Вы находитесь на странице: 1из 13

UNIT KOKURIKULUM

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RINTING 2


Sekolah Kluster Kecemerlangan
JBA 1080

KERTAS CADANGAN
PROGRAM INOVASI SEKOLAH
2016

TAJUK:
LAMAN BOLING
Boling Untuk Semua

DIHASILKAN OLEH:
MOHD ROZAIMIE BIN ABD RASIT
1.0 PENGENALAN PROJEK
1.1. Tajuk
Laman Boling
(Boling For All)
1.2. Latar Belakang
Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) yang menekankan kepada kemenjadian murid, makan
inovasi dalam sistem pendidikan perlu diberi penekanan sewajarnya.
Sehubungan itu, inovasi ini dihasilkan bagi meningkatkan kemenjadian dan
pencapaian murid dalam permainan tenpin boling disamping menggunakan
pendekatan Blue Ocean Strategy (BOS) Low Cost High Impact.
1.3. Objektif
Melahirkan pemain boling bertaraf negeri hingga antarabangsa.
Mecungkil seberapa banyak bakat dalam permainan tenpin boling
untuk digilap dan diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.
Membentuk budaya sukan boling Boling For All.
Melatih murid bermula dari asas permainan dengan lebih mudah dan
praktikal berbanding di pusat boling.
1.4. Kos Projek
Bil Perkara Kos
1. Simen dataran RM1800.00
2. Cat RM 400.00
Jumlah RM2200.00

2.0 Pernyataan Masalah


2.1 Permasalahan
Pencapaian dalam sukan boling tidak memberangsangkan.
Penglibatan tidak menyeluruh di kalangan pelajar
Kos.
Masalah sosial.
2.2 Analisis Permasalahan
Pencapaian dalam sukan boling tidak memberangsangkan:
Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 2 telah mendapat pengiktirafan
Sekolah Kluster Kecemerlangan pada 2013 dengan kebitaraan
kokurikulum adalah permainan tenpin boling. Jadi sekolah terpaksa
berkerja keras melahirkan pemain boling yang dapat mengharumkan
nama sekolah sehingga ke peringkat kebangsaan mahupun
antarabangsa.
Penglibatan tidak menyeluruh:
Berdasarkan tinjauan yang dijalankan di sekolah-sekolah berhampiran,
saya dapati hanya kurang dari 5% murid sekolah rendah mempunyai
pengalaman bermain boling. Hanya murid dari keluarga berada sahaja
mempunyai peluang ke pusat boling memandangkan kos yang agak
tinggi.
Kos:
Murid yang pergi ke pusat boling terpaksa menanggung beberapa kos
seperti bayaran permainan, sewa kasut, makanan, pengangkutan.
Masalah sosial:
Kebanyakkan murid yang pergi bermain di pusat boling datang bersama
kawan-kawan. Mereka terdedah kepada masalah sosial kerana diluar
pemantau ibu bapa. Ramai ibu bapa tidak membenarkan bermain di pusat
boling kerana risau anak mereka terlibat dengan masalah sosial.
2.3 Kaedah dan Teknik pemilihan masalah
Idea terhadap penyelesaian masalah boleh diperoleh melalui pelbagai
cara. Dalam hal ini, perbincangan dan sumbang saran merupakan langkah
terbaik kerana kita akan mendapat pelbagai alternative untuk mereka
cipta, keperluan dan teknik perbuatan, dan sebagainya.

Mengapa Bagaimana
Mengapakah inovasi itu Bagaimana cara inovasi
dihasilkan? itu akan dibuat?

Penyelesaian Bila
Di mana
Bilakah inovasi itu akan
Di manakah inovasi itu Masalah dilaksanakan?
boleh dilaksanakan?

Apa Siapa
Apakah inovasi yang Kepada siapakah inovasi
akan dihasilkan untuk itu akan ditujukan dan
menyelesaikan masalah? untuk siapa?
Kaedah Penyelidikan.

Kaedah Gambaran
Pemerhatian:
Hasil pemerhatian di sekolah, saya
mendapati pelajar-pelajar sangat
berminat menceburi bidang sukan
tenpin boling tetapi tidak
mempunyai masa, peluang dan
kebenaran dari ibu bapa. Ibu bapa
hanya memberi kebenaran aktiviti
sukan yang dijalankan di sekolah.

Pusat Boling

Laman Boling SKTR2


Lakaran Konsep:
Mengapa tidak dibina lorong boling
di sekolah?
Dibuat di atas simen, menggunakan
bola dan pin boling terpakai.
Semua murid dapat merasai
pengalaman bermain boling dan
bakat terpendam dapat dicungkil.
Latihan pelbagai dapat dilakukan
berbeza di pusat boling:
1. Latihan ansur maju mengikut
jarak.
2. Murid boleh pijak di mana-mana
bahagian lorong tidak seperti di
pusat boling.
3. Murid boleh menggunakan
pelbagai jenis kasut.
4. Latihan mengikut jenis susunan
pin lebih mudah dilakukan.
5. Kesan latihan lebih optimum.
6. Ibu bapa tidak perlu risau tentang
keselamatan dan masalah sosial
kerana dijalankan di dalam
kawasan sekolah.
2.4 Rasional Pemilihan Projek
Meningkatkan pencapaian murid dalam sukan boling.
Meningkatkan tahap penguasaan murid secara menyeluruh.
Mengelakkan murid terlibat dengan masalah sosial.
Mengurangkan dan menjimatkan kos secara keseluruhan.
Mengoptimumkan kaedah latihan boling berbanding latihan di pusat
boling.

3.0 Proses Pelaksanaan Projek


3.1 Jawatankuasa Pelaksanaan
PENASIHAT
Rosyati Binti Jani
Guru Besar SK Taman Rinting 2

PENOLONG PENASIHAT
Mohamed Fadzil Bin Selamat
GPK Kokurikulum SK Taman Rinting 2

PENYELARAS PROJEK
Mohd Rozaimie Bin Abd Rasit
3.2 Sumber Dana
Sumbangan pihak luar & PIBG

3.3 Jalinan Kerjasama


Projek ini telah dijalankan dengan kerjasama Unit Kokurikulum SK Taman
Rinting 2. Lawatan tapak ke pusat boling sebenar telah dijalankan bagi
mendapatkan ukuran sebenar dan panduan keselamatan. Jalinan
kerjasama juga telah dijalankan dengan Pusat Boling Pasir Gudang dan
pihak pengurusan telah menyumbang bola dan pin boling terpakai.
3.4 Proses Kerja

MULA

PENUBUHAN KUMPULAN

PEMILIHAN PROJEK

CADANGAN/ PENYELIDIKAN

PERINGKAT UJIKAJI

ANALISIS HASIL UJIAN BERJAYA


KELEMAHAN ATAU TIDAK

A B

PENAMBAHBAIKAN PELAKSANAAN

PENILAIAN/ TINDAKAN

ANALISA KAJI SELIDIK


PENYERAGAMAN

TAMAT

4.0 Penilaian Projek (Kemenjadian Projek)


4.1 Tinjauan/ Kajian Literature
Projek inovasi Laman Boling Boling Untuk Semua merupakan
gabungan elemen permainan dan pengintegrasian pembelajaran dalam
permaianan. Bermatlamatkan Boling Untuk Semua, projek ini dapat
menggalakkan minat murid terhadap sukan boling dan proses mencungkil
bakat dapat dijalankan secara menyeluruh. Laman Boling di sekolah dapat
menarik minat kerana laman boling yang boleh dilihat, disentuh, dipijak
dan dapat melihat lebih jelas pin di langgar oleh bola boling dari semua
sudut pandangan iaitu atas, depan dan tepi. Ciri-ciri yang ada pada laman
boling ini akan menimbulkan rasa keseronokan dalam diri murid, buktinya
murid-murid sangat rasa teruja dengan laman boling di sekolah.
Perbezaaan diantara pusat boling dan laman boling di sekolah amat
ketara. Pertama, murid dapat membuat latihan ansur maju bermula dari
jarak dekat sehingga ke jarak sebenar. Kedua, murid boleh pijak di mana-
mana kawasan di atas lorong berbeza dengan pusat boling yang tidak
membenarkan pijak di atas lorong. Ketiga, jenis latihan yang pelbagai
dapat diterapkan dan terbukti kesan yang sangat memberangsangkan.
4.2 Penambahbaikan yang Dilakukan
Bil Penambahbaikan Gambar
1. Longkang.

2. Penahan bola di belakang.

3. Rak Bola
4.3 Perubahan yang Dilakukan Selepas Projek Inovasi
Bil Perubahan Gambar
1. Pelindung kaki

2. Penanda Latihan

(10 ft)

(20 ft)

(30 ft)
(Jarak Sebenar)

3. Warna Laman Boling

(2014)
(2016)

4.4 Nilai Komersial


Projek ini memiliki nilai komersial yang tersendiri kerana projek Laman
Boling Boling Untuk Semua merupakan sekolah rendah pertama di
Malaysia yang mempunyai gelanggang boling bersimen sendiri.
Pengalaman menghasilkan laman boling sendiri dapat dijadikan panduan
sekolah-sekolah lain yang bercita-cita memiliki laman boling seperti kami.
Impak daripada pembinaan Laman Boling di sekolah, banyak pihak dari
pelbagai agensi pendidikan mahupun swasta yang mengadakan lawatan
kerja ke sekolah kami semata-mata mahu melihat sendiri gelanggang
boling yang kami bina.
4.5 Akaun Dan Kesahan
Hasil daripada inovasi yang kami lakukan, kesan terhadap penglibatan
murid dalam sukan boling dan pencapaian murid di dalam pertandingan
menunjukkan peningkatan yang amat ketara.
TAHUN KEGIATAN PERINGKAT
2014 KEJOHANAN BOLING DAERAH PASIR DAERAH
GUDANG
PERTANDINGAN BOLING MSSJ NEGERI
KEJOHANAN BOLING TERBUKA PASIR NEGERI
GUDANG
KEJOHANAN BOLING TERTUTUP JOHOR NEGERI
PIALA SHALIN
PERTANDINGAN BOLING PERINGKAT DAERAH
DAERAH PASIR GUDANG
PERTANDINGAN BOLING SEMPENA HARI DAERAH
GURU
PERTANDINGAN BOLING AMAL ANJURAN DAERAH
SMK TMN DAYA 3
PERTANDINGAN BOLING PEGAWAI KEBANGSAAN
KEJOHANAN BOLING PENDIDIKAN KHAS
KEBANGSAAN
PERTANDINGAN BOLING REMAJA NEGERI
TERTUTUP NEGERI JOHOR
2015 KEJOHANAN BOLING MSSD PASIR DAERAH
GUDANG
KEJOHANAN BOLING AMAL BANJIR DAERAH
PERTANDINGAN BOLING REMAJA MSNJ &
TERTUTUP JOHOR USPTNJ
negeri
PERTANDINGAN BOLING MSSJ NEGERI
PERTANDINGAN BOLING AMAL TAMAN DAERAH
DAYA 3
PERTANDINGAN BOLING MSSM KEBANGSAAN
PERLAWANAN PERSAHABATAN (PG BOWL ANTARABANG
& PERSATUAN BOLING 10 PIN DAERAH SA
BELAIT BRUNAI)
KEJOHANAN BOLING SPORT EXCEL KEBANGSAAN
CIRCUIT MELAKA
KEJOHANAN BOLING SPORT EXCEL KEBANGSAAN
CIRCUIT PAHANG
KEJOHANAN BOLING PENDIDIKAN KHAS DAERAH
MSSD
KEJOHANAN BOLING SPORT EXCEL KEBANGSAAN
CIRCUIT PERAK
PERTANDINGAN BOLING REMAJA MSNJ &
TERTUTUP JOHOR SIRI 2 USPTNJ
negeri
SPORTEXCEL NSC-MILO NATIONAL MSNJ &
JUNIOR SIRKIT JOHOR LEG USPTNJ
negeri
PERTANDINGAN BOLING ANJURAN SK KEBANGSAAN
SEREMBAN 2A
PSKPP BOLING DAERAH
BOLING CIRCUIT SELANGOR KEBANGSAAN
SPORTEXCEL NSC MILO MTBC JUNIOR
CIRCUIT 2015
2016 PERTANDINGAN BOLING PEKDIS DAERAH
PETER YAPS MEMORIAL CUP U14 KEBANGSAAN
SPORTEXCEL-NSC-MILO-MTBC JUNIOR KEBANGSAAN
CIRCUIT -MELAKA
SPORTEXCEL-NSC-MILO-MTBC JUNIOR KEBANGSAAN
CIRCUIT -PAHANG
KEJOHANAN BOLING TENPIN DAERAH
PEMBANGUNAN BOLING MSSD PASIR
GUDANG
KEJOHANAN BOLING HARI GURU DAERAH
PERTANDINGAN BOLING GURU & PIBG DAERAH
PERTANDINGAN BOLING KLUSTER KEBANGSAAN
SEREMBAN 2A
SPORTEXCEL-NSC-MILO-MTBC JUNIOR KEBANGSAAN
CIRCUIT -KLUANG
PERTANDINGAN BOLING PARLIMEN PASIR DAERAH
GUDANG
KEJOHANAN BOLING REMAJA TERTUTUP DAERAH
PASIR GUDANG
KEJOHANAN TENPIN BOLING MSSD PASIR DAERAH
GUDANG
KEJOHANAN TENPIN BOLING MSSJ NEGERI
SPORTEXCEL-NSC-MILO-MTBC JUNIOR KEBANGSAAN
CIRCUIT -IPOH

5.0 Kesimpulan Projek

Secara keseluruhannya, projek inovasiLaman Boling Boling Untuk


Semua ini memerlukan kerjasama berpasukan dalam kalangan barisan
pentadbir, guru-guru, murid-murid serta ibu bapa. Perbincangan dilakukan
bagi menjana idea kreatif seterusnya menghasilkan idea tentang projek
inovasi ini. Bantuan dan kerjasama erat warga sekolah dengan Pusar
Boling Pasir Gudang telah dapat merealisasikan impian sekolah untuk
memiliki lorong boling sendiri seterusnya dapat mencapai sasaran
melahirkan pemain boling yang berjaya sehingga ke peringkat
antarabangsa. Sesungguhnya, untuk menterjemahkan sesuatu idea yang
kreatif dan inovatif itu memerlukan usaha yang jitu daripada semua pihak.
Laman boling untuk semua memberi impak positif terhadap bilangan
penyertaan serta pencapaian yang membanggakan sekolah. Jika
dibandingkan sebelum ini kejayaan hanya diperolehi dari usaha ibu bapa
penjaga tetapi pada hari ini kejayaan ini boleh dikatakan 80% dari usaha
pihak sekolah.

Вам также может понравиться