You are on page 1of 1

Doktor Ramlah

Ramlah ialah seorang doctor. Beliau bertugas di sebuah hospital kerajaan di kuala
Lumpur. Ramlah ialah seorang doctor yang berdedikasi dan suka menolong orang.
Ramlah berasal dari Negeri Melaka. Beliau dilahirkan pada 19 Mei 1972 di Kampung
Lubuk Laut. Ramlah merupakan anak sulung daripada tiga orang adik-beradik. Encik Shazal
bin Mazir, bapa Ramlah merupakan seorang penarik beca. Emak Ramlah pula telah
meninggal dunia semasa beliau berusia empat tahun lagi.
Sebagai anak sulung, Ramlah terpaksa memikul tanggungjawan yang berat. Beliau telah
diasuh agar berdikari sejak kanak-kanak lagi. Selain belajar, Ramlah terpaksa menyediakan
makanan, minuman, dan keperluan persekolahan adik-adiknya swaktu ayahnya pergi
bekerja. Pada waktu petang, Ramlah mengambil upah menyediakan nasi lemak kepada Mak
Cik Kalthom. Duit upah yang diperolehinya digunakan untuk menampung perbelanjaan
persekolahannya.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah kebangsaan Batu Empat. Sejak di bangku
sekolah lagi, beliau telah menunjukkan kepintaran dan tekadnnya untuk belajar. Beliau
sanggup berjalan kaki sejauh empat kilometer untuk ke sekolah. Berkat usaha dan kerajinan
Ramlah akhirnya membuahkan hasil. Beliau telah ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan
pelajaran dalam bidang kedoktoran di salah sebuah univerisit tempatan.
Selepas enam tahun belajar, Ramlah akhirnya Berjaya mencapai cita-citanya untuk
menjadi seorang doktor. Beliau ingin membantu orang-orang miskin yang memerlukan
rawatan.