Вы находитесь на странице: 1из 2

Paprik ayam

ekor ayam - dipotong kecil2


4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa
Cara-cara

1. Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
2. Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan
pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau
kasturi.

AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan ( 4 orang )

1/2 ekor ayam


sedikit garam kunyit
## Bahan-bahan kisar ##
4-5 biji cili kering
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji tomato-potong dadu
1/2 cawan sos tomato
## Bahan Hias ##
1/2 biji bawang besar- potong bulat
kacang hijau secukupnya
Cara-cara

1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah
dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

AYAM MASAK HALIA

Bahan-bahan ( 4 )

halia (sebesar ibu jari-dihiris)


beberapa ketul Isi ayam
3 ulas bwg putih (di tumbuk)
5 sudu sos tiram
garam
minyak

Cara-cara

1. tumis bawang & halia sampai wangi


2. masukkan isi ayam, masak sampai separuh masak.
3. masukkan sos tiram (tak perlu banyak)
4. masukkan air kalau nak berkuah.
5. akhir sekali, masukkan garam secukup rasa.
6. sedia untuk dihidang.

AYAM MASAK LEMAK CILI API

Bahan-bahan ( 2 org mkn )

santan kelapa dari kotak kecik(ambik setengah sahaja


bawang merah 2 ulas (ditumbuk)
bawang putih 3 ulas (ditumbuk)
cili padi 12 biji (ditumbuk)
sekeping asam keping
sebatang serai (dititik)
setengah sudu kecik serbuk kunyit
ayam 6 ketul

Cara-cara

1. campurkan santan bersama air di dalam periuk dan dikacau (jgn letak atas api lagi)
2. masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi, asam keping, serai, kunyit dan ayam. kacau
sehingga serbuk kunyit tidak berketul.
3. kemudian letak periuk di atas api yg paling kecil dan kacau.
4. kacau sehingga mendidih dan siap utk dihidangkan.

Вам также может понравиться