Вы находитесь на странице: 1из 21

AHMAD JUANDA B.

SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

SOALAN TUGASAN

Setiap negara memerlukan perlembagaan bagi menjamin kestabilan politik serta


sistem pemerintahan negara yang cekap dan adil. Keperluan perlembagaan
menjadi lebih ketara dalam sebuah negara yang berbilang etnik seperti Malaysia.
Perlembagaan diperlukan untuk mewujudkan suatu rangka politik, ekonomi dan
sosial yang dapat memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara
serta bagi melindungi kepentingan semua kumpulan etnik.

a. (i) Nyatakan konsep perlembagaan.


(ii) Terangkan unsur-unsur tradisi yang terkandung dalam
Perlembagaan Malaysia
( 8 markah)

b. Galurkan sejarah penggubalan perlembagaan di Malaysia.


(12 markah)

c. (i) Huraikan kepentingan perlembagaan dalam konteks hubungan


etnik di Malaysia.
(ii) Bincangkan kontrak sosial dalam konteks hubungan etnik di
Malaysia.
(15 markah)

Sarjana Muda Pengajaran i


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

ISI KANDUNGAN MUKA


SURAT

Soalan Tugasan i

Pengenalan 1

Konsep Perlembagaan 3-4

Unsur-unsur Tradisi yang Terkandung dalam Perlembagaan Malaysia

Sejarah Penggubalan Perlembagaan di Malaysia.


Pembentukan Dasar Luar Malaysia

3.1. Prinsip Asas Pembentukan Dasar Luar 5-7


3.2. Faktor-Faktor Pertimbangan Pembentukan Dasar Luar 7 -10

Kepentingan Perlembagaan dalam Konteks Hubungan -12


Etnik di Malaysia

Kepentingan Perlembagaan dalam Konteks Hubungan -12


Etnik di Malaysia

6.0 Penutup 29

8.0 Bibliografi 30

Sarjana Muda Pengajaran ii


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Pengenalan

Perlembagaan atau di dalam bahasa Inggeris “Constitution” adalah sistem yang


kebiasaannya dicatatkan sebagai undang-undang yang meletakkan syarat dan
prinsip bagaimana sesebuah organisasi atau badan politik ditadbir. Bagi
sesebuah negara, ia merujuk kepada Perlembagaan Negara yang menghuraikan
prinsip asas politik dan memberikan kerajaan kuasa dan tanggungjawabnya.

Perlembagaan juga wujud di dalam sesuatu pertubuhan samada pertubuhan


politik, kumpulan sekerja mahupun syarikat dan badan sukarela. Kebiasaannya,
kesemua perlembagaan menyatakan secara khusus kuasa yang berada pada
sesebuah pertubuhan dan ruang lingkup kekuasaannya.

Di dalam sejarah Islam, Perlembagaan Madinah (Medina Constitution)


merupakan perlembagaan terawal yang dimeterai oleh Rasulullah SAW pada
tahun 622 Hijrah apabila baginda tiba ke sana ketika berhijrah keluar dari Mekah.

A. 1. Konsep Perlembagaan.

1.1. Takrifan
Perlembagaan boleh ditakrifkan sebagai satu set
peraturan tentang hak, kuasa, dan prosedur serta tanggung
jawab pihak yang mengawal dan memandu hubungan di
antara satu autoriti dengan autoriti yang lain, dan juga antara
autoriti dengan rakyat awam.
Ia juga merupakan satu dasar atau formula yang
menyatakan tugasan kuasa-kuasa awam di dalam sesebuah
negara dibahagikan dan digunakan.

Sarjana Muda Pengajaran iii


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

1.2. Konsep
Menurut D.Robertson (1993), perlembagaan
mengandungi satu set hak, kuasa dan prosedur yang
mengawal hubungan antara autoriti awam dalam sesebuah
negara dan antara autoriti awam dengan rakyat.
Perlembagaan adalah sumber undang-undang
tertinggi sesebuah negara. Ia berperanan sebagai panduan
bagi pembentukan undang-undang samada di pihak
kerajaan atau rakyat.
Secara umumnya ia terbahagi kepada dua jenis iaitu
perlembagaan bertulis dan perlembagaan tidak bertulis
Perlembagaan bertulis merupakan perlembagaan yang
dikumpul dan disusun dalam satu dokumen dan
Perlembagaan tidak bertulis pula adalah semua prinsip
perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen
seperti undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan
keputusan-keputusan mahkamah.
Malaysia mengamalkan Perlembagaan Bertulis, di
mana badan perundangan, kehakiman dan eksekutif
mendapat kuasa daripada perlembagaan.
Di Malaysia, tidak ada institusi yang boleh mengatasi
ketinggian Perlembagaan Malaysia. Undang-undang
persekutuan atau negeri mengenai sesuatu perkara boleh
diisytiharkan TIDAK SAH oleh mahkamah jika undang-
undang itu bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.

Sarjana Muda Pengajaran iv


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

2. Unsur-unsur tradisi yang terkandung dalam Perlembagaan


Malaysia

Asas penting dalam Perlembagaan Pesekutuan hari ini


kebanyakkannya berasal dari perbincangan dan tolak ansur yang
dicapai sewaktu kemerdekaan dirundingkan. Meskipun demikian
sebahagian daripada landasan dan falsafah peruntukan tertentu
yang ada hari ini sebenarnya mencerminkan sejarah dan tamadun
asal negara ini, khususnya Islam dan orang Melayu. Hakikat ini
perlu disedari supaya kita dapat memahami kesahan (legitimacy)
dan ruang lingkup peruntukan tertentu yang ada dalam
perlembagaan kita sekarang.
Terdapat beberapa unsur tradisi atau ciri tempatan yang
kesemuanya menekankan bahawa Perlembagaan Persekutuan
bukanlah sesuatu yang asing. Kedudukan raja, hak keistimewaan
orang Melayu, kedudukan Islam serta Bahasa Melayu adalah
lanjutan sistem dan unsur-unsur tradisional yang telah wujud
sebelum kedatangan British lagi. Perkara ini boleh dianggap
istimewa kerana peruntukan berkenaan tidak boleh dipinda melalui
suara majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat dan Negara. Ia
juga berfungsi dalam mengekalkan kestabilan negara kerana
perkara-perkara ini dilindungi di bawah Akta Hasutan di mana ianya
dianggap isu sensitif yang dilarang dijadikan isu perbincangan
awam.

2.1. Raja/Sultan sebagai Ketua

Kedudukan raja/sultan adalah contoh paling penting


betapa perlembagaan negara meneruskan warisan asal

Sarjana Muda Pengajaran v


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

negara ini. Meskipun mereka kini menjadi raja


berperlembagaan, namun kita tidak menyalin bulat-bulat apa
yang dipraktikkan di Britain, negara asal demokrasi
Westminster. Walaupun ada persamaan antara sistem di
Malaysia dengan sistem di Britain, ada hal tertentu seperti
kuasa raja berhubung dengan Islam serta kedudukan Majlis
Raja-raja yang tidak terdapat di Britain. Sebahagian
daripada perbezaan ini berpunca daripada perbezaan antara
agama dan budaya. Perkara tersirat di sini adalah
Kesultanan Melayu meneruskan sebahagian daripada
peranan yang dimainkan oleh khalifah Islam di zaman
sebelum ini.
Peranan Raja sebagai payung negara berfungsi
dalam menstabilkan negara dalam mana negara diancam
pertelingkahan etnik atau politik. Kuasa ekskutif boleh
bertukar tangan kepada mana-mana parti namun kedudukan
Raja adalah kekal tidak boleh diganti dengan proses
demokrasi. Dalam negara diancam kekacauan, Raja boleh
berperanan sebagai unsur penyatuan rakyat kerana baginda
tidak menganggotai atau menyokong mana-mana parti
politik. Majlis Raja-Raja Melayu dalam Mesyuarat Majlis
Raja-Raja ke 215 pada 16 Oktober 2008 telah
mengeluarkan kenyataan akhbar khas berhubung beberapa
perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan
yang jelas menunjukkan keprihatinan baginda mengenai isu
kontrak sosial yang diperkatakan dalam konteks perpaduan
negara. Antara lain kenyataan tersebut ialah ‘Raja-Raja
Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk
melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan

Sarjana Muda Pengajaran vi


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi Agama Islam,


Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan
kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia’ .

2.2. Penerimaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan


menyatakan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan tanpa menafikan hak bangsa-bangsa lain
menggunakan bahasa mereka.
Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa
perhubungan dan perantaraan sejak zaman Kesultanan
Melayu Melaka dan seluruh Nusantara. Ianya juga dianggap
sebagai ‘lingua-franca’ dan digunakan sepenuhnya dalam
sistem perdagangan dan pentadbiran di Melaka.
Pada 1914, Sultan Johor pernah mengutus surat
kepada Gabenor Singapura dlm bahasa Melayu.Di zaman
penjajahan Inggeris, pegawai-pegawai Eropah yang
memegang lebih 95% jawatan Kumpulan 1, perlu
mempelajari serta mengambil ujian Bahasa Melayu serta
perlu lulus, barulah boleh ditempatkan di Tanah Melayu.
Jelaslah disini, Bahasa Melayu telah diterima sebagai
bahasa rasmi sejak sebelum dan semasa zaman penjajahan
Kepelbagaian kaum dan etnik di Malaysia juga
mewujudkan bahasa pertuturan yang pelbagai. Justeru
penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
amatlah wajar dalam memenuhi keperluan menyatupadukan
pelbagai kaum ke arah menjadi sebuah negara yang bersatu

Sarjana Muda Pengajaran vii


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

melalui satu bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu yang


telah menjadi bahasa pengantar negara ini sejak dahulu lagi

2.3. Agama Islam sebagai agama rasmi

Agama Islam telah diperakui sebagai agama rasmi


Malaysia. Perkara ini telah tercatat dengan jelas di dalam
Perlembagaan Persekutuan.

Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi


agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman
dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
Perlembagaan Persekutuan Perkara 3. Agama bagi Persekutuan (1)

Agama Islam telah bertapak lebih 500 tahun di


Tanah Melayu. Sepanjang penjajahan Inggeris,
kedudukan agama Islam tidak pernah tidak diganggu
dan Inggeris menyerahkan urusan agama Islam kepada
Raja-Raja Melayu.
Kedudukannya juga adalah penerusan daripada
peruntukan yang ada dalam perlembagaan negeri Melayu
sebelum tahun 1957. Walaupun perlembagaan bertulis
boleh dikatakan sebagai satu fenomena yang baru,
penetapan Islam sebagai agama negeri boleh dilihat sebagai
usaha untuk mengakui dan menjelaskan nilai dasar negeri
Melayu. Sebelum kedatangan British perkara ini mungkin
tidak perlu kerana sebelum itu tidak wujud masyarakat
bukan Islam yang besar jumlahnya. Keadaan sebelum
British juga tidak menghendaki perlunya Islam dinyatakan
secara rasmi dalam undang-undang tubuh negeri Melayu.

Sarjana Muda Pengajaran viii


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Apapun tanggapan kita terhadap kedudukan Islam


dalam perlembagaan hari ini, adalah jelas bahawa ianya
tidak menghalang agama-agama lain lain diamalkan dengan
bebas dan terbuka di agama ini. Perkara 11 dalam
Perlembagaan Persekutuan menegaskan bahawa tiap-tiap
orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan,
tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.
Pengembangan agama lain di kalangan orang Melayu/Islam
adalah ditegah kerana ianya merupakan suatu isu sensitif
yang boleh menimbulkan perbalahan antara agama dan
kaum. Sehubungan itu, perkara ini digubal adalah bagi
menjaga hubungan antara etnik di negara ini dalam
mengekalkan keharmonian negara.

2.4. Hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sabah


dan Sarawak

Orang Melayu (termasuk Bumiputera Sabah dan


Sarawak) diberikan hak keistimewaan berdasarkan Perkara
153 Perlembagaan Persekutuan. Hak ini meliputi jawatan
dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan,
perniagaan dan kemudahan khas lain yg diberikan.
Orang Melayu adalah dianggap penduduk asal di
Tanah Melayu (Malaysia). Walaupun ada sesetengah pihak
cuba mencabar kenyataan ini dengan menyatakan orang
Melayu juga adalah pendatang namun sejarah kewujudan
Kerajaan Melayu Melaka, Kedah dan lain-lain membuktikan

Sarjana Muda Pengajaran ix


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

orang Melayu telah ada di sini sejak beratus malah mungkin


beribu tahun silam.
Sejarah awal hak keistimewaan orang Melayu
bermula dengan rungutan-rungutan dan desakan-desakan
yang dibuat oleh raja Melayu dalam sidang Durbar yang
bermula dalam tahun 1897 di Kuala Kangsar. Sekitar tahun
1913, pelbagai enakmen untuk melindungi tanah orang
Melayu mula diluluskan. Meskipun Suruhanjaya Reid tidak
bersetuju dengan cadangan UMNO dan Perikatan supaya
kedudukan ini dikekalkan, parti yang memerintah
berpendapat bahawa pandangan suruhanjaya tersebut tidak
dapat diterima. Selepas 1971, peruntukan ini dipinda dan
diperluaskan untuk meliputi kedudukan rakyat asal Sabah
dan Sarawak.
Walaupun peruntukan tentang hak keistimewaan ini
masih kekal telah wujud cadangan untuk merombaknya.
Perkara yang disuarakan atau tindakan sedemikian jelas
melanggar peruntukan undang-undang mengenai hasutan.
Dalam kempen pilihanraya tahun 1986 umpamanya, PAS
telah membuat janji bahawa sekiranya ia terpilih ia akan
meminda peruntukan mengenai hak keistimewaan orang-
orang Melayu atas alasan kedudukan tersebut tidak selaras
dengan prinsip kesamarataan yang dianjurkan oleh Islam.
Dalam Perhimpunan Agong UMNO 1996, Perdana Menteri
sendiri pada hakikatnya telah mempersoalkan kedudukan ini
apabila melihat tanah rezab Melayu sebagai sesuatu yang
tidak secocok dengan ketuanan Melayu.
Walau apa pun pandangan, hak keistimewaan orang
Melayu haruslah dikekalkan pada masa sekarang

Sarjana Muda Pengajaran x


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

sehinggalah orang Melayu sendiri telah berjaya ‘berdiri sama


tinggi dan duduk sama rata’ dengan kaum pendatang lain di
Malaysia. Jurang ekonomi yang luas di antara kaum
Bumiputera dengan kaum lain khasnya China jika dibiarkan
boleh menyebabkan munculnya ketidakpuasan hati di antara
pihak majoriti dan minoriti di negara ini. Rampasan kuasa
dan pertelingkahan di Kepulauan Maldives oleh pihak
majoriti (anak tempatan) ke atas pendatang (kaum India)
yang menguasai ekonomi dan politik merupakan contoh
bencana yang mungkin terjadi seandainya jurang
pendapatan khasnya menjadi luas di anatara etnik di
Malaysia. Peristiwa 13 Mei juga merupakan contoh jelas
bagaimana ketidakpuasan hati antara etnik diluahkan
melalui tindakan kekerasan. Justeru, pengekalan hak
keistimewaan ini bukan sahaja harus dikekalkan bahkan
harus diperkasakan.

B. Sejarah penggubalan perlembagaan di Malaysia.

Sepanjang tempoh penjajahan kuasa-kuasa asing khasnya


Inggeris, orang-orang Melayu sentiasa bangkit menentang penjajah.
Sejarah awal penentangan terhadap Inggeris telah dimulakan oleh Dato’
Maharajalela di Perak, Tok Janggut di Kelantan, Tok Bahaman dan Mat
Kilau di Pahang, Dol Said di Melaka, Penghulu Naning di Negeri
Sembilan, Haji Abdul Rahman Limbung di Terengganu dan lain-lain tokoh
Bumiputera di Sabah dan Sarawak seperti Panglima Salleh dan Rentap.
Selain perjuangan berdarah, perjuangan juga digerakkan melalui
semangat kebangsaan. Menjelang abad ke 20, muncul pertubuhan-

Sarjana Muda Pengajaran xi


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

pertubuhan seperti Kesatuan Melayu Singapura, Kesatuan Melayu Perak


AWAS, API, Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan lain-lain. Media massa
juga diterbitkan sebagai medium perjuangan spt Utusan Melayu, Majlis,
dan Al-Imam. Dari sini, muncullah tokoh-tokoh seperti Rahim Kajai,
Ibrahim Yaakob, Pak Sako dan lain-lain lagi.
Selepas Jepun menyerah kalah dan British datang semula ke
Tanah Melayu, Parlimen British telah meluluskan pembentukan Malayan
Union pada 10 Oktober 1945. Sir Harold Mac Michael telah dilantik
sebagai wakil British utk mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu. Di
bawah Malayan Union pula, segala kuasa terletak di tangan gabenor
termasuk kuasa memberi ampun pada orang salah. Gabenor boleh
membatalkan segala keputusan yang dibuat oleh Majlis Perundangan.
Majlis Perundangan Negeri di setiap negeri pula hanya boleh membuat
undang-undang tentang perkara tempatan sahaja dan ia boleh dibatalkan
oleh Majlis Perundangan Malayan Union.
Pada tahun 1948, Malayan Union dimansuhkan dan Persekutuan
Tanah Melayu ditubuhkan pada 2 Februari 1948. Majlis Perundangan
Persekutuan ditubuhkan di mana ia mempunyai kuasa membuat undang-
undang. Pesuruhjaya Tinggi pula mempunyai kusa veto (pembatal) untuk
menghalang rang undang-undang yang diluluskan oleh Majlis
Perundangan Persekutuan. Sementara itu Majlis Perundangan Negeri
mempunyai kuasa yang terhad seperti yang disebut dalam Jadual Kedua
bagi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Sejak tahun 1948, setiap negeri Melayu mempunyai perlembagaan
masing-masing. Johor dan Terengganu telah pun mempunyai
perlembagaan lebih awal lagi, masing-masing pada tahun 1895 dan 1911.
Ianya dipinda supaya sesuai dengan kehendak Perjanjian Persekutaun
1948.

Sarjana Muda Pengajaran xii


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Pada bulan Jun 1955, pilihanraya pertama diadakan bagi memilih


anggota-anggota Majlis Perundangan Persekutuan. Ia mengandungi 52
anggota yang dipilih, 34 anggota yang dilantik dan 12 pegawai kerajaan,
dan seorang Pengerusi dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan
persetujuan Raja-raja.
Menjelang Mac 1956, Jawatankuasa Perlembagaan telah dibentuk
yang diketuai oleh Lord Reid. Jawatankuasa ini diberi tugas merangka
Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan sebuah kerajaan
pusat.Jawatankuasa ini mula menjalankan tugasnya pada Jun 1956, dan
telah menggemukakan laporannya pada Disember 1956. Laporan ini
dikaji, diteliti dan kemudiannya digubal menjadi Perlembagaan
Persekutuan. Pembentukan Perlembagaan telah diluluskan pada 27 Ogos
1957 dan dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957.
Tanggal Julai 1963 Perjanjian Malaysia ditandatangani di London
oleh kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan
Sarawak. Mengikut perjanjian ini Parlimen British akan meluluskan satu
undang-undang untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura, Sabah
dan Sarawak yang masing-masing akan mempunyai perlembagaan baru.
Bagi Persekutuan Tanah Melayu, Parlimen Persekutuan akan meluluskan
satu undang-undang yang dipanggil Akta Malaysia untuk meminda
Perlembagaan Persekutuan. Akta Malaysia ini telah diluluskan pada 26
Ogos 1963.

C. (i). Kepentingan perlembagaan dalam konteks hubungan


etnik di Malaysia.

Perpaduan, integrasi dan toleransi adalah aspek yg sangat


penting untuk dihayati oleh masyarakat Malaysia. Perkara-perkara
yang menyentuh isu-isu bahasa, agama kedudukan istimewa

Sarjana Muda Pengajaran xiii


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

bumiputera dan kewarganegaraan dalam Perlembagaan Malaysia


adalah faktor penting dalam mewujudkan hubungan etnik di
kalangan rakyat Malaysia. Perkara-perkara yang dianggap
menguntungkan orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia
perlu diimbangi dengan peruntukan lain yang juga memberi
kelebihan kpd bukan bumiputera .
Dalam proses perundingan mencapai kemerdekaan,
Inggeris mensyaratkan bahawa kemerdekaan akan hanya
diberikan sekiranya rakyat negara ini bersatu padu dan
berkerjasama. Sebelum pilihanraya, MCA dan MIC bukanlah parti
politik tapi lebih bermotifkan menjaga kebajikan dan kepentingan
kaum masing-masing. Pelawaan orang Melayu kepada kaum
imigran Cina dan India membentuk persepakatan menggambarkan
sifat keterbukaan dan sedia berkorban, rela kongsi kuasa dan
bertoleransi demi perpaduan. Dalam usaha mengekalkan
keharmonian, perpaduan dan ketenteraman negara inilah maka
Perlembagaan diwujudkan dengan mengambilkira semua hak dan
isu dari semua pihak. Perlembagaan Negara telah digubal dengan
mencakupi pelbagai perkara bagi menjaga hubungan antara etnik
di Malaysia.

Menurut Perlembagaan, setiap rakyat Malaysia mempunyai


kesamarataan hak sebagaimana ditegaskan oleh Perkara 8 dalam
Perlembagaan Malaysia. ‘Semua orang adalah sama rata di sisi
undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama
rata di sisi undang-undang’. Kecuali sebagaimana yang dibenarkan
dengan nyata oleh Perlembagaan ini tidak boleh ada diskriminasi
terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras,
keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-

Sarjana Muda Pengajaran xiv


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau


pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam
pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan
dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau
berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan apa-apa
pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan’.
Peruntukan Perlembagaan ini amat bermakna dalam hubungan
etnik di Malaysia di mana semua etnik diberikan hak kesamarataan
hak tanpa sebarang diskriminasi di sisi undang-undang. Walaupun
kaum Melayu dan Bumiputera merupakan penduduk asal dan
majoriti, namun etnik lain tetap diberikan hak yang sama asalkan
mereka merupakan warganegara Malaysia..

Perlembagaan menerusi Perkara 10 menekankan mengenai


kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan. Bilangan 1
menyatakan ‘tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)—(a) tiap-tiap
warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan
tanpa senjata; (c) semua warganegara berhak untuk membentuk
persatuan’. Ia jelas menyatakan kebebasan berkenaan namun
terikat kepada Fasal (2), (3) dan (4) di mana Parlimen boleh
mengenakan sekatan ke atas mana-mana hak berkenaan
sekiranya didapati ia boleh menjejaskan keselamatan negara,
hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam
atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk
melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan
Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang
penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan.
Antara sekatan yang biasa ialah melalui I.S.A (Internal Security

Sarjana Muda Pengajaran xv


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Act) atau Akta Keselamatan Dalam Negeri. Tujuan asalnya adalah


murni iaitu untuk menjamin keselamatan dan keharmonian negara
khasnya hubungan etnik dan menghapuskan aktiviti komunisme.
Namun begitu, pelaksanaannya adakala cenderung mengikut
kepentingan politik parti pemerintah dan sering jua ia menimbulkan
sedikit perbalahan bukan sahaja antara etnik bahkan sesame etnik
seperti isu Hindraft, Operasi Lalang dan seumpamanya.

Kebebasan beragama dinyatakan melalui Perkara 11 iaitu


‘Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya
dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya’. Selain itu,
‘Tiap-tiap kumpulan agama berhak - (a) menguruskan hal ehwal
agamanya sendiri; (b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-
institusi bagi maksud agama atau khairat; dan (c) memperoleh dan
mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut
undang-undang’ . Semua pernyataan ini menunjukkan toleransi di
dalam mengamalkan agama di Malaysia. Bagaimanapun, undang-
undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat
pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di
kalangan orang yang menganuti agama Islam. Jelas di sini,
perlembagaan telah mengambil kira semua aspek khasnya
mengenai sensitiviti orang Melayu/Islam mengenai penyebaran
agama lain dan hak kepada bukan Islam untuk mengamalkan
agamanya dalam mengekalkan keharmonian etnik di Malaysia.

Perkara 12 berkaitan dengan hak mengenai pendidikan


menegaskan tanpa menjejaskan keluasan Perkara 8, tidak boleh
ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata
atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir dalam
memberi bantuan mengenai perkara-perkara pendidikan. Selain itu,

Sarjana Muda Pengajaran xvi


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

bil. 3 pula menegaskan ‘tiada seorang pun boleh dikehendaki


menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam
apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama,
selain agamanya sendiri’ . Penegasan di dalam Perlembagaan
mengenai kepentingan hak keagamaan ini memberi kesan besar
dalam mengekalkan hubungan baik antara etnik di Malaysia.
Secara umumnya diakui bahawa kaum bukan Bumiputera
khasnya Cina mempunyai penguasaan besar ke atas ekonomi
negara. Penduduk asal dan majoriti iaitu orang Melayu pula hanya
menguasai kurang 25% ekonomi negara namun tidak berlaku
sebarang kekacauan atau khianat mengenai perkara berkenaan.
Perkara 13 menegaskan hak mengenai harta iaitu ‘tiada seorang
pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang’
dan ‘tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan
atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang
memadai’.. Perlembagaan jelas memberikan hak kebebasan
mencari rezeki tanpa apa-apa sekatan (walaupun terdapat sedikit
keistimewaan kepada Bumiputera mengikut kontrak sosial yang
dipersetujui)ini kepada setiap orang tanpa mengira etnik di
Malaysia. Ia jelas menyumbang kepada ketenteraman dan
keharmonian kaum di negara kita.

(ii) Kontrak sosial dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.

Pelbagai teori kontrak sosial telah dikemukakan seperti pandangan


ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes dan John Locke
bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama di
mana setiap individu itu bersetuju kepadanya. 1 Kontrak ini bererti individu-
1
Syed Ahmad Hussein(1994), Pengantar Sains Politik, Kuala Lumpur : USM, hal. 189

Sarjana Muda Pengajaran xvii


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk


memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa
dan berdaulat.
Kontrak sosial di Malaysia merupakan satu istilah permuafakatan
antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di
kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina
dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan
dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan
MIC. Antara pemimpin utama yang terlibat adalah Tunku Abdul Rahman
(UMNO), Tun Tan Cheng Lock (MCA) dan Tun Sambanthan (MIC). Istilah
kontrak sosial sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan
1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam
sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan
negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara.
Jika dikaji juga, sebenarnya kontrak sosial merupakan watikah
asas keadilan sosial untuk negara. Keadilan sosial yang terkandung
dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi
tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu, kontrak
sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk
menegakkan keadilan sosial di negara ini. 2 Pengajaran utama yang harus
dipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1960
kerana mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam
Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Malaysia merupakan suatu
bentuk tolak ansur yang ulung dengan setiap kumpulan memberi sesuatu
dan kembali mendapat sesuatu (yang lain).
Beberapa peruntukan yang digubal dalam perlembagaan
mengekalkan beberapa elemen penting yang menjadi tradisi sejak zaman

2
Ahmad Mohd Ibrahim (Prof. Tan Sri Datuk), “Prinsip-Prinsip Perlembagaan Islam dalam
Perlembagaan Malaysia“, dalam Seminar Persidangan Pemerintahan Islam, anjuran IKIM pada
17 dan 18 Ogos 1995

Sarjana Muda Pengajaran xviii


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

sebelum penjajahan British lagi memandangkan peranan yang dimainkan


dalam menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara
Malaysia yang berbilang kaum.
“Orang Melayu sedia memberikan hak-hak munasabah dan patut
kepada orang-orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan
pengorbanan yang begitu banyak kepada bangsa-bangsa bukan Melayu.
Belum ada satu bangsa anak negeri yang berbudi sebegitu tinggi seperti
yang diperbuat oleh orang Melayu. Sesungguhnya ada jaminan hak-hak
istimewa Melayu dalam perjanjian persekutuan tetapi ia tidak sekali-kali
mencegah dan menyekat bangsa-bangsa yang bukan Melayu daripada
mencapai kesenangan dan kejayaan, dan lagi sehingga sekarang hak-hak
istimewa Melayu itu masih belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf
di antara orang Melayu dengan bukan Melayu.”
Tunku Abdul Rahman
Malaya Merdeka, 26 April 1956
Berdasarkan kenyataan Bapa Kemerdekaan kita tersebut, jelaslah
ianya merupakan suatu tolak ansur antara pengorbanan bangsa Melayu
dalam memberikan kerakyatan kepada kaum pendatang dan perakuan
mereka ke atas hak-hak keistimewaan orang Melayu.
Jelaslah, Kontrak sosial adalah anak kunci kepada hubungan
kaum/etnik sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan. Tanpa
kontrak soial, mungkin negara tidak dapat mencapai kemerdekaan dan
Perlembagaan tidak akan wujud. Kontrak sosial juga menjadi asas kepada
sistem pemerintahan yang menjadikan kita negara Demokrasi
Berparlimen dengan Raja Berperlembagaan.

Penutup

Sarjana Muda Pengajaran xix


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Dalam usaha mengekalkan kestabilan politik serta sistem


pemerintahan negara yang cekap tidak dapat tidak sesebuah negara
memerlukan perlembagaannya sendiri. Dalam hal ini, hakikat yang perlu
kita terima adalah Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai
berbilang etnik dan keperluan kepada perlembagaan menjadi begitu
ketara. Ia diperlukan untuk mewujudkan suatu rangka politik, ekonomi dan
sosial yang dapat memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan
negara

Tanpa suatu perlembagaan yang mantap, Malaysia mungkin telah


lama hancur dan berpecah belah seperti yang dialami oleh banyak negara
di dunia ini mempunyai pelbagai etnik. Adalah penting bagi generasi kini
benar-benar memahami perkara yang tersurat dan tersirat di sebalik
perlemabagaan negara.

Mereka juga perlu diingatkan bahawa kontrak sosial yang telah


dipersetujui oleh generasi terdahulu telah memberi keseimbangan hak
setiap kaum di Malaysia bagi menjamin keamanan negara terus
berkekalan

BIBLIOGRAFI

Ahmad Ibrahim, Ahilemah Joned. (1992). Sistem Undang-undang di Malaysia.


Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sarjana Muda Pengajaran xx


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Mohamed Suffian, Tun. (1990). Pengenalan Sistem Undang-Undang Malaysia.


Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Ranjit Singh Malhi, Dr.(2005). Pengajian Am, Kenegaraan Malaysia. Kuala


Lumpur. TQM Consultancy Sdn. Bhd.

Seng, Wong Khek, Kee, Kok Meng, Aminah Hj Sabran. (2005). Pengajian Am
Kertas 1 dan 2 STPM. Petaling Jaya. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ramli Ismail (2000). Malaysia Kita. Petaling Jaya. Internasional Law Book
Sdn. Bhd.

Wheare, K.C., (1993). Perlembagaan Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa


dan Pustaka,

Kontrak Sosial – Kembali Memahahami Sejarah. [online]


http://pmr.penerangan.gov.my/

Memahami Kontrak Sosial dan Kedudukannya Menurut Perlembagaan. [online]


http://syafiqe.wordpress.com/

Perlembagaan Sebagai Suatu Pernyatan Bersejarah dan Tradisi Negara. [online]


http://www.cyber-matrix.com/Txt2Htm.htm

Sarjana Muda Pengajaran xxi

Вам также может понравиться