You are on page 1of 2

Kaedah Pengumpulan Data Berhubung Tugasan

1. Pemerhatian.
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan semasa masuk ke kelas, saya dapat melihat
bagaimana seorang pelajar itu belajar dan apa menyebabakan mereka bertindak
sedemikian. Sebagai seorang guru pelatih saya juga memerhati persekitaran para
pelajar yang menyumbang kepada sikap mereka. Maka melalui pemerhatian saya
dapat mengumpul data tentang murid yang dikaji oleh saya bagi mengetahui lebih
lanjut tentang mereka. Pemerhatian juga dapat dibuat dari cara guru yang mengajar
dapat membentuk gara pembelajaran bagi seorang pelajar.

2. Temubual
Saya telah melakukan temubual dengan guru kelas, kelas yang saya kaji. Hal ini dapat
membantu saya merekodkan data berhubung dengan tahap pencapaian para pelajar
di kelas tersebut. Saya juga dapat mengetahui sikap pelajar tersebut di dalam kelas
bagi tujuan tugasan. Seterusnya dapat dijalankan juga temubual dengan guru subjek
lain bagi melihat jika pelajar tersebut minat akan mana-mana matapelajaran khusus
sahaja. Ini dapat menentukan kecenderungan seseorang pelajar itu ke arah mana dan
bagaimana dapat guru lain membantunya.

3. Soal Selidik
Semasa menjalankan aktiviti pengumpulan maklumat, saya telah memilih untuk
bertanya dua orang pelejar yang berbeza latar belakang bagi tujuan mendapatkan
gaya pembelajaran mereka dengan lebih spesifik. Maka saya telah menyediakan dua
salinan borang soal selidik tentang gaya pembelajaran mereka. Borang soal selidik
tersebut meliputi cara pelajar belajar dan interaksi mereka dengan dunia luar. Boran
tersebut akan dianalisis bagi mendapatkan data yang lengkap.
4. Analisis Dokumen
Saya telah menganalisis beberapa dokumen tentang pelajar di mana saya meneliti
buku laporan pelajar dan juga melihat jika pelajar tersebut terlibat aktif dalam aktiviti
kokurikulum di luar sekolah. Penglibatan mereka biasanya akan memberikan impak
yang besar dalam diri mereka sebagai seorang pelajar. Saya juga mengambil peluang
untuk memerhati hasil kerja pelajar dalm buku kerja mereka yang ada pada guru untuk
melihat bahawa jika benar mereka meminati subjek yang dipelajari.