Вы находитесь на странице: 1из 14

1

SULIT 011

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap
soalan, pilih satu jawapan sahaja. Kemudian tandakan jawapan kamu dengan membulat
pilihan jawapan A,B, C dan D.
BAHAGIAN A
(20 MARKAH)

Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. _________________ pulang ke rumah masing-masing setelah selesai membersihkan


kawasan dewan itu.
A Mereka
B Dia
C Kita
D Saya

2. Ibu melarang Damia keluar rumah __________________cuaca di luar agak panas.


A hingga
B malahan
C kerana
D sungguhpun

3. Pagi _____________ kami akan mendaki Gunung Datuk bersama dengan abang
Adib.
A itu
B ini
C sana
D sini

[Lihat halaman sebelah


SULIT
011 2016e-Waris JPNS
2
SULIT 011

4. Marsya __________________ belum tidur walaupun hari sudah jauh malam.


A akan
B masih
C boleh
D sedang

Soalan 5 berdasarkan gambar 1

Gambar 1
5. Ibu _______________________ sedulang makanan untuk dihidangkan kepada tetamu
kami.
A menatang
B menjinjing
C menjulang
D memegang

Soalan 6 berdasarkan gambar 2

Gambar 2
6. Suasana di pasar malam itu _______________ oleh suara para pengunjung dan para
peniaga.
A punah-ranah
B kacau-bilau
C kucar-kacir
D riuh-rendah

[Lihat halaman sebelah


SULIT
011 2016e-Waris JPNS
3
SULIT 011

7. __________________ Pak Belang, janganlah kau makan aku ! kata pemuda itu
dengan takutnya.
A Oh
B Wah
C Aduh
D Wahai

8. Buku yang laris ______________ pasaran itu dikarang oleh artis terkenal Datuk Siti
Norhaliza.
A di
B pada
C ke
D kepada

9. Sesi _______________________ untuk mencari pelakon baharu sedang diadakan di


dalam dewan itu.
A temu bual
B temu mesra
C uji bakat
D uji kaji

10. Kamu dikehendaki menyerahkan tugasan _________________ esok, kata Cikgu


Salwah.
A setiap
B masing-masing
C setengah
D sebahagian

[Lihat halaman sebelah


SULIT
011 2016e-Waris JPNS
4
SULIT 011
Soalan 11 berdasarkan gambar 3

Gambar 3

11. Beberapa _______________________ cendawan dimasukkan oleh tukang masak ke


dalam sup sayur-sayuran itu.
A gugus
B cebis
C batang
D kaki

12. Disebabkan sikap Faris yang garang seperti ____________, dia tidak disukai
oleh rakan-rakan sekelasnya.
A semut
B kancil
C kaldai
D singa

[Lihat halaman sebelah


SULIT
011 2016e-Waris JPNS
5
SULIT 011
Soalan 13 berdasarkan gambar 4

Gambar 4

13. Semasa perhimpunan pagi, semua pelajar dikehendaki ____________________


ikrar sekolah dengan penuh semangat.
A meluahkan
B menuturkan
C melafazkan
D mengucapkan

14. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan
Amar Safuan menendang bola itu apabila pengadil meniup wisel.
A Apabila wisel ditiup oleh pengadil, Amar Sapuan terus menendang bola itu.
B Kaki Amar Sapuan terus menendang bola apabila wisel pengadil itu ditiup.
C Amar Sapuandan pengadil akan ditendang bola itu apabila wisel ditiup.
D Apabila pengadil meniup wisel, Amar Sapuanpun ditendang bola.

15. Selepas menjemur pakaian, Maryam menyapu sampah di halaman.


A Maryam disuruhnya menjemur pakaian dan menyapu sampah di halaman.
B Maryammenyapu sampah di halaman sambil menjemur pakaian.
C Maryam menyapu sampah di halaman setelah menjemur pakaian.
D Maryam menyapu sampah di halaman, manakala saya menjemur pakaian.

[Lihat halaman sebelah


SULIT
011 2016e-Waris JPNS
6
SULIT 011
16. Pilih ayat yang betul.
A Datuk baru tiba ke perhentian bas.
B Bunga hiasan itu diperbuat daripada daun getah.
C Dari kamu menonton televisyen , lebih baik kamu membuat ulangkaji.
D Buku rujukan Sains kamu ada kepada Amalina.

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

SEREMBAN , 17 Mei Sekolah Kebangsaan Sri Permai telah mengadakan sambutan


Hari Guru peringat sekolah semalam. Sambutan ini merupakan sambutan kali yang ke 22
bagi sekolah ini.

Sambutan bermula pada pukul 7.30 pagi disertai oleh Guru Besar, guru-guru dan
murid-murid . Acara pertama yang diadakan ialah senaman beramai-ramai dengan iringan
muzik. Semua guru dan murid bersenam bersama-sama di tapak perhimpunan. Aktiviti ini
dapat mencergaskan badan dan mencerdaskan fikiran para peserta.

Pada pukul 9.00 pagi pula diadakan acara sukan yang turut melibatkan penyertaan
guru-guru dan murid-murid . Acara-acara sukan yang diadakan di padang ini cukup meriah
dan menyeronokkan. Ini kerana guru dan murid bergabung dan dibahagi-bahagikan kepada
beberapa kumpulan. Masing-masing menunjukkan kebolehan dan semangat kerjasama.

Pada pukul 11:00 pagi , semua warga sekolah berkumpul di dalam dewan sekolah
untuk menonton persembahan pentas dan penyampaian hadiah . Guru-guru dan murid-murid
tidak melepaskan peluang menunjukkan bakat masing-masing. Ada yang bernyanyi, bersajak,
berlakon dan sebagainya. Acara berlangsung dengan jayanya. Pada penghujung majlis , Guru
Besar, Encik Yusri bin Yusran telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Sambutan kali ini memang meriah dan mencapai matlamatnya. Seluruh warga sekolah
berpuas hati dan objektf untuk memupuk semangat kekeluargaan sesama mereka tercapai.
Bagi mengakhiri Sambutan Hari Guru, jamuan ringan untuk guru-guru telah diadakan di
kantin sekolah.

[Lihat halaman sebelah


SULIT
011 2016e-Waris JPNS
7
SULIT 011
17. Apakah acara yang diadakan di dewan sekolah?

A Acara sukan

B Jamuan ringan

C Senaman beramai-ramai

D Persembahan pentas dan penyampaiah hadiah

18. Berikut ialah orang yang terlibat dalam sambutan Hari Guru kecuali?

A Guru besar

B Guru-guru

C Ibu bapa

D Murid-murid

19. Pilih pernyataan yang tidak benar mengenai berita di atas.

A Acara sukan disertai oleh guru besar, guru-guru dan murid-murid.

B Hadiah yang diberikan kepada pemenang disampaikan oleh Pengerusi PIBG.

C Acara yang mencergaskan badan ialah senaman beramai-ramai.

D Sambutan Hari Guru SK Sri Permai ialah sambutan yang ke 22.

20. Frasa memupuk semangat kekeluargaan dalam petikan bermaksud

A menyuburkan sikap mementingkan diri sendiri.

B menyemarakkan sifat bekerjasama dan bersatu-padu.

C berkongsi pandangan dan pendapat

D menggalakkan aspek kekeluargaan

[Lihat halaman sebelah


SULIT
011 2016e-Waris JPNS
8
SULIT 011

Nama: ________________________________________________

Tahun : _______________________

BAHAGIAN B
[30 markah]

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang
diberi.

lumayan luas nian popular

lebar besar teruja amat

Iskandar dan kawan-kawannya sedang menyaksikan pertandingan gasing yang


diadakan di Kampung Lubuk Merbau. Mereka kelihatan sungguh ________________ kerana
ini adalah pengalaman kali pertama mereka menyaksikan pertandingan gasing. Lebih-lebih
lagi, permainan gasing ialah permainan yang amat ________________ di Semenanjung
Malaysia.Kawasan gelanggang permainan gasing yang agak ________________ itu mampu
memuatkan hampir empat ratus orang penonton yang hadir untuk memberikan sokongan
kepada para peserta . Dalam pertandingan gasing ini, para pemenang akan menerima hadiah
wang tunai yang sungguh ________________ serta sijil penyertaan. Iskandar dan rakan-
rakannya merakamkan gambar sepanjang pertandingan itu berlangsung sebagai
kenang-kenangan.
[ 4 markah ]

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Jawapan:
Rancangan Ceria Adikku itu akan disiarkan di televisyen pada malam ini.

[ 2 markah ]
[Lihat halaman sebelah
SULIT
011 2016e-Waris JPNS
9
SULIT 011

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Terimakasih, Aisyah.

[ 2 markah ]

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

[ 2 markah ]

[Lihat halaman sebelah


SULIT
011 2016e-Waris JPNS
10
SULIT 011
Soalan 23

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Jerebu merupakan satu keadaan berdebu di ruang udara. Fenomena ini berlaku akibat
kabut tebal bercampur dengan debu yang terapung-apung di udara. Keadaan ini
mengakibatkan alam sekitar menjadi kotor dan tercemar.

Kesihatan manusia akan terjejas jika mereka sering terdedah pada jerebu. Jerebu akan
memberi kesan kepada seseorang yang mengidap penyakit seperti asma, lelah dan
sebagainya.

Kemalangan juga kerap berlaku kerana pemandu menghadapi masalah penglihatan


akibat jerebu. Mereka tidak dapat melihat dengan jelas akan sesuatu jarak yang jauh. Oleh
itu, mereka terdedah kepada bahaya seperti terlanggar kenderaan yang berada di hadapan
mereka.Pengisytiharan darurat akan menghentikan kegiatan harian masyarakat. Dalam
jangka waktu yang panjang, ini akan menjejaskan ekonomi dan pembangunan negara.

Jerebu juga akan memberi kesan kepada ekonomi negara. Banyak penerbangan
terpaksa ditunda kerana dikhuatiri berlakunya kejadian yang tidak diingini. Para pelancong
juga terpaksa membatalkan lawatan mereka ke Malaysia kerana bimbang akan kesihatan
mereka.Masyarakat perlu mengambil iktibar daripada masalah ini iaitu dengan mengekalkan
kebersihan alam sekitar.

a. Fenomena jerebu terjadi akibat _____________________________________________


______________________________________________________________________

[ 1 markah ]

[Lihat halaman sebelah


SULIT
011 2016e-Waris JPNS
11
SULIT 011
b. Mengapakah para pelancong tidak berminat untuk berkunjung ke negara yang dilanda
jerebu ?

[ 2 markah ]

c. Padankan pernyataan berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan


sebagai contoh.

Kesihatan manusia akan terjejas jika mereka


sering terdedah pada jerebu

Jerebu menjejaskan ekonomi dan


pembangunan negara. betul

Jerebu menyebabkan manusia berpindah ke


tempat yang lebih selamat.

salah
Jerebu boleh mengakibatkan berlakunya
kemalangan kerana jarak penglihatan yang
terhad dan kabur.

[ 2 markah ]

[Lihat halaman sebelah


SULIT
011 2016e-Waris JPNS
12
SULIT 011
Soalan 24

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Raflesia merupakan sejenis bunga yang seindah namanya. Bunga ini dikategorikan
sebagai bunga yang terbesar di dunia. Raflesia atau dikenal juga sebagai bunga pakma
mendapat jolokan sebagai bunga gergasi dan bunga terbusuk yang mempunyai pelbagai
keunikan tersendiri berbanding bunga-bunga lain di muka bumi.

Tidak seperti tumbuhan lain, Raflesia tidak mempunyai daun untuk


memproses karbon dioksida dan cahaya matahari bagi menghasilkan
gula dan oksigen.Rafflesia juga tidak mempunyai akar untuk menyerap air dan mineral dari
tanah untuk diproses sebagai protein. Apa yang ada cumalah tisu-tisu yang kelihatan seperti
tiub-tiub halus yang panjang memasuki tumbuhan perumah. Ini menunjukkan bahawa
Raflesia adalah sejenis parasit di mana bunga ini tidak perlu menghasilkan nutrisi atau
khasiatnya sendiri. Raflesia hanya perlu memperoleh nutrisi tersebut daripada perumahnya.
Perumahnya ialah tumbuh-tumbuhan lain.

Raflesia merupakan tumbuhan yang dilindungi. Bunga ini hanya tedapat di kawasan Asia
Tenggara sahaja. Paling menakjubkan, 8 daripada 20 spesis Raflesia di dunia ialah terdapat di
Malaysia. Inilah khazanah alam anugerah Tuhan untuk muka bumi bertuah.

a Raflesia merupakan sejenis bunga yang mendapat jolokan nama

sebagai ______________________________________________________________

( 1 markah )

b Mengapakah bunga Raflesia dianggap khazanah alam di muka bumi


Malaysia?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________
( 2 markah )

c Bagaimanakah cara bunga Raflesia memperoleh nutrisi?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________
( 2 markah )

[Lihat halaman sebelah


SULIT
011 2016e-Waris JPNS
13
SULIT 011
d Pada pendapat kamu, perlukah kita memelihara bunga Raflesia ?Mengapa ?

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________
( 3 markah )

Soalan 25
Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

Membaca Jambatan Ilmu

Memancing ikan bersama bapanya,


Umpan dimakan si anak kelisa;
Amalan membaca banyak faedahnya,
Jadikan amalan setiap masa.

Ikan dilumur dengan halia


Sedap rasanya dimasak gulai
Rajin membaca amalan mulia
Agar menjadi orang yang pandai

Berteduh di bawah pohon nan rendang,


Sambil mengira hasil tangkapan;
Membaca mengisi masa lapang,
Amalan negatif dapat dihindarkan.

Puas memancing ditepi paya,


Rezeki diperoleh seribu rahmat;
Tabiat membaca ada kelebihannya,
Ilmu bahasa pasti meningkat.

[Lihat halaman sebelah


SULIT
011 2016e-Waris JPNS
14
SULIT 011
a. Apakah maksud rangkap ketiga pantun tersebut?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

[ 2 markah ]

b. Bagaimanakah amalan membaca dapat menghindarkan amalan negatif ?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

[ 1 markah ]

c. Tandakan ( / ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah.

Membaca dapat meningkatkan ilmu bahasa

Membaca dapat mengurangkan maklumat yang diperoleh

[ 1 markah ]

Membaca itu jambatan ilmu,


Ilmu dan maklumat semakin mapan.

d. Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

[ 3 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT

[Lihat halaman sebelah


SULIT
011 2016e-Waris JPNS

Вам также может понравиться