Вы находитесь на странице: 1из 2

Laporan Perlaksanaan Latihan Kebakaran Siri Pertama SK Hutan Percha

Laporan Pelaksanaan Latihan Kebakaran Kali Pertama

Peringkat Sekolah Tahun 2014

1. Tarikh : 25 March 2014

2.Masa : 9.15 pagi hingga 9.55 pagi

3.Tempat :Padang SK Hutan Percha

4.Dikendalikan oleh :Unit HEM Sekolah

5.Jumlah penyertaan Murid :142 orang

6.Jumlah penyertaan Warga Pendidik :22 orang

8.Senarai Aktiviti Utama : Latihan Kebakaran .

: Taklimat Penggunaan Alat Pemadam Api

9.Aktiviti sokongan :Aktiviti Demonstrasi Penggunaan Alat

Pemadam Api.

10.Cadangan/Ulasan :Latihan kebakaran berjalan lancar.

10.1 Pada 25 Mac yang lalu Sekolah Kebangsaan Hutan Percha telah menjalankan
latihan kebakaran siri pertama. Latihan bermula jam 9.00 pagi dan berakhir sekitar jam 9.55
pagi. Latihan kebakaran merupakan aktiviti yang disediakan pada setiap tahun sebagai
persedian dan latihan sekiranya terjadi insiden kebakaran sekolah. Pada tahun ini, pihak
sekolah rendah telah merancang untuk mengadakan dua siri latihan kebakaran. Semua
warga SK Hutan Percha terlibat dalam aktiviti ini. Tujuan utama program ini dijalankan untuk
memberikan kesedaran kepada warga sekolah cara bertindak apabila berlaku sesuatu
kebakaran.

Latihan kebakaran ini juga diadakan bertujuan untuk melatih murid-murid bersedia
semasa berlaku kebakaran atau kecemasan di sekolah. Setelah loceng panjang dibunyikan,
semua murid bergegas ke tempat yang ditetapkan untuk berkumpul iaitu padang sekolah.
Guru Penolong Kanan HEM telah meminta guru-guru mengawal murid-murid ketika latihan
kebakaran dijalankan. AJK Disiplin telah memastikan semua murid berkumpul dan ada pada
tempat yang ditetapkan. Guru kelas masing-masing mengambil kedatangan untuk
memastikan tiada seorang murid pun yang tertinggal dalam kelas atau di dalam bangunan
sekolah. Latihan ini adalah sebahagian daripada program wajib sekolah pada setiap tahun
bagi memastikan murid dan kakitangan SK Hutan Percha sentiasa dalam keadaan bersedia
ketika menghadapi bencana kebakaran. Selain daripada kebakaran, murid-murid
didedahkan dengan kemungkinan-kemungkinan bencana alam yang lain seperti banjir dan
ribut. Tahniah kepada AJK Kebakaran sekolah kerana telah berjaya menjalankan latihan
kebakaran tersebut.

10.2 Cadangan :

Walau bagaimanapun ada beberapa perkara perlu diperbaiki, diantaranya murid-murid di


bilik khas tidak dapat mendengar bunyi loceng yang dibunyikan. Ini menyebabkan mereka
lewat 3 minit daripada masa yang ditetapkan. Pihak sekolah berharap dapat mengatasi
masalah ini sebelum latihan kali kedua dijalankan

11. Panorama Latihan Kebakaran Siri Pertama 2014.

Вам также может понравиться