Вы находитесь на странице: 1из 5

Analisis SWOT

Positif Negatif
(positive) (negative)

Dalaman Kelemahan
Kekuatan
(internal) (weaknesses)
(strengths)

Luaran Peluang Ancaman


(external) (opportunities) (threats)

Apakah Itu Analisis S.W.O.T ?????

SWOT adalah salah satu teknik analisis organisasi untuk mengetahui bagaimana keadaan
organisasi yang berkaitan pada masa sekarang serta bagaimana pula dengan keadaaan yang
akan dihadapi pada masa hadapan dengan mempertimbangkan faktor-faktor kekuatan,
kelemahan, peluang dan ancaman.
Analisis SWOT adalah suatu kaedah penyusunan strategi yang dilakukan oleh seseorang
dalam sesebuah organisasi.

Menurut Rangkuti dan Freddy (2000), analisis SWOT adalah satu proses mengenalpasti faktor
luaran dan faktor dalaman yang mempengaruhi sesuatu tindakan atau perlaksanaan suatu
strategi yang akan dilakukan oleh sesebuah organisasi dalam mencapai matlamat, visi dan misi
organisasi.

Stephen, Pelayanan, Mary dan Robbins Coulter (1999, 229) mendefinisikan analisis SWOT
adalah suatuanalisis organisasi dengan menggunakan kekuatan, kelemahan,
kesempatan serta ancaman dari lingkungan.

KOMPONEN SWOT

Contoh analisis SWOT bagi perniagaan kedai kek....

1. Kekuatan (strengths)

Kekuatan merujuk kepada kelebihan, keistimewaan atau kebolehan yang dimiliki oleh sesebuah
organisasi itu senduri yang tidak ada pada organisasi lain. Kekuatan ini akan memberi
kemampuan bersaing kepada organisasi tersebut. Contoh soalan untuk mengetahui kekuatan
sesebuah organisasi ialah :

i. Apakah kelebihan yang dimiliki oleh syarikat kita berbanding syarikat lain ?
ii. Apakah yang boleh kita lakukan yang orang lain tidak boleh lakukan ?
iii. Apakah perkara yang membolehkan pelanggan setia dengan produk kita ?
iv. Bidang apa yang kita mahir atau pakar ?

Menawarkan Pelbagai Jenis Kek


Ia adalah merupakan satu-satunya kedai yang menawarkan pelbagai jenis kek kepada
pelanggan. Dengan ini pelanggan akan dapat merasai pelbagai rasa kek yang sedia ada dan
baru. Pelbagai pilihan yang menarik dengan bentuk yang kreatif hasil daripada perbincangan
dengan rakan sekerja.

Pentadbiran Organisasi Yang Kukuh


Kekuatan dalam pentadbiran perniagaan kerana setiap pekerja telah diberi tugas untuk
menjalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam melicinkan aktiviti perniagaan.
Peranan yang telah dimaklumkan dan difahami oleh setiap pekerja semasa memulakan
pekerjaan menjadi kekuatan utama dalam mengurus perniagaan.

Menawarkan Harga Yang Kompetitif


Harga yang ditawarkan bagi setiap produk adalah kompetitif. Harga diletakkan berdasarkan
kepada kandungan bahan yang digunakan dan melihat keadaan pasaran semasa. Harga yang
ditawarkan juga adalah sama dengan pesaing yang ada di kawasan sekitar.

Lokasi Yang Strategik


Lokasi perniagaan adalah strategik iaitu terletak di tengah-tengah bandar dan dikelilingi oleh
sekolah, pejabat kerajaan, swasta dan juga berhampiran dengan kawasan perumahan. Jadi,
pelanggan akan sentiasa ada untuk membeli produk yang ditawarkan kerana kek merupakan
salah satu makanan yang boleh mengenyangkan dan menarik pelanggan.

2. Kelemahan (weaknesses)
Kelemahan merupakan keadaan perniagaan atau syarikat dalam menghadapi pesaing yang
mempunyai keterbatasan dan kekurangan serta kemampuan dalam menguasai pasaran,
sumber serta kepakaran. Kelemahan yang dimaksudkan dalam sesebuah perniagaan ialah
keterbatasan atau kekurangan dari aspek sumber termasuklah sumber tenaga, kepakaran dan
bahan mentah, kemahiran dan kemampuan yang menjadi penghalang utama bagi penampilan
prestasi organisasi yang memuaskan.

Tidak Mempunyai Pelanggan Tetap


Pada permulaan perniagaan dijalankan sudah menjadi lumrah bahawa pelanggan masih lagi
tidak mengetahui tentang kelebihan produk yang ditawarkan. Oleh itu, pemilik dan pekerja perlu
berusaha dengan lebih giat untuk mendapatkan pelanggan dan seterusnya menjadi pelanggan
tetap perniagaan.

Kurang Dikenali
Perniagaan Heaven of Cake merupakan perniagaan yang kurang ternama jika dibandingkan
dengan perniagaan pesaing lain seperti Secret Resepi, Muhibbah dan lain-lain. Ini kerana ia
merupakan perniagaan baru dan perlu giat menjalankan promosi untuk menarik pelanggan
supaya dapat menembusi pasaran dan pesaing yang ada.

3. Peluang (opportunities)
Peluang-peluang yang wujud memberi potensi kepada perniagaan untuk berkembang.
Perkembangan perniagaan atau organisasi boleh dilakukan melalui penemuan baru atau
inovatif yang dikenalpasti dalam pasaran. Perubahan pasaran menawarkan pelbagai peluang
untuk di manfaatkan dalam perniagaan. Ini menjadikan perniagaan lebih kompetitif berbanding
pesaing utama serta boleh bergerak dalam pasaran baru.

Peluang Perniagaan Untuk Dikomersialkan


Perniagaan ini juga dijangka akan dapat dikomersialkan seperti perniagaan lain di pasaran. Ia
berhubungan dengan kek merupakan makanan yang menjadi permintaan ramai tidak kira
golongan dan peringkat umur. Imej perniagaan akan diperkenalkan kepada umum untuk
menarik minat pelanggan.

Mempelbagaikan Produk
Produk yang ditawarkan akan ditambah seperti mempelbagaikan lagi jenis kek dan menambah
produk seperti roti, cup cake, dan makanan dingin beku seperti karipap segera dan sebagainya.
Dengan mempelbagaikan pilihan produk akan meningkatkan lagi keuntungan yang diperoleh.

Perkembangan Secara Online


Perniagaan online yang semakin mendapat perhatian adalah satu peluang kepada perniagaan
untuk terus berkembang. Pelanggan boleh melayari laman sesawang yang disediakan untuk
mereka membuat tempahan dengan cepat atau melihat produk terkini yang ditawarkan.

4. Ancaman (threats)
Ancaman ialah sebarang kemungkinan yang melibatkan faktor-faktor luaran yang boleh
menganggu pergerakan dan kemajuan organisasi. sesuatu perubahan persekitaran luaran juga
boleh memberi ancaman kepada organisasi, syarikat atau perniagaan. Ancaman merupakan
suatu keadaan yang mengancam dari luaran organisasi.

Analisis ancaman lebih ke arah menilai apakah halangan yang bakal ditempuhi kelak. Dalam
analisis SWOT, ancaman merujuk kepada pengurusan risiko. Secara tidak langsung kita dapat
menentukan jalan terbaik bagi mengatasi sesuatu masalah atau halangan yang timbul. Dengan
adanya analisis ini, sesuatu perancangan dapat berjalan dengan lancar dan sesebuah
organisasi perlu mengenal pasti serta menyenaraikan ancaman serta faktor penghalang
kejayaan.

Pesaing baru
Perniagaan ini juga akan bersaing dengan pasaran baru jika pasaran ini wujud dan berjaya.
Pesaing baru yang memasuki pasaran merupakan ancaman kepada perniagaan. Di sini
pelbagai strategi perlu diwujudkan bagi memastikan Heaven of Cake tetap menjadi pilihan
utama pelanggan.

Kuasa Dan Kekuatan Pesaing Yang Ada


Persaingan dengan perniagaan yang mengeluarkan produk yang sama merupakan ancaman
yang dihadapi. Pesaing yang telah lama berada di pasaran mempunyai pelbagai strategi untuk
memantapkan perniagaan mereka. Nama perniagaan yang telah dikenali umum menyebabkan
persaingan sengit kepada Heaven of Cake untuk memasuki pasaran yang ada.

Contoh analisis SWOT Apple...

Вам также может понравиться

  • Bentuk Bentuk Struktur Organisasi
    Bentuk Bentuk Struktur Organisasi
    Документ11 страниц
    Bentuk Bentuk Struktur Organisasi
    Izzah Azizah
    Оценок пока нет
  • Kolej Komuniti YPJ Johor Bahru (K04002
    Kolej Komuniti YPJ Johor Bahru (K04002
    Документ12 страниц
    Kolej Komuniti YPJ Johor Bahru (K04002
    نورشيلا عبدول مالك
    Оценок пока нет
  • Paperwork
    Paperwork
    Документ13 страниц
    Paperwork
    نورشيلا عبدول مالك
    Оценок пока нет
  • Organization Framework
    Organization Framework
    Документ1 страница
    Organization Framework
    نورشيلا عبدول مالك
    Оценок пока нет
  • Tagging
    Tagging
    Документ2 страницы
    Tagging
    نورشيلا عبدول مالك
    Оценок пока нет
  • Cara
    Cara
    Документ8 страниц
    Cara
    نورشيلا عبدول مالك
    Оценок пока нет
  • Cara
    Cara
    Документ8 страниц
    Cara
    نورشيلا عبدول مالك
    Оценок пока нет
  • Dokumen Email
    Dokumen Email
    Документ2 страницы
    Dokumen Email
    نورشيلا عبدول مالك
    Оценок пока нет
  • BDX Auto
    BDX Auto
    Документ8 страниц
    BDX Auto
    نورشيلا عبدول مالك
    Оценок пока нет
  • Faizal Tahir
    Faizal Tahir
    Документ1 страница
    Faizal Tahir
    نورشيلا عبدول مالك
    Оценок пока нет
  • Analisis SWOT
    Analisis SWOT
    Документ5 страниц
    Analisis SWOT
    نورشيلا عبدول مالك
    Оценок пока нет
  • BDX Auto
    BDX Auto
    Документ8 страниц
    BDX Auto
    نورشيلا عبدول مالك
    Оценок пока нет
  • Inventory Control
    Inventory Control
    Документ4 страницы
    Inventory Control
    نورشيلا عبدول مالك
    Оценок пока нет