You are on page 1of 27

Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

Kemahiran Asas Kaunseling


(Untuk ParaKaunselor)

Oleh.
Mansor Abu Talib
Jabatan Pembangunan Manusia & Pengajian Keluarga
Fakulti Ekologi Manusia

Setelah memahami prinsip, falsafah, etika dan proses kaunseling para


pembimbing perlu memberi peringatan kepada perkara berikut bagi
menjamin hubungan kaunseling dengan klien dapat diwujudkan dengan
berkesan.

a. Hormat - pembimbing perlu menghormati diri klien, situasi dan


kedudukannya sekarang dan sebarang kemajuan walau pun kecil yang
ditunjukkan oleh klien. Kejayaan pembimbing bukan diukur dengan
berapa cepat klien berubah. Perubahan mengambil masa.
b. Menerima tanpa syarat - pembimbing menerima diri klien dan siapa
dirinya yang sebenar dengan sebaik mungkin. Pembimbing juga tidak
menilai atau menghakimi klien walau bagaiman sukar sekali pun
(kerana pembimbing juga manusia biasa).
c. Dengar dan dengar - dengar sepenuh perhatian dan dengan fikiran
yang terbuka. Dengar kata kunci utama klien untuk penerokaan
selanjutnya. Dengar apa yang dikatakan dan juga apa yang tidak
disebutkan.
d. Sokongan - sokong diri klien dalam setiap langkah yang diambil
walau pun ianya hanya satu usaha yang kecil. Berikan dorongan!
e. Tahu had keupayaan anda - jika timbul sebarang keraguan dalam
kerja kaunseling anda, pembimbing disaran mencari jalan keluar
dengan berbincang secara terbuka, mendapatkan rujukan lain atau
sistem sokongan yang sedia ada dalam komuniti. Pembimbing tidak
berkerja berseorangan, gunakan sumber profesional yang ada dengan
sentiasa menjunjung kepentingan kesejahteraan klien dan usaha
menjauhkan dirinya dari sebarang kemudaratan.

Kemahiran Pra Sesi

Beberapa perkara penting yang melibatkan persediaan sebelum sesi


kaunseling hendaklah diberikan perhatian oleh pembimbing. Ia melibatkan
dimana kaunseling diadakan? Kaunseling boleh dilakukan dimana-mana
namun biarlah tempat yang tertutup, selesa dan tanpa gangguan yang dapat
mewujudkan suasana teraputik bagi aktiviti kaunseling

Pembimbing disarankan mendapatkan serba sedikit maklumat


mengenai kliennya agar dapat memberikan gambaran ringkas tentang diri
klien. Kad rekod latarbelakang klien serta laporan sesi kaunseling atau rekod
kes klien perlu disediakan. Penggunaan soal selidik atau semak masalah
Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

dapat membantu klien mengenalpasti isunya sebelum bersemuka dengan


pembimbing atau pengamal kaunseling. Sebelum sesi, pembimbing boleh
menyediakan borang laporan dan sebagainya serta merujuk keperluan
organisasi tempat kerja jika sebarang prosedur perlu dipatuhi

Walaubagaimanapun, dua klien dengan isu yang sama tidak


semestinya membolehkan pembimbing menggunakan stail dan pendekatan
yang sama. Pembimbing sedar dan faham akan keunikan diri klien dan
menjunjung tinggi harga diri mereka.

Kemahiran Mendengar

Kemahiran yang memerlukan peranan aktif pembimbing kerana


mengandungi kemahiran mewujudkan hubungan mesra (rapport).
Kemahiran yang melibatkan proses 'pendengaran dengan telinga ketiga'
kerana pembimbing mendengar apa yang dikatakan , yang tidak dikatakan
dan 'mendengar' bahasa badan (non verbal) klien. Kemahiran yang
melibatkan hanya 'mendengar' dan meminimakan penggunaan soalan agar
klien tidak merasai dirinya 'ditemuduga' di peringkat awal sesi kaunseling
lagi.

a) Kemahiran Melayan

Kemahiran melayan bermakna pembimbing 'sentiasa


bersama klien' dengan mengorientasikan diri secara fizikal dan
psikologi kepada diri klien. Pembimbing memberikan sepenuh
perhatian tanpa berbelah bahagi.

Melayan merupakan satu kemahiran yang penting dalam


usaha mewujudkan hubungan yang baik atau rapport dengan
klien. Rapport ini wujud sejak pandangan dan layanan awal
lagi. Oleh itu layanan awal kepada klien akan membantu dan
memberikan nada kepada hubungan yang selanjutnya. Nada
yang formal akan mewujudkan hubungan yang formal juga
kerana klien akan membalas hubungan yang sama seperti yang
ditunjukkan oleh pembimbing atau pengamal kaunseling. Oleh
yang demikian layanan pertama haruslah dapat mewujudkan
rasa diterima dan selamat serta membawa mesej bahawa
pembimbing atau pengamal kaunseling berkeupayaan dan
boleh dipercayai. Gilliland & James (1997) menyatakan
kemahiran melayan adalah kombinasi kemahiran dan sikap dan
latihan yang sistematik akan dapat memperingatkannya.

Kemahiran melayan melibatkan proses memberi perhatian


kepada tingkah laku lisan dan bukan lisan yang dikemukakan
oleh klien untuk memberi mesej kepada klien tentang minat
pembimbing untuk mendengar isu yang diutarakan oleh klien.
Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

Brammer, Abrego & Shostrum (1993) mencadangkan agar


tingkah laku non verbal pembimbing atau pengamal kaunseling
hendaklah sepadan dengan tingkah laku non verbal kliennya.
Antara tingkah laku berkenaan ialah;

Ekspresi Wajah (Muka)


Ekspresi wajah adalah penglahiran rasa hati, emosi,
fikiran,penilaian dan keadaam individu. Dalam sesi kaunseling
ekspresi wajah dapat membantu menerangkan erti mesej yang
disampaikan. Oleh itu adalah penting bagi pembimbing atau
pengamal kaunseling mempamerkan ekspresi muka atau wajah
yang dapat menyakinkan klien.Wajah yang senyum dan ceria
menunjukkan tanda persahabatan dan kesediaan pembimbing
atau pengamal kaunseling.

Pembimbing atau pengamal kaunseling harus peka


kepada;
mesej yang dilahirkan melalui wajah klien
mesej yang dikahirkan melalui wajahnya sendiri.

Wajah atau memek muka adalah hasil kombinasi


daripada sinaran atau pandangan mata, kedutan dahi, muka
dan hidung dan warna yang lahir daripda muka semasa
berinteraksi. Misalnya muka jadi merah ketika marah atau malu.

Ekspresi wajah yang tidak sama dengan kata-kata


menimbulkan rasa kurang senang kepada klien. Misalnya mulut
tersenyum tetapi nada suara mengejek. Senyuman begini tidak
akan ditafsirkan sebagai petanda persahabatan yang baik.

Pandangan mata juga memberikan makna sama ada


pembimbing atau pengamal kaunseling jujur menerima dan
bersedia untuk membantu. Kontak mata , senyuman dan mimik
muka memberikan satu ekspressi penting dalam usaha
mewujudkan hubungan sama ada untuk memulakan hubungan
dam sesi kaunseling. Kontak mata bukan beerti pembimbing
atau pengamal kaunseling mesti memandang tepat pada biji
mata klien, tetapi menumpukan pandangan ke arah muka klien.
Ini juga tidak bermakna pembimbing atau pengamal kaunseling
memandang tidak berhenti-henti atau tidak bergerak-gerak
terhadap klien.

Disamping itu ada beberapa perkara yang pembimbing


atau pengamal kaunseling tidak boleh lakukan semasa sesi
sedang berjalan diantaranya ialah:
o Elakkan dari kerap mejamkan mata semasa berunding
o Elakkan melihat terlalu tajam ke mata klien
Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

o Elakkan melarikan pandangan mata ke arah lain ketika


sesi kaunseling dijalankan atau ketika perundingan
dibuat.
o Elakkan memandang kosong
o Elakkan selalu sangat melihat jam, atau menarik hujung
tudung.

o Tahap Tenaga

Tahap tenaga pembimbing atau pengamal kaunseling


juga turut memberikan 'mood' kepada sesi kaunseling.
Pembimbing atau pengamal kaunseling yang menunjukkan
tahap tenaga yang rendah akan membina mood yang rendah
juga dalam sesi kaunseling. Klien akan membuat penilaian
pertamanya sejak mulai dia berhadapan dengan anda.

Tahap tenaga dapat diukur dengan memerhatikan tingkah


laku pembimbing atau pengamal kaunseling semasa menerima
klien. Maksudnya tahap tenaga ini ditunjukkan melalui gaya
duduk atau berjalan, nada suara dan juga memek muka.
Malahan sekiranya anda berjabat tangan dengan klien, dia
dapat merasakan sama ada anda mempunyai tenaga positif
atau sebaliknya.

Gaya berjalan atau duduk yang kelihatan letih, dengan


nada suara yang lemah serta air muka yang lesu akan
menimbulkan curiga klien kepada pembimbing atau pengamal
kaunseling. Keyakinan klien akan menurun dan kepercayaan
kepada kebolehan pembimbing atau pengamal kaunseling akan
berjaya membantunya juga akan berkurangan. Tahap tenaga
merupakan pancaran rasa kesediaan pembimbing atau
pengamal kaunseling dalam melayan atau menerima klien.

Egan (1994) telah mempopularkan akronim SOLER


sebagai panduan tingkah laku nonverbal pembimbing semasa
melayan klien. Ini sangat penting terutama pada awal sesi bagi
memberikan rasa selamat dan selesa kepada klien. Walau
bagaimana pun panduan ini boleh disesuaikan mengikut budaya
dan latar belakang klien.

S - (squarely) mengadap klien secara tepat Pembimbing boleh


memandang klien secara tepat atau dengan sudut kecil dari
kedudukannya. Tingkahlaku ini mencerminkan penglibatan aktif
pembimbing dengan mesej "Saya bersama dengan anda
sekarang ini".
Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

O - (open posture) postur tubuh yang terbuka dengan tidak


menyilang kaki atau memeluk tubuh. Ianya mencerminkan
bahasa badan yang tidak mengancam atau defensif atay
menyampah.

L - (lean forward) badan yang condong ke hadapan atau ke


arah klien mencerminkan minat pembimbing terhadap apa yang
sedang dan bakal diperkatakan oleh klien.

E - (eye contact) kekalkan kontak mata. Ianya bukannya


menjeling atau memandang dua biji mata klien tanpa henti atau
mengubah posisi. Seandainya letih dengan pergerakan dua biji
mata klien, pembimbing boleh melihat tepat di antara dua
kening klien.

R - (relax) sentiasa relaks tanpa rasa kekuk. Klien yang masih


tidak selesa di awal sesi akan rasa terganggu jika pembimbing
sendiri kelihatan gelisah dan tidak tentu arah.

Panduan

1. Layan klien dengan penuh mesra dan hormat seolah-olah


melayan tetamu dengan menunjukkan kerelaan dan rasa besar
hati. Persepsi klien pada tiga minit pertama adalah penting dan
pembimbing ingin mewujudkan suasana terapeutik yang bakal
menjamin keberkesanan kaunseling
2. Pandang klien secara tepat dengan kedudukan postur badan
yang terbuka tanpa memeluk tubuh atau menyilang kaki.
Wujudkan kontak mata dengan memandang ke arah klien ketika
bercakap.
3. Duduk dengan jarak yang selesa sambil condong ke arah klien
bagi menggambarkan kesediaan dan minat pembimbing untuk
'menerima' apa yang bakal dikongsi klien
4. Duduk dengan relax tanpa melakukan pergerakkan yang tidak
perlu seperti asyik memegang jam tangan, mengulung hujung
tudung, mengurut misai atau menggoncang kaki.
5. Apabila menyatakan mesej atau bertanyakkan soalan, gunakan
gerak geri semulajadi tanpa merasa kekok atau keterlaluan.

b) Kemahiran Parafrasa

Kemahiran parafrasa adalah unik dalam kaunseling. Ia


bermakna pembimbing bertindakbalas dengan mahir terhadap
maklumat asas yang dikongsi oleh klien untuk menyemak kefahaman
pembimbing tentang isu utama yang dinyatakan.
Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

Parafrasa juga penting kerana ianya digunakan bagi


menyatakan kembali kefahaman pembimbing kepada klien. Parafrasa
membantu mempertingkatkan lagi hubungan bermakna antara anda
dan klien.

Kemahiran mendengar memerlukan pembimbing 'mendengar' :-

a) Isi atau fakta


b) Perasaan
c) Non verbal - ekspresi muka dan alunan suara.

Pembimbing kemudiannya membentuk kefahaman sendiri


tentang apa yang sedang dinyatakan klien. Melalui parafrasa
kefahaman ini dikongsi bagi tujuan semakan. Bagi klien pula ia
memberi gambaran bahawa pembimbing 'mendengar dan
memahami dirinya'. Parasfrasa yang tepat akan menyebabkan klien
mengangguk kepalanya atau lebih berminat untuk bercerita lagi walau
pun tanpa dijemput oleh pembimbing atau pengamal kaunseling.

Panduan

1. Dengar dengan teliti maklumat yang dinyatakan oleh klien


2. Nyatakan semula (restate) isi utama sebagai rumusan tepat dan
padat mengenai maklaumat yang baru dikongsi tadi. Parafrasa
lebih ringkas dari apa yang klien sendiri nyatakan.
3. Pembimbing tidak menambah atau menukar makna mesej
klien
Perhatikan tanda penerimaan atau persetujuan terhadap
parafrasa yang telah dibuat. Klien selalunya akan mengangguk
atau meneruskan kenyataannya. Pembimbing juga boleh
meminta maklum balas dari klien bagi mengesahkan atau
menidakkan ketepatan parafrasa yang boleh membantu
kefahaman klien seterusnya dan membolehkan klien meneroka
isunya lebih mendalam lagi.

Contoh :

Klien : "Saya rasa pada semester ini saya akan dapat


memperbaiki CGPA saya. Rakan-rakan saya amat
membantu saya dengan tugasan yang bertimbun.
Pensyarah juga telah memberi masa yang mencukupi
untuk saya menyiapkan kerja. Saya sungguh gembira
dengan pencapaian semua ujian pertama saya"

Pembimbing: "Nampaknya, anda amat berpuashati dengan


tugasan dan ujian pertama anda"

Klien: "Memang, saya pasti dapat Dean List semester ini."


Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

Memberi galakan

Kaunseling masih asing bagi kebanyakan klien dan kerap kali


telah disalah tafsirkan samada melalui pengalaman lepas atau
interaksi kehidupan seharian. Pembimbing atau pengamal kaunseling
perlu peka dan memberi sokongan serta penghargaan kepada klien
yang mulai berkongsi permasalahannya. Ini dilakukan dengan
memberikan galakan. Kemahiran memberi galakan boleh diberikan
samada secara verbal atau non verbal. Penggalakkan bermaksud
mendorong klien untuk terus bercakap dan berkongsi. Ini meliputi
penggunaan bahasa badan seperti mengganggukkan kepala,
menggunakan tangan seolah-olah menyuruh klien meneruskan
bualannya, menggunakan perkataan seperti uh-hum atau Ya..ya
atau mengulang satu dua perkataan klien.

Meminta Penjelasan

Meminta penjelasan adalah kemahiran bagi memberi peluang


yang lebih untuk klien membincangkan topik yang releven dengan
sesi. Ia membolehkan pembimbing mengumpul lebih banyak
maklumat dan membantu klien meneroka dan menjelaskan lagi isu
yang sedang dihadapinya. Ia membantu klien merasa lebih selesa dan
selamat.

Pembimbing juga boleh meminta penjelasan bagi klien


menjelaskan perkara atau idea yang dirasainya kabur. Pembimbing
boleh berterus terang dengan menyatakan kekaburannya dan
seterusnya meminta penjelasan lanjut dari klien agar dapat memberi
fokus kepada perbincangan.

Panduan

1. Minta penjelasan hanya yang relevan dengan topik yang sedang


dibincangkan. Gunakan soalan terbuka agar klien tidak
menjawab dengan 'ya' atau 'tidak' sahaja.
2. Elakkan meminta terlalu banyak penjelasan pada satu masa
yang sama. Elakkan soalan yang terlalu mengarah (leading).
Elakkan menyoal atau meminta penjelasan seolah-olah klien
sedang dibicarakan di mahkamah (Cross examination)
3. Seandainya anda kabur atau keliru, akui kekaburan tersebut.
Cuba nyatakan semula apa yang anda rasa anda telah dengar
melalui parafrasa ataupun minta penjelasan lanjut.

Contoh :

Pembimbing: "Apa yang menyebabkan anda rasa dia tidak


memaafkan kesalahan anda itu?"
Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

Pembimbing: "Bagaimana anda rasa apabila girlfriend anda tidak


telefon selama seminggu?"

Pembimbing: "Saya kehilangan sejenak, saya tidak jelas


bagaimana perasaan saudara mengenai
perletakkan jawatan boss saudara itu, boleh
saudara mengulangi dengan ringkas?"

Menyemak Persepsi

Ia dipraktikan untuk menyemak tepatan pengamatan


pembimbing mengenai apa yang disampaikan oleh klien atau apa yang
ditunjukkan melalui non verbal klien semasa sesi. Pembimbing hanya
membuat semakan persepsi jika pembimbing terasa wujud tanggapan
atau persepsi yang boleh membantutkan kefahaman terhadap klien.
Persepsi hanya benar kepada pembimbing lantas ianya perlu disemak
dengan klien agar ianya dapat menjadi sama atau serupa.

Panduan

1. Parafrasa apa yang anda rasa telah dengar


2. Nyatakan apa persepsi anda dan minta pengesahan klien
mengenai ketepatannya
3. Benarkan klien membetulkan persepsi anda itu jika ianya tepat.
Jika tepat berikan penghargaan kepada klien atas semakan
tersebut.
4. Elakkan menyatakan persepsi anda berbentuk penilaian atau
penghakiman terhadap diri klien. Klien tidak mahu dirinya
dinilai.

Contoh

Pembimbing : (Klien asyik mengubah cara duduk dan


melihat jam)
"Nampaknya anda tidak selesa dengan saya,
apakah ini betul?"

Pembimbing: "Saya merasa keliru sedikit. Anda menyatakan


anda amat merindui kampung, sedangkan
beberapa minit tadi anda menyatakan anda tidak
sanggup bertentang mata jika bertemu dengan ibu
masa cuti semester ini. Saya dapat merasakan satu
perasaan yang bertentangan terhadapnya. Adakah
ini seperti yang saudari rasakan?"
Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

Kemahiran Memimpin

Kemahiran memimpin bertujuan menggalakkan klien bertindak


balas kepada komunikasi terbuka. Dengan kemahiran ini, klien diajak
untuk meneroka soalan yang dikemukakan oleh pembimbing dan
mencari penentuan diri mereka.

Memimpin penting bagi memulakan sesuatu sesi, menggalakkan


klien untuk meneroka dan menerangkan perasaan tertentu, memberi
peluang bagi klien mencari kebebasan untuk meneroka perasaan
danhala tuju yang hendak dicapai, berpeluang berinteraksi dan
bertindakbalas secara bebas terhadap apa yang sedang berlaku dan
menggalakkan klien bertanggungjawab menentukkan arah sesi.

Kemahiran memimpin adalah tidak sama dengan kemahiran


menyoal kerana ianya tidak mengandungi perkataan atau diakhiri
dengan tanda soalan. Memimpin saolah-olah memberitahu klien
bukannya menyoal.

Kemahiran memimpin boleh dilakukan dengan dua cara;

(i) Memimpin Secara Langsung

Kemahiran ini bertujuan memberi fokus kepada sesuatu


topik relevan yang sedang diperbincangkan dan menggalakkan
klien bercerita atau menjelaskan sesuatu lebih terperinci dan
jelas.

Panduan

1. Pembimbing menentukkan matlamat memimpin. Apa


maklumat yang diinginan dan apa yang relevannya.
2. Berikan kebebasan klien merespon terhadap pimpinan
pembimbing.
3. Gunakan soalan terbuka

Contoh

Pembimbing :"Sila ceritakan lagi mengenai peristiwa anda


dipukul semalam"

Pembimbing :"Apa yang puan maksudkan dengan batin yang


terseksa? Sudah dua kali saya dengar puan
menyatakannya. Jelaskan apa maksud puan."
Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

(ii) Memimpin Secara Tidak Langsung

Kemahiran ini sering digunakan di awal sesi setelah


pembimbing membuat pengstrukturan dan 'break the ice'. Ia
menunjukkan pembimbing telah memberi tanggungjawab
kepada klien untuk memulakan sesi dan menentukkan arah tuju
sesi selanjutnya.

Kesenyapan juga dikategorikan dalam kemahiran ini


secara tidak langsung membolehkan klien berfikir dan meneroka
secara mendalam atau kemungkinan membiarkan klien mencari
akalnya sendiri.

Panduan

1. Tentukan matlamat kemana sesi ingin dibawa


2. Pastikan pimpinan yang dilakukan berbentuk umum
dan tidak mengkhusus
3. Berikan masa untuk klien berfikir sejenak dan
mencari arah atau jawapannya.

Contoh

Pembimbing : "Mari kita mulakan sesi dengan saudara


menyatakan apa yang membawa saudara ke
sini hari ini ?"

Kemahiran Memfokus

Memfokus bermakna memberi perspektif terhadap sesuatu yang


baru sahaja dinyatakan oleh klien. Ia membantu klien untuk
menumpukan perhatian kepada suatu isu denagn lebih tepat dan jelas
justeru dapat mengelak dari sesuatu kekeliruan serta ketidakpastian.
kemahiran ini membantu pembimbing atau pengamal kaunseling
mengarah trafik perbincangan mengikut apa yang diinginkan (bagi
mencapai matlamat oleh klien).

Memfokus juga menunjukkan pembimbing menyatakan


minatnya terhadap isu sedang diperbincangkan. Kemahiran memfokus
membolehkan pembimbing menggalakkan melihat kepada 'pokok' dan
bukannya 'ranting' yang melengkapkan pokok berkenaan.

Ia juga sering digunakan apabila klien kerap kali berpindah atau


bertukar tajuk yang kemudiannya agak menganggu pencapaian
matlamat sesi. Kebanyakan klien melihat keluar dari dirinya seperti
berbincang tentang orang lain atau situasi yang diluar kawalannya.
Dengan menggunakan kemahiran memfokus, pembimbing atau
Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

pengamal kaunseling boleh menarik balik perhatain dan fokus klien


kepada dirinya serta isu yang sedang diperbincangkan.

Kemahiran memfokus boleh dilakukan samada memfokus


kepada klien atau memfokus kepada tema utama isunya.

Contoh

Pembimbing: "Saudari telah menceritakan tentang keluarga,


rakan dan kerjaya. Boleh saudari beri tumpuan
kepada perkara yang benar-benar menekan jiwa
saudari sekarang ini." (Fokus kepada klien)

Pembimbing: "Boleh kita berhenti sebentar. Tadi saudara


menyatakan bahawa ibu bapa selalu memihak
kepada abang long saudara dan sentiasa mencari
salah saudara. Saya ingin saudara mendalami
perasaan saudara mengenai apa yang baru sekejap
saudara perkatakan . (Fokus kepada klien)

Pembimbing : Banyak perkara sedih telah anda kongsi bersama


saya, bagaimana semua perkara ini mematangkan
diri anda...jelaskan kepada saya. (Fokus isu
klien).

Kemahiran Menyoal

Klien berminat memulakan sesi kaunseling kerana inginkan


bantuan atau bimbingan terhadap isu yang mungkin mereka telah
tidak berjaya hadapi secara bersendirian. Mereka mahu meluahkan isi
hati atau pun pandangan tetapi merasakan sukar untuk
memulakannya. Dalam hal ini, pembimbing atau pengamal kaunseling
perlu sedar bahawa klien boleh dirangsang untuk terus berkongsi
dengan cara menyoal. Walau bagaimana pun, menyoal perlu
dilakukan secara teratur.

Kemahiran menyoal sangat semulajadi di kalangan


pembimbing atau pengamal kaunseling terutama pembimbing atau
pengamal kaunseling baru yang masih belum banyak pengalaman.
Menyoal dalam kaunseling jika tidak digunakan dengan betul dan
tepat pada masanya akan menyebabkan sesi kaunseling seperti
perbualan biasa. Menyoal tidak dapat dielakkan dalam kaunseling
dan ia perlu dilakukan dengan waspada agar klien tidak merasai
dirinya 'dibedah siasat' atau 'interogate' oleh polis. Ia kerap
digunakan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan juga apabila
menyemak persepsi pembimbing.
Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

Terdapat dua jenis soalan yang digunakan dalam kaunseling


iaitu soalan terbuka dan tertutup. Penggunaan soalan terbuka adalah
digalakkan daripada soalan tertutup.

a. Soalan Tertutup

Soalan tertutup menghadkan jawapan kepada satu atau


dua jawapan sahaja dan jawapan ini memberikan maklumat
khusus. Klien akan terdorong menjawab dengan ringkas,
pendek atau spesifik kepada soalan yang diajukan. Soalan
tertutup tidak memberi kebebasan untuk klien menjawab
kerana strukturnya telah ditentukan oleh pembimbing atau
pengamal kaunseling. Malahan, soalan tertutup juga boleh
dijawab hanya menggunakan tingkahlaku non verbal seperti
mengangguk kepala atau tersenyum

Soalan tertutup yang bertubi-tubi membawa rasa


terancam kepada klien kerana ia akan menimbulkan rasa
ketegangan adlam diri untuk menjawab soalan demi soalan.
Soalan tertutup yang terlalu kerap akan membuatkan klien
mengambil sikap menunggu soalan sahaja dan sesi ini juga
akan menjadi direktif (pergantungan klien terhadap pembimbing
atau pengamal kaunseling).

Pembimbing atau pengamal kaunseling digalakkan


menggunakan soalan tertutup apabila pengesahan terhadap
sesuatu fakta diperlukan. Antara contoh soalan tertutup ialah ;

Adakah....
Bulan berapa ?
Di mana ?
Panduan

1. Pastikan anda benar-benar inginkan maklumat yang lebih


lanjut daripada klien.
2. Soal bila perlu dan perkara yang relevan sahaja.
3. Jangan terlalu kerap menggunakan soalan tertutup
kerana klien akan berasa terancam kerana seperti disoal
siasat.

Contoh

Pembimbing: "Sudah berapa alama anda kehilangan


pekerjaan?"

Klien : "Lebih kurang 2 tahun"


Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

Pembimbing: "Apa yang anda lakukan selama 2 tahun


itu?"

Klien : "Tiada apacuma duduk di rumah dan


buat apa yang patut."

b. Soalan Terbuka

Soalan terbuka sangat digalakkan dalam kaunseling


kerana ia dapat memberikan peluang kepada klien
menceritakan pengalamannya mengikut perspektif dirinya
sendiri tanpa panduan dari pembimbing atau pengamal
kaunseling. Soalan jenis ini menjemput perbincangan,
penjelasan dan huraian yang panjang lebar dan ia tidak
memerlukan jawapan yang khusus.

Lazimnya soalan terbuka menggalakkan penerokaan dan


pengembangan kepada perkara yang sedang dirundingkan.
Diantara perkataan yang boleh digunakan untuk membezakan
soalan jenis terbuka ataupun tertutup adalah seperti berikut :

Boleh terangkan.
Bagaimanakah perkara itu berlaku.
Sejauhmanakah kejadian tersebut telah
menggangu hidup anda?
Pada pandangan anda.

Menurut Ivey (1994), menyoal dilakukan untuk :

1. Memulakan sesi kaunseling

Setelah klien kelihatan bersedia untuk memulakan


sesi, pembimbing atau pengamal kaunseling boleh
menggunakan mehiarn meyoal untuk mendapatkan
maklumat mengenai apa yang ingin dibincangkan atau
tujuannya datang berjumpa anda.

Contoh

Pembimbing : Apa yang ingin anda kongsikan pada


hari ini?

Pembimbing : Bagaimana keadaan rakan sebilik


anda sejak sesi kita minggu lepas ?
Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

2. Soalan terbuka mengkayakan perkongsian


maklumat

Pembimbing atau pengamal kaunseling yang mahir


akan mengolah soalan agar jadi lebih terbuka dengan
bertanyakan soalan lebih mendalam untuk mendapatkan
lebih banyak maklumat. Soalan yang ditanyakan adalah
berkisar kepada pernyataan yang baru sekejap dokongsi
oleh klien.

Contoh

Pembimbing : "Ceritakan kepada saya bagaimana


hubungan anda dengan isteri anda
sejak kebelakangan ini?"

Pembimbing : "Perubahan yang bagaimana saudara


maksudkan?"

Pembimbing : Dari apa yang telah anda beritahu


mengenai pensyarah anda, keadaan
bagaimana yang ingin anda harapkan
darinya ?

3. Soalan bagi maklumat spesifik dan konkrit

Ramai klien berkongsi sesuatu yang agak samar


atau terlalu umum dan kadangkala tidak menjurus
kepada maklumat yang spesifik tanpa mengetahui
kepentingannya berbuat demikian. Pembimbing atau
pengamal kaunseling boleh membantu klien
mengemukakan arah dengan soalan terbukanya.

Contoh :

Pembimbing : Berikan saya satu contoh tentang


kenyataan bahawa rakan yang tidak
hiraukan anda

Pembimbing : Kakak anda sering buat anda marah,


berikan saya contoh peristiwa terakhir
dia berbuat demikian.
Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

4. Soalan bagi tujuan penilaian masalah klien

Bagi memahami diri dan dunia klien, pembimbing


atau pengamal kaunseling adalah ibarat seorang
pemberita yang membuat sesuatu laporan terperinci.
Untuk itu penggunaan apa, Siapa, Bila,
Bagaimana dan kenapa (paling tidak digalakkan)
digunakan dalam menyoal.

Siapakah klien ini ? Latarbelakangnya ?


Apa isunya ? Apa berlaku dalam
hidupnya ?
Bila isu ini mulai menghantuinya ?
Bila dia mulai ingin perubahan?
Di mana masalah ini terjadi ?
Persekitaran macamana ?
Bagaimana klien bertindak balas
terhadap masalahnya ?
Apa yang menyebabkan masalah ini
timbul ?

5. Soalan menentukan respon klien

Oleh kerana menyoal bertujuan mendapatkan lebih


banyak maklumat serta mengkhusus, penggunaan soalan
yang sesuai akan menghasilkan respon yang selaras
dengan soalannya.

Apa - bertujuan mendapatkan fakta atau


maklumat
Bagaimana - mendapatkan proses atau
sekuen sesuatu peristiwa atau
respon perasaan klien
Kenapa - membawa kepada
perbincangan mengenai sebab

Pengstrukturan

Pengstrukturan adalah kontrak yang dilakukan secara verbal


dengan klien mengenai perjalanan dan proses sesi yang dijalankan. Ia
bermatlamat menyediakan nada dan struktur sesi perundingan yang
bakal dilaksanakan agar jelas terutamanya kepada klien. Menurut
Patterson & Welfel (2000), pensgstrukturan menjealskan semua
pernyataan pembimbing atau pengamal kaunseling yang
membolehkan klien mengetahui apa yang boleh dijangkakan tentang
proses dan hasil aktiviti kaunseling. Jelasnya, pengstrukturan
membantu menjadikan sesi lebih bermakna dan mempunyai arah.
Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

Diantara perkara yang perlu disentuh semasa melakukan


pengstrukturan ialah;

Jangkamasa - Jangkamasa yang diperuntukkan lazimnya ialah


diantara 30- 45 minit. Klien perlu tahu berapa lama masa yang
diperuntukkan untuk membincangkan perkara yang
dibincangkan.
Peranan Pembimbing atau pengamal kaunseling -
Mendengar, memahami dan membantu perkara/isu yang dibawa
oleh klien untuk dirundingkan.

Peranan Klien - Menceritakan dengan bebas dan memilih tajuk


perundingan (tajuk adalah pilihan klien kecuali klien yang
dirujuk enggan memilih tajuk perundingan).

Kerahsiaan - Peraturan dan perkara rahsia akan tetap


dirahsiakan oleh pembimbing atau pengamal kaunseling.

Merujuk Pakar - Jika perkara yang diceritakan membahayakan


diri klien dan diluar bidang kuasa pembimbing atau pengamal
kaunseling maka kes itu perlu dirujuk.

Ringkas - Pengstrukturan yang dibuat haruslah ringkas dan


mudah agar ia tidak menjadi isu pula kepada klien apabila
mereka mendengarnya. Ia memberikan peraturan yang jelas
dan mudah kepada klien dan pembimbing atau pengamal
kaunseling.

Panduan

1. Wujudkan hubungan yang baik dengan klien terlebih


dahulu dan wujudkan kepercayaan di antara klien dan
pembimbing atau pengamal kaunseling.
2. Pastikan klien sudah bersedia untuk berkongsi dan memulakan
sesi.

Contoh

Pembimbing : "Nampaknya kalau saudara dah sedia bolehlah


kita mulakan sekarang. Jadi kedatangan
saudara ke sini hari ini tentu ada perkara
atau sesuatu yang ingin diceritakan atau
di kongsi bersama saya. Jadi saudara ada
lebih kurang 45 minit untuk menceritakan
segala apa yang ingin diceritakan atau
dikongsi kan bersama saya. Saya sedia
Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

mendengar dan memahami serta cuba


membantu dan segala apa yang diceritakan
akan dirahsiakan kecuali jika perkara tersebut
akan membahayakan sesuatu pihak atau diri
saudara maka saya terpaksa memberitahu
kepada pihak yang bertanggungjawab. Jadi ,
jika saudara sudah bersedia saudara bolehlah
mulakan"

Refleksi

Refleksi adalah salah satu kemahiran unik dalam kaunseling. Ia


seakan parafrasa tetapi mempunyai kesan yang lebih mendalam
kepada klien. Refleksi merupakan pengulangan kembali pokok atau isi
kata-kata klien secara tepat, padat dan ringkas. Ianya merupakan
cara untuk menyatakan kepada klien bahawa pembimbing telah
memasuki ruang rujuk klien dan benar-benar merasai apa yang dirasai
oleh klien (parafrasa bertujuan menyatakan kepada klien bahawa
pembimbing mendengar dan memahami - belum lagi merasainya).

Kemahiran ini adalah salah satu kemahiran di mana


pembimbing atau pengamal kaunseling cuba berusaha memahami
klien dari sudut pandangan klien sendiri. Ia merupakan satu
kemahiran untuk menggambarkan pembimbing atau pengamal
kaunseling memahami dan menghayati apa yang dikatakan oleh klien
dengan memberikan respons secara refleksi (counselor in a client
shoes).

Kemahiran refleksi ini boleh dibahagikan kepada 3 bahagian


iaitu refleksi isi, refleksi perasaan dan refleksi pengalaman.

a. Refleksi Isi
Refleksi isi bermakna refleksi pembimbing yang memfokuskan
kepada isi percakapan klien dan menyatakan semula dengan
perkataan pembimbing sendiri. Pernyataan pembimbing terhadap isi
percakapan yang didengar hendaklah ringkas, padat dan tepat

Tujuannya agar klien rasa didengar, difahami dan secara tidak


langsung dapat membantu pembimbing dalam menyemak persepsi
pembimbing terhadap klien.

Panduan

1. Dengar isi percakapan yang dikongsi bersama klien


2. Refleksi isi percakapan klien jangan terlalu panjang dan
jangan menggunakan perkataan yang berulang-ulang
3. Buat refleksi ketika perlu sahaja
Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

Contoh :

Klien : "Hidup dikolej ni susah, serba tak kena saya


dibuatnya. Kita tak campur kata kita sombong, kera
sumbang, kita campur pun segala yang dibuat
semua diperhati dan semua salah.
susah.susah."

Pembimbing: "Saudara merasakan yang duduk dikolej sekarang


susah, semua yang dibuat tak kena, nak campur
salah tak campur
pun salah"

Klien: "Iyalah.... Baru-baru nie saya ada beli handphone baru


kerana yang lama dah rosak , jadi ramailah kawan saya
yang menumpang saya punya handphone tu. Tak kurang
juga ada yang memuji tapi tak tahulah memuji ada
sebaliknya. ...Apa yang saya tak puashati sangat tu ada
orang cakap-cakap belakang yang saya ni kononya nak
berlagak......Iyalah, saya student tapi mampu membeli
handphone yang sebegitu mahal, yang lebih dashyat tu
ada yang mengata saya ni dibela sugar dadyYa
Allah.sakitnya hati!"

Pembimbing: "Saudara dituduh berlagak dan berkelakuan buruk


bila menunjukkan handphone baru saudara kepada
kawan- kawan."

b. Refleksi Perasaan

Refleksi perasaan bermaksud cerminan pembimbing terhadap


perasaan yang dialami dan yang diluahkan oleh klien. Apabila
pembimbing mendengar keluhan dan luahan perasaan sama ada yang
dilahirkan secara lisan atau bukan lisan maka ia boleh difokuskan
melalui refleksi perasaan. Maknanya pembimbing membuat
pernyataan semula tentang perasaan dan sikap yang dinyatakan oleh
klien. Tujuannya ialah memberikan fokus kepada klien mengenai
perasaan yang dialami dan memberikannya peluang kepada klien
mengeluarkan perasaannya dengan cara baik serta memberikan
kelegaan kepada klien.

Panduan

1. Dengar dan refleksi isi percakapan klien sekiranya perlu


2. Cuba perhati dan teliti sekiranya perlu melakukan refleksi
perasaan terhadap perasaan yang dialami dan
dikongsi oleh klien.
Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

Contoh :

Klien : "Cuba puan fikir, macamana saya tak sedih, dahla


selalu tinggalkan saya keseorangan, lepas tu dia
hasut kawan- kawan yang lain supaya jangan
berkawan dengan saya. Saya pun ada tahap
kesabarannya, bila dah sampai ke tahapnya nanti
meletup juga saya ni!."

Pembimbing: "Nampaknya saudari begitu tertekan dan marah


dengan sikap kawan-kawan saudari tu."

c. Refleksi Pengalaman

Melakukan refleksi bukan sahaja kepada perkara yang di dengar


daripada mulut klien malah apa yang dilihat juga perlu diperhatikan
agar dapat direfleksikan. Oleh itu apa yang diperhatikan melaui apa
yang dilihat contohnya cara duduk, nada suara, gerak geri,
pernafasan, wajah, air muka dan selurh separa bahasa yang
ditunjukkan juga perlu direfleksikan oleh pembimbing. Itulah yang
dimaksudkan refleksi pengalaman.

Panduan

1. Lakukan refleksi pengalaman sekirnya perlu sahaja dan


perlu dilakukan berhati-hati kerana ia dianggap menyemak
persepsi ataupun pandangan klein sendiri.

Contoh :

Klien: "Saya sebenarnya masih sayang dan menganggapnya


sebagai kawan baik saya, tapi saya tak faham kenapa dia
sanggup ceritakan perkara buruk tentang diri saya pada
orang lain.(sambil tunduk dan kelihatan sedih)"

Pembimbing: "Saudari terlalu sedih sekali kerana kawan baik


saudari sendiri sanggup berbuat demikian."

Kemahiran memberitahu

Kemahiran memeberitahu adalah serupa dengan memberi


penerangan. Walaupun berunsur bimbingan, ianya berperanan
penting dalam kaunseling terutama kepada sesetengah klien atau
dalam sesetengah kes tertentu. Kemahiran memberitahu memerlukan
penguasaan maklumat yang meluas dan terkini oleh pembimbing.
Antara kemahiran memberitahu adalah dengan cara memberi nasihat.
Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

Walau bagaimana pun, kaunseling amat tidak menggalakkan


penggunaan nasihat kecuali dalam kes tertentu seperti jika membawa
kemudaratan jika nasihat tidak diberikan. Pembimbing juga boleh
memberi nasihat dalam situasi krisis atau keadaan ynag nyata akan
merugikan klien seandainya klien tidak diberitahu mengenainya.
Nasihat juga dikhuatiri akan mengujudkan pergantungan oleh klien
kepada pembimbingya lantas tidak tidak berupaya menggalakkan
perkembangan peribadi klien

Kemahiran Konfrantasi

Konfrantasi adalah kontradiksi antara kata-kata klien dengan


tindakan klien. Ia mengujudkan percanggahan kepada pembimbing
dan memerlukan penerokaan mendalam serta pendedahan oleh klien
tentang situasi sebenarnya. Menurut Patterson & Welfel (2000),
kemahiran konfrantasi merupakan satu kemahiran yang yang paling
kontroversial kerana secara terminologinya ia merujuk kepada konflik
atau serangan terhadap percanggahan yang nyata.

Kemahiran konfrantasi jarang digunakan dalam sesi terutama


kepada pembimbing yang belum mahir. Konfrantasi adalah bersifat
mencabar dan berkemungkinan menyebabkan klien merasa tergugat
dan tidak selesa dengan pertanyaan pembimbing. Konfrantasi
mendatangkan risiko tetapi jika digunakan dengan baik akan
membawa celik akal atau perubahan mendalam kepada klien.
Konfrantasi hanya digalakkan digunakan setelah hubungan baik antara
pembimbing-klien terbina dan bukan diawal sesi

Di dalam menjalankan sesi kaunseling pembimbing tidak


semestinya bersetuju dengan pendapat atau tingkahlaku yang
diperkatakan oleh klien. Ini kerana pembimbing akan mengambil
langkah membuat konfrantasi dalam usaha membetulkan pandangan
klien. Ini bermaknanya konfrantasi ialah satu langkah membetulkan
pandangan klien jika dirasakannya ada percanggahan. Konfrantasi
hanya boleh dilakukan sekiranya perlu dan jika telah wujud hubungan
yang baik dan kukuh diantara klien dan pembimbing atau pengamal
kaunseling. Konfrantasi digunakan apabila terdapat percanggahan
antara apa yang dikatakan oleh klien tentang dirinya dengan apa yang
dilakukannya.

Ia dilakukan di dalam beberapa situasi : -

1. Apabila didapati tingkahlaku yang ditunjukan oleh klien


tidak sama seperti apa yang diperkatakan.
2. Apabila perasaan yang diluahkan oleh klien tidak sama
dengan fakta yang disampaikan oleh klien
3. Apabila fakta mula yang disampaikan oleh klien tidak sama
dengan fakta akhir yang disampaikan oleh klien.
Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

Panduan

1. Pastikan ia benar-benar terdapat percanggahan dan perlu


dilakukan konfrantasi. Maknanya, lakukan konfrantasi bila
benar-benar perlu dilakukan.
2. Wujudkan hubungan yang baik dan kukuh terlebih dahulu
sebelum melakukan konfrantasi untuk menggelakkan klien
merasa terancam dan timbul ketidakselesaan pada klien.

Contoh

(i) Konfrantasi apabila 'tingkahlaku tidak sama dengan apa yang


diperkatakan '

Pembimbing : "Saya agak keliru sedikit disini, saudarai


kata saudari sedih dengan keadaan malang
yang menimpa saudari tapi nampaknya
saudari masih sempat tersenyum-senyum
ketika menceritakan perkara tersebut. Apa
sebenarnya yang saudari rasakan ketika
ini?"

(ii) Konfrantasi apabila 'perasaan yang diluahkan oleh klien tidak


sama dengan apa yang diperkatakan'

Pembimbing : "Setelah beberapa lama saya mendengar


cerita daripada puan, saya kehilangan
sejenak.Mulanya puan kata puan geram,
benci dan menyampah dengan sikap suami
puan malah semua perkara yang diceritakan
semuanya cerita yang kurang baik
semuanya. Tapi dalam masa yang sama
puan masih lagi sanggup berhadapan
dengannya setiap hari. Bagaimana agaknya
tu puan?
Boleh puan tolong jelaskan dengan lebih
lanjut?

(iii) Konfrantasi apabila 'fakta awal yang diperkatakan


tidak sama dengan fakta akhir yang disampaikan
oleh klien.'

Pembimbing : "Daripada apa yang saudari ceritakan di awal


dari tadi, apa yang saya faham saudari
jarang bertemu dengan tunang saudari
tetapi sekarang apa yang saya dengar
seperti saudari selalu keluar dan hubungan
Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

tersebut agak rapat.Agaknya apa yang


saudari cuba sampaikan? Saya agak keliru
sedikit disitu?"

Kemahiran Merumus

Salah satu kemahiran yang wajib dilakukan ketika sesi


dijalankan mahupun ketika sebelum menamatkan sesi. Kemahiran
merumus amat penting bagi mengulang semula apa yang
dikatakan, dirasa dan dilakukan oleh klien. Dengan membuat
rumusan dapatlah dijelaskan lagi kepada klien mengenai segala apa
yang telah diperbincangkan semasa sesi dijalankan.

Merumus juga memudahkan usaha untuk memfokus


permasalahan yang dialami oleh klien. Ini memudahkan pembimbing
memberikan pertolongan tanpa mencari-cari apakah masalah yang
ingin diselesaikan oleh klien. Merumus ialah menggabungkan
kemahiran parafrasa dengan refleksi dan penggalak. Merumus
merupakan gabungan kenyataan-kenyataan penting atau pokok
perbincangan klien dan menjelaskan semula kepadanya. Ia
membantu memberi arah pergerakan sesi, memberi dan menyatakan
fokus semasa agar kedua belah pihak jelas hala tuju sesi. Merumus
juga berperanan sebagai penyambung antara beberapa fasa yang ujud
dalam sesi atau kesinambungan diantara beberapa sesi samada sesi
lepas dengan sekarang atau yang akan datang. Oleh itu, pernyataan
bagi kemahiran ini adalah lebih panjang.

Terdapat dua rumusan yang boleh dilakukan semasa sesi


kaunseling dijalankan iaitu rumusan besar dan rumusan kecil.

(i) Rumusan Kecil

Rumusan kecil dengan rumusan besar tidak banyak


bezanya namun fungsinya berbeza. Rumusan kecil dilakukan
supaya dapat memfokuskan permasalahan yang dialami agar
tidak lari daripada landasan yang sebenar. Rumusan kecil boleh
dibuat beberapa kali sepanjang sesi dijalankan dan ia bertujuan
menyemak persepsi klien dan membawa fokus kepada
perbincangan yang sedang dijalankan. Selain itu juga
membantu klien dan pembimbing mengingatkan kembali apa
yang telah diperbaincangkan.

Rumusan dibuat juga untuk memastikan pemahaman


pembimbing tidak menyeleweng dan secara tidak langsung
memberansangkan klien agar terus meneroka ke arah perkara
yang dirumuskan oleh pembimbing.
Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

Rumusan boleh dibuat diawal perundingan untuk


mengingat kembali apa yang telah dibincangkan pada masa
lalu.

Panduan

1. Nada, emosi dan isi yang diluahkan oleh klien


harus diperhatikan kerana rumusan bukan setakat
isi sahaja tetapi makna yang ingin disampaikan
oleh klien.
2. Susun idea atau perasaan yang penting dengan
baik agar memudahkan klein memahaminya.
3. Gunakan bahasa yang mudah dan elakkan
menambahkan idea baru.

Contoh :

Pembimbing : "Selama 15 minit yang lalu saudari ada


menceritakan kepada saya mengenai
ketidakpuasan hati saudari terhadap
boyfriend saudari. Saudari rasa tercabar
dengan sikapnya dan sekaligus
membosankan diri saudari. Dalam masa
yang sama juga adakalanya saudari ingin
sahaja memutuskan hubungan tersebut
kerana itu sahaja jalan yang paling mudah
untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Tapi saudari tidak mahu perkara tersebut
berlaku kerana tidak sampai hati dengan
boyfriend saudari".

(ii) Rumusan Besar

Membuat rumusan besar adalah menjadi tanggungjawab


pembimbing setiap kali sesi dijalankan. Ia dilakukan setiap kali
sebelum menamatkan sesi. Maksudnya, sebelum menamatkan
sesuatu sesi pembimbing dikehendaki merumuskan segala apa
yang telah dirundingkan atau diperbincangkan serta apa yang
telah dipersetujui.

Ia bertujuan untuk membantu klien mengingat kembali


dan memastikan ketepatan perkara yang telah difahami oleh
pembimbing. Rumusan besar dibuat sekali dalam satu sesi dan
diantara perkara yang disentuh ialah isi perbincangan, perasaan
yang terlibat, perubahan yang terjadi, pemilihan yang dibuat
dan langkah yang telah dipersetujui. Rumusan besar juga akan
diulangi kembali pada awal sesi yang akan datang.
Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

Contoh :

Pembimbing: " Pada sesi kali ini kita telah


membincangkan dengan panjang lebar
masalah yang benar-benar menggangu
saudari iaitu masalah tidak puashati dengan
sikap boyfriend saudari. Saudari rasa
tercabar dan bosan dengan sikap boyfriend
saudari yang sering mementingkan diri
sendiri dan suka mengawal segala
pergerakkan saudari. Saudari merasakan
sebegini semenjak boyfriend saudari jarang
mengambil kisah tentang diri saudari akibat
kesibukkannya dan saudari merasakan sukar
untuk menerima alasan darinya. Keadaan ini
menyebabkan saudari rasa tertekan dan
bosan dengan sikapnya. Adakalanya saudari
terfikir untuk memutuskan sahaja
perhubungan dengannya tetapi saudari tidak
sampai hati dan masih sayangkannya dan
kalau boleh saudari mahu boyfriend saudari
seperti dahulu, seperti baru mula-mula
bercinta dahulu. Saudari cuba mencari jalan
untuk menyelesaikan masalah tersebut
dengan membuat perbincangan bersemuka
dengannya namun dia cuba mencari alasan
dengan mengatakan yang beliau tidak
sempat sebab terlalu sibuk. Jadi ini adalah
diantara apa yang kita perbincangkan pada
kali ini. Nampaknya saudari belum lagi dapat
mencari jalan penyelesaian kepada
permasalahan tersebut tetapi oleh kerana
masa tidak mencukupi apa kata kita
sambung sesi ini pada sesi akan datang. Jadi
pada sesi akan datang kita akan
menyambung perbincangan mengenai
permasalahan tersebut dan bersama-sama
mencari jalan penyelesaiannya."

Kemahiran Penamatan

Kemahiran ini juga wajib dilakukan agar klien tahu bahawa sesi
sudah boleh ditamatkan ataupun tidak. Jadi menjadi tanggungjawab
pembimbing agar ia dilaksanakan.
Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

Proses penamatan wujud dalam sesi kaunseling dan juga dalam


proses hubungan kaunseling. Maksudnya disini, di dalam kaunseling
penamatan dibuat pada dua keadaan iaitu menamatkan sesi yang
dijalankan dan penamatan hubungan kaunseling antara pembimbing
dan klien yang mungkin mengambil masa beberapa sesi.

a. Penamatan Sesi

Sesi perlu ditamatkan bila sudah cukup waktu seperti


yang telah dijanjikan semasa pengstrukturan dilakukan. Selain
faktor masa pembimbing boleh menamatkan sesi sekiranya dia
merasakan klien telah mendapat daripada sesi itu atau klien
sendiri mengambil keputusan untuk memberhentikannya.

Panduan

1. Sebelum melakukan penamatan pastikan penamatan


yang dilakukan tidak tergesa-gesa dan sekiranya ini
berlaku akan memberikan kesan kepada klien dimana
klien akan merasa tidak diterima dan dihalau oleh
pembimbing.
2. Rumusan harus dilakukan terlebih dahulu. Maknanya
rumuskan segala apa yang telah diperbincangkan dan jika
sesuai pembimbing juga boleh meminta klien membuat
rumusan berkenaan.
3. Ingatkan klien tentang apa-apa persetujuan yang telah
dicapai bersama. Klien mesti diingatkan apakah tindakan
yang mesti klien buat (jika ada) sebelum sesi akan
datang bermula - minta persetujuan klien terhadap apa
yang disarankan oleh pembimbing.
4. Beri ruang kepada klien untuk memilih sama ada dia
merasakan perlu untuk datang kembali bagi sesi yang
lain. Maksudnya beri peluang klien membuat keputusan
sama ada ingin meneruskan sesi akan datang atupun
tidak.

Contoh :

Pembimbing: "Kita ada lebih kurang lima minit sahaja lagi,


jadi elok rasanya saya rumuskan segala apa
yang telah bincangkan pada sesi kali ini.
Mulanya saudari datang adalah untuk
membincangkan masalah saudari dengan
kawan saudari yang tidak dapat memaafkan
kesalahan yang saudari telah lakukan.
Kawan saudari juga cuba menjauhkan diri
daripada saudari. Jadi dalam perbincangan
kali ini saudari telah bersetuju untuk
Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

bersemuka dengan kawan saudari itu dan


menerangkan perkara yang sebenar yang
berlaku. Ini adalah beberapa langkah yang
telah saudari ambil dalam masa beberapa
minggu ini. Jadi sekiranya saudari
memerlukan perbincangan lagi dengan saya
setelah beberapa minggu ini, saya mengalu-
alukan kedatangan saudari.

b. Penamatan Hubungan Kaunseling

Hubungan kaunseling boleh ditamatkan jika matlamat


kaunseling telah tercapai atau atas permintaan klien. Proses
penamatan harus diberitahu kerana pembimbing tidak boleh
mengikat klien untuk terus bergantung kepadanya atau
sebaliknya.

Panduan

1. Pada penilaian pembimbing klien telah dapat berfungsi


dengan normal maka sesuailah dibuat penamatan
2. Sekiranya didapati masalah klien telah dapat
diuruskan maka elok dibuat penamatan
3. Namun jika klien sendiri ingin menamatkan sesi
maka pembimbing harus menamatkan sesi.

Contoh

Pembimbing : "Nampaknya kita telah berjumpa sebanyak 3


sesi dan saya lihat saudari sudah bertambah
ceria dan gembira sekarang berbanding
pertama kali saudari bertemu dengan saya.
Jadi saya beranggapan yang saudari sudah
dapat menangani masalah yang dihadapi
dan saudari juga ada menyatakan yang
saudari sudah berbaik semula dengan kawan
baik saudari itu. Jadi saya rasa bolehlah kita
tamatkan perhubungan kaunseling ini dan
diharap saudari akan terus ceria dan
gembira dalam kehidupan saudari yang akan
datang."

Followup

Follow up merupakan bahagian yang penting dalam penamatan


tap ianya kadangkala tidak digunakan dengan baiknya oleh
pembimbing (Okun, 1982). Follow up bermaksud menghubungi klien
Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

untuk mengetahui kemajuan dirinya dan bagaimana ianya


bertindakbalas dengan isu yang telah dibincangkan dalam sesi
kaunseling disamping melihat keselarasan kepada matlamat
kaunseling yang telah bersama. Follow up boleh dilakukan dalam
jangkamasa pendek atau panjang dan dillakukan dengan pelbagai
cara. Cormier & Cormier (1979) telah mencadangkan langkah-
langkah berikut dalam melakukan follow up ;

a. Jemput klien datang ke sesi follow up bagi melihat


bagaimana klien berdaya tindak dalam menghadapi
permasalahannya. Dalam sesi follow up ini, klien boleh
menunjukkan adaptasi kemahiran barunya melalui main
peranan bagaimana ia berfungsi dalam isu yang sedang
dihadapinya.

b. Pos inventori yang diisi sendiri oleh klien dengan


menyatakan situasi dirinya sekarang dalam menangani
masalah yang dihadapinya.

mansorat@putra.upm.edu.my

updated 15 Ogos 2010


FEM3107/PEM3501
Semester Pertama 2010/2011