Вы находитесь на странице: 1из 4

TIPS TEMUDUGA SPP

1. Apakah nama jawatan yang anda temuduga ini?

2. Apakah kaedah yang anda gunakan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran?(Soalan
ini boleh dikatakan wajib, setiap calon perlu huraikan 1 kaedah yang digunakan dalam
PNP.Oleh itu ulangkaji Ilmu Pendidikan supaya bersedia dengan jawapan dan teori yang
betul)

3. Apakah yang anda faham mengenai Falsafah pendidikan Negara?-adaptasi ke pdp Dasar
pendidikan

4. Apakah maksud KSSR, LINUS, 1M1S , rimup?

5. Apakah MBMMBI, PBS, SAPS,SPPBS?

6. Sekolah berprestasi tinggi.

7. NKRA Pendidikan

8. RMK 10 Pendidikan

9. Maklumat baru: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 3 gelombang

10. Memahami Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 11 anjakan. (BARU) Transformasi


pendidikan Negara

11. PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM) lima aspirasi pendidikan negara
(Akses, Kualiti, Ekuiti, Perpaduan, dan Kecekapan)

12. Kementerian Pelajaran Malaysia telah digabungkan dengan Kementerian Pengajian Tinggi
dan ditukar nama ke Kementerian Pendidikan Malaysia

13. KABINET Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan negeri ,JPN

14. Isu PBS (Sila Jawab dengan Profesional)

15. MMI Melindungi Masa Instruksional (NEW 2014)

16. Rukun Negara

17. sejarah negara

18. 6 aspirasi murid , enam ciri utama pelajar untuk bersaing di peringkat global iaitu
(Pengetahuan, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Memimpin, Kemahiran Dwibahasa, Etika
dan Kerohanian, dan Identiti Nasional).

19. GST, masalah jerebu, cuaca panas, isu-isu politik terkini serta isu-isu antarabangsa.
membaca akhbar tempatan untuk tahu isu semasa

20. lesson plan atau RPH praktikum AKTIVITI micro teaching CONTAIN KNOWLEGDE
21. panggilan YB, YAB, YDihormati, YBerbahagia. Sekiranya pegawai SPP dijemput ke sesuatu
majlis, gelaran apa nak pakai.

22. Cara2 tarik minat pelajar utk cintakan sejarah,

23. Kelas Abad ke-21, I-think, Vle Frog,

24. PBS, KBAT, dlp, plc

25. ambik tau jugak psl U

26. Tema Hari Guru, maal hijrah , kenapa 16mei dipilih sbg hari guru

27. 3. How to motivate students who doesn't like KO-KO ;Cara nk naikkan pencapaian sukan kt
skolah

28. What is effective learning..

29. OPS (secondary school)

30. UNESCO

31. Apa ITU professionalism keguruan

32. Cara menarik minat murid-murid utk pergi sekolah/mengikuti PDP

33. Pedagogi/pendekatan/kaedah dlm mengajar murid Prasekolah

34. Aktiviti istimewa yg pernah Anda laksanakan/sumbangan kpd sekolah sebelum


ini(Praktikum/internship)

35. Harapan Anda sekiranya berjaya menjadi guru Prasekolah

36. Cuba bilang tahun yg Anda akn bersara Nnti

37. Fungsi spp

38. Aktvt nk tingkatkan proficiency guru n budak

39. Aktiviti rentas pelajaran

40. Aktiviti yg tk perlu guna bajet yg banyak utk teach english

41. Why do you want to be a teacher

42. What aktiviti to give to student during holiday

43. Etika seorang guru

44. Cara mengatasi kes kecurian kt skolah

45. Rasuah mkin berleluasa. Cara mengatasi kes rasuah . Kesan .


46. Bg pndpt knape populasi prmpuan lebih rmai dr lelaki di universiti? Mcm mana nk atasi?
Apa yg akn berlaku klau prmpuan lebih rmai?

47. * mcm mana nk encourage english kt skolah sbgai cikgu libry? Mcm mana nk tmbh buku
english dgn bajet tak ckup.

48. * cara mengajar english menggunakan kemahiran membaca alquran

49. * belajar english dlm seni tarian n nyanyian mengenai nature / environment

50. rukun negara masih relevan atau tidak (hurai satu saja sebab masih ada calon lain)

51. jika dihantar ke luar negara, negara mana yg awk pilih utk mengajar (soalan diluar kotak)

52. bajet 2016 (fokus bab pendidikan)tema bajet

53. isis, syiah, berita dunia islam masa kini

54. fpk & fpi

55. beza pendidik&pengajar

56. maksud pendidikan berterusan

57. cabaran guru harini, isu buli, guru duka lara

58. bmi

59. refleksi yg naik

60. strategi laut biru

61. persidangan asean

62. Tranformasi kurikulum = KSSM 2017 Kurikulum


Standard:Bahan,Kerangka,Organisasi,Kandungan,Pengurusan
Kurikulum,Pentaksiran.Pedagogi,Peruntukan masa

63. Fahami kerangka KSSM:Sains dan Teknologi,Komunikasi,Kerohanian, sikap dan


nilai,Kemanusiaan,Ketrampilan diri,Perkembangan fizikal dan estetika,Pembaharuan
Kurikulum

64. Aspek kurikulum: Kandungan, Pedagogi, Pentaksiran,

65. Memahami maksud pembelajaran secara mendalam

66. Pendekatan inkuiri : Aplikasi KBAT, Penyelesaian masalah dan membuat keputusan

67. Dokumen kurikulum: DSKP = Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran,SK = Standard
Kandungan,SP = Standard Pembelajaran,SPi = Standard Prestasi
Slot etika pemakaian
Untuk slot ini, ia akan bertanya secara menyeluruh pengetahuan calon mengenai peraturan dan
etika pemakaian sebagai seorang guru. Kena tahu saiz standard tanda nama (berapa ukurannya,
jumlah huruf maksimum yang dibenarkan, dan warna apa). Perlu tahu dari mana sumber rujukan
bagi peraturan etika pemakaian ini. Jawapannya boleh dirujuk di laman web SPP.Anda juga akan
ditanya tentang perbezaan blazer lelaki dan perempuan, dan bagaimana ciri blazer itu sendiri; iaitu
perlu ada poket di dalam. Anda juga akan ditanya kenapa perlu pakai kasut berwarna hitam. Kenapa
guru perlu mengikut etika pemakaian. Semua ini akan disoal dalam slot ini. Apa yang penting, tenang
dan jawab dengan jujur. Kalau tak tahu, cakap saja tak tahu. Jangan menggoreng jawapan
anda.Kalau ikut pengalaman saya dulu, slot ini berlangsung selama hampir 30 minit dan kami perlu
berdiri sepanjang slot ini.

Slot bidang kursus pengajian


Anda akan diminta duduk sebaik slot ini dijalankan. Sebelum duduk, pastikan anda buka butang
blazer. Kalau tak buka, pasti anda akan ditegur nanti.Bagi slot ini, ia akan menyentuh soalan-soalan
berkaitan bidang kursus anda. Soalan-soalan berkaitan bagaimana Pdp berkesan akan ditanya nanti.
Soalan yang akan ditanya lebih berbentuk soalan KBAT yang bermaksud, ia memerlukan anda untuk
berfikir dan mengaplikasikannya dalam pengajaran anda.Sebagai contoh seperti saya dulu, saya
ditanya soalan bagaimana untuk mengaplikasikan Rukun Negara kedua iaitu Kesetiaan kepada Raja
dan Negara ke dalam pengajaran Reading di kelas. Bagaimana untuk menjalankan aktiviti di kelas,
supaya para pelajar dapat menyelami Rukun Negara kedua itu. Jangan harap soalan straight to the
point seperti, apakah nama Menteri Pendidikan Malaysia, atau soalan seperti apakah maksud KBAT
dan I-Think. Soalan sebegitu takkan ditanya nanti. Ia lebih bersifat soalan berfikir daripada soalan
menghurai fakta dan angka! So, its not easy anyway.

Slot soalan pengetahuan am


Bagi slot ini, ia akan dikendalikan oleh panel kedua temuduga. Dalam slot ini, anda akan ditanya
mengenai apa-apa sahaja soalan am sama ada berbentuk umum atau mungkin juga politik. Jika ia
bersifat politik, pastikan anda menjawab dengan berhemah. Ingat, anda nak kerja dengan kerajaan,
jadi jawapan pun kenalah bersifat berhemah.Mungkin anda akan ditanya soalan seperti GST, PPSMI,
PIBG, atau apa sahaja isu-isu semasa yang sedang berlaku. Untuk slot ini ia agak santai. Apa yang
penting, anda harus tenang dan bijak menjawab soalan. Tak perlu tergopoh gapah nak menjawab.
Just relax.

Slot penutup
Selepas itu, panel ketiga temuduga akan memberi komen mengenai buku-buku RPH yang
diperiksanya. Dengar sahaja komennya dan jangan beri apa-apa ulasan anda. Angguk sahaja dan
jangan bangkang. Memang beliau akan mengkritik dan memberi komen yang mungkin kadangkala
pedas. Tetapi, biarkan sahaja kerana memang kita banyak kelemahan sewaktu praktikum dahulu.

Вам также может понравиться