Вы находитесь на странице: 1из 1

Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di

hadapan dan juga di belakang rumah kita. Mendepani arus era globalisasi ini, sama
ada kita sedar atau tidak, kehidupan berjiran dalam kalangan masyarakat semakin
meluntur. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa jiran sepakat membawa
berkat. Jadi, masyarakat hendaklah sentiasa mengamalkan hidup berjiran dalam
kehidupan seharian. Persoalan yang bermain di benak fikiran kita, apakah
kepentingan hidup berjiran?

Antara kepentingan hidup berjiran ialah jiran merupakan bantuan ketika


kecemasan. Hal ini dikatakan demikian kerana jiran merupakan orang yang paling
hampir dengan kita. Dalam konteks ini, kita akan meminta pertolongan daripada jiran
untuk membantu semasa berlaku kecemasan. Sebagai contoh, kita meminta
bantuan daripada jiran kita untuk menghantar kita ke hospital kerana telah
menghidap sesuatu penyakit. Impaknya, jiran kita akan berlapang dada untuk
membantu kita jika kita mengamalkan kehidupan berjiran. Tegasnya, jiran sebagai
bantuan ketika kecemasan ialah kepentingan hidup berjiran.

Di samping itu, kepentingan hidup berjiran ialah kes jenayah akan


berkurang. Hal ini dikatakan demikian kerana jiran akan melibatkan diri dalam
aktiviti sosial. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan Rakan Tetangga, jiran setempat
dapat bekerjasama mengawasi keselamatan kawasan tempat tinggal. Hal ini
sinonim dengan peribahasa Melayu bagai aur dengan tebing. Kesannya,
Pertubuhan Rakan Tetangga dapat mengelakkan berlakunya kes jenayah yang tidak
diingini seperti membunuh dan merompak. Intihanya, kes jenayah berkurangan ialah
kepentingan hidup berjiran.
`

Tambahan pula, kepentingan hidup berjiran ialah budaya tolong-menolong


akan dipertingkatkan. Hal ini dikatakan demikian kerana jiran akan menyertai
aktiviti yang dianjurkan oleh komuniti. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh dijalankan
ialah aktiviti gotong-royong yang akan membersihkan kawasan kediaman dan
taman. Kesannya, semua penduduk setempat dapat menjalinkan hubungan mesra
sesame jiran. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan
bahawa tak kenal maka tak cinta. Jelaslah, budaya tolong-menolong akan
meningkat ialah kepentingan hidup berjiran.

Akhirulkalam, semua pihak hendaklah berganding bahu dan bersinergi ibarat


berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Langkah-langkah yang dilaksanakan
perlulah bersungguh-sungguh bak mutiara kata genggam bara api biar sampai
jadi arang agar usaha ini bukan sekadar melepaskan batuk di tangga malahan
menjadikan usaha-usaha ini sebagai pendorong untuk masyarakat berjaya dalam
kemajuan sosial.

Вам также может понравиться