You are on page 1of 8

RBT3203E TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

1. PROJEK TANAMAN
1.1. PENGENALAN

Tanaman sayuran merupakan tanaman yang banyak memberi faedah kepada manusia
dan merupakan sumber makanan yang amat berkhasiat. Sayuran ditanam di batas atau di
dalam bekas oleh pekebun sayur. Tujuan sayuran ditanam ialah:

Sebagai sumber pendapatan yang menguntungkan.


Untuk menambahkan sumber pendapatan sampingan.
Sebagai hiasan di kawasan atau sekolah.
Menanam sayuran di kawasan rumah sebagai hobi

Jenis sayuran boleh dibahagikan kepada empat iaitu daun, kekacang, buah dan akar.
Contoh yang paling terkenal dalam kalangan masyarakat penduduk Malaysia bagi jenis sayuran
daun termasuk bayam, kubis dan kangkung manakala jenis sayuran kekacang seperti kacang
panjang, kacang bendi dan kacang buncis. Selain itu, jenis sayuran yang menghasilkan buah
seperti tomato dan terung. Seterusnya, lobak pula merupakan contoh jenis sayuran akar.

Sayur-sayuran amat berfungsi dalam diet seharian kita. Ia memainkan peranan sebagai
pembekal nutrien, sumber tenaga, pembekal vitamin, dan bahan pelawas.

Penanaman Sayur-sayuran

Penjarangan dan Penjagaan anak


Pembiakan Pemasuan
penanaman anak benih sayur-
secara biji benih semula
benih sayuran

Menyediakan - Merumput
Menyediakan
medium - Menggembur
medium semaian
penanaman tanah
- Membaja
-Menyiram
Memilih jenis Mengubah anak
sayur-sayuran benih ke bekas
yang boleh botol plastik
dibiakkan melalui
biji benih

1
RBT3203E TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

1.2. PEMBIAKAN SECARA BIJI BENIH


1.2.1. Menyediakan medium semaian
Tumbuhan dibiakkan untuk menambahkan jumlah dan memanjangkan hayatnya.
Dalam projek penanaman ini, tumbuhan sayur-sayuran ditanam bertujuan untuk
dipungut hasil. Dalam pada itu, ciri-ciri medium semaian yang baik dapat menjamin
pertumbuhan yang subur. Biasanya, medium semaian disediakan dengan campuran
tanah loam, bahan organik, dan pasir sungai dengan nisbah 2:1:1. Pasir sungai
digunakan sebagai medium kerana mempunyai saliran dan pengudaraan yang baik,
bersih, dan tidak menghalang perkembangan akar.
Cara menyediakan medium yang sesuai untuk menanam sayuran di dalam
bekas adalah seperti berikut:
a) Sediakan bahan-bahan seperti tanah loam, bahan organik, dan pasir sungai.
b) Tapi tanah dan pasir untuk mengasingkan ketulan tanah, batu dan bahan yang
tidak dikehendaki.
c) Sukat bahan tersebut dengan nisbah 2:1:1.
d) Campurkan dan gaul bahan tersebut menggunakan sekop.
e) Masukkan medium yang telah dicampur dan digaul ke dalam bekas tanaman.

1.2.2. Memilih jenis sayur-sayuran yang boleh dibiakkan melalui biji benih.
Terdapat pelbagai jenis sayur-sayuran yang boleh ditanam dengan menyemai
biji benih di mana biji benih tersebut mudah diperolehi daripada kedai-kedai. Antara
sayur-sayuran yang boleh dibiak melalui biji benih ialah bayam, daun bawang, halia,
sawi putih dan bendi. Saya telah memilih bayam, daun bawang, halia, sawi putih dan
bendi untuk projek penanaman selama enam minggu.

1.2.3. Penyemaian dan penjagaan biji benih.


Menurut Faizah binti Ismail et.al (2007), menyemai bermaksud menanam atau
menabur biji benih di tempat yang hendak ditanam. Biji benih perlu disemai dahulu
supaya bercambah dan menjadi anak benih. Saya menyemai biji benih sayuran bayam,
daun bawang, halia, sawi putih dan bendi di dalam bayung yang telah disediakan
dengan cara menabur benih terus ke bekas semaian sedangkan biji benih ................
Bayung tersebut telah siap mempunyai lubang kecil di bawah bagi memudahkan saliran
dan pengudaraan. Selepas itu, saya meletakkan bayung di tempat yang berteduh
kerana keadaan sekeliling yang redah di samping melindungi biji benih daripada

2
RBT3203E TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

dimakan oleh binatang atau burung dan terlampau berjemur di bawah matahari
sedangkan biji benih pada awal proses penanaman adalah lemah.
Penjagaan biji benih yang baru disemai dilakukan dengan menyiram air
secukupnya. Masa diambil untuk biji benih bercambah dan berakar bergantung kepada
jenis biji benih dan kelembapan medium. Kelembapan medium dibekalkan dengan cara
menyiram. Apabila anak benih bercambah dan ruangan bagi anak benih untuk
membesar menjadi padat, anak benih boleh diubah ke pasu atau bekas lain. Hal ini
kerana saiz bekas yang lebih besar dan sesuai menggalakkan penanaman sayuran
yang berkualiti dan mengelakkan daripada persaingan sengit bagi mendapatkan
pancaran cahaya matahari, air dan ruang.

1.3. PENJARANGAN DAN PENANAMAN ANAK BENIH SAYUR- SAYURAN


Membuat penjarangan ialah mencabuut atau mengubah anak benih yang tidak dikehendaki
seperti anak benih yang tumbuh terlalu rapat perlu dicabut. Penjarangan dibuat agar dapat
mengurangkan persaingan antara sayuran bagi mendapatkan nutrien, ruang, cahaya, dan air.
Bahkan, penjarangan ini juga perlu dilakukan apabila anak benih mengeluarkan empat hingga
lima helai daun.

1.3.1. Menyediakan medium penanaman.


Biji benih yang telah berakar perlu dipindahkan ke pasu. Semasa melaksanakan
projek ini, saya telah mengubah anak benih ke pasu. Medium penanaman yang baik
mesti mengandungi nutrien yang seimbang untuk pertumbuhan anak biji benih dan
mempunyai saliran serta pengudaraan yang baik. Medium penanaman yang sesuai
pada tahap ini terdiri daripada campuran tanah loam, bahan organik dan pasir sungai
dalam nisbah 7:3:2.

1.3.2 Mengubah anak biji benih ke pasu.

Mengubah anak biji benih berakar melibatkan kerja memindahkan anak biji benih
dari bekas semaian ke dalam pasu yang lebi besar saiznya. Pengubahan dilakukan
kerana anak biji benih memerlukan nutrien yang lengkap dan ruang yang lebih luas
untuk tumbesaran. Saya melakukan kerja mengubah pada waktu petang pada pukul
5.30 petang. Berikut merupakan langkah-langkah kerja mengubah:

a) Pilih dan cabut anak benih yang sihat dan subur menggunakan tangan.

3
RBT3203E TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

b) Potong pangkal pokok dengan menggunakan pisau.


c) Membuat lubang di tengah-tengah medium penanaman dengan menggunakan
sudip tangan.
d) Mengubah dan menanam anak biji benih terpilih ke dalam pasu. Tekan
permukaan medium dengan menggunakan tangan.
e) Menyiram medium sehingga lembap kemudian letakkan di tempat yang teduh.

1.4. PEMASUAN SEMULA

Keputusan pemasuan semula dibuat apabila anak biji benih bertumbuh menjadi pokok sayur
yang renek dan lebih besar. Pemasuan semula dilakukan setelah tiga minggu. Ini kerana
tanaman di dalam bekas telah menunjukkan ciri-ciri bahawa tanaman kurang subur dan lambat
tumbesarannya.

1.4.1. Tujuan pemasuan semula.


Tujuan pemasuan semula tanaman sayuran adalah seperti di bawah:
a) Memudahkan tanaman sayuran memperolehi nutrien, air, dan cahaya matahari.
b) Membolehkan bekas mudah dialihkan dan dipindahkan dengan mudah.
c) Memudahkan kerja-kerja penjagaan (menyiram, menggembur dan membaja).
d) Menggantikan bekas lama atau saiz bekas yang tidak sesuai dengan saiz
tanaman.

1.4.2 Ciri-ciri pemasuan semula.

Selain daripada ciri tanaman kurang subur dan lambat tumbesarannya yang
telah disebutkan di atas, tanaman yang memerlukan pemasuan semula ialah:

a) Medium terlalu padat menyebabkan akar sukar untuk menembusi medium.


b) Akar yang terkeluar daripada lubang saliran pasu.
c) Air siraman didapati bertakung di permukaan medium.
d) Pasu yang telah retak.

1.4.3 Memilih pasu atau bekas.

4
RBT3203E TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Bagi memastikan kerja pemasuan semula tanaman berjalan dengan lancar,


pemilihan pasu yang sesuai perlu dititikberatkan. Ini kerana terdapat pelbagai jenis pasu
di pasaran, contohnya pasu tanah liat, pasu plastik, dan pasu seramik. Selain pasu,
bekas seperti tayar terpakai, sabut kelapa, dan kotak kayu juga boleh diguna pakai.
Ketika memilih pasu atau bekas, saya telah mempertimbangkan ciri-ciri berikut:

a) Saiz pasu atau bekas yang sesuai dengan saiz pokok sayuran yang hendak
ditanam.
b) Mempunyai lubang saliran untuk mengeluarkan air yang berlebihan dari pasu.
c) Mudah dibersihkan supaya kelihatan bersih, kemas dan cantik.
d) Ringan supaya pasu mudah dialihkan.

1.4.4 Menyediakan medium memasu.

Medium memasu disediakan supaya tanaman sayuran dapat hidup dengan


subur dan memudahkan penembsan akar ke dalamnya. Nisbah penyediaan medium
memasu adalah sama dengan medium penanaman di atas iaitu 7:3:2.

1.4.5 Prosedur memasu semula.

Langkah-langkah memasu semula meliputi:

a) Lembapkan medium tanaman.


b) Ketuk dinding bekas secara perlahan-lahan agar medium memasu tidak melekat
pada dinding bekas.
c) Pegang pangkal tanaman sayuran kemudian tarik perlahan-lahan untuk
mengeluarkannya atau terbalikkan bekas. Seterusnya, ketuk secara perlahan-
lahan sehingga medium asal terkeluar bersama-sama dengan tanaman.
d) Pangkas daun sayuran yang tidak diperlukan dengan menggunakan sekateur.
e) Potong 1/3 bahagian medium lama.
f) Letakkan 1/3 bahagian medium lama yang dipotong di tengah-tengah bekas.
Tambahkan medium memasu sehingga 2.5cm dari bibir pasu.
g) Kejapkan permukaan medium. Siram medium dan letakkan tanaman sayuran di
tempat yang teduh.

5
RBT3203E TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

1.5. PENJAGAAN ANAK BENIH SAYUR-SAYURAN.


Penjagaan anak benih serta pokok sayuran dilaksanakan sepanjang proses penanaman bagi
menjamin produk tanaman yang cantik dan bermutu.
a) Merumput
Merumput bertujuan untuk membunag rumput yang tumbuh bersama-sama
tanaman sayuran. Merumput ini dilakukan bagi mengelakkan persaingan untuk
mendapatkan nutrien, cahaya matahari, air dan ruang. Saya mencabut rumpai
dengan menggunakan tangan.

b) Menggembur tanah
Menggembur tanah merupakan aktiviti melonggarkan medium yang sudah keras
dan padat. Ia bertujuan untuk memperbaiki saliran air dan pengudaraan tanah,
memudahkan akar menembusi tanah, memudahkan akar menyerap air dan
nutrien serta memusnahkan tempat pembiakan perosak dan penyakit. Saya
menggembur tanah dengan menggunakan sudip.

c) Membaja
Tujuan membaja adalah untuk membekalkan nutrien yang cukup kepada
tanaman sayuran. Nutrien menjadikan tanaman sayuran cepat membesar. Saya
telah menggunakan baja organik yang dibeli dari kedai dan pembajaan dilakukan
selepas dua minggu mengubah.

d) Menyiram
Memandangkan keadaan cuaca pansa, penyiraman dilakukan sebanyak dua kali
sehari iaitu pada pukul 5.30 pagi dan pada pukul 3.30 petang. Penyiraman ini
dibuat agar sayuran mendapat bekalan air yang mencukupi, nutrien dapat
dilarutkan, air dapat mengangkut garam mineral yang diperlukan dan sayuran
dapat menjalankan proses fotosintesis dan transpirasi.

1.6. MEMINDAH SAYURAN KE BATAS


1.6.1. Penyediaan tapak

6
RBT3203E TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Pada minggu yang keempat, saya mengalihkan tumbuhan sayuran ke batas tanah yang
lebih luas. Saya telah menyediakan tapak lebih awal dengan mengikut langkah-langkah
di bawah:
a) Kenal pasti tapak.
b) Bersihkan tapak iaitu menebas, menajak, mengumpul rumpai serta membuang
batu dan sisa akar.
c) Gembur tanah.
d) Bina batas.
e) Bubuh baja asas.
f) Letak sungkupan.

1.6.2. MENANAM SAYURAN DI BATAS


Langkah menanam sayuran di batas ialah:
a) Ukur dan tandakan jarak menanam antara 5 hingga 10cm. Gunakan kayu untuk
membuat tanda.
b) Buat lubang sedalam 8 hingga 10cm dengan menggunakan sudip tangan pada
tempat yang telah ditanda.
c) Buat pengerasan sebelum memindahkan pokok sayuran. Pindahkan pokok
sayuran dari bekas semaian ke batas dengan menggunakan sudip tangan.
d) Padatkan tanah di sekeliling pokok sayuran yang telah ditanam. Tujuannya
adalah supaya anak benih tidak mudah tumbang atau tercabut.
e) Siram pokok sayuran yang telah ditanam menggunakan penyiram bermuncung
halus.
f) Berikan naungan atau lindungan pada pokok sayuran yang telah ditanam.
Naungan dilakukan untuk melindungi pokok sayuran daripada pancaran cahaya
matahari.

1.7. PEMUNGUTAN HASIL

2. JADUAL KERJA PROJEK PENANAMAN


3. GAMBAR PERKEMBANGAN PROJEK PENANAMAN

7
RBT3203E TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

4. REFLEKSI
5. RUJUKAN