Вы находитесь на странице: 1из 7

1.

0 PENGENALAN

Cerita rakyat adalah cerita yang berasal daripada masyarakat dan berkembang dalam
masyarakat pada masa lampau yang menjadi cirri khas setiap bangsa yang memiliki kultur
budaya yang beraneka ragam mencakup kekayaan budaya dan sejarah yang dimiliki
masing-masing bangsa.

Menurut Suripan Sadi Hutomo (1991), cerita rakyat boleh ditafsirkan sebagai
ugkapan budaya masyarakat melalui bahasa pertuturan yang secara langsung berkaitan
dengan pelbagai aspek budaya dan struktur sosial masyarakat. Pada masa lalu, cerita
rakyat diwarisi dari satu generasi ke generasi secara lisan.

Menurut Sisyono (2008) pula menyatakan bahawa cerita rakyat ini adalah salah satu
karya sastera yang berupa cerita yang lahir, hidup dan berkembang pada generasi dalam
masyarakat tradisional, baik masyarakat itu telah mengenal huruf atau belum, disebarkan
secara lisan, mengandungi survival, bersifat anonim, serta disebarkan di antara kolektif
tertentu dalam kurun waktu yang cukup lama.

Mengetahui cerita rakyat adalah sebahagian daripada mengenali sejarah dan


budaya sesebuah negara. Secara umum, cerita rakyat menceritakan kejadian, seperti
kejadian alam semesta. Watak-watak dalam cerita rakyat biasanya dipaparkan dalam
pelbagai bentuk, sama ada dalam bentuk binatang, manusia dan tuhan, yang semuanya
dinyatakan sebagai manusia.

Cerita rakyat sangat digemari oleh masyarakat kerana dapat dijadikan sebagai suri
teladan dan penglipur lara, serta bersifat jenaka. Oleh itu, cerita rakyat biasanya
mengandung ajaran budi pekerti atau pengajaran dan hiburan bagi masyarakat. Salah satu
jenis cerita rakyat yang popular sebagaimana klasifikasi para ahli adalah dongeng. Cerita
rakyat lainnya selain dongeng seperti mitos dan legenda

Cerita rakyat biasanya hidup atau pernah hidup dalam masyarakat. Cerita yang
ada di dalamnya tersebar, berkembang atau diturunkan secara lisan dari satu generasai ke
generasai yang yang lebiih muda. Cerita rakyat merupakan sebahagian daripada sastera
bangsa iaitu sastera yang biasanya diungkapkan dalam bahasa sesebuah bangsa dalam
sesebuah daerah. Sebagai contohnya, cerita dari Daerah Bau, biasanya akan diceritakan
menggunkan bahasa Bidayuh kerana Daerah Bau merupakan kawasan masyarakat
Bidayuh. Lain pula jika cerita rakyat tersebut dari semenanjung Malaysia, yang sudah
tentunya akan diceritakan dalam Bahasa Melayu mengikut dialek masing-masing.
2.0 KEBUDAYAAN BIDAYUH

Orang Bidayuh sangat sinonim dengan kawasan pergunungan maka ada satu cerita luar
biasa berlaku pada zaman dahulu di sebuah kampung Bidayuh yang terletak kira-kira 10 km
dari Bandar Bau dekat Gunung Kapow. Penduduk di kampung ini kebanyakannya
petani.Mereka tinggal di gunung tersebut bercucuk tanam padi dan sayuran. Ada juga yang
memelihara ayam dan babi. Dalam masyarakat Bidayuh dahulu, kerja berhuma (tanam padi
bukit) dibuat secara bergotong-royong khasnya bila musim menugal, merumput dan musim
menuai.

Gambar 2.0(a) :Menugal adalah kerja lelaki dan menabur benih dalam lubang tugal
ialah kerja perempuan.

Tuan punya huma akan menyediakan makanan seperti salai, pelanduk, rusa,
burung, pekasam ikan atau daging haiwan liar. Kaum lelaki yang rajin memasang jerat untuk
memerangkap haiwan sebagai hidangan semasa gotong-royong. Selain memasang jerat,
mereka suka juga pergi memburu haiwan liar seperti ayam liar, musang, kancil, dan rusa.

Gambar 2.0(b) : Kirik, tujuan sebenarnya untuk simpan ibu ayam dan anak-anaknya.
Musim menuai adalah musim yang mereka nanti-nantikan kerana bukan sahaja
mereka mendapat hasil titik peluh selama setahun tapi jga untuk ibubapa menelliti dan
memilih calon menantu mereka. Gadis yang buat kerja di sawah dan pandai menganam
tikar atau bakul dianggap sebagai bakal menantu yang boleh membahagiakan rumah
tangga kelak. Lelaki yang boleh menggalas tambok padi yang lebih besar dan pandai
memburu haiwan liar dianggap bakal mejadi idaman oleh kaum ibu sebabai calon untuk
anak gadis mereka. Selepas musim menuai, kaum wanita akan mengumpul kayu api dan
menumbuk padi sehingga cukup bekalan untuk sebulan. Kaum lelaki selain daripada
memburu binatang, mereka akan membaiki atap rumah bocor, menggantikan tiang rumah
yang reput dan mendirikan rumah gawai untuk perayaan Gawai Sowa. Mereka juga
menyediakan buluh unutk membuat pogang (lemang dalam buluh kecil tanpa srung daun
pisang) dan sukuoi (nasi dalam daun).

Gambar 2.0(c) : Daun Manah untuk membungkus sukuoi. Pogang (tengah) ialah nasi pulut
yang dimasak dalam buluh dan serupa dengan lemang kecuali tidak disalut dengan daun
pisang. Sukuoi (kanan) ialah nasi yang dibungkus dengan Daun Manah.

Selepas semua kelengkapan mencukupi mereka akan mengadakan perayaan Gawai


Sowa. Gawai ini biasanya disambut selama 3 hari 3 malam. Pada hari pertama, kaum
wanita akan memasak pogang dan sukuoi yang mencukupi untuk dibawa ke rumah gawai.
Kaum lelaki akan membawa bawal. Paluan gong akan menandakan permulaan perayaan
Gawai Sowa. Selain itu, kumpulan Adat Gawai akan menari mengelilingi bawal. Dayung
borih akan menyanyikan lagi tradisi mereka sambil duduk berayun di atas buaian. Semua
penduduk kampung dijemput hadir dalam perayaan tersebut. Mereka memakai pakaian
tradisional masing-masing. Mereka dijamu makanan yang sedap dan diberi minuman tuak
tapai.
Gambar 2.0(d) : Menyediakan alat kelengkapan untuk bergawai dan kaum lelaki
turun beramai-ramai bergotong-royong mencari bahan hutan
untuk mendirikan rumah gawai.

3.0 CERITA RAKYAT

Berdasarkan pengolahan saya dalam 2.0, cerita rakyat bangsa saya mempunyai perkaitan
dengan perayaan hari gawai di mana cerita ini berlaku semasa hari gawai yang dijalankan
pada bulan Jun.

. Dalam kampung tersebut tinggal seorang anak yatim piatu bersama neneknya di sebuah
pondok buruk. Anak lelaki yang daif ini ingin pergi ke perayaan tersebut namun dia tidak ada
pakaian yang cantik dan tidak dijemput. Neneknya berkali-kali melarang cucunya pergi ke
rumah gawai selepas banyak kali mereka dicaci dihina dan dilabel pemalas kerana
kesempitan hidup. Oleh itu, cucunya itu tiada seorang kawan pun. Selepas merayu
neneknya berulang kali,akhinya dia pergi ke perayaan yang sangat meriah itu. Dia menelan
air liurnya bila melihat tetamu menikmati hidangan yang disajikan. Kehadiran tidak dialu-
alukan, apatah lagi diajak makan, Ketua Gawai membungkus sisa makanan dan tulang
ayam dan member kepadanya sambil menghalaunya keluar dari situ. Setibanya di pondok
using mereka, dengan bangganya dia membukakan bungkusan makanan itu untuk dimakan
bersama neneknya. Neneknya sangat sedih dan terharu melihat sisa makanan itu. Nenek
kasihan melihat layanan buruk terhadap cucunya selama ini.
Pada hari kedua gawai, neneknya memasukkan pakaian merah pada kucing mereka.
Selepas itu ia dikurungkan dalam sangkar. Kira-kira pukul tiga petang, nenek dan cucunya
ini bersama dengan kucing dalam sangkar ini menuju ke rumah gawai.

Setiba di rumah gawai ada penduduk kampung yang sedang menikmati makanan yang
sedap-sedap, ada yang bermain gong, ada yang membuat upacara gawai dan ada yang
berayun di atas buaian. Apabila mereka ternampak nenek dan cucunya membawa sangkar
kucing di atas kepalanya semua mereka ketawa terbahak-bahak.

Ada yang menolaknya dan ada yang meludah muka anak yatim piatu ini. Melihat
kekejaman ini nenek memindahkan sangkar kucing dari kepala cucunya dan
meninggalkanya di situ. Kucing dalam sangkar itu meronta-ronta nak melepaskan diri. Oleh
kerana terlalu seronok melihat gelagat kucing itu, mereka tidak sedar bahawa nenek dan
susunya telah meninggalkan tempat itu. Tidak jauh dari rumah gawai itu, nenek itu
menadahkan tangannya memohon daripada pari-pari dalam gua itu agar malapetaka
menimpa penduduk yang berkelakuan kejam itu. Nenek menyumpah mereka supaya
menjadi batu.

Langit menjadi gelap, angin bertiup dengan kencang, hujan pun turun dengan
lebatnya serta guruh berdengung dan kilat sabung-menyabung di kawasan itu. Banyak
pokok yang tumbang. Pancaran kilat yang kuat telah memecahkan batu di tepi gunung
sehingga terjadinya sebuah lubang besar. Tiba-tiba semua penduduk serta rumah gawai itu
bertukar menjadi batu. Sebab itulah banyak antara batu yang terdapat di kawasan gua ini
menyerupai manusia yang bermain gong, duduk atas buaian dan ada yang menari. Lubang
besar tadi menjadi Gua Pari-Pari.

Nenek dan cucunya sudah lama meninggalkan tempat itu sebelum angin kencang
tadi. Mereka berdua telah pergi dan menetap di pinggir kampung sebelah Gunung Kapow.
Ratusan tahun telah berlalu selepas kejadian itu, ada musimnya kedengaran suara kucing
kepunyaan anak yatim piatu itu mengiaw di Gunung Kapow itu.

Oleh sebab itulah, kaum Bidayuh tidak mahu memakaikan pakaian pada kucing atau
mentertawakannya. Memandang rendah pada anak yatim piatu atau orang yang kurang
berkemampuan adalah suatu yang patut dihindari. Kita sepatutnya membantu orang yang
kurang bernasib baik lebih-lebih lagi orang tua dan yatim piatu. Janganlah merek dihina
dicaci sebab mereka juga ciptaan Tuhan.
LAMPIRAN

Gambar (A) : Memburu haiwan zaman dulu menggunakan parang, lembing


dan buluh sumpitan.

Gambar (B) : Gong dan bahan untuk pemujaan roh padi

Gambar (C) : Roh padi dipercayai berada dalam tambok yang tertutup rapat. Ia
hanya akan dibuka pada malam hari ketiga (terakhir) Gawai.
Gambar (D) : Dayung Borih (kiri) duduk berayuh sambil
menyanyikan lagu tradisi upacara bergawai. Gambar Ketua
Gawai dan kawan-kawan.(kanan)

Gambar (E) : Bawal ( kiri) atau rumah untuk pemujaan roh. Makanan sebagai
persembahan disimpan di situ dan salah seorang penari Gawai.

GAmbar (F) : Gua Pari-Pari

Вам также может понравиться