikan air tawar
*Contoh: Sungai Endau dan Sungai Beruas

Sumber Pengairan:
*Menjalankan kegiatan pertanian padi
*Contoh: Sungai Muda

Kegunaan Domestik:
*Contoh: Sungai Pahang
Sempadan Semula Jadi:
*Contoh: Sungai Endau dan Sungai Golok

Pengangkutan dan Perhubungan:


*Jalan perhubungan antara kawasan pedalaman dan
bandar
*Contoh: Sugai Rajang

Rekreasi dan Pelancongan:


*Contoh: Sungai Melaka dan Sungai Sedim

Kegiatan yang berpotensi dimajukan di Kawasan


Tanah Pamah:

Kawasan tanah pamah dan dataran dengan tanih


aluvium yang subur menggalakkkan penanaman padi.
Kawasan kaki bukit dan dataran yang beralun dan
bersaliran baik menggalakkan penanaman getah dan kelapa
sawit.
Kawasan tanah pamah menjadi tumpuan petempatan,
penduduk dan bandar utama.
Kawasan tanah pamah merupakan kawasan
perlombongan kerana kaya dengan mineral.
Kebanyakan kawasan perindustrian tertumpu di
kawasan tanah pamah.
Kemudahan pengangkutan seperti jalan raya dan jalan
kereta api tertumpu di kawasan tanah pamah.
Kepelbagaian kegiatan ekonomi di kawasan tanah
pamah membantu negara.

Kegiatan yang berpotensi dimajukan di Kawasan


Pinggir Laut:

Pusat perikanan
Pusat pelancongan
Tapak pelabuhan
Sumber kayu bakau

Kegiatan yang berpotensi dimajukan di Kawasan


Saliran:

Penjana Kuasa Hidroelektrik


Sumber Protein
Sumber Pengairan
Kegunaan Domestik
Sempadan Semula Jadi
Pengangkutan dan Perhubungan
Rekreasi dan Pelancongan
Rumusan...
Sesungguhnya, kajian ini telah memberikan
banyak kesan yang positif. Melalui kajian
tersebut, saya telah mengetahui dengan lebih
mendalam tentang kepentingan bentuk muka
bumi di kawasan kajian iaitu Taman
D Residence, Pulau Pinang, Malaysia.Kajian ini
juga memberi saya maklumat tentang potensi
bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan
Taman D Residence, Pulau Pinang, Malaysia
kepada kegiatan manusia. Akhirnya, saya
dapat mengetahui halangan bentuk muka bumi
yang terdapat di kawasan Taman D Residence,
Pulau Pinang,Malaysia terhadap kegiatan
manusia .

Hasil daripada kajian ini, menjadikan saya


bangga kerana dibesarkan dan tinggal di
kawasan yang serba lengkap dan maju
dengan kemudahan kemudahan asas dan
infrastruktur yang lengkap. Jika dibandingkan
dengan kawasan-kawasan yang kurang bernasib
baik akan menjadi terlalu padat penduduknya
dan mengalami risiko bencana alam seperti
letusan gunung berapi. Kawasan tempat tinggal
saya serta negara kita adalah jauh lebih
bertuah kerana mempunyai kegiatan ekonomi
yang amat baik serta kemudahan yang
sempurna dan juga penduduk yang harmoni.
Oleh yang demikian, kita seharusnya
menghargai apa yang ada dan menyayangi
negara kita dengan sepenuh hati.
Rujukan

1. Geography Tingkatan 1 (KSSM) Era Visi Sdn Bhd (2017)


Hisham Azman bin Ibrahim dan Mohamad Khairun Fitri bin
Ahmad.
2. Amazing Geography Tingkatan 1 (KSSM & DSKP) Oxford
Fajar Sdn Bhd (2017) Dr. Thanapackiam a/p Periasamy,
Rosnah Samlee, Wan Khairoslina Wan Mohd Khairi dan
Norsaleha Abdul Ghani.
3. http://10zzggip.blogspot.my/p/potensi-kawasan-tanah-
tinggi.html
4. https://www.google.com/maps/@5.3470312,100.311425,16.0
8z
5. https://www.google.com

Вам также может понравиться